PENGORBANAN



Hutang negara kini mencecah RM1.5 trilllion, kita bayar beratus juta setahun, hanya untuk bunganya. 


Perbelanjaan Kerajaan saban tahun antara tertinggi dalam rantau ini. 35% hanya untuk bayar gaji dan pencen penjawat awam. Belum lagi kira RM3bilion setahun hilang akibat ketirisan. 


Like it or not, we have to acknowledge, negara ini sedang tenat. Ini beban yang kita tanggung setelah 60 tahun merdeka, bila rasuah dan salah gunakuasa berleluasa. 


Bila negara sedang tenat, golongan pertama yang terkesan adalah golongan yang tersusah. Ada yang dibuang kerja, ada yang dipotong gaji. Peniaga dan penjaja juga tak boleh lagi mandiri. Pelanggan pun hilangkan diri. Tiada sangat duit nak diberi. 


Bila hutang tinggi dan duit negara pun tiada lagi, subsidi seharusnya diberikan di mana perlu. Isunya, Sang Maha Kaya perlu ke lagi dibantu? Ramai yang tidak mahu begitu. 


Dalam Islam, setahu saya, ada ajaran sang kaya perlu berkorban hartanya untuk si miskin. Itu konsep asas zakat dan wakaf. Dengan kekayaan, ia menuntut pengorbanan. Bersama basmi kemiskinan. 


Orang dulu bergolok gadai untuk merdeka. Tunku Abdul Rahman tak pernah kaya hingga hujung usia. Habis dijual harta pusaka. Dengan niat bina negara.


Tok nenek kita berjuang menentang penjajah. Digadaikan emas berlian. Demi anak watan dan generasi masa depan. 


Kini, orang bising. Subsidi ditarik untuk T20. Hilang lah duit kita untuk berjoli. Kerajaan katanya kejam sekali. 


Mereka yang di GLC, seperti Petronas dan TNB, tetap nak bonus tertinggi. Kenaikan gaji mereka perlu tetap sama. Tak kira la apa jadi pada negara. Itu Kerajaan punya pasal lah… 


Pemimpin2 terdahulu suruh rakyat ikat perut. Katanya, silap2 bangsa kita akan melukut. Tapi mereka tetap kaya raya dengan tali barut. Harta takkan habis hingga generasi ketujuh.


Pemimpin Kerajaan juga jangan angkuh dan lupa. Anda di atas ada amanah yang perlu dijaga. Jangan minta rakyat susah sahaja, bila kerja anda menyakau pula. 


Ya, semua kita cintakan negara. 


Tapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuknya? 


Demi anak-anak kita… 


Eidul Adha Mubarak. 


Selamat Hari Raya Korban. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: