Benda ni memang mengejutkan, bila dalam tempoh sekitar 40 minit sahaja, sekurang-kurangnya 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani dan Yala jadi sasaran.
Empat orang cedera termasuk anggota keselamatan dan pekerja stesen minyak, walaupun nasib baik tiada kecederaan parah dilaporkan. Corak serangan serentak macam ni jelas bukan kerja rawak, tapi mesej keselamatan yang dirancang rapi.
Wilayah selatan Thailand ni memang lama berada dalam keadaan konflik tahap rendah sejak 2004, dengan ribuan nyawa terkorban dalam tempoh lebih dua dekad.
Kawasan majoriti Muslim yang bersempadan dengan Malaysia ini sentiasa berada di bawah kawalan ketat keselamatan, dan stesen minyak sering jadi sasaran sebab ia simbol ekonomi dan mudah cetuskan ketakutan awam tanpa perlu serangan berskala besar.
Menariknya, pihak berkuasa Thailand sendiri memberi isyarat bahawa serangan ini mungkin berkait dengan pilihan raya pentadbiran tempatan yang berlangsung pada hari sama, bukan semata-mata serangan bersenjata terhadap pasukan keselamatan.
Ini menunjukkan keganasan digunakan sebagai “signal politik” yang cukup untuk hantar mesej, cukup untuk ganggu kestabilan, tapi tidak sampai mencetuskan perang terbuka.
Sebagai respons, pihak tentera menaikkan tahap keselamatan ke paras maksimum, termasuk sekatan jalan raya, kawalan sempadan dan perintah berkurung di beberapa kawasan.
Realitinya, selagi punca akar konflik seperti autonomi, identiti dan pembangunan ekonomi tak ditangani secara menyeluruh, wilayah selatan Thailand akan terus berada dalam kitaran ketegangan. Ia senyap seketika, kemudian meletup semula bila tiba detik politik yang sensitif.

No comments:
Post a Comment