Ahli Parlimen Simpang Renggam,
Dr Maszlee Malik berkata, Johor memiliki potensi yang sama seperti di Selangor
dan Pulau Pinang. Cuma yang tidak dimilikki adalah pemimpin yang bersih, telus dan
kreatif lagi bijaksana.
"Apa yang ada di Johor
tidak kurang dengan apa yang ada di selangor juga Pulau Pinang.
"Penang dan Selangor ada
pelabuhan, Johor pun ada. Pertanian, kita ada, insdustri kita ada, tenaga kerja
kita ramai. Kedudukan pula strategik berjiran dengan negara yang termaju dan
termoden di rantau ini, iaitu Singapura.
"Tetapi persoalannya
setelah kita merdeka begitu lama mengapa Johor tidak setanding Selangor. Tidak
semaju Penang walaupun kita memiliki segala sumber?
"Puncanya satu, kepimpinan
yang tidak layak, tidak cekap dan amanah," katanya dalam program Santai
Anak Muda, semalam.
Justeru, Dr Maszlee meletakkan
3 teras utama untuk memajukan Johor dengan penglibatan modal dan teknologi dari
Singapura.
"Bagi saya kita letakkan 3
teras utama untuk letakkan Johor di mata dunia. Datuk Seri Presiden dalam
jelajahnya sering menyebutkan potensi Johor yang strategik. Sejarah Johor yang
panjang memungkinkan kita kembali menjadi pemain antarabangsa dalam bidnag
ekonomi dan pendidikan.
"Kita mampu kerana kita
lihat ramai orang Johor berkerja di Singapura, sepatutnya pemindahan teknologi
telah lama berlaku.
"Sepatutnya kita bukan
hanya menjadi pembekal kepada mereka, sepatutnya kita jadi rakan strategik.
Kenapa ini tidak berlaku?
"Sama ada tidak ada
political will atau tidak ada kerajaan yang bersih," katanya.
Dr Maszlee berkata, sekiranya
PH diberi mandat maka pelaburan akan lebih banyak ditarik masuk dan anak anak
Johor akan dilatih oleh pihak indusri untuk jaminan pekerjaan.
"Keyakinan pelabur hanya
akan pulih jika kerajaan negeri bersih. Jikalau kepimpinan ada rekod bersih dan
rekod pencapaian. Tenaga kerja mahir yang perlunya kepada pendidikan. Kita mahu
mereka dilatih oleh industri sendiri.
"Pihak industri melatih
siswa kita sewaktu mereka belajar di institut latihan. Terutama industri dari
Jerman. Penang telah tunjuk usaha yang cemerlang.
"Kedua, penguasaan
terhadap teknologi Revolusi Industri 4.0 dan bahasa Inggeris
"Terbukti yang fasih
berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat kerja.
Tekad ketiga kita untuk
persepadanan kerja. Kita pergi Johor Bahru kita dapati yang kerja di kedai
serbaneka banyak granduan, berkelulusan tinggi tetapi terpaksa kerja apa yang
ada. Akhirnya mereka dibayar gaji yang rendah. Ini perlu diperbaiki," kata
Maszlee lagi.