NORMAN RADZUAN
Bila Profesor-Profesor terpilih berbicara
Apabila Media kelirukan minda masyarakat
MAHU TUKAR KERAJAAN UTK SELAMATKAN EKONOMI
Setiap hari media akn memilih Profesor yg memihak utk menghasut
rakyat. Persoalannya pernah tak Profesor-profesor ini berbicara pada PRN Sabah lalu, orang-orang
politik tidak memikirkan soal
rakyat?Pilihanraya Sabah akan membahayakan Covid19 adalah rakyat ?
Pernah tak mereka dulu bicara Muhyiddin tidak memikirkan nasib
rakyat ketika merampas kerajaan PH? Pernah tak ketika kerajaan Perak, Kedah dan
Johor ( ketika kes Covid19 semakin serius ) dirampas oleh PN, Profesor-profesor
ini berkata Muhyiddin sibuk berpolitik
sdgkan Covid19 dan ekonomi negara masih tidak baik ???
Pernah tak Media sibuk sebulan yang lalu mencari
Profesor-profesor mengenai campurtangan
kerajaan pusat menggugat kerajaan negeri Sabah??? Kenapa beberapa minggu
selepas itu tiba-tiba Anwar dituduh
tidak pentingkan nasib rakyat? Mengapa mereka tidak mahu bertanya kepada
Profesor Undang-undang, Aziz Bari dan Profesor Agus untuk dapatkan feedback
secara akademik.
Kita bukan mahu pilihanraya seperti Sabah. Media sering bertanya
apa yang rakyat mahu... rata-rata rakyat mahu kerajaan mengawal Covid19 dan
menjana ekonomi. Orang bijak tahu kerajaan Muhyiddin gagal untuk mengawal
Covid19 malah lebih teruk kerajaan gagal menjana ekonomi. Yang Muhyiddin
lakukan meletakkan 70 Menteri di dalam kabinetnya. Itu kerja gila!
Ya rakyat yang bijak mahu segera Muhyiddin meletakkan jawatan untuk
Anwar membantu memulihkan ekonomi negara. Ketika ini yang kita nampak mempunyai
hubungan yang baik dengan negara luar adalah Anwar Ibrahim.
Azmin Ali dari zaman PH hingga ke PN apa pelaburan yang dia
bawa??? Ini soal yang serius yang Profesor-profesor tidak bertanggungjawab
mengalihkan isu yang sebenarnya.
Ia bukan soal rampas kuasa ia soal mengembalikan mandat rakyat
dan memulihkan ekonomi. Apa kekuatan Muhyiddin dengan dunia luar? Sedangkan di
rantau ini juga Muhyiddin tidak ada hubungan yang baik. Begitu jugalah Azmin
Ali yang langsung tidak berfungsi sebagai Menteri Ekonomi.
Apabila Anwar ingin kembalikan mandat rakyat dengan sokongan yang
dia perolehi maka media merancuni rakyat setiap hari sehingga rakyat percaya
perubahan kuasa ini mesti melalui pilihanraya. Ia cukup sekadar di Parlimen.
Ia satu sikap tidak bertanggungjawab media. Yang dilakukan oleh
Anwar dan mereka yang mahu perubahan ini ialah kerajan berubah secara baik
melalui undian Parlimen.
Kemelut ini menjadi kacau bilau apabila watak Tun sentiasa
muncul. Sampai bila ahli-politi politik
terpaksa mengikut telunjuk Tun Mahathir? Dia jatuhkan Tunku Abdul Rahman, dia
jatuhkan Tun Musa Hitam, Ku Li dan Anwar. Dia lantik Tun Abdullah dan dia mahu
Abdullah ikut katanya. Tak ikut dia suruh berhenti. Dia lantik Najib dan dia
mahu Najib ikut katanya tak ikut dia jatuhkan Najib.
Sampai bila kita kena ikut katanya? Mahatir dahulu bukan sahaja
pemimpin-pemimpin politik dijatuhkanya
malah kuasa Raja juga dilemahkannya. Persoalannya pernah kah kita atau yang
bijak pandai yang ada ( jsngan harapkan orang kampung berfikir ) terfikir
mengapa di umur 95 tahun Mahathir mahu orang-orang politik mengikut telunjuknya? Lojik kalau
bukan 1001 muslihat...