MOHD MUKHLIS
Mahathir kalau dia buat sesuatu pasti akan ada kepentingan untuk
diri sendiri. Contoh tahun lepas dia sanggup datang HQ PKR, time itu kita ingat
dia ikhlas nak sokong PH dapatkan balik kerajaan, rupanya sibuk nak lobi jadi
PM Kali ke 4 ( ke 3 masa interim).
Lagi best bagi dia, semua orang lain tak pandai, hanya dia
sahaja yang boleh mentadbir ; tapi yang peliknya orang yang dia endorse macam
PakLah, Najib pun gagal. Sebab itu dia kata Anwar telefon dia, tapi Anwar tak
ada penyelesaian untuk krisis negara sekarang; too condescending dan hanya
hendak membuat sentimen kebencian. Tapi kalau ikut logik, ada ke orang nak
telefon seseorang hanya kerana nak cakap dia tak ada idea? Unless kalau dia
yang telefon Anwar hendak minta sokongan untuk support MAGERAN 2.0 dia, that
makes a lot more sense.
So berbalik pada MAGERAN 2.0, ianya adalah Little Napoleon, yang
secara tidak rasmi akan lantik dia jadi PM Interim ke 8, yang akan bagi dia
kuasa lebih besar dari Parlimen, tiada akauntibiliti pada Parlimen (rakyat),
lagi parah bagi check kosong kementerian kewangan pada Perdana Menteri kalau
berjaya di pinda ordinan darurat. Untuk sebuah Parti yang kata berjuang untuk
rakyat, yang siap serah memo kepada YPDA untuk buka Parlimen, Macam mana
Pejuang boleh bersetuju dengan cadangan gila kuasa ini? Ini sebelum berkuasa
pun Pejuang tak berani bantah, bayangkan kalau Mahathir jadi Pengerusi Mageran,
ada tak mereka berani bersuara atau jadi pak turut?
Saya kalau yang mencadangkan MAGERAN ini Anwar Ibrahim
sekalipun, saya akan lawan sebab ia salah dan bertentangan dengan prinsip
demokrasi. Jadi pelik juga bila Pejuang boleh senyap dan redha dengan tindakan
Mahathir ( tak pasti jawatan apa apa dalam pejuang maybe pengerusi) untuk
membelakangkan Parlimen.
Kira dah lihat bagaimana darurat kesihatan yang konon2 nak bagi
kes covid turun, makin teruk. Duit KWAN di guna sesuka hati, tapi bab
moratorium bank, boleh pula Menteri Kewangan kata tak boleh paksa, jadi apa
sebenarnya tujuan Darurat? Lepas itu dari satu extreme nak ke satu lagi extreme
yang lain. Kalau darurat dah gagal, kenapa nak buat kerja isim dengan MAGERAN
pula?
Dah la tu, pentaksub Mahathir macam Khairudin boleh bersangka
buruk kata Anwar jangan lobi nak berkuasa bila jumpa YDPA, tapi yang ironis
Mahathir yang dah berkuasa sampai 3 kali offer nak jadi Pengerusi Mageran ( PM
Interim 8 ) tak pula dia tegur? Ini yang saya kata, pajak akal bukan sahaja
jadi pada Parti Agama, Parti Bangsa 3.0 ( 1.0 UMNO baru, 2.0 Bersatu) pun ramai
yang pajak akal pada Pemimpin. Kira dah gagal sampai 3 kali pun masih mahu
berjuang demi bangsa? Bila dah dapat kuasa nanti apa dia kata? Melayu Malas.
The good thing about this is PH semua sepakat tolak MAGERAN
Mahathir dan semua sudah nampak his true colours. Yang di kata tak ada plan
tadi kalau kita lihat live Anwar dia sangat berbeza dari apa yang di fitnah.
Anwar sudah ada exit plan, macam mana hendak recover dari krisis ini.
Anwar juga dapat sokongan bukan sahaja dari Pemimpin Luar siap
jumpa duta2 besar luar dalam masa PKP ini. Juga Ulama Besar macam, Syeikh Yusuf
Qardawi dan Setiausaha Kesatuan Ulama' Sedunia Prof. Dr. Sheikh Ali
al-Qaradaghi. Sheikh Ali siap kata Anwar adalah pemimpin Agung tentang Islam.
Ini bukan Ulama Serba Tahu yang khianat pada ilmu ya, yang itu ada di utara
sembunyi dalam gua lepas apa yang di jamin semua hancur.
Sebagaimana yang saya sebut dari dulu, kita hendak lepas dari
krisis ini kena bersama dengan pemimpin yang Qawwi dan Amin. Yang kita ada
sekarang adalah yang lemah dan khianat, yang ada dulu pula yang Qawwi tetapi
tidak Amin, fikir hanya untuk berkuasa selama-lamanya.
Ambil contoh macam mana Biden, plan pemulihan dia sudah tersedia
sebelum dia masuk office, lepas masuk office terus execute plan dalam masa 2
bulan. Kini kita lihat USA sudah hampir pada 65% vaksinasi ( at least 1 dos dan
herd immunity pada 70%). Yang kita masih lagi terkial-kial berebut vaksin macam
anak kambing berebut dedak.
Ini berbeza dari Mahiadin, siap sebut "I am now the prime
minister", saling tak tumpah dengan pemenang loteri yang tak sangka-sangka
menang. Dia pun tak sangka boleh jadi PM sebab dia hanya bersedia untuk
khianat, bukan bersedia untuk memimpin. Sebab itu Anwar kata; sudahlah khianat,
memimpin pula bod*h.
Ibrah dari peristiwa ini banyak membenarkan kisah akhir zaman
dan apa yang di sebut oleh junjungan besar kita 1400 tahun dahulu tentang hati
orang tua yang gila kuasa.
"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara,
panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]
Kalau kita hendak selamat, berpegang teguh pada sunnah nabi dan
sempurnakan perjanjian, kerana setiap yang berjanji itu akan di tanya.