Semlm, sekitar 50 org je hadir himpunan bantah penerapan fahaman komunis, dianjurkan oleh sebuah NGO veteren tentera di KL.
Ada yang tanya aku, "Kenapa seramai itu sahaja yg hadir? Kenapa hang tak hadir? Tak berasa sensitif ke?" Tanya seorang kawan.
Aku kata, kalau kita nak buat bantahan kita mesti ada asas dulu. Apa yang kita mahu bantah itu? Wujud ke tidak isu tersebut atau kita bantah kerana semata-mata persepsi? Atau, kita sendiri atau orang lain yang reka cerita, create isu, kemudian kita pelawa orang ramai berhimpun? Jangan sedangkal itu.
Takkan hanya melihat ada bendera jalur gemilang terbalik dan ada bendera bintang bucu lima yang bukan sekarang sahaja pernah berlaku, maka kita pun buat dalil terdapatnya fahaman komunis? Isu tersebut pernah berlaku sejak bertahun dahulu, sampai kan ke dalam penganjuran sukan sea yang kita anjurkan dulu, ada negara jiran kita yang menunjukkan protes kepada kita kerana dikatakan kita menghina bendera mereka di dalam buku aturcara perasmian sukan sea, maka mereka lakukan kempen terbalikkan jalur gemilang. Itu fahaman komuniskah atau satu protes? Bendera bucu lima diviralkan setelah sekarang baru disedari di dalam satu program sukan, sedangkan bertahun dahulu ianya berlaku tanpa disedari kononnya, adakah itu dalil ada fahaman komunis?
Isu abu Chin Peng pun mahu dikaitkan dengan fahaman komunis? Bagaimana dengan jasad Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin serta ramai lagi yang dulu "orang kuat Komunis" di negara kita? Ada yang masih hidup dan ada yang telah disemadikan di negara kita berpuluh tahun dahulu. Adakah kerana itu, maka sekarang kita telah diserapi fahaman komunis? Aku tertarik dengan penjelasan bekas KPN, Rahim Nor yang jujur mengungkap sejarah tentang perjanjian damai dengan PKM. Apa yang penting di sini, kerajaan PH pun tidak pernah memberi kebenaran untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke tanahair meskipun mengikut kata Rahim Nor jika pun dibenarkan, ianya tidak memberi kesan kepada negara ini bahkan itu bertepatan dengan semangat persefahaman di dalam rundingan damai tersebut. Apa yang perlu disekat adalah fahaman komunis itu. Jika ada mana-mana pihak terbukti cuba atau telah menanamkan fahaman itu, tindakan tegas wajib diambil.
Pada aku, jangan melatah tidak tentu pasal. Hadapi isu dengan waras dan berfakta bukan dengan sentimen. Fakta yang ada dan jelas adalah di era kerajaan Bn dahulu, terdapatnya satu perjumpaan atau mesyuarat dengan kerajaan yang berfahaman komunis. Adakah selepas itu kita telah mengikuti fahaman komunis?
Kenanglah jasa dan pengorbanan perajurit kita terdahulu yang menentang komunis dan jangan kita wujudkan cerita atau persepsi yang menunjukkan seolah-olah perjuangan mereka sia-sia kerana fahaman komunis yang mereka tentang itu masih wujud. Hakikatnya, fahaman komunis itu telah lama dikuburkan oleh para pejuang kita terdahulu. Jika ada yang cuba hidupkan kembali atau mencipta isu untuk kepentingan politik, mereka adalah pengkhianat dan wajib diambil tindakan.
WFAUZDIN NS