INI SAJA ALASAN AHMAD NAZIM- KALAU GINI LA GAYANYA TABUNG LTAT WAL HASIL QUYUB

 

LIEW CHIN TONG






Saya amat terkejut membaca kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman.

Sekiranya ingin berpolitik semacam Datuk Seri Najib Razak, lebih baik Nazim Rahman undur dari tugas menjaga LTAT dan masuk arena politik.

𝟭. 𝗛𝘂𝗹𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵

Nazim Rahman kata, “Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.”

Aspek yang paling penting untuk sebuah kapal adalah reka bentuk. Apa gunanya ada rangka atau badan kapal yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan?

Malangnya, detailed design LCS yang patut disiapkan pada November 2016 tetap kekal di tahap lebih kurang 80% pada tahun 2022.

Pembinaan kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego.

Kapal sebesar LCS mempunyai sistem pendawaian dan paip yang panjang sekurang-kurangnya 300 kilometer. Di mana paip dipasang dan di mana pendawaian disambung, dan banyak lagi butiran yang perlu ditentukan dan dibina. Pembinaan kapal perang bukan sahaja ‘hull’ yang boleh dinampak dari laut berhampiran pulau Pangkor.

𝟮. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗸𝗮𝗹 (𝗯𝘂𝗹𝗸 𝗼𝗿𝗱𝗲𝗿)

Nazim Rahman juga berkata, “RM 6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir ke-semua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.”

Teori pembelian pukal ini satu lagi penipuan.

Dalam prosiding pada 1 Disember 2020, Tan Sri Ambrin Buang telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) bahawa:

“...what is glaring is pada keadaan biasa, sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign the contract. You cannot sign the contract when you do not know what is the design. Itu menjadi masalah sehinggakan berpusing-pusing isu ini.” (Laporan PAC, mukasurat 15)

Kenapa beli peralatan sebelum reka bentuk dimuktamadkan?

Ini bukan main Lego, boleh pasang dan buka suka hati.

Lebih-lebih lagi, 15% daripada peralatan yang dibeli secara pukal ini telah lapuk dan obsolete.

Ini adalah pembaziran yang terlampau besar kerana pembelian peralatan dibuat sebelum reka bentuk dipersetujui oleh design authority iaitu Naval Group. Sekiranya reka bentuk diubahsuai atau ditukar oleh design authority dalam proses pengesahan, maka peralatan dan wang yang diguna untuk membeli peralatan memang dibazirkan.

𝟯. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗽𝘂𝗸

Menurut Nazim Rahman, “Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada Syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi. Pengambilan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk Syarikat PSC ini. Maklumat ada dalam laporan PAC.”

Kenyataan Nazim Rahman ini yang paling memeranjatkan, dan ia membuktikan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Eksekutif LTAT.

Macam mana beliau boleh setuju bahawa penggunaan dana LCS yang disonglap untuk ‘bailout’ projek New Generation Patrol Vessel (NGPV) adalah sesuatu yang wajar dan boleh diterima?

Satu hari nanti, takkan dana LTAT juga boleh disonglap untuk ‘bailout’ projek-projek yang lain. Salah guna dana adalah jenayah dan tidak boleh diketepikan.

Kenyataan Nazim Rahman di Facebook semalam adalah kenyataan yang paling mengejutkan kerana menunjukkan bahawa beliau langsung tidak faham proses pembinaan kapal perang dan juga gagal dalam peranan beliau sebagai Ketua Eksekutif LTAT.

 



No comments: