Perjuangan anak2 muda seperti ini tidak akan kita lupakan.
Perjuangan mereka berbaloi kerana akhirnya rejim GST dan 1MDB itu berjaya kita
alahkan pada PRU14 yang lalu.
Akhirnya, wujudlah kerajaan PH yang mengkotakan janji
menghapuskan GST. Banyak juga perkara baik berjaya kita lakukan dan ada yang
belum dapat dilaksanakan. Kita jangkakan dalam tempuh sepenggal, kita mampu
tonjolkan kita lebih baik dari kerajaan sebelum ini.
Memang belum sempurna, ibarat membina rumah baru, hanya beberapa
tiang dan dinding yang sempat kita bina, tiba2 kita dikhianati oleh rakan2 kita
sendiri dan mereka runtuhkan rumah yang masih dalam pembinaan itu. Kononnya
untuk bina rumah yang lebih cantik dan kukuh dan mereka mahu menjadi tuan rumah
tersebut. Maka dijemputnya Umno dan Pas untuk sama2 mereka lakukan
pengkhianatan serta mendiami rumah yang mereka sebut "rumah melayu
islam".
Apa yang berlaku kepada "rumah melayu islam' tersebut? Kita
dapat menyaksikan keadaan rumah yang lebih hodoh, tiang senget, atap bocor,
lantai reput, lebih malang lagi di dalam rumah tersebut setiap hari bercakaran.
Kalau dulu rakyat dapat balik kampong ziarah ibu bapa, anak2 boleh sekolah,
boleh ke masjid, boleh bekerja, boleh makan di warung, boleh berniaga di pasar
malam, boleh balik beraya dan macam2 lagi nikmat dapat diperolehi, tiba2
selepas mereka meruntuhkan rumah yang didirikan oleh rakyat itu, segala nikmat
tersebut hilang sekelip mata.
Semenjak itu hingga kini kita dapat lihat sendiri akibat
perbuatan khianat yang Allah murkai. Jika hanya merosakkan sebatang dahan pokok
tanpa sebab itu pun Allah larang, bayangkan kerja2 menjatuh dan merampas
kerajaan yang rakyat pilih. Kalau yang menggantikan itu lebih baik, boleh
diterima akal juga, tetapi kita lihatlah sendiri. Ekonomi merudum teruk,
pengangguran hampir sejuta, harga barang melambung, kematian akibat wabak covid
seolah2 setiap hari sebuah kapal terbang jatuh terhempas. Itukah yang dikatakan
kerajaan melayu islam yang mendapat keberkatan?
Mereka sesama mereka berebut kuasa. Bergilir2 sesama pengkhianat
untuk menjadi PM kerajaan yang dipilih hanya oleh MP-MP sahaja. Rakyat tukang
tonton mereka sesama mereka mengagihkan jawatan menteri dan GLC sambil kita ikat
perut. Menteri paling ramai dalam sejarah negara, duta khas bertaraf menteri
dan tuan penasihat 20 persen juga bertaraf menteri. Rakyat tukang perati.
Inilah kerajaan melayu islam kononnya.
Rakyat telah melihat era Najib hingga rakyat jatuhkan rejimnya.
Rakyat tidak pernah jatuhkan kerajaan PH. Ertikata lain, sehingga saat ini,
satu2nya kerajaan yang rakyat pilih adalah kerajaan PH tetapi yang mereka pilih
itu jadi Pembangkang, manakala yang MP-MP pilih pula jadi kerajaan walaupun
bertahan dengan tiga, empat ekor MP sahaja. Khianat lagi tiga empat ekor,
tumbang lagi kerajaan.
Pengkhianat tetap akan dikhianati. Umno dan Pas tersilap langkah
dan terlanjur libatkan diri dan kini mereka terima akibatnya. Jadi kerajaan
tapi hidup tidak tenteram, tidur tidak lena kerana memikirkan bila pula
kerajaan ini akan tumbang? Begitulah keadaannya bila tiada keberkatan Illahi.
Anak-anak muda harus ke hadapan lagi untuk membalas dendam di
atas pengkhianatan durjana ini. Ajar para pengkhianat ini untuk menghormati
mandat rakyat.
WFAUZDIN NS