KAH..KAH...MACAI NAJIB DALAM TIKTOK BOLEH TOLANG JAWABKAN....NANTI AKU DEDAH MACAI TERUK NAJIB.

 

Adakah projek LCS hanya untuk bayar hutang lapuk BNS, Najib disoal




Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong berkata jawapan Najib Razak akan
 membantu semua pihak memahami projek kapal tempur pesisir (LCS).

PETALING JAYA: Najib Razak dipersoal sama ada projek kapal tempur pesisir (LCS) dirancang dengan tujuan untuk membayar hutang lama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) daripada projek New Generation Patrol Vessel (NGPV).

Dalam laporannya mengenai LCS minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, BNS membelanjakan RM400 juta untuk menyelesaikan hutang lapuk membabitkan projek NGPV.

Bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu Liew Chin Tong menegaskan, tiada satu pun daripada RM9 bilion yang diperuntukkan untuk projek LCS sepatutnya digunakan untuk tujuan lain, mendakwa tindakan itu adalah jenayah pecah amanah.

“Ataupun perdana menteri keenam (Najib Razak) memang memulakan projek LCS secara rundingan terus dengan tujuan untuk membayar hutang lapuk NGPV?

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jawapan Najib kepada soalan ini akan bantu kita semua memahami masalah projek LCS,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Menurut Mohamad dan Liew, jawapan Najib akan membantu semua pihak memahami projek LCS.

Mereka berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah merancang untuk memperoleh 27 kapal peronda pada 1990, dengan cadangan dimasukkan dalam perjanjian untuk Perjanjian Penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd.

Projek NGPV, hanya menyaksikan enam daripada 27 kapal siap, melibatkan penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd pada 1995 di bawah kelolaan Najib yang ketika itu menggalas tugas sebagai menteri pertahanan, dari 1990 hingga 1995 dan kemudian 1999 hingga 2008.

Mereka berkata, Boustead Holdings Berhad kemudian menjadi pemegang saham majoriti syarikat yang keluar daripada penswastaan itu, seterusnya menamakan semula syarikat tersebut sebagai BNS pada 2006.

“Kontrak tambahan pertama yang ditandatangani pada 14 Dis 2001 tidak melibatkan kos tambahan.

“Selepas pengambilalihan PSC-NDSB oleh Boustead Holding Berhad, kontrak tambahan kedua ditandatangani pada 17 Jan 2007 dengan BNS, dengan tambahan nilai kontrak sebanyak RM 1.4 bilion iaitu daripada nilai kontrak asal RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion.

“Asas-asas peningkatan kos sejumlah RM1.4 bilion tidak dinyatakan dengan jelas dan tiada justifikasi kukuh untuk menaikkan nilai perolehan kontrak tersebut,” kata pemimpin Amanah dan DAP itu lagi.

Mohamad dan Liew berkata, PAC pada 2005 berpendapat projek NGPV tidak diuruskan dengan baik oleh kontraktor dan kementerian pertahanan.

Sementara itu, laporan Ketua Audit Negara 2006 berkata projek NGPV mempunyai banyak kelemahan kerana kerajaan dan Kementerian Pertahanan memberi PSC-Naval Dockyard “terlalu banyak peluang” walaupun terdapat masalah kewangan dan pengurusan.

No comments: