MSO
SESUDAH SUBUH
LUSA (18 Disember
2021) merupakan hari mengundi untuk pilihan raya negeri (Pirane)
Sarawak. Pengundian awal telah berlangsung semalam. Dalam pilihan raya kali ini
seramai 1,252,014 pemilih berpeluang untuk membuat pilihan ke atas 349
calon.
Seperti lazimnya
perlawanan dalam pilihan raya di Sarawak, membabitkan pertandingan lebih
daripada dua penjuru. Keadaan ini menyebabkan pilihan raya di negeri Kenyalang
itu sebuah pesta setiap lima tahun sekali.
Selepas proses penamaan
calon dijalankan, mengarcakan berlaku pertandingan tujuh penjuru ditujuh
kawasan atau Dun. Lima penjuru di 24 kawasan, empat penjuru di 33 Dun, tiga
penjuru di 13 Dun dan satu lwan satu hanya di empat Dun.
Manakala antara
parti-parti yang mengambil bahagian adalah GPS terdiri daripada Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu (PBS) dan Parti Demokratik
Progresif (PDP) yang merupakan kerajaan sebelum ini, DAP, Keadilan, Amanah dan
Pas. PBBM atau Bersatu dan Umno atau BN tidak meletakkan calon.
Parti-parti PBB, PBS dan
PDP bertanding atas satu nama dan gabungan GPS manakala Dap, Keadilan dan
Amanah walaupun memiliki gabungan bernama PH, tetapi bertanding atas lambang
masing-masing. Ketiga-tiga parti ini seperti sedang mempersiapkan diri untuk
melempar PH?
Tidak ketahui ke manakah
lenyapnya kehebatan Umno dan adik tirinya Bersatu kerana tidak berani
meletakkan walaupun sekerat calon. Dalam soal ini Parti Amanah Negara yang
bersikap berlagak mahu jadi gajah lebih berani berbanding dengan Umno dan
Bersatu. Hatta dengan abang tirinya sendiri Pas, yang meletakkan calon dihanya
satu kerusi sahaja.
Tindakan Pas itu serba
salah dan membazirkan masa sahaja. Ada baiknya kalau ia berpakat dengan Amanah
dan bertanding secara berpasukan dengan mengambil semangat asal dari rahim ibu
dan sperma bapak yang sama.
Amanah telah memberanikan
diri untuk menjadi gajah meletakkan calon di lapan kerusi, kurang empat kerusi
berbanding dalam pilihan raya sebelum ini yang dibuat kononnya untuk
memperkenalkan parti dan lambangnya, Aneh sesudah diperkenalkan parti itu
bertanding kurang daripada sewaktu memperkenalkannya dulu. Apakah ini
menunjukkan parti itu masih belum dikenali dan terkenal lagi?
Tidak diketahui apakah
ukuran, jangkaan dan strategi dibuat oleh parti berlambang huruf "A"
itu sehingga berani meletakkan calon dilapan kerusi? Apakah ia untuk
menunjukkan parti itu mempunyai wang dan mampu membayar deposit berbanding
dengan Pas?
Walhal kalau hendak
dikira Pas yang kini jadi sesuku daripada kerajaan lebih dilihat mempunyai wang
sepatutnya parti pimpinan Tok Dor itu bertanding di semua 82 kerusi. Mungkin
wang deposit calon Amanah itu dibelanjkan menggunakan wang simpanan para
pemimpinnya khasnya yang menjadi menteri kerana mereka katanya diberi pampasan
ratusan ribu?
Atau pun Amanah telah
mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Pas selama ini yang bertanding atau
menyertai pilihan raya walaupun tidak nampak bayang kemenangan, tetapi
disertainya juga kerana mahu menjadikan pilihan raya sebagai platform berdakwah?
Tetapi kalau itulah tujuannya dalam pilihan raya Sarawak ini fungsi itu sudah
tidak lagi diamalkan Pas kerana bertandingan hanya satu kerusi sahaja.
Berbalik hakikat pilihan
raya Sarawak itu, walaupun ia berlaku pertandingan disemua 82 kerusi dan
disertai banyak parti termasuk parti pembangkang utama, Dap dan Keadilan,
tetapi kemenangan seperti sudah pasti milik GPS. Ini kerana pilihan raya kali
ini berbeza dan lain kaedahnya, baik dari segi semangat dan pelaksanaanya
berbanding dengan pilihan raya sebelum ini.
Pilihan raya Sarawak iu
diadakan selepas tamat darurat. Justeru begitu ia boleh dianggap sebagai
pilihan raya dalam suasana darurat kerana beberapa peraturan dan kawalan ketat
dikenakan atas alasan pandemik. Situasi itu sudah tentu memberi kelebihan
kepada parti yang menjadi kerajaan kerana mereka boleh menggunakan apa sahaja
ruang dan kemudahan kerajaan yang ada. Lantaran kelebihan itu diyakini GPS akan
menang besar.
Apa yang berlaku dalam
Pirane Melaka beberapa minggu lepas yang mengejutkan bilamana BN menang dengan
majoriti dua pertiga, akan berulang di Sarawak. Tanda-tanda itu sudah jelas
bilamana, peraturan "beruk" dan "hantu" diperlakukan di
Sarawak. Kempen secara terbuka tidak dibenarkan kepada pembangkang. Manakala
para pemimpin parti Keadilan dan DAP disekat daripada memasuki Sarawak. Pilihan
raya Sarawak diadakan dalam keadaan "renyuk tepok".
Dalam masa sama GPS bebas
melakukan apa sahaja. Dengan menggunakan ketua-ketua kaum dan adat serta bebas
mengguna peremis kerajaan seperti balai raya, masjid, surau dan sebagainya GPS
bebas menggnunakan peremis itu untuk berkempen. Pasti juga akan ada rasuah
pengundi, tetapi ia hanya boleh disebut sahaja tindakan tentu sekali tidak ada.
SPRM seperti biasalah bila berhadapan dengan parti kerajaan?
Tindakan atau cara itu
antara satu ketidak-adilan dalam seribu "kerenyukan" pilihan raya
berkenaan. Dalam keadaan seperti itu macam mana parti pembangkang, baik DAP
atau Keadilan atau Amanah untuk menang.
Mungkin kerana sudah
menyedari pilihan raya itu tidak adil dan ia tidak lebih dari mematuhi kehendak
Perlembagaan dimana pilihan raya diadakan selepas tamat satu-satu tempoh atau
penggal lima tahun, maka kemenangan seperti sudah menjadi milik GPS.
Jadi pilihan raya itu
hanya satu formaliti dan bukan hakikat pilihan raya sebenarnya. Mereka
menyertai pilihan raya itu terutamanya pembangkang sengaja membiarkan diri
mereka ditipu dan dianiaya hidup-hidup. Selagi bergantung kepada proses
demokrasi seperti itu maka selama itu rakyat tidak mendapat haknya dengan penuh
keadilan dan perjalanan kerajaan itu tidak murni.
Pirane Sarawak itu
bolehlah disifatkan suatu kaedah untuk memberi kemenangan percuma kepada GPS
sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka di Sarawak. Dan bagi GPS atau mana-mana
parti sekalipun mereka akan bersyukur 40 kali dan bersujud sahwi 105 kali
apabila suasana atau keadaanya berpihak kepadanya walaupun ia dijijik dan
comot.
Pilihan raya atau
demokrasi adalah satu penipuan yang dihalalkan dan diperlembagaakan di negara
ini, merupakan satu permainan tradisi yang disukai oleh sebilangan
rakyat. [wm.kl. 7:48 am 16/12/2021]
Glossori:
Renyuk tepok =
punah ranah, tidak sempurna, atau punah jahanam.'