1. Saya masih ingat lagi, minggu pertama program orientasi di King’s College. Masa nak register saya pergi seorang saja, mengharapkan jumpa la orang Malaysia. Masa tu dalam ramai2 yang pergi dalam batch yang sama, saya sorang je dapat King’s. Yang lain ada ke Oxbridge, ramai juga ke LSE dan UCL. Bagi seorang budak kampung, belajar di kota London ni sedikit menggerunkan. Kalau ada geng, boleh la up sikit confident.
2. Masa sampai ke Dewan Pendaftaran, punya la ramai. Saya pun tilik2 la dalam crowd tu kalau ada orang Malaysia. Chinese and Indian Malaysia pada saya susah nak kenal pasti. Sebab takut salah negara, can be from China or India. So saya cuba cari muka Melayu. Masalahnya, tiada seorang pun saya confident nampak muka Melayu. Selalunya kalau tiada Melayu Malaysia, kita boleh geng dengan Melayu Singapura, orang Brunei atau Indonesia. Namun, sebutir pun saya tak jumpa.
3. So I told myself, cuba la otak tu berkembang sikit. Kalau dah Kerajaan hantar belajar jauh2, yang nak bergaul dengan sama muka je, apa cerita? So saya beranikan diri menegur satu minah omputih di sebelah. Namanya Laura, orang Jerman. Cantik juga, rambut blonde, hidung terletak. Saya tanya ambil course apa. Dia kata ambil jurusan “War Studies”.
4. Dalam hati, “Eh… askar ke minah ni?” Tapi nampak macam Barbie. Takde rupa army. Dia kata dalam jurusan dia, yang army punya sikit. Kebanyakan yang belajar jurusan ni ada cita2 dalam bidang korporat, politik dan hubungan antarabangsa. Dia kata jurusan “War Studies” di King’s bukan saja yang terbaik di UK malah antara yang terbaik di dunia. Tu sebab dia terbang ke UK dari Germany.
5. So dalam setahun saya melepak dengan dia, dia terangkan apa guna “War Studies” dalam kehidupan. Dia kata kitab paling ulung dalam jurusan ini ialah “The Art of War” oleh Sun Tzu. Dia suruh saya cuba baca komentari mengenainya, sangat berguna. So setiap kali ada masa, saya cuba lah rujuk dan baca. Semakin lama mendalami The Art of War, semakin saya terpana. Banyak benda boleh kita belajar. Semuanya relevan dalam hidup kita.
6. Salah satu yang menarik perhatian ialah mengenai PROPAGANDA. Sun Tzu kata “Taktik perang paling hebat, bila kita kalahkan musuh tanpa perlu berlawan”. Makanya ini lah asas perang propaganda. Propaganda ini bukan hanya ada dalam perang moden. Masa perang Moghul lagi dah diguna.
7. Genghis Khan sebelum nak masuk medan perang, dia pastikan semua askar ikatkan kayu pada ekor kuda. Supaya kayu itu bila ditarik akan naikkan pasir juga. Makanya, bala tentera Moghul bila masuk ke medan perang, akan naik bayang pasir gergasi di belakang mereka. Konon2 macam Gengkhis Khan punyai berpuluh ribu bala tentera. Musuh tengok macam tu banyak yang kecut dan cabut lari. Tak payah la susah2 nak berperang. Banyak je Genghis Khan menang guna cara ni. Itulah salah satu cara propaganda zaman kuno.
8. Zaman sekarang sebab nak berkuasa, tak perlu pemimpin kita berperang. Mereka hanya perlu kuat daya politik. Politik juga satu bentuk peperangan. Peperangan mencari majoriti undi. Makanya seni peperangan propaganda ni sangat berguna di kalangan politikus. Mereka tak perlu buat sendiri aksi perang nak benamkan lawan. Setiap parti politik ada team yang sebarkan propaganda.
9. Propaganda ni ada dua. Satu propaganda positif dan satu lagi propaganda negatif. Propaganda positif ceritakan apa yang baik mengenai mereka, yang negatif pula bagi membenam pihak lawan. Dalam konteks politik Malaysia semasa, #KeluargaMalaysia dan #MalaysiaBaru merupakan propaganda positif. Manakala #KerajaanGagal dan #PakatanHancing merupakan propaganda negatif.
10. Propaganda ni bukan semuanya tipu, ada yang guna fakta dan data. Yang penting tujuannya nak bentuk minda pengundi untuk percaya satu perkara. Dalam zaman moden ni, lagi senang nak sebarkan propaganda, guna saja media sosial yang ada. Yang menyebar propaganda politik dipanggil laskar siber atau cybertroopers. Mereka ni ada yang dibayar dan ada yang volunteer.
11. Bagi yang atas pagar dalam politik, fakta dan data ini penting untuk kita nilai sesuatu isu. Tapi bila kita baca dalam media sosial, susah dah nak beza antara fakta dan fitnah. Kadang tu, untuk kita tengok kredibiliti satu perkara, kita tengok berapa ramai yang like dan share. Namun jangan mudah terpedaya. Ingat cerita Genghis Khan tadi? Itu semua boleh bikin jua.
12. Laporan mengatakan Malaysia antara negara di dunia yang paling banyak ada akaun media sosial palsu. Laskar siber ni selalunya tak guna nama dan akaun sebenar. Mereka guna pelbagai akaun palsu. Kadang seorang handle sampai 50 akaun. Kenapa kena buat begitu? Jembalang siber ni kena support politician. Perlu ramai follower palsu untuk share dan like posting mereka, agar beri credential. Artikel ini jelaskan yang pemimpin kita antara yang buat perangai begini.
https://www.meldmagazine.com.au/2013/05/world-leaders-fake-followers/
13. Lagi satu kerja laskar siber ni, dia kena benamkan apa saja hujah yang merosakkan nama politikus. Bagaimana caranya? Mereka buat cara tak senonoh. Sama ada maki2 dan mencarut atau beri ancaman. Ni semua nak bagi pengundi diam. Membuli, itu cara mereka. Makanya dalam media sosial, kalau tuan puan jumpa jenis manusia yang tak bertamadun, tambah berperangai bigot, saya nasihatkan blok kan saja. Jangan bagi muka.
14. PRN dan PRU dah nak dekat. Makanya kita kena beringat. Akan banyak lagi propaganda yang akan keluar. Di sini saya senaraikan jenis taktik dan helah propaganda yang mereka akan guna:
(i) “Smokescreen”
- Ini merupakan taktik kaburi pihak lawan. Untuk menutup strategi sebenar. Simply put, cakap di luar lain, yang betul2 jadi lain.
- Contoh: Politician nampak macam gaduh2 di media, kononnya taknak berunding. Walhal deal belakang2, sama2 nak bertanding.
(ii) “Whitewashing”
- Ini merupakan taktik nak tutup isu yang negatif. Dia cepat2 bersihkan yang buruk dan katakan semuanya baik belaka.
- Contoh, terkantoi masuk wang GLC dalam akaun sendiri. Katanya ia tak salah, kerana itu merupakan derma Raja Arab. White wash perkara itu kononnya takde hal. Walhal kalau derma kepada parti atau negara, kenapa perlu masuk akaun sendiri? Contoh yang dispin, buat pengundi pening
(iii) “Red herring”
- Ini strategi lari dari perkara pokok, divert isu lain yang takde kaitan. Supaya orang lupa isu yang mustahak.
- Contoh, terkantoi ahli parti merembat royalti pasir negeri. Jual pula pada warga asing. Dikalihkan isu kepada Pulau penuh dengan batu konkrit. Jual pulak sentimen kedaulatan negara. Ini namanya, strategi red herring.
15. Penting bagi kita sebagai pengundi untuk tahu semua strategi. Must remember, sebagai pengundi bijak, we must rise above politics. Buat keputusan, bukan sebab kita penyokong taksub tapi sebab kita pengadil yang adil. Undi kita berharga, bukan untuk politicians atau parti, tapi untuk negara dan cucu cicit. Makanya, sangat penting untuk kita decipher semua strategi mereka. Buat keputusan berdasarkan fakta bukan yang di-spin.
16. Kawan saya Laura dah kembali ke Germany. Sekarang jadi tai tai suri rumah sepenuh masa. Kami masih berhubung dalam media sosial, bertanya khabar. Katanya, duduk rumah pun dia pakai ilmu war studies. Supaya ada bullet propaganda untuk menangkan hati suami. Boleh la kita cuba try test sekali…
Salam hormat,
Liyana Marzuki