KONVOI AMK PROTES SELAMATKAN SPRM DI PUTRAJAYA, UCAPAN YB MASZLEE MALIK,...



KONVOI AMK PROTES SELAMATKAN SPRM DI PUTRAJAYA, UCAPAN YB MASZLEE MALIK, YB AKMAL NASIR HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI, HARAPKAN AZAM BAKI, SPRM HILANG INTEGRITI,

Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia



The Azam Baki Case is a perfect example of the Failure of Ketuanan Melayu & Mail's Malaysian Family. Sila sokong kerja saya untuk mencipta video yang lebih bermaklumat (Please support my work to create more informative videos):- ★ Patreon: https://www.patreon.com/MariamMokhtar ★ Website: https://www.mariammokhtar.com/ ★ Facebook: https://www.facebook.com/RebuildingMa... ★ Twitter: https://twitter.com/mariamadmrlgen ★ Instagram: https://www.instagram.com/rebuildingm...

'Agak hairan isu Azam dikatakan bersifat politik' - Gobind



Seorang Ahli Parlimen DAP sangsi sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mampu bersikap berkecuali berhubung siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan pegawai atasannya. Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, dalam satu hantaran turut mempersoalkan berkenaan sokongan diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya agensi itu terhadap ketua mereka, Azam Baki, yang berdepan serangan susulan pemilikan saham korporat.


Speaker sangkal DUN Johor bakal bubar


Speaker sangkal DUN Johor bakal bu

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat menyangkal desas-desus kononnya bakal berlaku pembubaran DUN dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Pengerusi AMANAH negeri itu dilapor berkata, BN masih lagi mempunyai kelebihan satu kerusi, iaitu 28 berbanding 27 kerusi milik Pakatan Harapan (PH).

Beliau berpendapat majoriti sangat tipis dimiliki kerajaan negeri susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

“BN masih ada kelebihan satu undi. Selama ini pun kerajaan bertahan dengan majoriti yang nipis dan tiada sebarang masalah berlaku.

“Tempoh penggal pun masih ada satu tahun lagi. Tiada sebab yang jelas untuk DUN dibubarkan di tengah-tengah keperitan rakyat hadapi pandemik Covid-19,” dipetik Malaysiakini.

Sejak berakhirnya sidang DUN Khas pada minggu lalu, khabar angin pembubaran DUN Johor bagi membolehkan PRN kembali hangat diperkatakan.

Akhir tahun lalu, kerajaan negeri yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas memaklumkan akan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN.

APAKAH WAN JUNAIDI MAKSUDKAN SAHAM2 ITU MEMANG MILIK AZAM BAKI?

 

Dalam usaha untuk membela Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang terkait dengan kontroversi memiliki berjuta-juta saham atas namanya, tetapi didakwa kepunyaan adiknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, harga saham tersebut tidak mahal dan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Beliau berkata, pada tahun 2016, satu juta saham yang dibeli oleh Azam itu hanya bernilai RM330,000 di mana harga sesahamnya adalah antara 30 sen dan 33 sen.

“Berdasarkan harga awal itu, ia bukanlah satu saham yang mahal untuk diperoleh.

“Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan daripada kita.

“Dan bagi mereka yang merupakan peniaga pasaran saham yang aktif, adalah perkara biasa untuk mereka meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, terutamanya apabila melihat potensinya,” katanya lagi.

Wan Junaidi juga menegaskan, adalah tidak salah untuk penjawat awam memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Menurutnya, di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam hanya dilarang berdagang dalam pasaran hadapan, dalam dan luar negara.

Bagi penjawat awam yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam, tambahnya, mereka hanya dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.

Apa maksud kenyataan Wan Junaidi itu?

Adakah dengan kenyataan ini Wan Junaidi ingin memberitahu umum bahawa saham-saham itu memang dibeli dan dimiliki oleh Azam Baki kerana sebagai penjawat awam, beliau mampu membelinya?

Tetapi, bukankah Azam Baki sendiri mengatakan saham-saham tersebut kepunyaan adiknya yang telah membelinya menggunakan namanya?

Sekarang, siapa kantoi? -ShahbudinHusin 10/01/2021.

Anak muda Terengganu tiada kerja, Pas hadapi kesukaran menuju PRU 15 - Azan

 



Ketiadaan pekerjaan di Terengganu bagi anak muda menyalahi janji manifesto pilihan raya Pas untuk mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan.


Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan sama ada tahun ini atau 2023, Pas diramal akan berdepan jalan berliku untuk mengekalkan kuasa di negeri itu.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, ketiadaan kemajuan yang ketara dalam pentadbiran parti Islam itu, terutama peluang kerja, akan menyebabkan anak muda beralih sokongan.


"Saya rasa sampai tahap sekarang ini, golongan muda di Terengganu dapat melihat dengan jelas ketidakmampuan Pas memberi jaminan kepada hidup mereka di masa hadapan. Itu sudah jelas," katanya kepada Suara Keadilan.


Cuma tambah Azan, kelemahan Pas itu pasti akan diambil kesempatan oleh Umno untuk menguasai semula pemerintahan negeri.


Oleh itu, katanya, anak muda terutama Undi 18 perlu berfikir panjang bahawa ketiadaan peluang pekerjaan di negeri itu bukanlah salah Pas semata mata, tetapi juga polisi pemerintahan Umno sebelumnya yang membazirkan RM1 bilion wang royalti setahun kepada perkara perkara yang tidak menjana pertumbuhan ekonomi.


"Kesempatan ini akan diambil oleh Umno untuk menawarkan diri. Tetapi perkara yang sama juga berlaku, kita lihat 4 tahun lepas pentadbiran ini diuruskan oleh Umno.


"Anak muda lingkungan umur 20an. 4 tahun lepas mereka ini remaja di bawah kepimpinan Umno. Perkara ini perlu dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Negeri waktu itu. Umno harus memikul dan ambil tanggungjawab. Patut dipersalahkan kerana kesalahan merancang ini terletak pada bahu mereka.


"Kerajaan bermakna kerajaan yang mengendalikan negeri Terengganu, baik zaman Pas atau sebelumnya di bawah Umno," kata mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.


Tegas Azan, anak muda yang baru mahu memulakan kehidupan perlulah merancang masa hadapan mereka sebaik baiknya dengan bersama parti yang mempunyai perancangan membangunkan Terengganu.


Dua parti utama Melayu, katanya telah gagal. Kegagalan paling menyolok mata adalah tindakan pemimpin Kerajaan Negeri baru baru ini melakukan flag off tenaga kerja Terengganu untuk bekerja di Selangor.


Hal itu, kata Azan, tidak akan berlaku dalam 5 tahun ke hadapan sekiranya anak muda melantik kerajaan yang betul untuk mentadbir.


"Saya yakin orang muda Terengganu faham, yang sedang menganggur, yang baru nak mulakan kehidupan.


"Kerajaan Negeri tidak upaya sediakan peluang pekerjaan. Mereka terpaksa hijrah tinggal keluarga dan sebagainya, terdedah cabaran baru dan sebagainya


"Itulah implikasi yang berlaku sekarang ini dan anak muda perlu bangkit untuk menolak pemerintahan kerajaan Pas yang sangat lemah serta bercelaru sehingga nasib anak muda diperjudikan," katanya lagi.

'Ahli Parlimen, pembeli rumah PRIMA bantah projek perumahan tidak siap siap'

 



Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir dan para pembeli rumah PRIMA di Kota Tinggi baru baru ini berhimpun membantah pihak pemaju yang gagal menyiapkan rumah seperti dijanjikan pada tahun 2020, namun sehingga kini masih lagi dalam proses pembinaan.


Menurut Akmal, pembeli rumah telah menanti hampir 2 tahun untuk berpindah masuk sebagaimana yang dijanjikan.


Tegas beliau, mengikut perjanjian, rumah akan siap pada penghujung tahun 2019 dan sekitar awal 2020, namun berlaku hampir 4 kali pertukaran tukar tarikh berpindah masuk.


"Terbaru, pemaju memberi tarikh masuk sekitar bulan April 2022, dan rumah telah masuk 94% untuk disiapkan.


"Namun tinjauan yang dibuat rumah jauh lagi daripada mencapai 94%, dan tarikh baru yang diberikan pemaju sekadar tarikh untuk mengelabui pembeli," katanya bersama himpunan puluhan para pembeli di tapak projek.


Sehubungan itu, pembeli memohon jasa baik Akmal untuk mendesak supaya proses pembinaan rumah dapat segera diselesaikan dan pembeli tidak merasa seperti dianiaya.


Menurut Akmal lagi, terdapat pembeli yang telah membayar pinjaman penuh, dan dalam masa sama turut terpaksa membayar rumah sewa yang amat membebankan. Ada juga pembeli, katanya, telah meninggal dunia sebelum sempat masuk ke rumah yang dibeli.


Hampir 100 pembeli turun beramai ramai bersama Akmal Nasir bagi menunjukkan bantahan kepada pemaju, khususnya Kerajaan Persekutuan yang menjadi pihak bertanggungjawab menyediakan rumah berkenaan.



Barisan pembeli rumah mengadakan bantahan di tapak projek rumah PRIMA Kota Tinggi