Ahmad Maslan akui 16 MP Umno ‘berpindah’

 

Ahmad Maslan akui 16 MP Umno ‘berpindah’

Bibit perpecahan dalam Umno dilihat semakin ketara apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Ahmad Maslan mengakui 16 daripada 39 Ahli Parlimen parti Melayu terbesar itu sudah ‘berpindah’.

Ahli Parlimen Pontian itu dalam ciapan di Twitter serta hantaran di Facebook dan Instagram malam ini turut menyenaraikan kedudukan kerajaan pada ini yang berjumlah 113 kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, beliau membahagikan Umno kepada dua iaitu Kumpulan A dan B.

Selain Umno, MCA mempunyai dua kerusi, diikuti MIC dan PBRS masing-masing satu kerusi.

Turut menganggotai kerajaan pada masa ini ialah GPS dengan 18 kerusi, PPBM (16), Pas (18) manakala STAR dan PBS masing-masing satu kerusi.

“Kerajaan sekarang ada 113 kerusi. Untuk ingatan kita semua.

“[Umno (B) 16 MP Umno Berpindah tapi asalnya bertanding atas tiket Umno. Umno (A) yang Asal/Asli].

“Umno/BN yang terbanyak kerusi,” tegas Ahmad sekali gus mengesahkan desas-desus tentang pergeseran dalam kalangan Umno.

Walau bagaimanapun rata-rata warganet menyuarakan rasa bosan dengan permainan politik yang tidak berkesudahan ketika jangkitan Covid-19 semakin mengganas.

Ada juga komentar yang menyarankan pemimpin Umno dan kerajaan pada masa ini lebih baik ke meja rundingan berbanding asyik bercakaran di media sosial.

Susulan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen, Umno dilihat berpecah kepada dua blok.

Difahamkan, kem Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak bertembung dengan blok Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Setakat ini, dikatakan sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen Umno menyokong Ku Li sebagai calon Perdana Menteri sekali gus lebih banyak berbanding Anwar.


Dr Mahathir: Anwar tidak mahu saya, mengapa saya mahu dia?

 

TEMURAMAH  MAHAZALIM BERSAMA THE VIBES



Bekas PM mengatakan bekas sekutunya  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai cukup anggota Parlimen di pihaknya


Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Okt 2020 17:38 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa dia tidak percaya pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi PM berikutnya. - Gambar The Vibes, 15 Oktober 2020


OLEH

 

Norman Goh

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan bahawa dia tidak pernah percaya bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Bercakap kepada The Vibes dalam wawancara di Perdana Leadership Foundation, Dr Mahathir melakukan kritikan pada bekas sekutunya, dengan mengatakan bahawa Anwar terkenal dengan kenyataan bahawa dia akan menjadi perdana menteri.

"Anwar terkenal kerana membuat kenyataan seperti itu. Bukan untuk pertama kalinya, berkali-kali dia mengatakan akan menjadi perdana menteri dan dia mendapat sokongan.

"Pada akhirnya, benar-benar tidak ada sokongan. Semasa dia membuat kenyataan itu, saya tidak pernah percaya bahawa dia mendapat sokongan.

"Saya cuba mencari dan ingin tahu siapa yang menyokongnya tetapi ada kemungkinan orang yang mempunyai masalah akan mendukungnya ... jika dia berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka," kata Dr Mahathir kepada The Vibes.

Yang di-Pertuan Agong memberikan ruang mengadap Baginda kepada ketua PKR pada hari Selasa baru-baru ini.

Kemudian pada hari yang sama, Anwar mengatakan bahawa dia mempunyai lebih dari 120 anggota parlimen yang menyokongnya untuk membentuk kerajaan baru, dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Bagaimanapun, Istana Negara mengeluarkan kenyataan selepas itu, dengan mengatakan bahawa Anwar tidak menyerahkan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya kepada Agong.

Ketika ditanya mengenai mengapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mengatakan ada penyokong PKR yang "menolak" untuk tidak menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

"Sangat sukar untuk mengatakannya. Anda tahu, saya pernah menyingkirkannya sebelum ini tetapi kemudian semasa saya berada di Pakatan Harapan, saya bertemu dengannya.

"Ketika mereka menyarankan agar dia menggantikan saya, saya tidak mengatakan tidak, tetapi ketika saya menjadi perdana menteri, begitu banyak orang datang dan meminta saya agar tidak melantik beliau.

"Sudah tentu, saya tidak dapat mendedahkan nama mereka. Ini adalah penyokongnya yang kuat, penyokong yang sangat kuat. Sebelum ini, mereka memaki saya tetapi sekarang mereka datang dan bertanya kepada saya 'tolong, bukan Anwar'.

"Anda lihat, saya tidak ingin berperanan dalam melakukan itu, jadi saya tidak ingin mengatakan tidak, saya tidak ingin mengatakan ya."

Dia menambah bahawa Anwar tidak mahu Dr Mahathir menjadi perdana menteri Bersatu yang ditarik keluar dari Pakatan Harapan.

"Juga, saya ingin menambah bahawa Anwar tidak menginginkan saya. Dia menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak menghendaki saya ketika kami berusaha untuk bekerjasama lagi dengan Pakatan Harapan (setelah kejatuhan pentadbiran).

"Pada pertemuan yang dihadiri Anwar , saya menawarkan diri untuk menjadi perdana menteri hanya selama enam bulan ... tetapi,beliau mengatakan tidak.

"Ketika Anwar membuat pengumumannya tentang menggulingkan (Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin, dia mengatakan jumlah (MP) tidak termasuk saya dan kumpulan saya (Pejuang).

 

"Jadi dia tidak mahu saya, mengapa saya mahu dia?" - The Vibes, 15 Oktober 2020 .

 

TERJEMAHAN OLEH WRLR

 

KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT SUATU KEWAJIPAN


Image may contain: 11 people, text


Semua tahu, kerajaan PH jatuh setelah 22 bulan menjadi kerajaan.  Jatuhnya kerajaan PH bukan kerana ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya, tetapi apabila berlakunya pengkhianatan di kalangan pemimpin dan beberapa Ahli Parlimen.  

 Pengkhianatan ini mungkin gagal jika tidak dibantu oleh pihak lain.  Wujudnya kerajaan pintu belakang ini adalah kerana ianya dibantu oleh pihak2 lain yang mahu berkuasa tanpa mandat rakyat.  Alasan kononnya mahu kepada sebuah kerajaan melayu Islam tanpa Dap yang lebih baik ternyata gagal.  Terbukti sekarang kerajaan yang ada begitu huru hara dan caca merba.  Menteri2nya jauh lebih ramai dari kerajaan PH sebelum ini namun apa yang mereka lakukan untuk negara ini?  Kerajaan yang wujud hasil dari pengkhianatan tidak akan mendapat perlindungan Allah.  

 Islam meletakkan khianat pada tempat yang hina lagi dina, selain merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang munafik. Allah menjelaskan orang yang beriman tidak boleh mengkhianati amanah yang telah diberikan. 

 Dalam Surah al-Anfal ayat 27 (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

 Dalam Surah al-Hajj ayat 38 bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”

 Setelah Allah melarang perbuatan khianat, maka ayat ke-107 surah an-Nisa pula melarang berdebat dan membela orang yang khianat. “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”

 Maka, jelaslah khianat dan bersubahat dengan pengkhianat begitu mendapat tempat yang jijik di dalam Islam.

 

WFAUZDIN NS

 

 


APAKAH KU LI AKAN KERJASAMA DENGAN PT95 UNTUK SAILANG DSAI?



Teori Konspirasi sedang berlegar di SocMed tentang Ku Li yang mengadap YDPA selepas DSAI diterima mengadap baginda. Macam-macam Teori termasuklah yang mengatakan Ku Li dicalonkan sebagai TPM oleh DSAI tapi cuba disailang oleh PT95 lalu ditawarkan sebagai PM jika MP2 di belakang Ku Li sanggup membuat U-turn dan tidak menyokong DSAI. Benarkah?

Saya hanya membaca Teori berkenaan dalam Whatsapp group. Tidaklah berniat untuk mengesahkan atau menolaknya kerana dalam Politik apapun boleh berlaku, tambahan pula demi kuasa.

CUMA, bagi mereka yang mungkin terlepas pandang akan dokumentari dari CNA sebulan yang lalu mengenai PT95 yang bertajuk PRIME MINISTER'S SLAYER - Mahathir's Last Fight Link video penuh : https://www.youtube.com/watch?v=hGXisHaySao cuba TUMPUKAN atas "EXCERPT" atau keratan video berkenaan pada segmen yang mana Ku Li beri pandangan beliau dan PT95 menceritakan dari sisi dia pula. Offcoz mempertahankan bahawa dia benar belaka. But that is beside the point.

Dari sini anda nilaikan sendiri, dalam isu kemungkinan berlaku perubahan kuasa sekarang ini, ADAKAH ANDA RASA Ku Li akan berpakat atau bekerjasama dengan PT95 utk sailang DSAI walhal dia sangat kenal Orang Tua itu?

Sebenarnya Ku Li melihat seolah -olah dia punya peluang dan mencuba. Pada hakikatnya dia telah lama meninggalkan dunia politik ini dan sekadar menjadi Ahli Parlimen yang juga pelahan.

Adakah Zahid dan Najib mahu memberikan sokongan kepada beliau. Nak jadi PM tidak semudah untuk menunggu orang datang, tetapi pelulah turun ke dasar dan bertemu dengan prinsip perjuangan. Dulu beliau ya..tetapi sejak kekalahan dengan PT95 , beliau kemudiannya menyepi atau disepikan oleh Umno sendiri.



ZUS DIN


GERAK 98 : PM YANG HILANG MAJORITI MESTI UNDUR SEGERA


 1. Gerak98 merujuk kenyataan 2 Ahli Parlimen , Tg Razaleigh Hamzah dan Dato Seri Najib Tun Razak yang disiarkan dalam media semalam.

2. Kenyataan mereka itu jelas merupakan penarikan sokongan mereka terhadap PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

3. Ianya juga merupakan bukti jelas PM Muhyidin sudah hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen untuk menjawat jawatan PM.(Majoriti kerajaan PN sebelum ini hanya 113).

4. Justeru, Muhyidin mesti meletakkan jawatan PM dengan segera.Salah bagi beliau terus menjawat jawatan PM tanpa majoriti.

5. PM yang hilang majoriti akan memberi akibat buruk yang besar bagi negara sekiranya dia terus menjadi PM.

6. PM yang hilang majoriti tidak wajar diberi ruang membentang belanjawan negara.Ianya akan disalahguna dan membuang masa.

7. Makanya Muhyidin mesti meletakkan jawatan segera atau diundurkan segera!Sebagai pemimpin beliau mesti mempamerkan ketinggian moral melepaskan jawatan apabila sudah hilang majoriti.

8. Semua pemimpin negara2 di dunia yang amalkan demokrasi berparlimen akan melakukan perkara yang sama.Jangan kerana gila kuasa PM Muhyidin memalukan negara dimata dunia.Kesan buruk ekonomi juga besar.

8. Gerak98 menjunjung kasih kepada DYMM SPB Yang di Pertuan Agong mengambil langkah segera selamatkan negara daripada menjadi momokan dunia kerana sikap PM yang tiada moral ini.

9. Demi maruah negara,proses melucut jawatan PM yang hilang majoriti mesti dilakukan segera dan sekarang.

10. Keterbatasan bahana Covid19 seharusnya tidak menghambat proses penting buat negara ini.

11. Terus memberi kuasa kepada seorang PM yang sudah hilang majoriti dan tiada moral adalah sama bahayanya malah lebih besar malapetakanya kepada negara.

Mohamad Ezam Mohd Nor

15 Oktober 2020/ 27 Safar 1442H

ANWAR DAN ‘GAME’ POLITIK ABAD INI


Semoga ‘roh’ GST bersemadi dengan tenang

 

Pada 15  Oktober 2020

oleh Liew Chin Tong

Oleh Liew Chin Tong





(Ahli Dewan Negara, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor)

Cakap-cakap tentang kembalinya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menjana pendapatan Kerajaan kembali kedengaran di celah-celah koridor kuasa. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyemadikan ‘arwah’ GST ini dengan menafikan bahawa pentadbirannya pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai terbabit.

Mana-mana kerajaan dengan akal sihat di Malaysia tidak akan mempersiakan sebarang modal politik terhadap sebuah persoalan yang telah dijawab dan diputuskan dengan jelas melalui peti undi. Salah satu topik penting sepanjang jalan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 adalah soal GST.

Mana-mana kerajaan yang masih merasakan GST sebagai penjana pendapatan tidak belajar daripada sejarah dan tidak mempunyai kefahaman tentang faktor-faktor ekonomi yang menewaskan Barisan Nasional pada tahun 2018.

GST diumumkan di Parlimen pada Oktober 2013, selepas PRU ke-13 pada bulan Mei 2013, ketika Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2014. Pelaksanaan GST dijadual bermula pada 1 April 2015.

Para penyokong GST berhujah bahawa asas cukai Malaysia adalah terlalu kecil dan terlalu sedikit pula warganya – sekitar 16.5% – yang perlu membayar cukai pendapatan. Oleh yang demikian, dengan melaksanakan GST, mereka berharap untuk memperluaskan asas cukai itu, kerana semua orang perlu membayarnya setiap kali mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan.

Sejak 2013, saya telah berhujah bahawa GST adalah cara yang salah untuk menangani masalah asas cukai yang kecil. Kenapa begitu sedikit rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan? Tentunya, ada antara mereka yang lari daripada membayar cukai. Namun, pihak berkuasa mempunyai perkakasan yang mencukupi untuk menangani hal tersebut.

Jadi kenapa begitu sedikit rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan? Jawapannya mudah sahaja: mereka terlalu miskin untuk membayar cukai. Pendapatan mereka tidak melayakkan mereka untuk membayar cukai.

Penyiasatan pendapatan isi-rumah Jabatan Statistik Malaysia yang terbaru menunjukkan bahawa; dengan mengambil kira potongan sedia ada, isi-rumah (bukan individu) dalam kumpulan B40 mempunyai pendapatan di bawah jumlah yang mewajibkan mereka membayar cukai.

Bagi memperkukuh hal ini, kita hanya perlu kembali kepada rasional dan pemikiran di sebalik pengenalan BR1M pada tahun 2012. Setelah Pakatan Rakyat ketika itu memberi tekanan politik, Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajukan idea tampalan untuk memberi 60% isi-rumah sedikit bantuan tunai sekali setahun.

BR1M adalah pengiktirafan bahawa 60% isi-rumah Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan.

BR1M adalah pengiktirafan bahawa 60% isi-rumah Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan.

Apabila digandingkan – hanya 16.5% rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan 60% isi-rumah dianggap miskin – adalah jelas bahawa GST, yang mencukai penggunaan pada kadar rata, adalah langkah yang salah untuk menangani masalah yang salah.

Pengenalan GST adalah seperti kerajaan membayar BR1M/BSH dengan tangan kanan kepada 60% isi-rumah berpendapatan rendah, dan kemudian menggunakan tangan kiri untuk mengutip kembali lebih banyak lagi, berkadaran dengan pendapatan kumpulan ini.

Pakar ekonomi Malaysia sepatutnya sudah memahami bahawa GST adalah cukai regresif. Keluarga-keluarga miskin dan berpendapatan rendah-sederhana membayar lebih banyak cukai GST berkadar dengan pendapatan mereka berbanding golongan yang lebih kaya.

GST dan cukai-cukai penggunaaan lain secara amnya telah terbukti mengakibatkan kejatuhan serius dalam konsumsi selepas ia diperkenalkan, paling tidak buat sementara waktu. Di bahawa pentadbiran mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, Jepun menaikkan cukai penggunaannya sebanyak dua kali. Setiap kali ia dinaikkan, wujud kejatuhan teruk dalam penggunaan dan justeru peningkatan cukai penggunaan itu mengancam pertumbuhan yang sudah sedia rapuh.

GST menjadi jalan singkat politik terhadap ketiadaan empati Najib di mata pengundi disebabkan beberapa faktor ekonomi: pertama, harga minyak dan komoditi yang menjunam sejak Oktober 2014 sehingga 2016; Najib mengikut beberapa idea neo-liberal yang tidak bernas untuk memotong peruntukan belanjawaan pada 2015 dan 2016 ketika ekonomi menerima impak hebat akibat kejatuhan harga minyak, memburukkan lagi kemarahan dan penderitaan orang ramai; dan GST diperkenalkan pada April 2015. Demikian kombinasi faktor ekonomi yang membantu kekalahan Najib pada 2018. Ringkasnya, GST adalah cukai yang membunuh angsa emas penggunaan.

Apa yang patut dilakukan kerajaan? Kerajaan patut mencuba untuk menstruktur semula model ekonomi supaya dalam tempoh sepuluh tahun, sekurang-kurangnya 60% isi-rumah Malaysia akan memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan mereka membayar cukai pendapatan.

Ini bermakna bahawa kita mesti mencipta pekerjaan dengan bayaran gaji yang lebih baik. Ini juga bermakna kita perlu mencipta sektor yang mencipta pekerjaan dengan gaji yang lebih baik. Ini bererti kita perlu mengurangkan bahagian buruh tidak terlatih dan bergerak ke arah automasi dan peningkatan tekonologi supaya dengan kadar buruh rendah tetapi lebih berkemahiran, setiap pekerja dibayar lebih tinggi.

Ini adalah soal mencipta masyarakat kelas pertengahan dengan pekerjaan dan gaji yang selayaknya.

Dari sudut pandang pendapatan kerajaan, pertamanya tahun 2020 ialah tahun yang salah untuk mana-mana kerajaan menumpukan kepada usaha meningkatkan pendapatan. Dunia sedang mendepani krisis kesihatan, politik dan ekonomi yang belum pernah disaksikan sejak kemelut Great Depression dan Perang Dunia Kedua.

Dan pada tahap ini, kadar faedah serta kos meminjam adalah rendah.

Apa yang patut dilakukan kerajaan sekarang ialah merentas lantai Parlimen dan mendapatkan konsensus dwi-partisan bagi pelaburan jangka panjang seperti infrastuktur hijau yang akan menghasilkan peluang pekerjaan, dengan jaminan tiada unsur rasuah atau ketirisan. Kerajaan kemudian boleh menaikkan defisit dengan konsensus dwi-partisan untuk meminjam bagi pelaburan-pelaburan tersebut ke arah masa depan negara yang akan mencipta pekerjaan segera bagi menangani krisis pekerjaan.

Bagi jangka masa panjang, terdapat begitu banyak alternatif kepada GST dan cukai penggunaan secara amnya. Contohnya dengan mewujudkan kadar cukai baharu yang lebih tinggi untuk golongan berpendapatan 1-2% tertinggi, supaya mereka berapa pada takat kadar marjin yang lebih tinggi berbanding profesional kelas pertengahan. Hari ini, kadar marjinal ke atas pendapatan melebihi RM100,000 setahun ialah 21%, manakala untuk pendapatan melebihi RM1,000,000 setahun pula ialah 28%. Untuk perbandingan, untuk pendapatan melebihi RM50,000 setahun, kadarnya ialah 8%. Ini menunjukkan bahawa kelas pertengahan memikul beban cukai yang tidak seimbang.

Wujud juga ramai pelabur asing di Malaysia yang menikmati pengecualian cukai bertahun-tahun lamanya, yang selalunya merugikan industri tempatan bersaiz kecil dan sederhana. Ada antaranya yang tidak lagi berhak diberi pengecualian cukai kerana tidak lagi merupakan perintis. Menteri Kewangan boleh memberitahu syarikat-syarikat asing ini bahawa untuk terus menikmati pengecualian cukai, mereka perlu mengadakan perjanjian baharu: syarikat-syarikat ini perlu melabur secara serius untuk peningkatan teknologi dan produktiviti, bagi mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, dan membayar gaji yang lebih baik. Jika tidak, pengecualian cukai mereka akan diakhiri secara beransur-ansur.

Pada akhirnya, jika syarikat-syarikat mengaut keuntungan dan rakyat Malaysia bekerja dengan cemerlang, apabila kita mempunyai 60% kelas pertengahan yang layak membayar cukai pendapatan, akan wujud satu kitaran yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Saya benar-benar berharap supaya ‘roh’ GST ini boleh bersemadi dengan tenang dan pemikir ekonomi Malaysia akan dapat menyedari kedangkalan yang dikaitkan dengan GST sepanjang dekad lalu. Sudah terlalu banyak masa dibuang sia-sia hanya kerana mereka yang berkuasa dan ramai ahli ekonomi gagal memahami bahawa cabaran asas yang dihadapi negara ini ialah kitaran gaji rendah, kemahiran rendah, kurangnya penggunaan teknologi dan rendahnya produktiviti. 

 


Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?

 

Astro Awani
Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan ahli Parlimen UMNO, kata sumber Astro AWANI - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
"Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen UMNO sokong beliau sebagai calon perdana menteri.
"Bila kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman," katanya kepada Astro AWANI.
Krisis politik dalaman UMNO ini memuncak selepas Ku Li dilihat memasuki Istana Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar.
Pada masa sama, sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar.
"Selain lebih dari separuh ahli Parlimen UMNO, difahamkan terdapat juga sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang.
"Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada beberapa pemimpin UMNO berkenaan maklumat tersebut.

Anwar ada formula untuk dapatkan sokongan jadi PM

 





Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengakui tidak mustahil untuk parti yang diwakilinya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-9.

 

Walaupun KEADILAN dan UMNO tidak sehaluan dalam politik, Tajuddin menganggap Anwar mampu membentuk kerjasama yang lebih kukuh berbanding Perikatan Nasional (PN).

 

Beliau berpandangan PN tidak memberikan peluang kepada UMNO untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan, menyebabkan parti itu merasa disisihkan meskipun memiliki jumlah kerusi terbesar di Parlimen.

 

"Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain.

 

"Umpamanya sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya seperti UMNO, Gabungan Parti Sarawak atau Warisan.

 

"Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

 

Pada masa sama, Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak berpandangan kerajaan PN perlu bersikap adil atau perkara sebaliknya yang akan berlaku.

 

"Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.

 

"Ini bagi mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri dalam gabungan PN," katanya.

 

Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tamparan baru apabila UMNO sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

 

Parti berasaskan kaum Melayu itu memberi syarat baharu kepada kerajaan PN sekiranya mereka mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

 

Parti itu juga menyebut bahawa kestabilan politik adalah penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan dan sebarang keputusan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.

 

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Anwar bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

 

Anwar bagaimanapun meminta rakyat supaya bersabar dan memberi ruang kepada Agong untuk memanggil ketua-ketua parti lain bagi mengesahkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan.

 

AGONG PANGGIL PEMIMPIN PARTI BUKTI ANWAR ADA SOKONGAN

 

Muhyiddin tidak pernah buktikan dapat sokongan majoriti di Parlimen - Hassan Karim

 




Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara-negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum .

 

Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, keberadaan Muhyiddin sebagai PM selama 7 bulan ini hanyalah di atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau memiliki sokongan majoriti, yang mana Agong berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan wajar melantik seorang PM untuk mempengerusikan Jemaah Menteri bagi mentadbir kerajaan.

 

"Namun fakta menunjukkan dari 1 Mac 2020 sehingga hari ini, Muhyiddin tidak pernah melepasi ujian kepercayaan di Dewan Rakyat untuk membuktikan secara rasmi beliau mempunyai majoriti ahli dewan yang menyokongnya.

 

"Fakta juga menunjukkan Usul Undi Tidak Percaya yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir, Ahli Parlimen Langkawi dan diterima oleh Speaker Dewan Rakyat sampai ke hari ini tidak dibentang untuk dibahas dan diundi di Parlimen.

 

"Muhyiddin kelihatan cuba berdalih-dalih dan lari-lari dari menghadapi usul tersebut," kata Hassan dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau lagi, Muhyiddin kelihatan seperti tidak berani membawa Usul Percaya terhadapnya selaku PM di Dewan Rakyat. Usul seperti itu tidak pernah dibawa atas arahan Muhyiddin.

 

Oleh kerana ketiadaan keberanian itu, kata Hassan, maka tidak boleh dipersalahkan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi mengadap Agong menunjukkan sokongan yang beliau milikki, sebagaimana yang dilakukan Muhyiddin pada Februari lalu.

 

"Dalam keadaan ketidakpastian sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti atau tidak, maka pada 13 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan mempersembahkan dokumen-dokumen yang membuktikan beliau mendapat sokongan melebihi 120 orang ahli dewan yang menyokongnya bagi jawatan PM. Pernyataan atau representasi Anwar kepada Agong itu bermakna beliau mendakwa Muhyiddin telah hilang sokongan.

 

"Persoalan undang-undang kini, ialah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong perlu merujuk semula Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Apakah selepas Anwar mengadap, Agong masih berpegang pada hematnya mungkin Muhyiddin masih mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan seperti yang dipercayai Baginda pada 1 Mac 2020 lalu?

 

"Jika Agong masih percaya, maka selamatlah kedudukan Muhyiddin sebagai PM buat sementara.

 

"Sebaliknya jika Agong sudah hilang kepercayaan maka Muhyiddin perlulah meletak jawatan sebagai PM untuk mengelakkan rakyat dan negara daripada terheret ke dalam satu krisis Perlembagaan," kata Hassan.

 

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar dalam sidang medianya pada 22 September dan 13 Oktober lalu jelas menekankan kerajaan Muhyiddin telah tumbang.

 

Bagaimanapun, Muhyiddin kekal mempertahankan beliau masih mempunyai sokongan majoriti tanpa berjanji untuk membentangkan Usul Percaya di Dewan Rakyat pada sesi 2 November nanti atau sebarang cara bagi membuktikan kerajaan beliau masih sah memerintah.