Anwar dan ‘game’ politik abad ini ….
Via WhatsApp
Aku perasan sesuatu.. Dlm kita sibuk mempertahankan hujah masing2 rupanya ada satu kronologi yg cuba disembunyikan oleh media dan para macai belaan.. Dan kita secara x langsung terlepas pandang..
Begini ceritanya…
Pada 23 September, semua org tahu Anwar umum “I have numbers”, dengan jangkaan mengadap Agong pada minggu yang sama, tapi tertangguh sebab Agong gering.
Ya, semua bermula disitu..
Dalam x disangka, pada 25 September Ku Li memulakan langkah serangan dari dalam. Dia hantar surat kat Speaker Dewan Rakyat, tuntut jaminan Speaker untuk benarkan usul undi tak percaya terhadap #AbahKau kat Dewan Rakyat.
Setelah itu, pada 29 September Art Harun yg merupakan Speaker Dewan Rakyat telah metolak permohonan Ku Li. Alasannya tidak kukuh malah bila diteliti surat balasan tu, spt ceritanya tergantung di tengah tengah..
Tp cerita x habis disitu…
Semalam 13 Oktober Anwar memulakan langkah ke Istana, dan kemudian diikut giliran Ku Li mengadap Agong. Dimalam harinya pula UMNO bermesyuarat, dan pertimbang keluar PN sebulat suara jika syarat baru tidak diterima..
Dipihak PN pula, mereka melaksanakan PKPB seluruh Selangor, KL dan Putrajaya secara menyeluruh dari 13 Oktober – 27 Oktober. Urusan Agong berjumpa ketua-ketua parti tertangguh kerananya.. Dan beberapa siri Plot Twist menarik bnyk berlaku pada 14 Oktober mengundang pelbagai teori.
Semua maklum, 2 November – 15 Disember adalah tempoh Sidang Dewan Rakyat penggal terakhir utk tahun ni.. Malah pembentangan Bajet2021 juga akan berlaku di sesi tersebut. Dan pelbagai spekulasi mula timbul dari bnyk pihak termasuk belah non-political.
Ditambah pula kenyataan berani mati Ku Li dimana beliau mengaku ditawarkan / disogok jawatan yg cukup besar tp beliau menolak.
Kesannya, bnyk pihak dari PN terkesima dan terciduk. Aku cuba membaca game ni dgn teliti, dan comeout with few theories.. But still stuck in the middle.
Secara matematik asasnya, #AbahKau telah pun kehilangan 2 undi MP dari BN menjadikannya kini tinggal kurang dari 111 MP.. Itu belum termasuk yg lain2 bila disertakan teori Anwar yg mengatakan sokongan ‘majoriti’ utknya berbentuk perseorangan, bkn en bloc.
Makin menjadi2 pula apabila Atok pula mengeluarkan statement yg memang dijangka bahawa PEJUANG tidak menyokong mana mana pihak.. Ini menjadi satu igauan yg cukup ngeri buat #AbahKau yg berada di posisi teratas dlm pemerintahan yg bermula Mac lepas..
Tapi aku x pasti, benarkah PEJUANG tidak memberikan sebarang undi pada pihak ‘goverment of the day’?? Well, segalanya akan terjawab dlm masa terdekat..
Di pihak Anwar pula, lain kisahnya. Pelbagai spekulasi melanda, pelbagai tohmahan dari ‘jentera siber’ kerajaan bertubi2 beliau tetap mengatakan majoriti bersama dia, kerajaan Muhyiddin telah tumbang.
Ya. Isunya mana list nama MP??
Kenyataan rasmi Istana ni jelas dimana YDPA sendiri bertitah yang Baginda tidak tahu sapa nama² yang ade dalam ‘senarai’ / senarai x wujud.
Tapi betul ke x wujud sedangkan ada MP yg beriya malah dah buat report balai konon namanya ada dlm list??
Aku xda jawapan utk ni.
Seperti yg aku pernah sebut pada ramai rakan2 selama aku bergiat aktif dulu, “Anwar adalah seorang ahli politik yg suka lakukan sesuatu di luar jangkaan, sukar utk dibaca pihak lawan mahupun rakan2 sendiri’
Dan dia buat ‘perangai’ tu lagi..
Hasil yg aku nmpk adalah Istana akan keluarkan kenyataan ‘terbalik’ dan secara x langsung dapat mematikan tekanan daripada puak2 berkepentingan unyuk mempengaruhi keputusan akhir permainan ini..
Disebabkan ‘perangai gila’ Anwar, di tambah dengan kenyataan Istana, Ku Li, Meeting UMNO, demand baru UMNO terhadap PN dan MN, habis kucar kacir seluruhnya.
Lawan arus semasa adalah ‘perangai’ semulajadi yg ada dlm diri Anwar.. And he do it again..
Segala yang dirancang nampaknya berjalan seperti yang diatur. Strategi tidak mendedahkan siapa Ahli Parlimen yang menyokong Anwar tepat wlpn memang mulanya menjadi buah mulut rakyat yg terpinga2 apa yg berlaku sebenarnya..
Pada pandangan aku.. Dlm semua pihak sibuk ttg ‘majoriti’ Anwar, dlm senyap bom jangka dlm PN + MN telah diaktifkan. Bukyinya, UMNO mula sondol BERSATU, PAS tersangkut pulak di celah kangkang kedua2 Parti Melayu itu.
Apa yg bakal berlaku selepas ini??
Aku x tau nak cakap ape, tp since keadaan COVID19 ni, dengan segala spekulasi dan teori yg muncul dari pelbagai sudut. Sebaiknya kita serah kepada kebijaksanaan YDPA dlm kemelut ini, dan sebaiknya biarlah ianya berakhir secepat mungkin. Banyak lagi isu rakyat perlu dikisahkan.
Sekarang depa masing2 pening dan loya rasa nak pitam sebab semalaman mereka x boleh tidur, tercari cari mana list dan siapakah yg memberi sokongan kpd DSAI. As for me, sentiasa berdoa agar outcomes nanti semuanya yg terbaik utk rakyat dan negara.