WAJARKAH PKR TERUS SOKONG SHAFIE APDAL?



1) Sewaktu artikel ini ditulis, Musa Aman dan 33 ADUN termasuk katak-katak baru sahaja tamat PC dan pergi ke istana utk menemui TYT dan berharap TYT menimbangkan semula dan TIDAK membubarkan DUN Sabah.

2) Samada Musa Aman bersama 33 ADUN dibenarkan masuk adalah tidak dapat dipastikan dan Astro Awani sedang membuat laporan langsung. Rundingan dgn pihak PDRM juga sedang berlaku. JIKA TYT benar-benar umum bubar DUN ia adalah proses yg sah dan mengikut undang-undang. Musa Aman harus akur kerana Majoriti tipis tidak menguntungkan rakyat. oleh itu biar rakyat Sabah buat keputusan.

3) Musa Aman kata katak-katak menyokong beliau kerana merasakan sukar bekerja dgn kerajaan Warisan yg tidak sehaluan dgn kerajaan pusat. Begitu lah HARGA dan NILAI perjuangan ramai POLITIKUS. Nanti JIKA PH pula jadi kerajaan Pusat ahli-ahli politik yg jenis katak ini akan lompat lagi. Hakikatnya ia bukan utk rakyat, mereka ini hanya "opportunist" yg cari makan melalui politik. Ini Politik Perut Boncit.

4) Piee telah membuktikan apa yg saya sebut selama ini bahawa Abah Yiddin boleh lakukan perkara yg sama dan enggan meletak jawatan jika ada SD dari PH mahu tumbangkan beliau. Semua pergolakan dalam PH dan penghinaan terhadap PENGERUSI Pakatan Harapan iaitu DSAI adalah TIDAK BERBALOI dan sia2. Piee sendiri akui TIDAK GUNA utk dia terus beli atau memujuk ADUN-ADUN menyokong dia, majoriti tipis akan buatkan Kerajaan itu terumbang ambing seperti KERAMITA- KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap di pusat skrg. Oleh itu, lebih baik serahkan shj pada RAKYAT SABAH tentukan. Piee sendiri berkata sedemikian dalam PC beliau. JANGAN "TRIPLE STANDARD" di peringkat Persekutuan.

5) Oleh itu PH, terutamanya #K3 harus faham, perpecahan yg berlaku bila Mat-Eng TERLALU OBSES nak jadi KERAjaan dgn menyokong OT95 dan Piee Calon PM SEBULU akan jadi sia-sia jika Abah Yiddin tidak mahu letak jawatan sebaliknya menasihat YDPA utk bubar Parlimen. Jika ini berlaku PH dalam keadaan yg tidak bulat berMuafakat dan berisiko TINGGI utk tewas di Snap Election. Piee telah MEMBUKTIKAN hakikat ini, kelam kabut Musa Aman. Sebab itu adalah lebih balik kembali ke Muafakat dan ikut keputusan kepimpinan DSAI dalam PH.

6) Namun, sila baca Dua berita di bawah mengenai Pemuda (AMK) PKR Sabah. Saya lebih tertarik dengan Dua berita ini rentetan daripada hampir tersembamnya Piee dan Kerajaan Sabah dikuasai Warisan, sebelum Piee bertindak menasihati TYT utk membubarkan DUN.

7) Pemuda (AMK) PKR berani berkata benar bahawa Kenny Chua tidak lompat keluar dari PH atau dari PKR sebaliknya hanya tidak lagi menyokong Piee sebagai Ketua Menteri kerana Piee menindas PKR dan Amanah malah lebih rela jadi blok bebas berbanding menyokong PH. TIDAK wujud PH Plus kenapa ada pimpinan pusat beriya-iya nak hadapkan pemimpin AMK Sabah ke Jawatankuasa Disiplin seolah-olah memaksa sayap parti mereka terus menyokong Piee yg menolak DSAI dan PKR. Ini sungguh ganjil.

8) Sementara itu Pimpinan AMK Pusat TIDAK bercadang utk mengambil apa-apa tindakan terhadap pemimpin AMK Sabah. Saya rasa ini sepatutnya kerna tindakan Kenny Chua itu adalah wajar jika mengambilkira Piee bukanlah sebahagian dari PH dan  sangat TIDAK MESRA dengan DSAI dan PKR sebaliknya mempengaruhi Amanah dan DAP untukl terus "MELEKAT" kepada OT95 dan tidak lagi boleh dipisahkan.

9) Perbuatan Piee itu dilihat boleh menyebabkan perpecahan dalam PH kenapa pula ADUN PKR harus menyokong org mcm Piee? DSAI dan pimpinan PKR harus tegas dan jelas dalam hal ini. Sudah-sudahlah dipergunakan. WAJARKAH PKR TERUS SOKONG SHAFIE APDAL PADA WAKTU INI? Boleh tak gantung sekejap, undur sebentar utk kita pandang ke hadapan?

10) Cara paling afdhal ialah PKR memutuskan utk tidak bersekutu dengan Warisan BUAT MASA INI. Amanah dan DAP harus kembali ke PH untuk persiapan bagi Snap Election atau PRU15. Tinggalkan dahulu OT95, geng dia dan Warisan. Perkukuhkan dulu PH. Biar OT95, gerembolan Blackout Rentung dan Warisan ada ruang utk berfikir semula jika perlu kerjasama dgn PH apabila Parlimen dibubarkan.

11) Buat masa skrg...PH BELUM diperkukuhkan dan BELUM bergerak sebagai satu unit utk gerak kerja pilihanraya. Bila Parlimen dibubarkan mereka boleh kembali ke meja rundingan jika "Electoral Pack" perlu dibincangkan dgn Blok WARISBebas.. JIKA tidak, dua blok ini boleh bergerak sendirian. Terima lah jika kalah sekali pun di Snap Election atau PRU15, salahkan diri sendiri kerana tidak boleh bersatu dan bekerjasama.

Wallahualam.

- Zus Din
30 Julai 2020
*********************************
Pemimpin Pemuda PKR Sabah pertahan ketua dirujuk ke jawatankuasa disiplin
FMT Reporters -  July 30, 2020

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin, susulan kenyataan mempertahankan seorang ketua parti negeri, Kenny Chua, berkait isu sokongan kepada pentadbiran Shafie Apdal.

“Pendirian parti jelas. Kami sokong Shafie sebagai ketua menteri,” kata Pengarah Strategi Sim Tze Tzin di Twitter hari ini.

“Razeef Rakimin akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.”

Sementara itu, Pemuda PKR pusat berkata sayap itu tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap ahli parti di Sabah.

Katanya, pemimpin parti di Sabah lebih memahami dinamik politik yang sedang berlaku di negeri itu.

“Pemuda PKR menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Pemuda PKR Negeri Sabah untuk membuat penilaian semasa kerana mereka lebih memahami dinamik politik yang sedang berlaku di sana,” kata Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab

Terdahulu, Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan naib pengerusinya mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela berada di blok bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Razeef mendedahkan majoriti akar umbi menyokong tindakan Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”, yang bukan saja “tidak menyokong PH malah dengan angkuh menindas PKR”.

Sumber berita : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/pemimpin-pemuda-pkr-sabah-pertahan-ketua-dirujuk-ke-jawatankuasa-disiplin/
*********************************
KEMASKINI: Shafie lebih rela bebas dari bersama PH, jadi kenapa paksa, kata Pemuda PKR

PETALING JAYA: Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan naib pengerusinya mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela berada di blok bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Razeef Rakimin mendedahkan majoriti akar umbi menyokong tindakan Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”, yang bukan sahaja “tidak menyokong PH malah dengan angkuh menindas PKR”.

“Jika kerajaan Sabah kerajaan PH Plus, Shafie tidak akan menolak Amanah di Sabah sehingga Amanah dilihat seolah mengemis,” katanya dalam kenyataan.

“Hakikatnya Shafie tidak mahu pun Amanah di Sabah.”

Razeef seterusnya mendakwa Shafie bukan sahaja menolak calon perdana menteri dari PKR dan PH, malah beliau tidak ingin bersama gabungan itu.

“Sebenarnya ini keputusan dan permintaan Shafie sendiri bahawa dia lebih rela berada di blok bebas dari bersama PH. Maka kenapa kita perlu dipaksa untuk menyokong Warisan?”

Razeef menjelaskan majoriti akar umbi tidak melihat berlakunya pengkhianatan kerana kerajaan Sabah bukanlah pentadbiran PH, tetapi diketuai Warisan dengan sokongan parti lain.

“Timbul pula cerita khianat terhadap kerajaan PH Plus di Sabah. Mungkin ada yang tidak faham,” katanya.

Chua, yang juga Adun Inanam antara wakil rakyat yang berada pada sidang media Musa Aman semalam, di mana bekas ketua menteri itu mengumumkan beliau peroleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru di Sabah.

Musa mendakwa beliau ada akuan berkanun daripada wakil rakyat yang menyokong suatu gabungan baru pimpinannya, terdiri daripada wakil rakyat Umno, PPBM, STAR, PBS, PKR, DAP, Warisan, dan Upko.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudian dilapor berkata partinya akan mengambil tindakan terhadap Chua kerana menyokong Musa.

Sumber berita : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/shafie-lebih-rela-bebas-dari-bersama-ph-jadi-kenapa-paksa-kata-pemuda-pkr/





ANWAR OH ANWAR


Zus Din

NAK KATA CAMNA LAGI? MAT SEBULU TOLAK DIA DAN TAKNAK KERJASAMA DENGAN PKR PUN DIA MASIH SOKONG?

Jujurnya..saya tidak setuju dengan DSAI dalam bab ni tapi bab disiplin tu betul lah apa dia cakap.
******************************

Suasana politik Sabah tidak gugat sokongan rakyat kepada PH - Anwar
Oleh : Amir Mamat
bhnews@bh.com.my

AYER KEROH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin suasana politik di Sabah tidak menggugat sokongan rakyat kepada gabungan parti itu.

Beliau berkata, mandat diberikan kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas membuktikan rakyat menolak segala bentuk penindasan dan pengkhianatan ke atas mereka.

"Ini soal 'sepak terajang' politik, ia tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat.

"Kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik golongan kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat, ia tidak semestinya," katanya.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Program Jelajah Presiden peringkat negeri, di sini, malam tadi.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan politik di Sabah serta kekal dengan pendirian bahawa PH menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau sekali gus memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin dan ahli PKR jika terbabit dalam komplot menjatuhkan Kerajaan Sabah bawah WARISAN.


RAMPASAN KUASA MUSA AMAN DI SABAH GAGAL

ZAHID MAIN TARIK TALI DENGAN MUHYIDDIN?

KALAU SETAKAT UMNO TAK MASUK PN, TAPI MASIH SOKONG KERAJAAN, IA BUKANLAH SATU KEPUTUSAN BESAR.


Sebagai memenuhi janjinya dua hari lalu yang UMNO akan membuat “keputusan politik besar” susulan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang diterima Najib Razak, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara tersebut.
Dalam kenyataan media itu, dua perkara yang dikira besar dapat disimpulkan:-
Pertama, UMNO tidak akan menyertai PN, sebaliknya akan terus memperkukuhkan MN bersama-sama dengan Pas.
Kedua, kemasukan Bersatu ke dalam MN akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum diluluskan.
Kenyataan media penuh Zahid Hamidi berkaitan dengannya adalah seperti di bawah ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN MEDIA
Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
30 hb Julai, 2020
1. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
2. Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.
3. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.
4. Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.
5. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.
6. Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah pengumuman Zahid Hamidi ini boleh dianggap suatu keputusan politik yang besar?
Jika diteliti, pengumuman Zahid Hamidi ini bukan saja tiada yang besar, malah tidak bermakna apa-apa sekali pun.
Pengumuman beliau bahawa UMNO tidak akan menyertai PN dan hanya akan memperkasa MN tiada makna apa-apa sebenarnya kerana PN belum ditubuh atau didaftarkan lagi sebagai sebuah gabungan politik yang sah.
Dengan itu, tidak berbangkit sama sekali sama ada UMNO menyertai PN atau tidak.
Lainlah jika PN itu sudah didaftarkan dan dengan UMNO tidak menyertainya, PN sebagai kerajaan boleh tumbang disebabkan keputusan itu.
Kedudukan PN sebagai kerajaan memang tidak berdaftar dan ia sudah pun diketahui umum, cuma sebagaimana disebut Zahid Hamidi sendiri, terbentuknya kerajaan PN adalah melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN semata-mata.
Dalam hal ini, walaupun tidak menyertai PN, tetapi sokongan UMNO dan BN terhadap kerajaan serta Muhyiddin Yassin tetap diteruskan juga.
Jadi, apa bezanya?
Kenapa sementara tidak menyertai PN, tetapi UMNO masih mahu berada dalam kerajaan PN yang tidak berdaftar itu?
Tidakkah pelik bunyinya?
Bukankah lebih jantan dan terpuji jika Zahid Hamidi terus saja mengumumkan, selain tidak menyertai PN, UMNO dan BN juga menarik balik sokongan terhadap PN?
Jika itu yang dilakukan, barulah terlibat ia suatu keputusan politik yang benar-benar besar serta mengejutkan yang memungkinkan Parlimen turut terbubar.
Sekaligus, barulah juga ternampak ia suatu pembelaan yang meyakinkan terhadap Najib yang sudah dijatuhkan hukuman denda dan penjara.
Begitu juga dengan pengumuman bahawa penyertaan Bersatu ke dalam MN akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dapat diluluskan, ia juga tidak boleh dikira suatu keputusan politik yang besar.
Pengumuman ini hanya menampakkan suatu prosedur biasa yang mesti dilalui oleh Bersatu sebagai anggota yang baru mahu menyertai MN.
Cuma, barangkali dengan pemakluman itu Zahid Hamidi mahu memberitahu Bersatu bahawa jika permohonan Bersatu menyertai MN diluluskan, mereka adalah anggota baru dan mesti hormat serta ada rasa terhutang budi kepada UMNO yang sedia memberi laluan serta dianggap mengetuai gabungan tersebut.
Tetapi, bagaimana jika Pas yang merupakan anggota MN yang lagi satu lebih bersungguh menyokong kemasukan Bersatu berbanding UMNO?
Mampukah UMNO menolaknya dan begitu besarkah kedudukan parti itu dalam MN?
Pokoknya, kalau setakat mengumumkan UMNO tidak menyertai PN, tetapi masih kekal bersama-sama berada dalam kerajaan serta pemakluman penyertaan Bersatu ke dalam MN akan diperhalusi terlebih dahulu, lebih baiklah tak payah buat apa-apa kenyataan media berkaitan dengannya.
Tiada apa-apa yang berbeza pun, malah Muhyiddin juga tidak rasa terancam sama sekali dengannya. (Shahbudindotcom 30/07/2020)

ZAHID SEMBANG KENCANG, TAK BERANI BAWA KELUAR UMNO DARI PN

TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH DIBUBAR HARI INI



Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubar bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis pembubaran diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN dijangka akan diadakan sekitar September tahun ini dan SPR dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat.

PRN terpaksa diadakan berikutan broker Penyamun Nasional (PNipu) terus-menerus membuat tawaran kepada Adun supaya melompat kepada mereka sejak beberapa minggu lalu.

Laporan lanjut menyusul.


KAH..KAH..KAH.ZAHID HAMIDI BUAT LAWAK


Kah kah...Gertak je pun...Ini hanya amaran kpd Yiddin. Bermakna depa nak MN yg monopoli. Abah Yiddin jgn buat lecey atau dijatuhkan.

Tapi Abah Yiddin ada "escape route". Nak guna atau tidak? Sendiri mau ingat la. Ada ke DSAI akan setuju? No way dia akan terima kartel. Yg itu boleh kata dgn pasti.

Maka nampaknya akan kekal lah Abah Yiddin dan mgkin terpaksa kowtow dgn PNyamun klau dia tak cerdik la...

Wallahualam.

- Zus Din
30 Julai 2020
********************
Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan MP Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri, kata Zahid.

UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional - Zahid Hamidi


Harits Asyraf Hasnan
UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, sokongan terhadap PN hanya berlandaskan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa buah negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya, akan memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama dengan PAS dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan terhadap PN hanya berlandaskan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa buah negeri.

TAKDIRRRR....KESIAN WALAUNCAI ....NAJIB BERSALAH, TERIMA KASIH SHEIKH TOMMY?

SOKONG BUAT APA JIKA DIA BEGITU ANGKUH...BIARKAN DIA DISABAH KERANA ITU PILIHANNYA

LANJUT MORATORIUM TIDAK UNTUNGKAN GOLONGAN BEKERJA SENDIRI

PENYOKONG PAS JANGAN WALAK BUTA KEPADA PEMIMPIN – BADRUL AMIN

HAKIM NAZLAN FAHAM JENAYAH PERDAGANGAN

HAKIM TAK PERCAYA RAJA ARAB DERMA?

DOKTRIN SIKAP ‘AYAM DALAM REBAN’ DI KALANGAN AHLI UMNO’

KENAPA HANYA SETELAH NAJIB DIHUKUM BARU MUHUIDDIN MAHU BAWA BERSATU SERTAI MN


Menurut laporan, Bersatu akan bergabung bersama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional atau PN.
Keputusan itu dikatakan dicapai hasil pertemuan yang diadakan semalam antara Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Pas berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib Razak, Selasa lalu.
Pertemuan dengan Muhyiddin itu dipercayai diadakan bagi mendapatkan pendirian berhubung kerjasama ketiga-tiga parti Melayu itu susulan hukuman yang diterima Najib.
Dalam pertemuan itu, Muhyiddin difahamkan telah memberi komitmen untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Pas bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Malah, bagi tujuan memudahkan lagi pembahagian kerusi, Muhyiddin juga menyatakan yang Bersatu akan menyertai MN yang kini dianggotai UMNO dan Pas.
Dengan perkembangan terbaru ini, jika benar ia menjadi kenyataan, bermakna MN akan dianggotai tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu.
Persoalan utama yang timbul di sini, kenapa Muhyiddin menyuarakan hasrat Bersatu untuk menyertai MN hanya setelah Najib dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah?
Mengapa kira-kira lima bulan sebelum ini sejak terbentuknya kerajaan PN pada 1 Mac lalu, hasrat Bersatu mahu menyertai MN itu tidak pernah dibangkitkan?
Adakah ini bermakna Muhyiddin masih bimbang dengan pengaruh Najib dalam UMNO dan MN?
Oleh kerana Najib sudah disabitkan bersalah, meskipun hukuman ditangguhkan sementara kesnya dirayu ke Mahkamah Rayuan, jika PRU diadakan sekarang bermakna bekas Perdana Menteri itu tidak boleh menyertai pilihanraya.
Dalam keadaan tersebut, sementara Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri sedang berdepan banyak perbicaraan di mahkamah, usaha Muhyiddin untuk meyakinkan MN agar terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri sudah tentu menjadi lebih mudah.
Pas pula, sejak menjadi kerajaan ini nampaknya lebih condong untuk terus mengekalkan Muhyiddin kerana terlihat mahu terus menikmati habuan gaji elaun mewah dalam pentadbiran setiap bulan.
Di waktu yang sama, keadaan ini menunjukkan bukan saja Muhyiddin akhirnya akan mengetuai dan memimpin MN dengan mengenepikan UMNO, malah dalam keadaan yang cukup selesa untuk memastikan Bersatu memperolehi jumlah kerusi yang dikehendaki untuk ditandingi.
Setidak-tidaknya semua kerusi Parlimen yang dipegang Bersatu sekarang, termasuk dalam genggaman kem Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali, akan terus ditandingi wakil parti itu.
Begitu pun, hal ini tentu saja tidak disenangi oleh akar umbi UMNO dan soal pembahagian kerusi bakal menjadi isu yang berpanjangan sehingga ke hari mengundi.
Perebutan kerusi yang akan berlarutan yang memungkinkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya itu nanti dengan sendirinya tidak memberi jaminan MN atau PN mampu kekal berkuasa lagi, meskipun setelah pembahagian kerusi berjaya dipersetujui.
Malah, jika rajuk ahli dan pemimpin UMNO tak mampu dibendung, kemasukan Bersatu ke dalam MN hanya akan memudahkan lagi kekalahan gabungan itu dalam PRU akan datang nanti. (Shahbudindotcom 30/07/2020)