Zahid main tarik tali dengan Muhyiddin?
Pengumuman Zahid cuma satu ‘amaran’ kepada Muhyiddin, BUKAN bermaksud kerajaan Muhyiddin akan jatuh
Zahid cuma MERAJUK SAJA, UMNO bukan jantan, belum berani menghadap PRU lagi…
1. Baca baik2 dan baca sampai habis kenyataan Zahid. “Tidak menyertai GABUNGAN PN”, BUKAN tarik diri daripada KERAJAAN Muhyiddin
UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional – Zahid Hamidi
2. Wakil2 rakyat UMNO di seluruh Malaysia MASIH memerintah bersama sama dengan Bersatu, WALAUPUN bukan sebahagian daripada PN
3. Walaupun Zahid sendiri mungkin mahu jatuhkan kerajaan Muhyiddin (supaya dirinya bakal menjadi PM selepas menang PRU, dan pertuduhan dilepaskan, seperti kes2 Musa Aman), tetapi beliau seorang Presiden yang LEMAH, kedudukannya TIDAK kukuh dalam UMNO, maka tidak mampu membawa semua wakil rakyat UMNO ikut telunjuknya (jatuhkan kerajaan Muhyiddin)
4. Menteri2 UMNO tidak sanggup letak jawatan… Faham faham lah…
5. UMNO BELUM sedia menghadapi PRU sekarang, akibat keputusan mahkamah terhadap Najib minggu ini
Kalau PRU sekarang, UMNO dalam keadaan yang agak bahaya, kerana sudah TERBUKTI tuduhan PH bahawa Najib songlap dana kerajaan dan korupsi 1MDB adalah BETUL dan bukan ‘fitnah’, (dan pada masa yang sama, ‘derma Raja Arab’ cuma cerita dongeng saja, dan Najib masih belum saman Wall Street Journal walaupun Selasa dah lalu…)
Maksudnya, UMNO akan terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat adakah mereka BETUL2 parti Pencuri Penyamun Penipu Perompak Pembohong…
Agak susah, kerana tempoh kempen PRU sangat singkat
Agak susah, kerana tempoh kempen PRU sangat singkat
6. PAS juga terpaksa memberi penjelasan, kenapa mereka sokong Najib dan UMNO, parti Pencuri Penyamun Penipu Perompak Pembohong, dan juga akan timbul soalan ~ sama ada PAS betul2 pernah menjadi pelacur agama dan terima dana 1MDB daripada Najib sebelum 2018…???
7. Oleh itu, walaupun Zahid mungkin mau PRU diadakan secepat mungkin, pucuk pimpinan UMNO bukan sebulat suara, khususnya mereka yang sudah ‘dapat manfaat’ di dalam kerajaan Muhyiddin sekarang