Harits Asyraf Hasnan
Julai 30, 2020 13:10 MYT
Ahmad Zahid berkata, sokongan terhadap PN hanya berlandaskan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa buah negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya, akan memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama dengan PAS dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan terhadap PN hanya berlandaskan kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa buah negeri.