Agak menarik membaca Teks penghakiman Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, asas kepada sabitan kepada DS Najib sama seperti status yang aku tulis malam tadi yang bukti dan asas pendakwaan kukuh…
1- DERMA ARAB
Pertama, aku tulis malam tadi, segala bukti yang dia tunjuk di Facebook kononnya dokumen derma dari Raja Arab semua itu tak dijadikan asas pembelaan pun… Kalau betul itu lah bukti penting pembelaan… Malangnya tidak… Boleh dikatakan… Apa yg dia sembang di Facebook tu membohong je…
Apa kata Hakim?
11.52 pagi: Hakim berkata tertuduh tidak menghantar nota “Terima kasih” atas dakwaan menerima RM 2.6 bilion (berdasarkan kadar tukaran asing ketika itu) daripada Raja Abdullah.
11.52 pagi: Hakim berkata tertuduh tidak menghantar nota “Terima kasih” atas dakwaan menerima RM 2.6 bilion (berdasarkan kadar tukaran asing ketika itu) daripada Raja Abdullah.
Tertuduh tak sahkan ‘derma’ dengan Arab Saudi.
11.50 pagi: Hakim berkata tertuduh tidak meminta kepada pegawai-pegawaI kerajaan, terutamanya daripada Jabatan Perdana Menteri, untuk mengesahkan kesahan “derma” itu dengan pihak Arab Saudi.
‘Tak konsisten’
11.45 pagi: Hakim berkata: “All roads lead to Rome and (the accused) lead it to Riyadh.” (Semua kekayaan pergi kepada Rom dan (tertuduh) mengarahkannya ke Riyadh).”
2- NAJIB SEDAR DIA BELANJAKAN SEMUA DUIT
Pendakwa juga berjaya buktikan segala perbelanjaan Najib itu dilakukan dalam keadaan sedar… Malah dibuktikan wang itu memang dari dana negara… Money trail itu dibuktikan… Bukan derma Pak Arab atau Raja Abdullah…
Apa kata Hakim…
Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM 2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.
Hakim berkata permohonan Najib, ketika itu Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.
RM 42 juta tak dipulangkan: Najib tak bertindak, kata hakim
11.25 pagi: Mohd Nazlan berkata tertuduh tidak bertindak dalam isu pengembalian dana SRC sebanyak RM 42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.
Hakim berkata tertuduh dimaklumkan bahawa dana itu daripada SRC dan sebagai Menteri Kewangan, beliau ialah pemilik syarikat itu daripada aspek undang-undang.
3- NAJIB TAK BERJAYA BUKTIKAN SALAH LAKU
Aku tulis… Awalnya Najib cuba buktikan dengan memangil pakar tandatangan… Seolah-olah ia tandatangan palsu… Itu juga tidak dibuktikan Najib sebagai asas pembelaan…
Apa kata Hakim…
RM 42 juta tak dipulangkan: Najib tak bertindak, kata hakim
11.25 pagi: Mohd Nazlan berkata tertuduh tidak bertindak dalam isu pengembalian dana SRC sebanyak RM 42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.
Hakim: Najib dan SRC tak ambil tindakan undang-undang pada Ambank Islamic.
11.10 pagi: Saksi berkata SRC dan tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap AmBank Islamic.
“Tanpa bantahan, tidak terdapat sebarang tanda-tanda (salah laku),” kata hakim.
4- PEMBELAAN NAJIB HANYA MENDAKWA DIA MANGSA PENIPUAN
Aku tulis… Pembelaan Najib hanya berkisar menyalahkan Jho Low kononnya dia menjadi mangsa penipuan… Jadi itulah satu-satunya asas pembelaan… Bagi aku barisan pendakwaan cukup cemerlang membuktikan segala keterangan dan bukti…
Apa kata Hakim?
Tertuduh berhubung dengan Jhow Low
11.15 pagi: Hakim berkata tertuduh tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Berkaitan akaun bank, hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh…
Hakim: Sukar untuk cadangkan Najib jadi mangsa Jho Low
11.35 pagi: Hakim berkata Jho Low sepenuhnya faham peranannya dan tiada keraguan bahawa dia berurusan dengan akaun bank Najib.
Katanya sukar untuk mencadangkan Najib sebagai mangsa penipuan Jho Low.
———————————–
Jadi masalahnya kalangan bani Melayu… Dari Inkues Adib… Sampai lah jes Najib… Depa ni dah lah jahil… Malas membaca prosiding Inkues dan Perbicaraan Mahkamah…
Yang depa pasak dalam hati depa… Adib mati kena bunuh… Yang Najib difitnah… Tak bersalah… Apa pun bukti dibawa… Depa tak ambil tahu pun… Termasuk keterangan Doktor Pakar dan Pakar Forensik. dalam kes Adib…
Bila lah bani Melayu nak maju… Sampaikan hat dikata Ulama pun sama jahil… Sama jahat…