KALENDAR FITNAH 2026

 

Aman Muhammad


Alhamdulillah, kita sudah update Kalendar Fitnah PAS 2026 untuk bulan Ogos.






Sempena bulan kemerdekaan ini, merdekakan diri kita semua dari genggaman ketaksuban kepada ulamak jahat, pemikiran asabiyyah dan fahaman ghuluw serta budaya fitnah oleh PAS.


Setakat Ogos 2026, PAS tidak pernah miss lagi setiap bulan mesti ada kes fitnah.


Semoga berjumpa lagi di bulan hadapan.


PAS dan FITNAH berpisah tiada.

"Tidak masuk syurga orang yang memfitnah"

- HR Muslim.


:)





KERAJAAN CUBA KURANGKAN KEBERGANTUNGAN IMPORT BENIH

 







MELAKA: Usaha mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import input pertanian perlu bermula dari peringkat asas, termasuk memperkukuh pengeluaran benih tempatan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import benih sebanyak 30 peratus menjelang 2040 menerusi pembangunan varieti dan kapasiti pengeluaran benih tempatan.
Katanya, dua varieti jagung bijian tempatan, MZ1 dan MZ2 yang dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dijangka berada di pasaran seawal Mac 2027.
“Kita bukan sekadar nak hasilkan benih baharu.
“Kita nak pastikan benih itu boleh dikeluarkan, sampai kepada petani dan digunakan di ladang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Mohamad berkata, harga benih berkenaan juga diharap lebih kompetitif bagi membantu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha jagung bijian.
Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui MARDI kini melaksanakan program rintis outgrower membabitkan empat petani di Perlis, Kelantan dan Selangor bagi membangunkan kapasiti pengeluaran benih jagung bijian tempatan.
Katanya, peserta program itu akan menerima latihan, bimbingan teknikal, input serta pemantauan bagi memastikan pengeluaran benih dapat dilaksanakan secara berkesan.
“Benih yang baik adalah permulaan kepada hasil yang baik.
“Daripada situ, kita bina sektor pertanian yang lebih kukuh dan negara yang kurang bergantung kepada sumber dari luar,” ujarnya.





Islam juga pecah belah akibat salahfaham dan ketaksuban dalam bermazhab

 



Che Ibrahim Mohamed


Umat Islam bukan sahaja pecah belah kerana kefahaman politik kepartian yang salah, bahkan umat Islam juga pecah belah akibat salahfaham dan ketaksuban dalam bermazhab sehingga sanggup melabelkan macam macam sesama Islam.




Dasar Satu China: Pendirian Malaysia Kekal Sejak Zaman Tun Razak – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menghadiri Persidangan TikTok 2026 pada 20 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pendirian Malaysia menyokong Dasar Satu China bukan perkara baharu, sebaliknya sudah diamalkan sejak 1974 di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendirian berkenaan tidak berubah sehingga kini, namun Malaysia sentiasa berpandangan bahawa sebarang penyelesaian berhubung isu Taiwan perlu mengutamakan jalan damai.

“Saya hanya ikut (dasar) yang konsisten. Tentunya kita hormat pendirian negara China, tetapi jalan damai terbaiklah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menghadiri Persidangan TikTok 2026 pada 20 Ogos 2026.

“Itu yang sekarang dilakukan. Dasar Malaysia yang mengiktiraf Dasar Satu China bukan baharu. Ia sudah diproses oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan TikTok di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Luar Taiwan yang mendakwa beliau secara terbuka memberikan justifikasi terhadap pendirian Beijing mengenai penyatuan semula Taiwan melalui kekerasan.

Dalam wawancara bersama Al Jazeera baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Menurutnya, pendirian Malaysia itu selari dengan pendirian PBB yang mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai wakil China, manakala Taiwan mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem antarabangsa.

“Jadi bukan perkara baharu. Cuma cara yang ditekan oleh Al Jazeera itu mungkin menimbulkan satu reaksi yang negatif,” katanya.

Beliau turut memberi contoh, Amerika sejak beratus tahun dahulu selepas Perang Kemerdekaan, tidak mengizinkan perpecahan di mana-mana negeri pun.


PRN Melaka: Wakil PH Akan Runding Kerjasama Dengan BN

 


Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka akan dirunding dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkaitan kerjasama itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa pilihan raya gabungan berkenaan.

Menurut beliau, perbincangan tersebut akan melibatkan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Itu memang jawatankuasa bincang pihak kita. Kita ada Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbincang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan TikTok Shop Summit 2026 di sini hari ini.

Menurut laporan sebelum ini, Saifuddin Nasution tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama menjelang PRN negeri itu.

Saifuddin yang juga Pemangku Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pertemuan tersebut berkemungkinan diadakan selepas Ab Rauf pulang daripada lawatan kerja di New Zealand.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Melaka.

Menurutnya, rundingan termasuk kemungkinan pertukaran kawasan boleh dilakukan selagi ia dilaksanakan secara jujur dan ikhlas.

PRN Melaka dijangka menjadi antara ujian penting kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya PH dan BN selepas kedua-dua gabungan itu menjalin kerjasama di peringkat Persekutuan.




KESIAN KAT AKMAL. DIA KATA TAK MAU TANDING KALAU UMNO RUNDING NGAN PH.

 

PRN Melaka: Wakil PH Akan Runding Kerjasama Dengan BN

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka akan dirunding dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkaitan kerjasama itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa pilihan raya gabungan berkenaan.

Menurut beliau, perbincangan tersebut akan melibatkan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Itu memang jawatankuasa bincang pihak kita. Kita ada Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbincang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan TikTok Shop Summit 2026 di sini hari ini.

Menurut laporan sebelum ini, Saifuddin Nasution tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama menjelang PRN negeri itu.

Saifuddin yang juga Pemangku Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pertemuan tersebut berkemungkinan diadakan selepas Ab Rauf pulang daripada lawatan kerja di New Zealand.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Melaka.

Menurutnya, rundingan termasuk kemungkinan pertukaran kawasan boleh dilakukan selagi ia dilaksanakan secara jujur dan ikhlas.

PRN Melaka dijangka menjadi antara ujian penting kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya PH dan BN selepas kedua-dua gabungan itu menjalin kerjasama di peringkat Persekutuan.



Undi Pas masuk syurga, Umno masuk neraka; Melayu dibimbangi terus diperbodoh politik identiti

 


Politik identiti yang terlalu memainkan sentimen agama dan kaum dibimbangi terus menenggelamkan perbahasan mengenai prestasi ekonomi, tadbir urus serta masa depan rakyat.

Pemerhati politik, Norman Radzuan berpendapat kenyataan beberapa penyokong dan ahli Pas yang tular di media sosial memperlihatkan bagaimana pemikiran politik boleh menjadi jumud apabila sentimen mengatasi pertimbangan fakta dan rasional.

Beliau berkata demikian mengulas rakaman video tular memaparkan kenyataan seorang ahli Pas yang mempersoalkan mengapa sesuatu pembedahan tidak dilakukan kemudian serta video seorang wanita yang mendakwa tidak boleh mengundi Umno kerana parti itu “kafir sampai kiamat”

Norman turut merujuk satu lagi rakaman yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong yang lebih membimbangkan apabila kenyataan tersebut menerima ribuan tanda suka.

Beliau menyifatkan fenomena itu sebagai petanda bahawa batas adab dan penghormatan terhadap institusi negara boleh terhakis apabila fanatisme politik dibiarkan tanpa kawalan.

Mengulas naratif politik berbentuk “undi Umno masuk neraka, undi Pas masuk syurga”, beliau berpendapat persaingan politik Malaysia terlalu tertumpu kepada soal identiti dan agama.

Katanya, ketika kempen sepatutnya membincangkan ekonomi, kemiskinan, peluang pekerjaan dan tadbir urus, sebahagian rakyat sebaliknya terus diseret kepada ketakutan berasaskan kaum dan agama.

“Di dunia ini hanya di Malaysia berkempen siapa nak masuk syurga siapa nak masuk neraka. Ekonomi dan tadbir urus langsung tidak dibicarakan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu antara faktor yang membolehkan sesuatu parti meraih sokongan tanpa perlu menawarkan hujah ekonomi yang mendalam, apabila sentimen identiti sudah cukup kuat untuk menentukan pilihan pengundi.

Malah, Norman berpendapat masyarakat boleh menjadi kurang sensitif terhadap isu penyelewengan atau kerugian institusi awam apabila perhatian mereka terlalu lama dialihkan kepada polemik kaum dan agama.




KITA RAKYAT DAN PENYOKONG PH LIHAT SAJA. BIASA DAH KAN JADI PEMBANGKANG. PAS AKN PEGUNA UMNO UNTUK KEPENTINGAN MEREKA. ANWAR PUNYA PERCAYA PADA UMNO..BERAPA MENTERI KANAN DIA BAGI PADA U,MNO. PKR MP PUN TAK DAPAT APA PUN.

 

Takkanlah lupa Pas pernah kafirkan Umno? Penafian hanya sandiwara demi mahu bercinta semula

Dakwaan sesetengah penyokong Pas bahawa parti itu tidak pernah mengkafirkan Umno hanya sandiwara hanya demi menghalalkan percintaan semula kedua-dua parti itu.

Pemerhati politik dan peguam, Liyana Marzuki berkata, sejarah perseteruan politik Pas dan Umno tidak boleh dipadam begitu sahaja hanya kerana landskap politik semasa mungkin menuntut kedua-duanya kembali mencari titik pertemuan.

“Mana ada Pas kata Umno kafir, kata penyokong Pas. Ini sandiwara ketika nak bercinta kembali. Terpaksa ambil hati,” katanya dalam satu hantaran.

Liyana menegaskan budaya melabel lawan politik atas nama agama pernah meninggalkan kesan mendalam dalam masyarakat Melayu, khususnya apabila perbezaan parti dibawa sehingga menyentuh soal akidah dan kehidupan beragama.

Beliau mengimbau bagaimana pertentangan politik suatu ketika dahulu bukan sekadar berkisar soal pilihan raya, bahkan menurutnya turut mempengaruhi hubungan sosial masyarakat.

Antara yang dibangkitkannya ialah dakwaan mengenai pertikaian hukum sembelihan, solat berjemaah, akad nikah serta perkahwinan hanya kerana seseorang itu dikaitkan dengan parti politik berbeza.

“Kalau orang Umno yang buat atau adakan, jatuh haram dan dipulaukan,” ujarnya.

Menurutnya, generasi muda mungkin tidak melalui sendiri zaman ketegangan politik tersebut, menyebabkan sebahagian daripada mereka sukar memahami kesan apa yang disifatkannya sebagai budaya takfiri.

Beliau turut merujuk sejarah hubungan Pas dengan rakan politiknya dan mendakwa corak serangan keras sering muncul selepas sesuatu kerjasama politik berakhir.

Katanya, selepas hubungan Pas dan Umno berakhir pada penghujung 1970-an, Umno pernah menerima label keras daripada lawan politiknya.

Begitu juga selepas kerjasama Pas dan DAP berakhir pada 2015, istilah kafir harbi pula menjadi sebahagian daripada polemik politik yang tercetus selepas itu.

“Budaya melabel dan takfiri dengan Pas berpisah tiada. Ada saja dalil politik yang mereka akan guna,” kata Liyana lagi.









MADE IN MALAYSIA


MMR





 Tiga kenderaan berperisai Tarantula MK ll yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan MILDEF international technologies Sdn Bhd sedang menjalani ujian di jalan raya 


Adakah tiga kenderaan berperisai tersebut milik Tentera Darat Malaysia yang sedang menjalani ujian di jalan raya sebelum diserahkan kepada Tentera Darat Malaysia 


Pada tahun yang lepas , Kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak untuk membeli sebanyak 136 unit kenderaan berperisai Tarantula dengan pelbagai versi 12.7mm , Recon & ambulance dan command & control daripada syarikat tempatan MILDEF international technologies Sdn Bhd yang bernilai RM1.8 bilion dan dijangka siap pada tahun depan


📸 army_race360




NOH HADI KELUAQ FATWA BARU ..KALI NI DIA SOH UMNO REHAT.

 





Darah mangsa Memali masih belum kering akibat Amanat Haji Hadi, kini dia cuba membuka ruang istilah Harbi diguna dalam politik.


Fikrah ekstrem mula dinormalisasi oleh PAS. Dr Al-Qaradawi pernah beri amaran fenomena seperti ini.


Tulisan terbaru Presiden PAS, Haji Hadi dilihat cuba menempelak pandangan agamawan yang mengingatkan bahaya sewenang-wenangnya melabel bukan Islam sebagai kafir harbi hanya kerana berbeza pandangan politik atau ideologi.


Mufti berpendapat, hukum Harbi bahaya kerana menghalalkan darah, rampas harta dan membatalkan perjanjian sesama warganegara.


Dalam tulisannya, Hadi mempertikaikan pandangan bahawa “tiada istilah kafir harbi di Malaysia”. Malah beliau turut menyatakan bahawa “perlawanan” bukan sahaja melibatkan senjata, tetapi juga boleh berlaku melalui ideologi, pemikiran dan kefahaman.


Di sinilah bahayanya.


Apabila istilah fiqh peperangan seperti kafir harbi mula dibawa masuk ke gelanggang politik, sempadan antara lawan politik dengan musuh yang boleh diperangi boleh menjadi semakin kabur.


Malaysia sebenarnya pernah melalui pengalaman pahit apabila bahasa agama, jihad dan syahid bercampur dengan pertembungan politik.


Dalam Amanat Hadi pada 1981, perjuangan menentang UMNO digambarkan sebagai jihad dan disebut bahawa jika mati melawan “puak-puak ini”, kematian itu adalah syahid. Empat tahun kemudian berlaku tragedi Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis. Hubungan langsung antara Amanat Hadi dengan tragedi Memali terus diperdebatkan; Tun Dr Mahathir pernah menyalahkan amanat tersebut, manakala PAS menolak dakwaan itu.


Namun Memali sepatutnya cukup menjadi amaran sejarah tentang bahayanya apabila persaingan politik mula dibingkai dengan bahasa jihad, syahid, kafir dan peperangan.


Dr Yusuf al-Qaradawi sendiri memberi amaran bahawa ekstremisme pada asalnya bermula dalam pemikiran, tetapi boleh berkembang kepada keganasan. Beliau membawa contoh Khawarij yang akhirnya menghalalkan darah dan harta orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka.


Malah ketika membincangkan hubungan dengan bukan Islam, Qaradawi mengingatkan bahawa sikap ghuluw boleh sampai kepada tahap seseorang menghalalkan harta atau darah pihak yang berbeza agama dengannya.


Sebab itu tulisan Hadi hari ini tidak boleh dipandang ringan.


Hadi mungkin tidak menyeru secara langsung supaya darah sesiapa ditumpahkan. Tetapi apabila beliau cuba membuka semula ruang penggunaan istilah kafir harbi di Malaysia sambil memperluaskan maksud “perlawanan” kepada pertentangan ideologi, beliau sedang membuka ruang kepada pengikut yang lebih ekstrem untuk membawa hujah itu lebih jauh.


Hari ini mungkin sekadar label.


Esok akan muncul persoalan: kalau seseorang sudah dianggap harbi, apakah pula hukum terhadap darah dan hartanya?


Kita sudah pernah melihat betapa berbahayanya apabila politik dibakar dengan bahasa agama yang melampau.


Jangan tunggu berlaku pertumpahan darah sekali lagi baru kita mahu mengakui bahawa fikrah ekstrem telah lama mula bercambah.





UN..7 EKOQ DAH KENA TAHAN..SAJA NAK BAGI TAU...SOH BISING.

 Mungkin TH tidak melibatkan melayu Islam, sebab ITU parti parti melayu Islam takde yang bising bising...




DIA BUKAN MENGAMUK. DIA MENYANYUK.

 


Abd Manaf Syafie



Hadi Awang mengamuk , kenapa ...?



PERTAMA 

KETUA pembangkang arah MP PN boikot , tanpa bahas laporan RCI TH. Tercalar imej PN terutama PAS  , HUDUH. BUROK.BUSUK 


KEDUA 

'PECHOH BOO DOH' Hamzah Zainudin SAKAU TH 22.2juta DUIT anak² yatim hak simpan 10rial sebulan , DUIT anak² YATIM PIATU


KETIGA 

Hancur luluh Hadi Awang /PAS. WAWASAN jantung hati PAS selepas BERSATU diterajang keluar , ibarat "Sudah jatuh ditimpa bala"


KEEMPAT

Hadi Awang /PAS terpaksa dukung BIAWAK HIDUP WAWASAN & HAMZAH , bukan hingga PRU16 tapi sampai kiamat.





NOH HAIH....TU DIA NOH...




 Tok min dulu buat di pantai port dikson selamba je ? MCA ugut lawan larangan minum bear? MB Mai suruh undi MCA pulak?  Mcmnana? Tu di negeri 9? Bukan tuhan ada 9.. saya cadang lekat gambar MB di pintu masuk kedai Judi kedah? lekat gambaq pakai baju panglima filem keris pulak? Mesti walaun seriau nak Mai tikam nombor? Takbir...

Senangnya dapat syurga..buleh la..




BANYAK NGAT PENYAMUN DOK PAW..

 




Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa berulang kali mendesak seorang perunding menyerahkan kira-kira RM9 juta daripada fi projek polis.


Perkara itu diberitahu Pengarah Urusan Al Khairi Group Berhad, Mohd Khairi Mat Jahya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad di Mahkamah Sesyen.


Khairi berkata beliau dilantik sebagai perunding kepada Nexuscorpgroup Sdn Bhd dengan fi lima peratus daripada nilai kontrak sekiranya berjaya mendapatkan pertimbangan menteri bagi projek RMPNet.


Menurutnya, Sayed Amir mengatur pertemuan dengan Hamzah pada 28 April 2020 dan selepas itu beliau memperoleh minit “Datuk KSU untuk pertimbangan” pada surat sokongan syarikat berkenaan.


Selepas Nexuscorpgroup menerima kontrak bernilai kira-kira RM359.54 juta, Khairi berkata fi perundingannya mencecah kira-kira RM19 juta.


Sayed Amir kemudian didakwa menuntut hampir separuh daripada jumlah tersebut dengan alasan telah memperkenalkan Khairi kepada pemilik Nexuscorpgroup, menemukan beliau dengan menteri serta membantu syarikat mendapatkan projek itu.


“Aku akan block hang daripada jumpa dengan menteri jika hang tak bersetuju untuk bagi bahagian aku,” kata Khairi ketika mengulangi ugutan yang didakwa dibuat Sayed Amir.


Khairi turut memberitahu Hamzah kemudian menghubunginya berhubung dakwaan salah laku Sayed Amir kira-kira dua bulan sebelum bekas setiausaha politik itu diberhentikan.


Sayed Amir kini berdepan tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM350,000 berkaitan tender RMPNet untuk PDRM.


Beliau belum disabitkan bersalah dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan.




KEPALA BAPAK HANG.....PAS: FITNAH DULU, MINTA MAAF KEMUDIAN.










Sebelah kiri, SU Politik MB Kedah.

Sebelah kanan, SU Akhbar MB Kedah.


Kedua-dua mereka mengaku sebar berita / poster fitnah terhadpa YB DAP.


Kedua-dua mereka minta maaf selepas YB DAP buat laporan polis.


Demi Allah, benarlah kata-kata Nabi SAW.


Bahawa kelompok ulamak jahat di akhir zaman, akan kuat memfitnah.


"Dari mulut mereka keluarnya fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali"

- HR al-Baihaqi.


Berjudi itu hukumnya haram dan berdosa besar.


Namun, memfitnah itu hukumnya lebih haram dan berdosa besar daripada berjudi.


Bersungguh berlakon lawan judi, namun dalam masa yang sama bersungguh pula amalkan fitnah.


Nabi kata di akhir zaman.

Sejahat-jahat makhluk, adalah ulamak jahat.

Dalam waqi' Malaysia, ulamak jahat itu adalah ulamak PAS.


sejahat-jahat kaki judi, jahat lagi ulamak PAS.

sejahat-jahat DAP, jahat lagi ulamak jahat PAS.


Walaupun ditakdirkan majoriti umat Islam akan dipesongkan oleh ulamak jahat sebelum kemunculan Mahdi, maka beruntunglah mereka yang menjadi golongan yang sedikit.


"Tidak masuk syurga orang yang memfitnah"

- HR Muslim.


Nampaknya PAS ni lebih takut DAP berbanding takut Tuhan.

Kalau takut Tuhan, pasti tidak akan memfitnah awal-awal lagi.


:)




KOYAK TERUK : Buku Bertemu Ruas: Dr Ismail Salleh Sanggup Berhadapan dengan Ashraf Wajdi Di Dalam Mahkamah Tanpa Rasa Gentar.

 



Buku Bertemu Ruas: Dr Ismail Salleh Sanggup Berhadapan dengan Ashraf Wajdi Di Dalam Mahkamah Tanpa Rasa Gentar.





Mantan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh, berkata hari ini beliau bersedia untuk berdepan dengan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki di mahkamah berhubung catatan Facebook yang didakwa memfitnahnya berkaitan kontroversi Tabung Haji.


Ismail menafikan bahawa catatan yang dikongsinya pada 24 Julai itu bersifat fitnah atau telah merosakkan reputasi Asyraf.


 Dia berkata dia hanya berkongsi poster yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan oleh pihak lain yang menggambarkan beberapa individu yang memegang jawatan berkaitan dengan TH antara 2014 dan 2018.


“Saya tidak tahu asas dakwaannya, jadi saya bersedia untuk melawannya (di mahkamah).


“Saya hanya menegaskan bahawa dari 2014 hingga 2017, ia (TH) berada di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional,” katanya kepada FMT, sambil menegaskan bahawa dia tidak menuduh mana-mana orang tertentu salah menguruskan tabung haji.


Ismail berkata peguamnya juga percaya bahawa Asyraf tidak mempunyai locus standi, atau kedudukan undang-undang, untuk menyamannya atas catatan itu.


“Saya menjawab surat tuntutan (LOD) Asyraf pada 11 Ogos,” katanya.


Terdahulu, Asyraf berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan LOD kepada dua pengguna media sosial yang dituduhnya menyebarkan dakwaan palsu mengenai isu TH.


Dia mendakwa bahawa dakwaan itu telah menjejaskan nama dan reputasinya.


Selain Ismail,  LOD juga telah disampaikan kepada pemilik akaun media sosial Abied Abdullah.


Asyraf menuntut ganti rugi RM5 juta daripada setiap seorang daripada mereka.


Suruhanjaya siasatan diraja terhadap pengurusan kewangan TH dari 2014 hingga 2020 mendapati bahawa tujuh daripada 14 pelaburan tabung haji sepanjang tempoh tersebut mengakibatkan kerugian keseluruhan.


#SuaraNetwork





JANGAN LAYAN TEROMPAH KAYU..

 


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menutup tulisan panjang terbarunya dengan satu pesanan yang sangat baik: sesiapa yang mahu menjawab beliau hendaklah menggunakan “hujah yang sahih”, bukan berhujah tanpa ilmu, sebaliknya perlu secara tafaqquh fi al-din.






Nasihat yang cantik.


Cuma sebelum sampai kepada nasihat itu, pembaca terlebih dahulu disajikan dengan gelaran “terompah kayu” terhadap agamawan yang menurut Hadi digunakan untuk membela DAP.


Bukan itu sahaja. Dalam tulisan sama, beliau turut membawa istilah “syaitan bisu” terhadap mereka yang dianggap tidak bersuara, sebelum mengemukakan ayat al-Quran mengenai perumpamaan seperti anjing dalam perbahasan mengenai golongan berilmu yang menurut hawa nafsu.


Akhir sekali, barulah datang pesan: jawablah dengan ilmu.


Mungkin inilah kaedah baharu perbahasan ilmiah yang belum sempat masuk silibus universiti — labelkan dahulu orang yang berbeza pandangan, kemudian minta mereka membalas dengan penuh adab dan tafaqquh.


Lebih menarik, polemik ini tercetus ketika beberapa agamawan menjelaskan bahawa orang bukan Islam tidak boleh sewenang-wenangnya dihukum sebagai kafir harbi hanya kerana berbeza pendirian atau pandangan politik.


Perbezaan pandangan dalam fiqh sepatutnya dijawab dengan dalil, konteks nas, maqasid dan realiti semasa. Kalau seseorang ulama tersilap, tunjukkan di mana silapnya. Kalau hujahnya lemah, patahkan hujah tersebut.


Tetapi apabila agamawan yang tidak sependapat mula diberikan gelaran politik, orang ramai akhirnya berhak bertanya: yang sedang dibahaskan ini hukum agama atau kesetiaan politik?


Hadi sendiri meminta masyarakat berhujah dengan ilmu. Maka permintaan itu sewajarnya bermula daripada semua pihak, termasuk pemimpin politik yang membawa gelaran ulama.


Kerana dalam tradisi ilmu, seseorang tidak menjadi salah hanya kerana dia tidak bersetuju dengan parti kita.


Dan seseorang juga tidak tiba-tiba menjadi lebih benar hanya kerana berjaya mencari gelaran paling pedas untuk orang yang tidak bersetuju dengannya.


Kalau mahu tafaqquh fi al-din, mari berhujah dengan dalil. Terompah kayu boleh ditinggalkan di luar pintu.





SEDIHNYA NEGERIKU. PATUT TIANG LETRIK DI JAMBATAN P.PINANG PUN BOLEH KATA BENTUK ROKET.SEDEHHHH.....

 



Satu hantaran seorang anak Kelantan menjadi perhatian selepas menyenaraikan lapan realiti yang didakwa masih dihadapi rakyat negeri itu selepas berdekad-dekad di bawah pentadbiran sama.




Pengguna Threads dikenali sebagai Al Amiriy berkata perkongsian itu dibuat secara jujur tanpa dipengaruhi mana-mana unsur politik, dengan harapan supaya perubahan dapat dilakukan.


Antara perkara yang disenaraikan ialah:


1. Bekalan air yang berkarat.

2. Pihak berkuasa tempatan didakwa tidak berfungsi dengan baik, termasuk isu rumput dan longkang.

3. Taman awam yang sangat terhad.

4. Jalan kampung yang sempit dan jarang disenggara.

5. Hampir semua urusan di bawah kerajaan negeri masih dilakukan secara manual.

6. Bantuan kepada mahasiswa sangat terhad dan didakwa hanya sekali diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

7. Kekurangan tempat rekreasi.

8. Banyak kedai dan rumah dibina dalam rizab jalan.


Perkara kelima antara yang paling menyedihkan kerana ketika negeri lain berlumba-lumba mendigitalkan perkhidmatan kerajaan, rakyat Kelantan masih perlu berdepan urusan manual bagi banyak perkhidmatan asas.


Hantaran itu menerima ratusan reaksi dan dipenuhi komen pengguna yang mengakui berdepan pengalaman sama.


Ada yang menambah isu sampah bertimbun, ketiadaan lampu jalan, jalan terlalu sempit serta kekurangan peluang pekerjaan bergaji tinggi.


Seorang pengguna turut mempersoalkan mengapa rakyat yang mahukan perubahan masih terus memilih pentadbiran sama dalam setiap pilihan raya.


Pemilik hantaran menjawab bahawa jalan pendidikan perlu diperkukuh kerana masyarakat memerlukan pengetahuan mengenai asas politik, kenegaraan dan kewangan untuk membuat pilihan secara lebih matang.


Lebih menyedihkan, apabila ditanya mengenai kompleks sukan, pemilik hantaran menjawab bahawa taman awam biasa juga sukar ditemukan.


Perkongsian itu menunjukkan kritikan terhadap pentadbiran Kelantan bukan semata-mata datang daripada orang luar. Rakyat yang tinggal dan mengalami sendiri masalah di negeri itu juga semakin berani bersuara serta menuntut perubahan.





KIOK.,




Mukklis Eddie



 Hang berkaraoke dengan perempuan, merokok, maki hamun, mencarut sesuka hati semua itu hang buat macam tak berdosa. Kepala bapak hang





SALAH SATU PEMBENCI YANG TAK SUKA KERAJAAN ..BANYAK MEMBENCI ATAS KAPASITI. PERBEZAAN POLITIK.





Ahmad Husin



 Allahu, saya dah teliti respon terbaru rakyat keatas Fadhlina Sidek, maka apa yang saya mampu ulas disini(ampun maaf cakap); belum pernah saya lihat mana² sosok politician dib3nci oleh rakyat setahap Fadhlina Sidek. 


Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku hingga rakyat b3nci sungguh terhadapnya.


Saya teliti satu persatu komen rakyat yang memb3nci Fadhlina Sidek, saya dapati hampir semua posting di pelbagai platform media sosial netizen sangat memb3ncinya, dan sebilangan besar netizen yang memarahi Fadhlina tidaklah dikalangan ahli PAS sahaja, ia terdiri dikalangan orang awam bipartisan dengan jumlah yang amat besar, bersifat gelombang keb3ncian terhadap Fadhlina. 


Maka saya tak fikir imej Fadhlina mampu pulih dalam tempoh baki mandat yang tersisa ini.


Harap PM Anwar Ibrahim ambil serius soal ini dalam menuju PRU-16, saya hairan mengapa Fadhlina Sidek terkena gelombang keb3ncian setahap itu, Astaghfirullahalazim.





PMX bimbang pengkalan Filipina berdekatan Sabah juga Amerika Syarikat turut terlibat ?













 PMX bimbang pengkalan Filipina berdekatan Sabah juga Amerika Syarikat turut terlibat ?


Ok kita ketepikan dulu fahaman politik, sebab hal-hal berkaitan kedaulatan negara dan info berkaitan keselamatan ini tentunya dibisikkan sendiri oleh think tank dalam pasukan keselamatan kita sendiri, Perdana Menteri kan ketua negara, PMX sendiri maklumkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Apa yang PMX kata ? 


Malaysia telah mempertingkatkan kesiapsiagaan ketenteraan di Pulau Banggi, Sabah. 


Sebabnya - ada penambahan kesiapsiagaan ketenteraan Filipina dan Amerika Syarikat (AS) di selatan Filipina yang berdekatan dengan negeri itu. 


PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dah hubungi Presiden Filipina Bongbong Marcos, dan menurut Marcos penambahan itu untuk menghadapi "offensive" dari China. 


Tapi kata PMX : “Tetapi ini tentunya mengkhuatirkan dan mendesak kita supaya meningkatkan kesiapsiagaan kita di Pulau Banggi dan Sabah untuk menjaga ketahanan kita,” 


Persoalannya kenapa pangkalan tu dekat sangat dengan Sabah ?


Pangkalan yang dimaksudkan ialah di Pulau Balabac, Palawan - hujung paling selatan Filipina, betul-betul menghadap Sabah. Jaraknya lebih kurang 50km saja dari Pulau Banggi, Kudat.


Pulau itu memang ada Naval Station Narciso Del Rosario milik Tentera Laut Filipina dan akan menempatkan tentera Amerika Syarikat di bawah perjanjian Enhanced Defense Cooperation Agreement (EDCA). 


Di bawah EDCA, AS dibenarkan bina runway 3km, boat hub dan pre-position aset, tapi Filipina tegaskan ia BUKAN pangkalan AS, ia tetap pangkalan Filipina yang AS TUMPANG guna secara bergilir.


Isu ini jadi sensitif untuk Malaysia kerana 3 faktor bertembung ⚠️ 


* Geografi : Balabac kawal Selat Balabac - laluan strategik antara Laut Sulu dan Laut China Selatan, betul-betul di pintu masuk Sabah.


* Geopolitik AS-China : AS guna Palawan termasuk Balabac untuk pantau Second Thomas Shoal dan Mischief Reef. Kalau konflik berlaku, Sabah automatik berada dalam lingkaran.


* Tuntutan Sabah : Filipina secara rasmi masih menuntut timur Sabah, jadi apa-apa build-up tentera dekat sempadan memang buat Putrajaya lebih berhati-hati.


Sebab itu Malaysia ambil pendekatan - kita tidak mahu provokasi, tapi kesiapsiagaan di ESSCOM dan Banggi PERLU dinaikkan.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


Tidak semua photo mewakili Balabac Island


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG