UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA


 


Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, syarat itu turut terpakai kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.

“SPM tetap wajib walaupun dia belajar aliran itu. Sebab penilaian UPU (sistem UPUOnline) kita ialah berdasarkan kepada keputusan SPM.

“Maknanya dia menduduki dua peperiksaan termasuk lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti hari ini.

Terdahulu, Zambry semasa berucap menegaskan syarat kemasukan ke IPTA tetap perlu berdasarkan sistem SPM walaupun kerajaan membuka ruang laluan tertentu kepada pelajar daripada sistem pendidikan lain.



"Perut Dibelah, Usus Terkeluar.." - Pemuda Bakar Kekasih Hamil Terlepas Hukuman Gantung

 






Seorang pemuda yang sebelum ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam, akhirnya terlepas hukuman tersebut selepas Mahkamah Rayuan menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan dikemukakan oleh Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 23, untuk mengetepikan hukuman mati yang sebelum ini dijatuhkan Mahkamah Tinggi Klang.
Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda ketika kejadian berlaku, iaitu 20 tahun, selain wujudnya pilihan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Menurut Azman, mahkamah menggunakan budi bicara yang diperuntukkan di bawah pindaan undang-undang baharu tersebut untuk menggantikan hukuman gantung sampai mati dengan hukuman penjara selama 40 tahun serta 12 sebatan.
Di bawah pindaan undang-undang berkenaan, mahkamah mempunyai kuasa sama ada mengekalkan hukuman mati atau menggantikannya dengan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun. Bagi pesalah lelaki berusia bawah 50 tahun yang tidak dijatuhi hukuman mati, hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali turut boleh dikenakan.
Semasa prosiding rayuan, peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili tertuduh berhujah bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman terlalu berat terhadap anak guamnya.
Beliau berkata, Muhammad Fakrul Aiman telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula dan ketika kejadian berlaku, tertuduh masih berusia 20 tahun.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memohon agar hukuman gantung dikekalkan memandangkan jenayah dilakukan disifatkan sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sebelum ini, pada Jun 2023, Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muhammad Fakrul Aiman selepas dia mengaku bersalah membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam, 22 Mei hingga jam 8 pagi, 23 Mei 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.
Dalam penghakimannya ketika itu, Hakim Norazlin Othman menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai sangat kejam dan dilakukan secara terancang.
Mahkamah turut mengambil kira hasil bedah siasat yang mendapati mangsa yang hamil 18 minggu mengalami kesan bakar hampir di seluruh badan selain luka tikaman dan hirisan di bahagian abdomen serta leher.
Menurut fakta kes, tertuduh didakwa memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga rebah sebelum mengheret mangsa ke tepi parit dan menikam serta menghiris lehernya menggunakan pisau yang diambil dari kereta.
Pendakwaan sebelum ini turut mengemukakan sebanyak 112 eksibit termasuk imej ultrabunyi kandungan, pisau, kayu serta pakaian mangsa bagi menyokong kes tersebut.
Dalam rayuan mitigasi di Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan memaklumkan laporan DNA Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan janin berusia 18 minggu itu bukan milik tertuduh.
Peguam turut mendakwa tertuduh berada dalam tekanan selepas diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada sepupu mangsa supaya bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.
Selain itu, mahkamah dimaklumkan bahawa Muhammad Fakrul merupakan seorang penuntut institusi pengajian tinggi yang tidak mempunyai rekod jenayah atau disiplin, malah memperoleh keputusan akademik cemerlang dengan PNGK 3.80 sebelum kejadian berlaku.





Saham Boeing jatuh 4.7% selepas Trump umum China confirm beli 200 pesawat Boeing






Pesan Atok




 Saham Boeing jatuh 4.7% selepas Trump umum China confirm beli 200 pesawat Boeing. Eh kenapa turun pulak?

Penganalisis pasaran saham Wall Street dan firma kewangan seperti Jefferies sebelum ini menjangkakan yang China akan menempah sehingga 500 buah pesawat Boeing.
Tapi angka rasmi yang diumumkan, hanya sekitar 200 buah jet sahaja.
Mengapa Ramai Menjangkakan 500 Pesawat?
Laporan pasaran meramalkan China memerlukan sekitar 8,000 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi menampung pertumbuhan penerbangan domestik dan antarabangsa.
Sumber industri pula mendakwa sebelum pertemuan Donald Trump dan Xi Jinping, China nampak gaya nak beli banyak.
Tapi tiba-tiba 200 sahaja dan angka itu jauh lebih rendah berbanding jangkaan maksimum 500 jet. Separuh pun tak sampai.
Ramai pelabur Wall Street berasa kecewa.
Kesannya, saham Boeing (BA) jatuh 4.7% sejurus selepas pengumuman dibuat kerana pasaran sebenarnya telah “meletakkan harga” berdasarkan jangkaan tempahan.
Yakin sangat. Mendapat 😆






KAT NEGERI KO PUN TAK PEDULI KO KALUT TEMPAT LAIN






𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐇𝐎𝐋𝐃, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔  JOM BACA





 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐇𝐎𝐋𝐃, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔

Ada baca 3 hari lepas tulisan ni.
Mula-mula aku anggap ni perkara biasa menjelang 13 Mei baru-baru ni, macam-macam tulisan sebegini akan ditulis.
Kelmarin aku dapat panggilan daripada seorang ahli politik Melayu dari Kuala Lumpur.
30 minit kami berbual.
Aku ringkaskan sedikit perbualan tersebut:
1. Status tanah di Taman Segar asalnya adalah tanah pertanian berstatus freehold. Kemudian bila hendak ditukar kepada status tanah kediaman (bangunan) untuk buat perumahan, status itu ditukar kepada leasehold. Ini cerita puluhan tahun dulu. Beberapa tahun lepas penduduk Taman Segar cuba dapatkan kembali status freehold tersebut dan akhirnya kini dapat apa yang mereka nak.
2. Penduduk Taman Segar mohon penukaran status dah lama, mereka organize raih dana, upah peguam, kaji sejarah status tanah tersebut berpuluh tahun dahulu.
3. Berbeza dengan Kampung Sungai Baru (bukan Kampung Baru, orang luar banyak tak faham memang suka buat palatao) yang merupakan tanah anugerah oleh DYMM Sultan Selangor pada zaman British untuk mengekalkan orang melayu di kawasan bandar. PKNS mendirikan rumah di mana ada bukan melayu juga membeli dan memiliki rumah di kawasan tersebut. Tanah Kampung Sungai Baru tidak sama dengan tanah-tanah lain di Kampung Baru yang berstatus Tanah Rizab Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS).
4. Isu ada geran dan dihalau pemaju ni boleh bacalah banyak penjelasan yang dah dibuat dan ini takde kena mengena dengan status freehold atau leasehold.
5. Kemudian isu ahli-ahli politik atau YB YB Melayu tak tolong Melayu dapatkan tanah freehold. Dia cakap bagi pihak dia sendiri sebagai salah seorang YB Melayu di tengah-tengah KL. Dia cakap dalam kawasan dia sendiri banyak penduduk Melayu mohon tukar tanah leasehold kepada freehold melalui dia, tapi banyak isu yang timbul. Antaranya:
a. Bila tukar freehold taknak status Tanah Rizab Melayu, taknak ada sekatan untuk flip tanah tersebut.
b. Bila dah tukar status, takde duit nak bayar premium puluhan ribu Ringgit sampai pinjam ahli politik tersebut dan tak bayar balik sampai sekarang.
c. Ada yang dah dapat tawaran tukar status, bayar premium kepada Pejabat Tanah WPKL secara ansuran tapi tak konsisten bayar sampai tawaran tersebut lapsed.
Adakah ini salah ahli politik dan YB Melayu tersebut?
Adakah Melayu bandar berharap penukaran status tanah tidak melibatkan bayaran premium? Adakah mereka berharap Kerajaan atau YB mereka bayarkan premium tersebut?
Ini masalahnya.
Yang nak menunggang isu perkauman akan cakap Kerajaan tak bantu, YB-YB Melayu tak bantu kaum sendiri.
Mereka juga tak tahu kaum cina sendiri sangat tersusun dalam kerjasama mendapatkan dan mempertahankan hak mereka dan mereka juga tahu bila nak tukar status tanah perlukan modal termasuk nak kena bayar premium kepada Pejabat Tanah.
Dalam 30 minit perbualan aku dengan ahli politik Melayu KL ni aku belajar banyak benda bernilai puluhan tahun termasuk sejarah, kaum dan juga sikap kaum aku sendiri.
Sebelum menamatkan perbualan dengan dia, aku tanya kenapa tak terangkan kepada orang ramai dan betulkan salah anggap bahawa YB Melayu di KL tak tolong bangsa sendiri?
Dia jawab ringkas, "aku pernah kalah (pilihanraya) sekali walaupun dah tolong apa yang diorang nak. cukuplah tu."
Kesimpulannya, jangan dok palatao sangat pasal tanah-tanah yang kau pun taktau isu dan prosedurnya.
Salam Jumaat.





Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban,











 Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban, Negeri Sembilan hari ini bagi meneliti status pelaksanaan program serta projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Perbincangan memberi fokus kepada aspek yang dekat dengan keperluan rakyat termasuk pendidikan, tebatan banjir, infrastruktur, kesihatan serta pengukuhan sosio-ekonomi.
Saya tegaskan bahawa setiap projek dan program yang dirangka mesti benar-benar memberi manfaat serta dirasai rakyat di lapangan.
Justeru, Kerajaan MADANI akan terus menyelaras seluruh ikhtiar merentas kementerian dan agensi agar pelaksanaan lebih cekap serta penyampaian bantuan dan pembangunan dapat dipercepat.
Pemantauan juga harus diperkukuh supaya tiada kelewatan, ketirisan atau masalah pelaksanaan yang akhirnya menjejaskan rakyat. Setiap projek mesti dipantau dengan teliti dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta amanah.
Keutamaan kita adalah memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara, Insya-Allah.

Sekali lagi TITM membawa naratif yang salah demi membela Nik Zawawi??

 

Che Ibrahim Mohamed


Sekali lagi TITM membawa naratif yang salah demi membela Nik Zawawi??


Adakah kali ini TITM ingin menyamakan cerita/hadis yang diriwayatkan oleh Nik Zawawi berkenaan Abu Bakar Bapa Ceti, Omar kaki Zina, Othman, Ali, Hamzah pun sama juga feelnya adalah setaraf dengan hadis hadis yang mengesahkan Omar keluar rumah dengan niat untuk membunuh Nabi Muhammad saw, tiba tiba tak jadi apabila mendengar adiknya sendiri membaca al Quran???



RED FLAG NATION - 18 tahun penjara.

 


RED FLAG NATION - 18 tahun penjara.

Itu hukuman yang sedang diminta pendakwa raya Indonesia terhadap Nadiem Makarim.
Bukan orang biasa.
Ini pengasas Gojek. Graduan Harvard. Antara wajah paling terkenal generasi startup Asia Tenggara. Dari first unicorn Indonesia lompat jadi menteri pendidikan.
Dulu dipuji sebagai simbol Indonesia moden.
Sekarang duduk di kandang tertuduh.
Dan selepas tuntutan hukuman dibacakan di mahkamah Jakarta, suasana bertukar emosional.
Nadiem dilihat menangis teresak-esak sebelum memeluk isterinya di dalam mahkamah. Rakaman dan gambar momen itu pantas tersebar di media sosial Indonesia.
Daripada figura korporat yang dulu bercakap tentang inovasi, teknologi dan masa depan pendidikan, beliau kini berdiri sebagai tertuduh yang berdepan kemungkinan kehilangan kebebasan, reputasi dan mungkin juga sebahagian besar aset hidupnya.
Pendakwa mendakwa projek digitalisasi pendidikan melibatkan Chromebook antara 2019 hingga 2022 menyebabkan kerugian negara sekitar 2.1 trilion rupiah, bersamaan kira-kira US$125 juta atau sekitar RM491 juta.
Mereka kata spesifikasi tender direka terlalu memihak kepada ekosistem Google sehingga Google seolah-olah menjadi “penjaga pintu” sebahagian sistem pendidikan Indonesia.
Yang menjadikan kes ini sangat kontroversi ialah satu perkara.
Ramai ingat kes ini melibatkan dakwaan duit tunai RM180 juta masuk terus ke akaun beliau. Setakat yang diketahui umum sekarang, bukan itu naratif utamanya.
Pendakwa memang menyebut angka sekitar 809 bilion rupiah, kira-kira US$46 juta atau sekitar RM180 juta sebagai “manfaat” yang dikaitkan dengan keputusan perolehan tersebut.
Tetapi antara asas utama yang digunakan ialah dakwaan konflik kepentingan kerana syarikat yang pernah diasaskan Nadiem sebelum masuk kerajaan mempunyai hubungan pelaburan dan urusan dengan Google.
Maksudnya, perbahasan kes ini lebih berkisar kepada "adakah hubungan korporat lama, keputusan polisi dan spesifikasi tender yang dianggap terlalu memihak boleh terus dianggap rasuah jenayah?"
Pihak pembelaan pula berhujah bahawa:
* keputusan teknikal dibuat oleh pasukan dan jawatankuasa perolehan
* projek diwujudkan ketika pandemik untuk pembelajaran jarak jauh
* pejabat Peguam Negara sendiri sudah dirujuk sebelum projek bermula
* dan pertuduhan banyak bergantung kepada tafsiran serta andaian, bukan bukti aliran wang secara langsung
Ini yang menjadikan kes ini sensitif.
Sebab kalau mahkamah mula mentafsir keputusan dasar yang kontroversi atau gagal sebagai “rasuah”, ramai pembuat dasar akan mula takut membuat keputusan besar, terutama ketika krisis.
Pakar undang-undang Indonesia Bivitri Susanti sendiri memberi amaran bahawa mengkriminalkan polisi kerajaan tanpa bukti jelas niat rasuah dan aliran wang boleh mewujudkan ketidakpastian undang-undang.
Dan sebenarnya Indonesia pernah melalui situasi hampir sama sebelum ini dengan Thomas Lembong dalam kes import gula. Beliau turut didakwa atas keputusan polisi dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara sebelum kemudian diberikan pengampunan oleh Prabowo Subianto.
Jadi sekarang persoalan mula timbul.
Kalau kes Nadiem akhirnya dilihat sebagai “kriminalisasi polisi” seperti yang didakwa penyokongnya, adakah pengakhiran beliau nanti akan jadi seperti Thomas Lembong juga?
Atau clemency hanya wujud untuk tokoh tertentu sahaja?
Dan penting untuk rantau ini terutamanya Malaysia untuk perhatikan bagaimana kes ini berakhir.
Kerana sama ada Nadiem akhirnya “ke dalam” atau dibebaskan, reaksi pelabur antarabangsa akan menjadi ukuran besar terhadap keyakinan mereka kepada sistem perundangan dan kepastian dasar di Asia Tenggara.
Lebih-lebih lagi ketika negara seperti Malaysia sendiri sedang berdepan siasatan berkaitan perjanjian bernilai RM1.1 bilion dengan Arm Holdings yang sebelum ini dipromosikan sebagai langkah strategik untuk melonjakkan industri semikonduktor negara.
Bahkan SPRM sendiri mengesahkan siasatan melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, penipuan dan pecah amanah sedang berjalan, malah dua individu sudah dikenal pasti untuk dicadangkan pertuduhan.
"Eerily similar."
Sebab bagi pelabur global, mereka bukan hanya melihat sama ada sesebuah negara tegas melawan rasuah. Mereka juga mahu tahu sama ada garis antara kegagalan polisi, konflik kepentingan dan jenayah rasuah itu benar-benar jelas dan konsisten.
Dan paling penting, mereka mahu mengelakkan diri daripada terperangkap dalam political adversary webbing tempatan, di mana perubahan kuasa, perseteruan elit dan pergelutan politik dalaman akhirnya memberi kesan terus kepada pelaburan mereka.
Kerana bagi pelabur antarabangsa, ketidakpastian politik yang boleh mengubah nasib sesuatu projek atau individu semalaman sering kali lebih menakutkan daripada risiko pasaran itu sendiri.
"RED FLAG NATION" pada nota kaki mereka.





Lima jenis sayur import ini wajib ada sijil analisis mulai 1 Jun


 


Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa lima jenis sayuran import akan diwajibkan memiliki Sijil Analisis (CoA) bermula 1 Jun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, langkah tersebut bagi memastikan hanya produk yang memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti dibenarkan memasuki pasaran tempatan.

Pelaksanaan syarat CoA itu, jelasnya, membabitkan cili merah, timun, tomato, sawi dan kubis bulat.

“Langkah ini bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara serta memastikan produk import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasmi beliau.

Mohamad berkata, penguatkuasaan syarat tersebut akan dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Pertanian melalui Agensi Kawal Selia Padi dan Beras (AKPS) di semua pintu masuk negara.

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan bahawa pelaksanaan dasar baharu itu akan berjalan lancar tanpa menjejaskan kestabilan bekalan sayur-sayuran dalam negara.

Katanya, inisiatif tersebut selaras dengan komitmen KPKM untuk memastikan keselamatan, sekuriti dan kualiti makanan terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Maklumat lanjut berkaitan permohonan CoA akan diumumkan melalui laman rasmi KPKM dalam masa terdekat,” tambah beliau lagi.



Jho Low hadir mesyuarat rahsia tahun lalu? Ini respons KPN


 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan siasatan terhadap dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low berdasarkan segala maklumat yang diterima termasuk perkembangan baru dan terkini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya turut mengambil kira maklumat Sarawak Report, yang mendakwa Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho menghadiri mesyuarat rahsia di negara ini hujung tahun lalu.

“Kita sentiasa mengemaskini dan menyiasat keberadaan Jho Low ini dari masa ke masa, mengikut proses dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Bagaimanapun keadaannya, kita (PDRM) masih terikat dengan undang-undang sedia ada selain turut bekerjasama dengan semua mana-mana pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Sebelum ini, Sarawak Report dalam laporannya menimbulkan spekulasi, bagaimana Jho Low yang diburu oleh PDRM sejak sekian lama gagal dikesan keberadaannya ketika dilaporkan berada di Malaysia, tahun lalu.


PH Johor persoal lima ADUN lantikan: Sah di sisi undang-undang, tapi perlu ke?


 


Pakatan Harapan (PH) Johor menegaskan bantahannya terhadap cadangan menambah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bukan soal perundangan, sebaliknya berkaitan keutamaan demokrasi, representasi rakyat dan penggunaan wang awam.

Dalam satu kenyataan media hari ini, PH Johor menjawab kenyataan ADUN Mohd Hairi Mad Shah yang mempertahankan langkah kerajaan negeri itu.

Menurut PH Johor, cubaan mengaitkan pelantikan Senator dengan isu ADUN lantikan adalah hujah yang mengelirukan kerana kedua-duanya melibatkan struktur dan konteks yang berbeza.

Jelasnya, jawatan Senator diperuntukkan secara jelas dalam Parlimen Malaysia melalui Dewan Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, manakala penambahan ADUN lantikan di Johor dicadangkan ketika Barisan Nasional (BN) sudah memiliki majoriti kukuh sebanyak 40 kerusi DUN.

“Maka, persoalannya bukan ‘boleh atau tidak’, tetapi ‘perlu atau tidak’,” menurut kenyataan itu.

PH Johor turut menegaskan bahawa sesuatu yang sah di sisi undang-undang tidak semestinya tepat dari sudut semangat demokrasi dan kepentingan rakyat.

Menurut gabungan itu, Johor kini berdepan isu ketidakseimbangan jumlah pengundi yang ketara, dengan ada kawasan DUN mempunyai lebih 130,000 pengundi, manakala sesetengah kawasan lain hanya sekitar 20,000 pengundi.

Sehubungan itu, PH Johor berpandangan isu persempadanan semula dan keseimbangan representasi rakyat jauh lebih mendesak untuk diselesaikan berbanding menambah lima lagi ADUN yang tidak dipilih melalui pilihan raya.

Sangat selesa

PH Johor juga mempersoalkan rasional cadangan tersebut memandangkan BN sudah memiliki majoriti dua pertiga yang sangat selesa di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi, rakyat berhak bertanya: jika bukan kerana kestabilan, bukan kerana kekurangan sokongan dan bukan kerana krisis Dewan, maka apakah keperluan sebenar menambah lima lagi ADUN lantikan?

“Ini persoalan politik yang sah dalam sebuah sistem demokrasi,” tegas gabungan tersebut.

Selain itu, PH Johor mengingatkan bahawa pelantikan tambahan itu akan melibatkan kos kepada kerajaan negeri termasuk gaji, elaun, pejabat, kakitangan dan pelbagai kemudahan lain yang dibiayai menggunakan dana awam.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, wang negeri sepatutnya digunakan untuk memperkukuh sistem representasi yang dipilih rakyat, bukannya memperluas jawatan lantikan politik.

Dalam masa sama, PH Johor turut mempertahankan kempen kutipan tandatangan yang digerakkan bagi membantah cadangan tersebut.

Katanya, usaha mengumpul tandatangan dan menyatakan pendirian secara terbuka merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang matang dan tidak sepatutnya dipandang sinis.

“Jika kerajaan yakin rakyat menyokong langkah ini, maka mereka tidak perlu takut kepada suara rakyat yang ingin menyatakan pendirian secara terbuka,” menurut kenyataan itu lagi.



Meski Berdepan Konflik Asia Barat, Ekonomi Berkembang 5.4 Peratus – PM Anwar

 


Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim menikmati jamuan makan tengah hari sambil menyantuni rakyat di restoran Ombong Salai Bandar Seri Sendayan pada 15 Mei 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Disiplin fiskal serta kecekapan tatakelola antara penggerak ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan melebihi jangkaan bagi dua suku berturut-turut apabila berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun situasi tidak menentu dialami negara tetapi pencapaian memberangsangkan ini menepati unjuran dua badan berkaitan sebelum ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua anggaran awal Jabatan Perangkaan (DOSM) dan unjuran median Bloomberg sebelum ini menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 pada kadar 5.3 peratus.

Kenyataan media Kementerian Kewangan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung prestasi KDNK suku pertama 2026 pada 15 Mei 2026. Foto Kementerian Kewangan

Katanya, permintaan domestik dan sektor luaran kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026 dengan permintaan domestik berkembang sebanyak 5.2 peratus.

“Prestasi ini disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang stabil hasil daripada pasaran buruh yang kukuh serta peningkatan pendapatan boleh guna susulan pelaksanaan fasa kedua Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam serta bantuan berterusan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Pelaburan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pusat data juga kekal teguh, didorong dasar yang memudah cara serta persekitaran pelaburan yang kondusif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan media Kementerian Kewangan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung prestasi KDNK suku pertama 2026 pada 15 Mei 2026. Foto Kementerian Kewangan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi Madani berasaskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat dan pengurusan fiskal yang bertanggungjawab terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, pendekatan ini membolehkan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan daripada 5.2 peratus pada 2024 dan 2025 sebelum meningkat kepada 5.4 peratus pada suku pertama 2026.

“Pada masa sama, pengurusan fiskal yang bertanggungjawab membolehkan kerajaan mengurangkan dampak kenaikan harga bahan api global terhadap rakyat dan perniagaan melalui Budi Madani RON95 (BUDI95) serta bantuan dipertingkat di bawah Budi Diesel, selain terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi.

Kenyataan media Kementerian Kewangan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung prestasi KDNK suku pertama 2026 pada 15 Mei 2026. Foto Kementerian Kewangan

“Penciptaan pekerjaan yang berterusan telah menurunkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus, iaitu paras terendah dalam tempoh sedekad, manakala inflasi kekal sederhana pada kadar 1.6 peratus sepanjang suku tersebut,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, pengukuhan berterusan nilai ringgit sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia selain prestasi lebih kukuh Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI serta aliran masuk bersih pelaburan langsung asing berjumlah RM22.8 bilion pada suku pertama 2026 mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap ekonomi Malaysia.

Katanya, kerajaan kekal berwaspada terhadap impak konflik di Asia Barat terhadap permintaan global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran walaupun reformasi Ekonomi Madani telah melaksanakan perubahan yang sekian lama tertangguh dalam pengurusan fiskal serta ekonomi negara.

“Konflik berpanjangan di Asia Barat berpotensi meningkatkan risiko gangguan terhadap rantaian bekalan global, khususnya melalui kenaikan kos tenaga, logistik dan input pengeluaran.

“Sekiranya berlanjutan, tekanan ini boleh menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi serta menjejaskan permintaan domestik, meningkatkan kos operasi perniagaan dan seterusnya memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Madani telah menubuhkan pasukan petugas pengurusan krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindak balas secara masa nyata terhadap risiko baharu.

Beliau berkata, sehingga 14 Mei 2026, kerajaan turut menyediakan sokongan pembiayaan sebanyak RM15 bilion kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi pembiayaan mikro, pinjaman perniagaan serta jaminan.

Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim menikmati jamuan makan tengah hari sambil menyantuni rakyat di restoran Ombong Salai Bandar Seri Sendayan pada 15 Mei 2026. Foto PMO

Katanya, pelarasan subsidi bahan api bersasar bersama sokongan berterusan menerusi BUDI95 dan bantuan dipertingkat di bawah BUDI Diesel bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga tenaga global terhadap isi rumah serta perniagaan yang layak, selain menyokong kestabilan ekonomi secara keseluruhan.