Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, syarat itu turut terpakai kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.
“SPM tetap wajib walaupun dia belajar aliran itu. Sebab penilaian UPU (sistem UPUOnline) kita ialah berdasarkan kepada keputusan SPM.
“Maknanya dia menduduki dua peperiksaan termasuk lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti hari ini.
Terdahulu, Zambry semasa berucap menegaskan syarat kemasukan ke IPTA tetap perlu berdasarkan sistem SPM walaupun kerajaan membuka ruang laluan tertentu kepada pelajar daripada sistem pendidikan lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.