Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban,











 Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seremban, Negeri Sembilan hari ini bagi meneliti status pelaksanaan program serta projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Perbincangan memberi fokus kepada aspek yang dekat dengan keperluan rakyat termasuk pendidikan, tebatan banjir, infrastruktur, kesihatan serta pengukuhan sosio-ekonomi.
Saya tegaskan bahawa setiap projek dan program yang dirangka mesti benar-benar memberi manfaat serta dirasai rakyat di lapangan.
Justeru, Kerajaan MADANI akan terus menyelaras seluruh ikhtiar merentas kementerian dan agensi agar pelaksanaan lebih cekap serta penyampaian bantuan dan pembangunan dapat dipercepat.
Pemantauan juga harus diperkukuh supaya tiada kelewatan, ketirisan atau masalah pelaksanaan yang akhirnya menjejaskan rakyat. Setiap projek mesti dipantau dengan teliti dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta amanah.
Keutamaan kita adalah memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara, Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.