ANWAR MELUAHKAN KEKECEWAAN . CYBERTROOPER PH SLOW.


Norman Daud


 DS Anwar Ibrahim  meluahkan kekecewaan beliau bila segala usaha baik yang kerajaan lakukan tenggelam dalam arus maki hamun pembenci beliau.






Kita tolak tepi JKOM sebab jkom bukan cybertroopers untuk mematahkan fitnah.. tanggungjawab mereka hanya untuk menyiarkan inisiatif kerajaan sahaja. Mereka jentera Kerajaan bukan jentera penerangan politik mana mana parti. Kita terima la jawapan tu.. dengan berlapang dada

Jadi dimana jentera penerangan parti kerajaan?


Jawapannya, memang ada. Di setiap cabang, setiap kawasan, setiap parlimen, ketua penerangan sudah pun dilantik. Ada yang bekerja tanpa henti, probono, kerana sayang kepada parti. Mereka tulis, mereka jawab, mereka pertahan PMX dan kerajaan tanpa mengharapkan apa-apa habuan. Tapi, ada juga yang senyap terus, seakan-akan kerusi itu cuma hiasan organisasi. Golongan ini biasanya masih hidup dalam mentaliti orthodox, mereka bergantung pada kaedah berdepan muka, asalkan ada majlis, ada ceramah, maka itu dianggap sudah cukup untuk buat penerangan. 


Malangnya, politik hari ini tidak beroperasi seperti tahun 90-an. Naratif bukan lagi dibina dalam dewan atau kedai kopi. Naratif dibentuk oleh algoritma, dalam timeline, dalam video 30 saat, dalam komentar spontan yang akhirnya menjadi “kebenaran” kepada ribuan orang.


Pembangkang faham perkara ini. Mereka hidup sepenuhnya di media sosial. Mereka tak perlu fakta dan integriti. Mereka hanya perlukan satu ayat separa benar dan grafik yang agak cantik untuk menjadikannya isu nasional dalam masa sejam. Bila kerajaan jawab, jawapan itu tenggelam kalau jentera parti diam.


Dalam era ini, perang naratif berlaku 24/7. Rakyat scroll telefon lebih lama daripada mereka dengar ceramah. Mereka percaya apa yang pertama kali pop up di feed mereka, bukan apa yang tertulis dalam buku laporan tahunan kerajaan.


Dalam psikologi komunikasi, bila satu maklumat tersebar tanpa disangkal, otak penerima akan menganggap ia benar kerana tiada versi lain diberikan. Inilah yang pembangkang guna. Mereka tak perlu betul. Mereka cuma perlu konsisten. Kalau jentera parti kerajaan diam, persepsi rakyat akan dimonopoli lawan.


Sebab itu jentera penerangan parti kerajaan tak boleh lagi jadi pasif. Tak boleh hanya tunggu arahan. Tak boleh harap JKOM atau kerajaan buat kerja politik. JKOM bukan cybertrooper, kita dah tahu itu. Jadi kerja politik ini siapa nak buat kalau bukan jentera parti?


Inilah punca sebenar PMX kecewa. Kerajaan berperang di pentas dasar, tetapi parti sendiri belum mahu berperang di pentas naratif.


Jadi.. bila kita tanya siapa jentera penerangan parti ni sebenarnya? 


Jawapan dia.. setiap ahli yang sayang kepada parti perlu menjadi jentera penerangan kerajaan hari ini.



NOH.. TU KATA KENA BIJAK... JANGAN DOK MAIN EMOSI SAJA.. KIOK LA.

 


Tuan tanah di negeri jiran sedang beria menuntut tunggakan cukai ladang sawit. 






Bagus lah. Memang itu pun yang sepatutnya. Kalau tak mana nak dapat hasil negeri.


Lama dah patut buat. 


Dalam pada sibuk mereka bertempur dengan tokey ladang, tak semena - mena keluar gambar MB Pahang terima cek puluhan juta daripada tokey ladang yang sama. 


Awak semua yang berlawan, orang lain pulak kena petik. 


Tapi tak apalah. Elok juga. Sekurang - kurang nya orang tahu yang Kerajaan Negeri Pahang dah lama buat kerja, tanpa gegak gempita. Tenang aje. 


Bila Kerajaan Negeri Pahang berjaya jana pendapatan lebih RM1 billion, ramai juga rakyat sendiri ejek, pandang rendah. 


Sekarang, harap nya makin ramai rakyat faham.


Nak kutip pendapatan negeri dengan berkesan, tidak cukup dengan sekadar main emosi rakyat sendiri. 


Perlukan kebijaksaan dan hikmah dalam memahami konsep federalisme. 


Harmonikan hubungan kerajaan pusat - kerajaan negeri. 


Pahang juga ada pengalaman jadi Negeri Pembangkang. 


Walaupun tak lama, tapi sudah cukup membuktikan kompetensi Tok Wan dalam memimpin negeri. 


Bayangkan nanti kalau puak itu ada rezeki jadi kerajaan pusat, jadi perdana menteri, jadi menteri. 


Tapi gagal kayakan negara, nak burukkan kan siapa pula? 


Ada sesetengah orang, memang suka menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri. 


Sentiasa “potray” diri sendiri sebagai mangsa. 


Namun, hakikatnya adalah pemangsa. 


Kita dah lama tahu.


Krd fakrul




PETROS ANTARA CONTOH BERMASAALAH ?


Iswardy Morni


 Sarawak Cable ialah contoh klasik bagaimana sebuah syarikat besar milik negeri yang pernah dibanggakan akhirnya tersungkur sehingga diklasifikasikan sebagai PN17 — kategori amaran Bursa Malaysia yang menandakan masalah kewangan serius.



Kerugian tahunan mencecah RM43 juta, perbelanjaan melampaui pendapatan, pembelian helikopter Super Puma bernilai RM100 juta, dan percubaan diversifikasi yang tidak masuk akal adalah antara faktor yang menjerumuskan syarikat tersebut.


Pendedahan FMT dalam laporan bertajuk “The Rise and Fall of Sarawak Cable”* menunjukkan bahawa kejatuhan ini lebih daripada sekadar runtuhnya sebuah syarikat negeri yang pernah dibanggakan.


Menurut laporan itu, usaha Sarawak Cable untuk menceburi projek talian penghantaran kini berdepan kesukaran. Pada 2014, syarikat tersebut dianugerahkan kontrak RM257 juta oleh Petronas untuk membina talian penghantaran voltan tinggi 275kV di kompleks Rapid, Pengerang, Johor.


Walaupun memperoleh kontrak yang menguntungkan — termasuk projek talian penghantaran 500kV bernilai RM619 juta di Sarawak, kontrak bekalan untuk projek Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan kerja-kerja lain di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang — Sarawak Cable tidak pernah menjadi bintang industri seperti yang diharapkan.


Sarawak Cable kini dilihat sebagai cerminan kelemahan struktur perusahaan berkaitan kerajaan di Sarawak, serta amaran bahawa cita-cita besar — lebih-lebih lagi apabila berkait rapat dengan politik sumber — boleh berakhir dengan kekecewaan awam. Syarikat-syarikat negeri seperti AirBorneo dan PETROS turut berdepan risiko serupa sekiranya kerjasama strategik tidak dipertimbangkan secara teliti.


Hakikatnya, Sarawak tidak dapat berdiri sepenuhnya tanpa sokongan Persekutuan, baik dari segi perkongsian strategik, kepakaran tenaga kerja mahir mahupun pemindahan teknologi.


Apa yang berlaku kepada Sarawak Cable seharusnya menjadi perhatian setiap rakyat Sarawak yang percaya kepada janji pemerkasaan ekonomi tempatan, penciptaan pekerjaan dan kedaulatan ekonomi melalui pengurusan sumber oleh PETROS.


Kejatuhan Sarawak Cable bukan sekadar tragedi perniagaan atau kegagalan menyesuaikan diri dengan persekitaran pasaran. Ia mendedahkan masalah struktur: tadbir urus yang lemah, pengembangan yang berlebihan, kebergantungan kepada sokongan politik atau separa politik, serta kegagalan menunaikan janji besar yang pernah menjadi taruhan sokongan awam.


Dari Harapan ke Kejatuhan: sebuah kisah kegagalan


Kejatuhan Sarawak Cable bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Laporan lain mengenai masalah kewangannya menunjukkan saham syarikat itu terus merosot ke paras terendah dalam beberapa bulan. Pada Mei 2024, sahamnya jatuh 25% dalam satu sesi dagangan — paras terendah sejak Disember 2023 — selepas pelan pemulihan yang digelar “resuscitation exercise” gagal memulihkan keyakinan pelabur.


Pelan pemulihan itu bergantung kepada kemasukan pelabur luar — atau “white knight” — untuk menyuntik modal dan menyusun semula hutang. Namun seperti yang ditunjukkan oleh naratif FMT dan data pasaran, pelan tersebut runtuh. Memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan pelabur berpotensi gagal diteruskan kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju mengenai penyusunan kerja eksklusif.


Lebih penting, status syarikat semakin merosot lebih awal lagi. Pada September 2022, Sarawak Cable diklasifikasikan sebagai PN17 — kategori amaran Bursa Malaysia yang meragui kemampuan entiti tersebut untuk terus beroperasi — selepas juruaudit luar mengesan “ketidakpastian material” terhadap kelangsungan syarikat.


Bagi ramai rakyat Sarawak, kejatuhan Sarawak Cable lebih daripada sekadar kegagalan korporat — ia melambangkan runtuhnya janji pemerkasaan ekonomi tempatan melalui industri milik negeri.


Masa depan PETROS yang meragukan 


Kemunculan PETROS — syarikat yang diwujudkan dengan cepat melalui pengambilalihan dan pemindahan aset daripada PETRONAS — membawa harapan besar kepada Sarawak. PETROS kini mempunyai lebih 300 pekerja di negeri itu, jauh lebih kecil berbanding kira-kira 4,000 rakyat Sarawak yang bekerja di PETRONAS berdasarkan anggaran 2025.


Penubuhan PETROS membawa harapan bahawa Sarawak, yang sekian lama bergantung kepada syarikat tenaga luar, akhirnya mampu memiliki kawalan terhadap sumber minyak dan gasnya sendiri.


Dari sudut politik dan emosi, aspirasi ini sangat besar: di bawah PETROS, rakyat Sarawak dijanjikan bahawa mereka akhirnya akan menikmati kekayaan sumber secara langsung, selari dengan semangat MA63.


Namun seperti diingatkan oleh kisah Sarawak Cable: modal besar, pengumuman besar dan janji besar hanya bermakna jika disokong tadbir urus, ketelusan dan prestasi sebenar.


Contoh paling terkini ialah perjanjian PETROS dengan PowerChina — pelaburan RM2 bilion bagi pembinaan loji jana kuasa CCGT 500MW di Miri — yang mencetuskan kontroversi tentang pengambilan pekerja tempatan susulan laporan bahawa hanya sebahagian kecil jawatan bakal diisi rakyat Sarawak.


Berdasarkan anggaran penganalisis, loji 500MW ini boleh mewujudkan 700 hingga 1,500 pekerjaan ketika tempoh pembinaan, namun ketika operasi bermula jumlahnya tinggal sekitar 90–150 sahaja. Dengan penggunaan teknologi automasi tinggi oleh PowerChina, jumlah itu boleh berkurangan kepada kira-kira 30 pekerja tetap.


Jika PETROS membenarkan pelaburan berskala besar berjalan tanpa komitmen kukuh terhadap penglibatan tempatan, ia berisiko mengulangi corak yang menenggelamkan Sarawak Cable: retorik hebat tetapi impak kecil kepada masyarakat.


Tadbir Urus, akauntabiliti, dan kealpaan


Apa yang paling ketara daripada kejatuhan Sarawak Cable ialah kegagalan tadbir urus. Kejatuhan itu bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan — banyak syarikat lain dalam sektor serupa berjaya beroperasi dengan kukuh. Namun apabila sebuah syarikat bergantung kepada sokongan politik lebih daripada asas komersial, ia menjadi rentan.


Inilah bahaya besar kepada PETROS. Beroperasi dalam sektor minyak dan gas yang kaya sumber, dengan nilai strategik yang tinggi dan perhatian awam yang besar, PETROS tidak mampu melakukan kesilapan sistemik.


Berbeza dengan syarikat pengeluar kabel, apa yang dipertaruhkan kali ini bukan sekadar wang pelabur atau pemegang saham — tetapi integriti masa depan kekayaan sumber Sarawak, peluang pekerjaan dan kepercayaan rakyat.


Mengumumkan perjanjian besar, menyebut angka berbilion, dan menjanjikan lonjakan ekonomi memang mudah. Yang sukar — tetapi wajib — adalah memastikan ketelusan, keutamaan kepada pekerja tempatan, pengawasan terhadap kronisme, dan penyampaian manfaat sebenar kepada rakyat.


Kini semuanya terserah kepada penduduk Sarawak


Dari perspektif rakyat biasa, kisah Sarawak Cable bukanlah insiden terpencil. Ia adalah amaran. Mereka telah melihat bagaimana sebuah “juara negeri” boleh jatuh ke tahap hampir tidak bernilai, sekaligus menghilangkan harapan pekerja, pelabur dan komuniti.


Apa yang rakyat Sarawak mahukan daripada PETROS kini bukan lagi pengumuman baharu, tetapi bukti nyata bahawa operasi dan pelaburan syarikat itu memberikan manfaat langsung kepada rakyat — dalam bentuk peluang pekerjaan, penjanaan hasil kepada kerajaan negeri dan pengurangan hutang Sarawak.


Rakyat juga mahu jaminan bahawa kontrak PETROS dianugerahkan secara telus, bahawa pekerjaan diberi keutamaan kepada rakyat tempatan, bahawa keuntungan dilaburkan semula dalam komuniti, dan bahawa syarikat itu diurus secara profesional, bukan politik.


Persoalannya kini:


Adakah PETROS akan belajar daripada kesilapan Sarawak Cable?


Atau adakah ia akan mengulangi pola yang sama — hanya dengan nama berbeza — dan akhirnya mengecewakan generasi rakyat Sarawak yang baharu?



BERSATU MP CHARGED FOR ACCEPTING RM400K BRIBE! IS RAFIZI KANTOI LIING?


Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin, hari ini didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan untuk menerima rasuah bernilai RM400,000 dalam projek ladang ternakan lembu. Menurut kertas pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan mengarahkan syarikat Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) untuk mengeluarkan surat tawaran kepada ahli perniagaan, Mohd Hassanaim Fauzi, yang membayar rasuah tersebut. Rasuah itu diberikan kepada ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 23 Jun 2020. Ketika itu Azman merupakan exco pertanian Kedah. Sementara itu, Amar Assuat pula dikenakan dua pertuduhan kerana meminta dan menerima rasuah daripada Mohd Hassanaim.




Rombakan Kabinet: PM Anwar Telah Fikirkan Individu Sesuai Isi Kekosongan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran buku terbaharunya bertajuk ‘Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times’ di Bukit Jalil pada 7 Disember 2025.

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau telah memikirkan beberapa individu yang sesuai untuk dilantik isi kekosongan dalam Kabinet tetapi senarai belum dimuktamadkan.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Perdana Menteri berkata, senarai itu akan dirujuk bersama ketua parti politik yang membentuk Kerajaan MADANI sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau juga memberi bayangan rombakan kecil akan dilakukan bagi mengisi kekosongan dalam Kabinet.

“Biarpun pelantikan ini adalah prerogatif Perdana Menteri, namun saya berpandangan perlu renung dan mendengar (nasihat ketua parti) selain berterima kasih atas pendapat mereka.

“Setakat ini, saya belum bertemu mana-mana ketua parti untuk membincangkan perihal ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Rethinking Ourselves: Justeice, Reform and Ignorance in Postnormal Times’, di Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Ditanya gesaan MCA supaya Fadhlina Sidek digugurkan daripada Kabinet, Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan pihaknya berterima kasih atas cadangan berkenaan.

“Terima kasih atas pandangan MCA tetapi tidak mengapalah kerana ini (gesaan menggugurkan Fadhlina daripada Kabinet) adalah pandangan mereka,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Anwar menafikan dakwaan Kabinet campur tangan dalam urusan Dewan Rakyat berhubung isu penggantungan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan.

“Kabinet juga dianggotai ketua parti yang akan memberi nasihat kepada rakan ‘backbencher‘ (ahli penyokong kerajaan) dan perkara ini biasa.

“Saya ingat (amalan sedemikian) sudah berpuluh tahun begitu, termasuk ketika mereka (PN) dalam kerajaan,” katanya.



Ahli Parlimen PN Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

 


Azman Nasrudin (kot kelabu) bersama pegawai SPRM dan peguamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 8 Disember 2025.

SHAH ALAM, 8 Dis – Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.

Azman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima satu suapan, RM400,000 daripada Mohd Hassanaim Fauzi, 39.

Azman Nasrudin mengesahkan ditahan SPRM dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 8 Disember 2025.

Ia sebagai upah membantu Mohd Hassanaim mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).

Kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada Mohd Hassanaim bagi projek tersebut.

Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi jam 5 petang 23 Jun 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Nizamuddin Abdul Hamid, N Surendran, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi tujuan pertuduhan yang melibatkan satu kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah manakala ahli perniagaan tersebut telah ditangkap pada Mac lalu dan dilepaskan dengan jaminan.

Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.



JANGAN LUPA SIASAT PEOJEK TANDAS SEKOLAH. SEMUA KONTRAKTOR MELAYU. ADA SEKOLAH TANDAS TAHAP LAMA . TIADA PERUBAHAN KETARA.

 

Kontraktor Cuai Laksana Projek Awam Akan Dikenakan Tindakan Tegas – PM Anwar




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Disember 2025 di Kompleks Kerja Raya, Putrajaya pada 8 Disember 2025. Foto PMO

PUTRAJAYA, 8 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kontrantor yang cuai, termasuk mana-mana pihak yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan, dikenakan tindakan yang lebih tegas.

Perdana Menteri menyifatkan, langkah itu penting kerana kementerian berkenaan menguruskan banyak projek pembangunan yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Disember 2025 di Kompleks Kerja Raya, Putrajaya pada 8 Disember 2025. Foto PMO

“Jangan tunggu hingga selesai. Kita kena ambil sikap lebih keras terhadap kontraktor kalau asyik sambil lewa dan lambat untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Disember 2025 di Kompleks Kerja Raya, Putrajaya pada 8 Disember 2025. Foto PMO

Tambahnya, semua pihak perlu memanfaatkan kestabilan politik yang dikecapi negara buat masa ini untuk merangka dan melaksanakan program jelas demi kebaikan rakyat.

Katanya, kestabilan politik Malaysia kini membolehkan kerajaan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik, mengurangkan kadar pengangguran dan merekodkan kadar kemasukan pelaburan tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Disember 2025 di Kompleks Kerja Raya, Putrajaya pada 8 Disember 2025. Foto PMO

HEBAT OOO DIA NI...

 


Mohamad Faisal


Dia Ni Memang Gilerr…..






1. Ini memang legend….rasanya 10 kali atau mungkin telah lebih dia bertanding dalam PRU. Tapi tak pernah kalah….


2. Ketika seorang kanak2 masih bergigi susu waktu dia masuk bertanding pilihanraya, sekarang kanak2 telah dewasa dan mungkin sudah bergigi palsu. 


3. Dia hampir2 kalah sekali ja…2013 apabila dia berdepan dengan Dato Dr Haron Din (Allahyarham). Jika tak silap dia menang 1k lebih sahaja. Yang lain kebanyakkan dia menang selesa. 


4. Dia bermula di Parlimen Arau, kemudian kembali ke DUN Tambun Tulang. Dan seterusnya menjadi MB Perlis beberapa penggal. Menggantikan Dr Abdul Hamid Pawanteh yang mahu bersara atas faktor usia.


5. Kemudian kembali semula ke Parlimen Arau pada 2013 hingga kini. 


6. Waktu dia jadi ahli parlimen pusingan pertama dulu, dalam parlimen dia memang ganas. Waktu itu saya masih di bangku sekolah menengah. 


7. Ada isu yang dia bangkitkan sampai menggegarkan negara. Tapi saya tak boleh tulislah. Kepada yang tahu dan yang ingat, tak payah tinggal komenlah…


8. Apabila dia balik ke negeri untuk jadi MB, fuhhh…dia punya kerja laju gila. Sekejap ja pembangunan Perlis berjalan. Dia memang gila buat kerja…


9. Selain beliau ada lagi beberapa MB lain yang kepala gila sikit waktu menjadi MB. Membuatkan negeri mereka cepat naik. Saya akan tulis kemudian…


10. Dulu pasukan bolasepak Perlis adalah pasukan belasahan jika bermain dalam Piala Malaysia dan liga semi pro. 


11. Selepas dia jadi MB Perlis, dia bangunkan pasukan bolasepak dalam masa beberapa tahun. Akhirnya Perlis menjadi juara Piala Malaysia buat kali pertama ketika zaman dia. Tahun saya tak ingat, lawan pasukan mana saya ingat2 lupa. Jika tak silap lawan Kedah. 


12. Yang lebih gila lagi, ha ha ha ha ha ha…yang ni lucu gila, Perlis juara dengan kemenangan 1-0 ja. Ha ha ha ha ha…..saya nak tulis pun tahan gelak. Ha ha ha ha…gol kemenangan itu dijaringkan guna tangan. 


13. Lepas tu pasukan Perlis kena ejek sebab juara guna tangan.Shahidan naik angin dan melenting. Dia kata tak kiralah guna tangan atau apa pun yang penting Perlis juara Piala Malaysia. 


14. Satu perkara lagi yang saya ingat adalah ada anak beliau yang masih kanak2 lagi meninggal dunia jatuh dari sebuah kondominium berhampiran PWTC. Tak ingat tahun. 


15. Karier beliau sebagai wakil rakyat sebenarnya telah hampir2 tamat pada 2022. Apabila Zahid Hamidi tidak lagi mencalonkan beliau sebagai calon BN. 


16. Akhirnya beliau masuk PAS dan diletak sebagai calon PAS. 


17. Selaras dengan ajaran Islam, orang berbudi kita berbahasa, PAS bagi dia satu kerusi ja, dia balas kembali kepada PAS satu Perlis (14 kerusi). 


18. Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Itulah hutang budi antara Shahidan Kassim dengan PAS. 


19. Maknanya percubaan PAS di Perlis yang tidak pernah berjaya dulu adalah kerana Shahidan Kassim. 


20. Masa itu rakyat Perlis memang hati telah bersama dengan PAS, cuma mereka terlekat di Shahidan Kassim (masih UMNO ketika itu). 

Mereka berbelah bahagi antara Shahidan dengan PAS. Maka mereka terpaksa pilih Shahidan lagi. 


21. Itu pasal apabila Shahidan masuk PAS ja, terus meroket undi untuk PAS sehingga tidak tinggal satu kerusi pun kepada BN untuk dibuat denak. 


22. Tahniah Tok Dan, Insyallah boleh tiga penggal lagi…muda lagi tu…..


23. Itulah sedikit coretan kisah ahli2 politik negara kita . Jika ada yang saya salah,mohon diperbetulkan. Jika ada yang saya tertinggal mohon ditambahkan. Jika ada info tambahan atau perkara menarik, mohon ditambah…




KENA SIOT.. KAT LUAQ KEMAIN... SEMBOYAN DAH SEMBUNYI


Desa HM




 Aku cakap puak² PN ni bod**... korang tak percaya.


Sekarang  dah nampak bukti.


Ayahanda korang... si Yusuf Azmi tu..


Kat luar... bukan main... cabar sana... cabar sini, nak bagi tau dia kuat..


Sekali masuk ring... dah macam ayam berak kapur.


Kat luar bukan main lagi berkokok berderai²... berkodek² ekor.. kepak² sayap..


Sekali buku jumpa ruas... tersandar kat ring. Nasib baik ada pengadil. Kalau tak.. ICU kau pagi ni... baru dapat rasa macam mana mkn nasik pakai straw..


Begitulah dunia mengajar kita...


Hidup jangan gn sombong, jangan  bongkak.

Kita cakap kita kuat... ada orang lain lebih kuat.


Kita cakap kita hebat, ... ada orang lain lebih hebat.


Sikit² nak gigil tangan... ko belum tau gigil orang lain lagi.

Orang lain pun pandai gigil... tapi tak sembang macam kau..


Hidup kena pakai otak kat kepala Sop, jangan gn guna otak yang kat lutut!


Sop.... Sop....


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


KAUM MUDA KAUM TUA VS WAHABI SUNNI


Che Ibrahim



Ambo tanya ChatGPT tentang perbalahan Kaum Tua vs Kaum Muda dulu dulu, sebiji sebiji serupa perbalahan ahli Sunnah - wahabi lo ni... 


Ke guana tuan tuan yang mulia kata????










BUKAN KADANG-KADANG, MEMANG BIASANYA KEBENARAN ITU PAHIT


Zukri.





Dalam mesyuarat awal selepas saya menang Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota dahulu, apabila dimaklumkan oleh Ketua Cabang saya, Dato' Ahmad Farhan Fauzi, yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, bahawa Pilihanraya Umum mungkin awal, saya memberitahunya bahawa dalam keadaan kita "kalah" perang media sosial baru seperti TikTok dan Instagram yang penghuni aktif majoritinya adalah pengundi remaja (18 hingga mungkin 25 tahun), dan hampir mustahil untuk kita menukar senario "kalah" itu kepada menang dalam tempoh setahun atau setahun lebih, maka kita tidak boleh menari rentak yang sama, kalau kita mahu menang Indera Mahkota, kaedah lainnya ialah dengan meningkatkan sokongan Melayu dewasa. Walaupun mereka juga terdedah dengan media sosial, tetapi mereka masih mempertimbang maklumat dari sumber konvensional.


Begitu juga baru-baru ini saya sempat ke Yadim dan bertemu pula dengan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, masa terluang kami bersembang politik, topik yang sama tentang kegagalan komunikasi di media-media sosial baru. Ustaz Nik Omar menjelaskan bahawa cara beliau menepis cerita-cerita media sosial baru ini adalah dengan turun sendiri berjumpa dengan golongan sasar, golongan pengundi remaja ini, dan in shaa Allah katanya, reaksi mereka agak positif. Pertamanya saya akui memang kohot terbaru pengundi remaja yang akan mengundi pertama kali jika pilihanraya umum diadakan akhir tahun hadapan atau awal tahun 2027 merupakan kumpulan pemain media sosial yang lebih kritikal, lebih banyak bertanya dan tidak menelan bulat-bulat, kita mungkin ada harapan dengan mereka, tetapi untuk pengundi remaja secara keseluruhannya kita masih kalah dalam perang media sosial baru ini. Kedua saya bersetuju dengan cara Ustaz Nik Omar, dalam keadaan kita tahu kita kalah dalam perang media sosial baru, cara lain untuk melawannya adalah kembali ke cara konvensional, turun bersemuka secara fizikal. Namun saya lontarkan satu persoalan kepada Ustaz Nik Omar, adakah orang lain berbuat perkara yang sama seperti beliau buat? Berapa ramai? Adakah ia menyeluruh? Ustaz mungkin berjaya dengan kumpulan remaja yang Ustaz jumpa, tetapi kalau ia tidak menyeluruh, hasilnya secara "nasional" akan tetap sama. Ustaz Nik Omar hanya tersenyum sebagai reaksi kepada pandangan saya.


Kita tengok keputusan Pilihanraya Negeri Sabah tempohari. Saya tahu kita pergi dengan jentera lengkap dan tersusun, membawa sekali latihan, ilmu serta kemahiran, tanpa lelah berminggu-minggu turun ke lapangan. Akhirnya kita kalah, kalah kerana apa? Bukan kerana jentera, kempen dan kerja. Tetapi kita kalah kerana sentimen, sentimen kenegerian, "Sabah for Sabahan" serta seumpamanya. Isu besarnya bukan sentimen itu, tetapi di mana sentimen itu ditularkan? Di media-media sosial baru. Kita tidak berdaya dan tidak bermaya melawan naratif yang dimainkan di situ. Kita kalah teruk di situ.


Saya tidak menulis ini untuk menyalahkan mana-mana pihak, agensi atau individu. Tetapi hakikatnya, semua senario yang saya ceritakan di atas menjurus kepada satu kesimpulan sahaja, bahawa komunikasi media sosial kita setakat ini ada masalah yang sangat besar, kita berterusan "kalah perang" di dalam sana. Mungkin benar, kita perlukan rekonstruksi besar-besaran sebelum terlambat.


Zukri Aksah 

Setiausaha Negeri Keadilan Pahang 

Timbalan Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota 


#reformasi27tahun #keadilan26tahun #MADANIBekerja #AnwarIbrahimPM10 #neoreformia #MalaysiaMadani #PMX #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan 

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia



Alif Rakib Bukan Takut Tapi Dia Bijak








Oleh Nam Ron 


Alif Rakib bagi saya adalah seorang peninju muay thai yang bijak. Sukan muay thai bukanlah street fight (walaupun boleh saja muay thai digunakan untuk street fight). 


Sukan muay thai mengenakan pendekatan kiraan point atau mata bagi setiap pukulan atau tendangan. TKO dan KO adalah kemenangan mutlak di mana kiraan mata tidak diperlukan. 


Alif bijak mengumpul mata di dalam setiap pertandingan yang dimenanginya. 


Contohnya pada pertandingan terbaru apabila dia menang ke atas Ramdan Ondash (dari Lubnan)di pertandingan ONE Championship (ONE Fight Night 38) dengan kiraan mata.


Ada juga kata kata ‘jahat’ memerlinya sebagai ‘Run Championship’ kerana dia berlawan dari jarak jauh dengan teknik ‘hit and run’. 


Kelihatan jelas dalam perlawanan tersebut Alif menumbuk dan menendang dengan sekali sekala menggunakan siku dan lutut. 


Setiap kali Alif mendapat mata dia akan menjauhkan diri dari Ondash (nampak seperti melarikan diri). Hingga membuatkan Ondash beremosi dengan sikap Alif.


Tiga kali juga lutut Alif hinggap ke muka Ondash. Teknik ‘flying knee’ atau ‘jumping knee’ ini berjaya menjatuhkan Ondash sebanyak 2 kali.


Kelebihan Alif adalah pada ketinggiannya dengan jangkauan tangan dan kaki yang lebih jauh berbanding Ondash. Dia tidak membenarkan Ondash datang dekat dengannya. Ini bijaknya Alif.


Berberapa kali juga Ondash berhenti berlawan seketika untuk mengekspresikan rasa tidak puas hatinya. Ada sekali di pusingan kedua Alif meluru dengan ‘flying knee’ tepat ke mukanya ketika Ondash berhenti menyerang.


Ondash tampak sangat bengang dan marah. Dari riak wajahnya kelihatan dia kecewa dengan kekalahannya dan tidak berpuas hati dengan cara Alif berlawan.


Kemenangan Alif telah membuatkan CEO ONE Championship, Chatri Sityodtong, telah mengatur perlawanan Alif dengan penyandang juara kelas strawweight Prajanchai yang akan diadakan tidak lama lagi. 


Ini akan menjadi perlawanan pertamanya untuk merebut talipinggang emas dan jika menang dia akan menjadi juara dunia muay thai bagi kelas strawweight. 


Tahniah diucapkan kepada Alif Rakip aka Alif Sor Dechapan.


Bagaimanapun saya lebih minat dengan cara Jojo Ghazali berlawan di kelas Flyweight (Alif dan Jojo bukan di kelas yang sama dan mereka tak akan bertemu adu). 


Jojo bagi saya lebih menghiburkan. 


Gaya Jojo jauh beza dengan Alif. Dia ada karakter. Jojo lebih agresif. Membuatkan sukan muay thai nampak lebih ganas. Jojo kelihatan  lebih gemar untuk menyerang tanpa berundur. 


Bila dia beraksi digelanggang saya dapat rasakan dia seperti kereta kebal (tank). Jojo terus maju dan tak pernah lari. Dia seperti serigala yang kelaparan. Sebab tu saya lebih minat menonton Johan beraksi.


Gambar diambil dari google


#onechampionship #Night38 #AlifRakib #JojoGhazali #Muaythai





Algeria mengesahkan telah menerima jet pejuang Stealth Su-57 Russia.




Algeria menjadi pelanggan antarabangsa pertama untuk pesawat generasi ke-5 Russka, dengan penghantaran awal dan latihan juruterbang berlaku pada akhir 2025 hal ini atas alasan untuk meningkatkan pertahanan udaranya, menurut laporan daripada media negara Algeria dan media penganalisis pertahanan.


Media negara Algeria mengesahkan perjanjian tersebut dan latihan perintis yang berterusan di Russia dilakukan, berikutan petunjuk awal dan pengumuman Russia tentang pelanggan eksport pertama.


Penghantaran fizikal pertama Su-57E (versi eksport) bermula pada penghujung 2025, dengan jangkaan untuk lebih banyak jet tersebut diterima setelah itu, berpotensi sehingga 14 buah secara keseluruhan.


Ini menjadikan Algeria negara pertama di luar Rusia yang mengendalikan Su-57, dengan ketara meningkatkan keupayaan tentera udaranya dan mengukuhkan hubungan pertahanan dengan Rusia.


Perolehan ini tetap berlaku walaupun Algeria telah menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan bersama Amerika Syarikat pada Januari 2025. Ini bermaksud terdapat klausa yang membolehkan pembelian tetap dapat dilakukan tanpa sekatan antarabangsa. 


Algeria melakukan perolehan ini bertujuan untuk menentang ancaman serantau, terutamanya negara jiranya Maghribi, dan menyediakan peningkatan besar kepada keunggulan udara Algeria, dengan memanfaatkan avionik stealth dan canggih dari Su-57.


Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG




Guru, pekerja kantin mãut SUV jatuh gaung di Jalan Aring.



Bernama

06/12/2025

00:34 MYT





KUALA BERANG: Sepasang bakal pengantin mãut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), di sini petang tadi.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Hassan Shazali, 52, dari Melor, Kota Bharu dan Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Beliau berkata lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah yang sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Dis ini.


"Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat SUV jenis Toyota Fortuner terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.


"Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang telah melalui jalan berkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh. 

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.


Sharudin berkata mãyåt mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


Artikel : Astro Awani




ISLAM TIDAK TERANCAM LAGI

Che Ibrahim


 Terima kasih Tn Ibrahim Tn Man kerana iktiraf  Malaysia sebagai beridentiti Islam. 


Maknanya Islam sudah tidak terancam.




PERASUAH DIANGGAP HERO

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa hairan apabila terdapat pihak di yang seolah-olah mendewakan pemberi rasuah hingga dianggap sebagai pejuang.





Berita klik LINK: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/12/anwar-hairan-pemberi-rasuah-diberi-penghormatan/


Kami kini di WhatsApp! Ikuti Channel rasmi Utusan Malaysia: https://whatsapp.com/channel/0029VaDc0MU6BIEgvpncIq1w



KAMI PUN NAK TAU JUGA APA HANG BUAT SANUSI.

Syam Ghaz


 Kami juga nak tahu sejak Muhammad Sanusi Md Nor jadi Menteri Besar berapa dah inisiatif yang dah berjaya?




OWHHH ...


Norshidah Md Daud


 Akhirnya Sepiarem keluarkan statement malam ni untuk bersihkan nama berkaitan "tohmahan" Rafizi isu team dia tetiba disiasat menjelang pemilihan parti baru2 ni


Kalau diam nmpk lebih bijak

Tp sebab bangang, sibuk jugak nk menjawap tgh2 mlm


Nmpk sgt Non betul2 koyak lepas podcast kelmarin 😝


Memula uturn isu e invois 

Isu pulangan tax

Siang td isu medsos kena kecam & mlm ni isu Sepiarem lak


Ilmu baru utk aku, pihak yg siasat kalau beli aset secara cash ni adalah Sepiarem


Aku ingat lembaga hasil je selama ni 😌


Mekaseh atas ilmunya

Saya budak baru belajar 🙈





SERBU RUMAH CALON PEMILIHAN

 Iswardy


Rafizi Ramli ada sebut dalam podcast yang SPRM serbu rumah calon pemilihan dan dilihat sebagai intimidasi calon.



Terus dengan PANTES sprm menafikan.. Tetapi dalam penafian, mereka sebenarnya membenarkan


1. Ada siasatan ke atas calon pemilihan keadilan

2. Ada "kepungan" ke atas rumah beliau walaupun tiada tangkapan dan dianggap prosedur biasa. Katanya tak kepung, Cuma nak geledah cari bahan bukti. Nak geledah memang la kena kepung. 

3. Esoknya sukspek sendiri datang.


Kadang pelik jugak. Sebelum dia hantar nak kepung tu dia tak hantar orang pergi risik dulu ke orang tu ada rumah ke tak. Garu kepala jugak aku mcm ni. Sedangkan Jawi nak tangkap khalwat pun intip bawah tangga nak pastikan pasangan tu masuk bilik dan tunggu beberapa minit sampai bukak baju, takkan SPRM pergi geledah main pergi macam tu je. Lepas tu frust orang tu takde. Jem mikir..