Norman Daud
DS Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaan beliau bila segala usaha baik yang kerajaan lakukan tenggelam dalam arus maki hamun pembenci beliau.
Kita tolak tepi JKOM sebab jkom bukan cybertroopers untuk mematahkan fitnah.. tanggungjawab mereka hanya untuk menyiarkan inisiatif kerajaan sahaja. Mereka jentera Kerajaan bukan jentera penerangan politik mana mana parti. Kita terima la jawapan tu.. dengan berlapang dada
Jadi dimana jentera penerangan parti kerajaan?
Jawapannya, memang ada. Di setiap cabang, setiap kawasan, setiap parlimen, ketua penerangan sudah pun dilantik. Ada yang bekerja tanpa henti, probono, kerana sayang kepada parti. Mereka tulis, mereka jawab, mereka pertahan PMX dan kerajaan tanpa mengharapkan apa-apa habuan. Tapi, ada juga yang senyap terus, seakan-akan kerusi itu cuma hiasan organisasi. Golongan ini biasanya masih hidup dalam mentaliti orthodox, mereka bergantung pada kaedah berdepan muka, asalkan ada majlis, ada ceramah, maka itu dianggap sudah cukup untuk buat penerangan.
Malangnya, politik hari ini tidak beroperasi seperti tahun 90-an. Naratif bukan lagi dibina dalam dewan atau kedai kopi. Naratif dibentuk oleh algoritma, dalam timeline, dalam video 30 saat, dalam komentar spontan yang akhirnya menjadi “kebenaran” kepada ribuan orang.
Pembangkang faham perkara ini. Mereka hidup sepenuhnya di media sosial. Mereka tak perlu fakta dan integriti. Mereka hanya perlukan satu ayat separa benar dan grafik yang agak cantik untuk menjadikannya isu nasional dalam masa sejam. Bila kerajaan jawab, jawapan itu tenggelam kalau jentera parti diam.
Dalam era ini, perang naratif berlaku 24/7. Rakyat scroll telefon lebih lama daripada mereka dengar ceramah. Mereka percaya apa yang pertama kali pop up di feed mereka, bukan apa yang tertulis dalam buku laporan tahunan kerajaan.
Dalam psikologi komunikasi, bila satu maklumat tersebar tanpa disangkal, otak penerima akan menganggap ia benar kerana tiada versi lain diberikan. Inilah yang pembangkang guna. Mereka tak perlu betul. Mereka cuma perlu konsisten. Kalau jentera parti kerajaan diam, persepsi rakyat akan dimonopoli lawan.
Sebab itu jentera penerangan parti kerajaan tak boleh lagi jadi pasif. Tak boleh hanya tunggu arahan. Tak boleh harap JKOM atau kerajaan buat kerja politik. JKOM bukan cybertrooper, kita dah tahu itu. Jadi kerja politik ini siapa nak buat kalau bukan jentera parti?
Inilah punca sebenar PMX kecewa. Kerajaan berperang di pentas dasar, tetapi parti sendiri belum mahu berperang di pentas naratif.
Jadi.. bila kita tanya siapa jentera penerangan parti ni sebenarnya?
Jawapan dia.. setiap ahli yang sayang kepada parti perlu menjadi jentera penerangan kerajaan hari ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.