ASKAR DIDAPATI HINA DAN FITNAH KERAJAAN. # PDRM


W. Faudzin


Mengikut Akta AT 1972 dan PMAT, seseorang pegawai atau askar laskar tidak dibenarkan memberi pandangan atau komen berbentuk politik, apatah lagi memburukkan dan menfitnah kerajaan.  Komen fitnah serta rasis ini menjatuhkan imej dan kredibiliti ATM.  Semoga ATM boleh lakukan siasatan.  







Isu ini telah tersebar dan diviralkan.  Jika kamu tidak terlibat, bertindak segera dan nafikan.  


Fahmi Fadzil Saifuddin Nasution Ismail  Adly Zahari Khaled Nordin Shamsul Iskandar Mohd Akin Kamil Munim



TAHNIAH

 

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada filasuf dan ilmuwan ulung, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.



Ternyata pelantikan ini memberi makna besar kepada seorang tokoh yang begitu berjasa kepada dunia Islam dan dunia pemikiran.


Sepanjang hidup, saya amat bernasib baik kerana dapat mendampingi beberapa ilmuwan besar, dan Prof Al-Attas merupakan salah seorang daripada tokoh tersebut. 


Beliau memberikan saya bimbingan dan pendedahan dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya sebagai mahasiswa di Universiti Malaya dan semasa saya berkhidmat sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bahkan dalam bidang falsafah, pengaruh beliau terhadap generasi kami begitu mendalam. 


Prof Al-Attas bukan sahaja sedia mencurahkan ilmu tetapi sebagai seorang sahabat setia yang turut memberikan dorongan serta semangat ketika saat genting tatkala saya terbungkam di Kamunting menerusi serangkap pantun:


Kemunting buah pedada,

Digoncang gugur tak jadi;

Bunga tersunting di atas dada,

Jasa pagar memakan padi.


Dorongan ini membakar jiwa untuk terus bertahan di Kamunting, lalu saya sampaikan mesej pada Prof Al-Attas dengan pantun:


Kemunting di dalam pagar,

Mekar layu gugur sendiri;

Dengan helah pencak pendekar,

Takkan tergugat pahlawan sejati.


#MalaysiaMADANI



TAK PATUT TAK PATUT.... KAK LAH AMBIK ALIH RATU AYAQ MATA LA NIM


 𝗞𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 memang berbakat.




Sebelum ni jadi ahli silap mata 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗹𝗼𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗸𝘂𝗻𝗰𝗶.  Sekarang ni dia 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 jadi pelakon lak. Jadi ratu air mata tu.


Baru ni Kak Lak 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 kononnya terkenangkan kematian di Johor yang katanya akibat 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻.


Kita semua bersedih atas kejadian tu. Memang ianya tak patut berlaku. Kita kesal. Tapi tak perlu dijadikan ia 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸.


(Kisah sebenarnya si ayah 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝘂𝘁 yang telah menyebabkan anaknya seorang OKU kelaparan sebab tak ada yang nak bagi makan. Bukan kelaparan sebab tak ada makanan).


Kak Lah, sepanjang hampir 2 tahun Madani, itulah satu satunya kes sebegitu. Tapi Kak Lah jangan baur lupa masa 33 bulan PAS dalam kerajaan berapa ribu pula yang 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶?


Zaman PAS, zaman Kak Lah dalam kerajaan, negara ni berubah jadi 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 sampai ramai bunuh diri sebab tak tahan 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮.


Mana air mata ko masa tu Kak Lah? Setitik pun tak menitis kan? Masa tu boleh dok gelak-gelak kan? Tak sedih pun masa tu.


Sebab apa? Sebab masa tu dalam kerajaan. Kalau ko menangis mata tu, memalukan PN. Sebab tu aku kata air mata ko tu 𝗮𝗶𝗿 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁.


Tapi memang begitulah PN. Dalam PN ni cuma ada 3 jenis pemimpin. Pertama, penyakau. Kedua, hipokrit. Ketiga, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERITA PALESU.... KERJA BUAT WALAUN...


 #TakPastiJanganKongsi 


[ADMIN] Berita yang disampaikan dalam poster ini adalah PALSU.


Jemput ikuti akaun Dr Dzulkefly Ahmad untuk mendapatkan kemaskini yang benar dan tepat.




Dewan kecoh: ‘Itu manifesto lama! tiada parti janji mansuh PTPTN’


Dewan Rakyat gamat seketika apabila Chong Zhemin (PH-Kampar) membidas kenyataan Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai janji menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Chong bangkit lalu mendakwa Ronald berbohong dan perkara yang dibangkitkan merupakan isu lama dan bukan manifesto terkini iaitu pada Pilihan Raya Utama ke-15.







10 Selebriti Super Kaya yang Hidup Seperti Orang Biasa! Kamu Pasti Gak N...


Kaya raya bukan berarti harus hidup dalam kemewahan! Di video kali ini, kita akan mengulas 10 selebriti super kaya yang justru memilih untuk menjalani gaya hidup sederhana dan jauh dari kesan glamor. Dari aktor Hollywood ternama seperti Keanu Reeves dan Leonardo DiCaprio hingga pengusaha teknologi besar seperti Mark Zuckerberg—semua orang ini memiliki kekayaan yang melimpah, namun tetap hidup layaknya orang biasa. Kamu akan terkejut melihat bagaimana mereka menjaga kesederhanaan di tengah harta yang tak terhitung! Penasaran siapa saja selebriti yang tetap rendah hati meskipun sudah jadi miliarder? Tonton video ini sampai habis!


[viral] POLITIKUS SAMPAH MP HULU TERENGANU SEKALI MENUNJUKKAN KEBODOHANNYA!


Rajin-rajin membaca, rajin-rajin duduk dengn bijak pandai agar kita mendapat ilmu darinya. Jika kita berterusan duduk di kelompok yng bebal, kita akan lihat satu jalan kegelapan iaitu kebebalan.
OLEH: NORMAN RADZUAN
“Ketimbang, ketimbang ini, saya check (semak) dlm Kamus Dewan tiada maksud ketimbang. Tapi saya baca dlm Internet, maksud ketimbang ini adalah kencing, tipu & sembang” kata MP Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).
Memalukan… ingatkan bila ada kemudahan Internet dan menggunakan Google untuk carian tersebut, Rosol Wahid boleh dapat maklumat yang tepat. Rupa-rupanya dengan bantuan Google dia masih ‘bebal’ untuk mencari maksud tersebut. Salahkan diri sendiri jika buta IT.
Nak tanyamu taip apa dekat Google tu Rosol? Mu buat malu org Hulu Terengganu je dapat wakil rakyat yang nak Google pun tidak tahu.
Bila kita Google mudah sahaja untuk kita temui maksud tersebut. Ketimbang itu bahasa Melayu yang popular digunakan bangsa Indonesia yang bermaksud perbandingan atau ayatnya berbanding dengan. Jadi apa isunya? Sebenarnya sejak zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan 1.0 lagi beliau banyak menggunakan bahasa-bahasa sastera atau yang dicampur aduk dengn bahasa Melayu Indonesia.
Terbaru Anwar menggunakan: Marcapada – dunia masa kini Arakian – maka Taakul – membuat pertimbangan Intiha – penutup Mahsul – hasil Kesenjangan – ketidakseimbangan Sementelahan – tambahan pula Walhasil – kesimpulannya
Malah dahulu beberapa kali Dewan Bahasa dan Pustaka memasukkan perkataan baharu dalam Kamus Dewan Bahasa kerana Anwar mempopularkannya.
Ketika Anwar digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau menggunakan kata kroni, korupsi, nepotisme, kebejatan dan banyak lagi hingga ia menjadi kebiasaan.
Tandanya apa? Maksudnya Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini orangnya berilmu, orangnya kuat membaca dan bukan seperti PM sebelumnya yg hanya membaca PDF.







BEKAS HAKIM MP DARI PERIKATAN NASIONAL DISEKOLAHKAN OLEH YB AZALINA OTHM...


SEORANG BEKAS HAKIM TETAPI SANGAT MEMALUKAN! KERANA APA BAGI PANDANGAN SAYA DIA TAHU SESUATU PERKARA YANG TIDAK TERBUKTI DAN HANYA TUDUHAN PERKARA ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI FITNAH DAN BERITA PALSU! BEKAS HAKIM MP DARI PERIKATAN NASIONAL DISEKOLAHKAN OLEH YB AZALINA OTHMAN TERBAIK!



TAK SEMPAT NAK CARI BAB MASA JADI KERAJAAN KETIMBANG JADI PEMBANGGANG.

 

Dah menjadi tradisi puak² tunggang langgang ni,buat salah dulu,lepastu mintak maaf.👇👇👇😂😆😅🤣



PANDAI KA RASOL WAHID MAIN GOLF KETIMBANG BUAT KERJA DIA DULU. .


Miqdad Zakaria. 


Ada orang hantar gambar Dato'Hj Rosol Wahid masa jadi Timbalan Menteri KPDNKK tengah bermain golf bersama seorang Menteri.



Dalam banyak² gambar, ketimbang dengan gambar² yang lain, gambar ini yang ana rasa paling menarik.


Katanya sebuah syarikat yang anjur perlawanan ini, dan ianya ditaja sepenuhnya. 


Resit tajaan semuanya dia hantar kat ana, alangkah terkejut tengok kos semuanya, harga baju pun dah lebih RM500 sehelai.


Dia suruh ana siasat siapa sebelah dengan Dato' Rosol yang pegang duit tu.


Katanya lagi orang paling berkuasa tentang kawalselia beras dan padi.


Sorry la,


Ana tak kenal sangat orang sebenarnya.


Siapa yer..?


Anjuran perlawanan golf lobi projek ke apa ni..?


He he..


#kencing

#tipu

#sembang



LEKEHNYA TIM PRESIDEN

 Menitik Malam.


Suatu hari ketika di Kucing Sarawak saya ditanya oleh Allahyarham Tokguru Nik Aziz tentang Tuan Ibrahim.


“Apa pendapat anta mengenai Ustaz Tuan?” Tanya Tokguru menduga pandangan saya terhadap anak saudaranya itu. 


Saya tidak segera menjawab cuma merasa hairan kenapa tiba tiba dia mengeluarkan pertanyaan itu.


Ketika itu disaat muktamar Pas hendak diadakan untuk memilih pimimpin dimana ada desas desus kedudukan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden akan ditentang.


Masih belum tahu siapa yang akan menentang Mat bin Sabu.


“Anta tengok Ustaz Tuan kohor baik tak?” tanya Tokguru lagi kemudian menyambung “lagu mana kalau dia bertanding jawatan timbalan presiden.”


Bila Tokguru kata begitu saya terus faham mantiknya bahawa dia suruh anak saudaranya itu melonjak ke jawatan itu dan berharap saya menulis mempromoknya. 


Saya selepas itu terus mesej Tuituman memaklumkan hasrat Tokguru itu dan memberi tahu beberapa pemimpin Pas dan rakan Pas yang saya kenal, yang Tokguru Nik Aziz restu Tuituman bertanding jawatan Timbalan Presiden.


Dan dalam muktamar itu Tuituman menang sebagai timbalan presiden. Dengan kedudukan itu ramai orang seronok dan mengharap suatu hari dia akan mengambil alih jawatan presiden daripada Tok Dor dengan harapan Pas jadi lebih dinamik lagi.


Malanngnya harapan itu sia-sia dan meleset sama sekali. Dari sehari ke sehari Tuituman bukan saja gagal mempamerkan wisdom sebagai pemimpin tetapi ikut jadi cabuk dalam tindahan dan gagal bertindak sebagai timbalan untuk menegur presiden dan membawa kepimpinan berakhlak dalam parti. 


Kalau presiden sebagai parit hanyir Tuituman adalah sampah yang jatuh dan dibawa arus hanyir itu.


Manakala sebagai ahli parlimen pembangkang pula beliau tidak mampu menunjukkan pemimpin berkualti dan berhemah tinggi untuk dicontohi dan teladani. Sebagai pemimpin tinggi dia gagal mencurahkan fikrah dan idealisme kepimpinan Islamik, berintegriti.


Tindakannya mempersoalkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji dan melawak dengan skeptikal itu hanya retorik PM dan membuat tuduhan Anwar menerima gaji secara on line, satu sangkaan sangat buruk dan kontra dengan dia sebagai anak saudara Tokguru Nik Aziz yang sangat mengkagumi dan menghormati Anwar.


Telatah Tuitman dalam parlimen itu menyebabkan orang jengkil kepadanya dan secara langsung dia melongkangkan  dirinya setaraf dengan ahli parlimen yang sering persenda dan perleceh Anwar kerana perasaan benci dan dendam.


Maaf Tokguru kalau ana tidak lagi menghormati anak saudara Tokguru yang seorang ini. Akal politiknya bukan sahaja kurang sais, tetapi akhlaknya juga cacat pekerti. Trims.



CARA SOLAT JENAZAH, ANDA WAJIB TAHU.

 Ustz Badlishah


Solat jenazah merupakan kewajipan fardu kifayah kepada umat Islam. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. berkata (maksudnya): Rasulullah SAW berasa sedih atas kematian al-Najasyi. Baginda keluar ke tempat solat. Lalu Baginda menyusun saf mereka (sahabat-sahabat) dan bertakbir dengan empat takbir.” (Riwayat al-Bukhari).


Kredit : NahKasi







GAJI NAIK MAJIKAN MERUNGUT, GAJI TAK NAIK PEKERJA MERUNGUT

Nazri Hamdan



 Soal gaji kena dilihat dari beberapa sudut. Kalau kita lihat dari perspektif majikan, memang majikan takkan suka dengan gaji minimum. Majikan tak pernah suka. Kita nak expect apa? Nak expect mereka berteriak kegembiraan? 


Dari perspektif pekerja, kesatuan sekerja akan cakap gaji dah lama tak naik, kos hidup makin tinggi. So gaji RM 1700 cukup tak? Of course takkan cukup.


Maybe naik sampai RM 3500 pun still tak cukup. Tapi whats the point naik gaji tinggi-tinggi kalau majikan tak dapat bayar?


So pendekatan mestilah berasaskan berapa paling maksimum majikan sanggup dan mampu bayar dan berapa kadar minimum pekerja sanggup terima.


Siapa yang akan putuskan nilai ni? Ia adalah NWCC (National Wage Consultative Council) dan kemudiaannya cadangan akan diberikan kepada kerajaan untuk kelulusan.


NWCC ada wakil pekerja dan ada wakil majikan. So persoalan RM 1700 ni adalah nilai yang ditentukan atas persetujuan melalui rundingan.


Tak boleh expect semua majikan di Malaysia akan setuju. Tak boleh expect semua pekerja di Malaysia akan setuju dengan nilai ini.



PELIK BIN AJAIB

 

MSO


Agak pelik juga wakil di luar Kelantan yang beriya membela Kelantan dan mahu Kelantan diangkat sebagai model Perpaduan. Perpaduan apa sebenarnya kalau setakat disana ada tokong Budha ada masjid yang tak diusik sekolah vanukuler tak tutup fenomena itu wujud sejak asal lagi sebelum Pas berkuasa lagi. 



Untuk menilai Kelantan perlu diangkat sebagai model perpaduan cuba wakil ini merayap ke bawah perhatikan dan lihat pembangunan disana, pencabulan tanah tezeb di Kelantan jangan hanya lihat dari sudut kehormonian kaum sahaja. 


Kalau ke Kelantan sekadar melancong memang nampak indah dan sempurna.


Perpaduan sebenar perpaduan yang ditonggaki oleh kemajuan disamping rendahnya jenayah dan kadar kemiskinan. Perpaduan yang ditafsirkan wakil ini tidak tepat dan komfrehensif. 


Kalau nak tengok perpaduan dalam konteks saya maksudkan itu sila ke pekan Rantau Panjang dan Tumpat kawasan diwakili kawan anda itu. Trims.



IBRAHIM SINDIR HADI...

 


Betul jugak. Apakah Tuan Ibharim sebenarnya 𝘀𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦 bila persoalkan tentang DS Anwar tak ambil gaji. Sebab tak ambil gaji tak bukan perkara yang memalukan. Lainlah kalau jadi 𝗱𝘂𝘁𝗮 𝗸𝗵𝗮𝘀 tapi 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵. Apa maksud Tuan Ibharim sebenarnya? Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.


MENERIMA KUNJUNGAN DELIGASI BANK OF JAPAN.



 Saya kemudian menerima kunjungan hormat delegasi Japan Bank for International Cooperation (JBIC) yang diketuai Pengerusi JBIC merangkap Penasihat Khas kepada Kerajaan Jepun, saudara Tadashi Maeda.






Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

 

Pertemuan ini membolehkan kami bertukar pandangan terkait pembangunan tenaga hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pasaran tenaga, serta pembinaan pusat-pusat data serta pelaburan di dalam industri pendigitalan.

 

JBIC telah menyatakan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia. JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.

 

Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya di dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat.


#MalaysiaMADANI



DANA UNTUK MEMBANTU YANG LAIN.

 

Hampa perasan dak, takdak projek mega diumum dalam belanja pembangunan Belanjawan 2025?


Abih tu, belanja pembangunan nanti pi mana?


Dana tu nanti akan ke baik pulih kuarters kakitangan kerajaan (askar, tentera, etc), baik pulih sekolah, baik pulih klinik daif, dan sebagainya.


Direct untuk kesejahteraan rakyat di akar umbi.


Lagipun, dah banyak mercu tanda tinggi di Malaysia. 


Apalah gunanya satu lagi bangunan tertinggi mencecah langit ke tujuh kalau masih ada dinding dan lantai sekolah reput berlubang seperti di pedalaman Sabah Sarawak.



IIUM, IM4U, UTM,

 

𝗣𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘀 ni bukan benda baru. Berdekad dah diamalkan. Paling awal 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 plat 𝗦𝗨𝗞𝗢𝗠 sempena 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗼𝗻𝘄𝗲𝗹 1998.




Selain tu ada banyak lagi plat lain. Nama universiti pun ada macam 𝗨𝗧𝗠 dan 𝗜𝗜𝗨𝗠. Paling tak masuk akal plat 𝗜𝗠4𝗨. Tapi tak jadi isu pun sebelum ni.


Sebab apa? Sebab masa tu pembangkang kita rasional dan ada otak. Benda temeh begini tak menguntungkan rakyat pun kalau dimainkan sebagai isu.


Tapi tengok sekarang ni. Bila pembangkang berfikiran tak waras, semua nak dijadikan isu. Isu yang sebenar macam 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛 dia sokong pulak.


Plat 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 pun walaun nak buat isu. Sibuk pulak dimainkan sana-sini. Sakit betul hati lebai dan walaun dengan Madani. 𝗖𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝗮.


Bila mereka main isu ni, dah nampak sangat mereka tu 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶. Hati mereka 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶. Ini yang orang kata 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗱𝘂 ni.


Entah apa yang didengkikan sangat. Mungkinlah juga walaun pun minat tapi nak beli 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂. Dah kalau tak mampu tu, diam je la. Apa dapat dengki kat orang?


Biarlah orang nak bida. Dorang ada duit. Dorang minat. Walaun dan lebai memang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Dia je betul.


Plat khas begini memang cara kerajaan buat duit. Duit tu nanti akan masuk poket 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 gak melalui 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶, 𝗦𝗧𝗥, 𝗦𝗔𝗥𝗔 dan sebagainya.


Duit korang nak. Tapi kerajaan tak sudah-sudah korang caci maki dan cerca. Siap reka cerita palsu dan sebar fitnah. Tak sokong dah la tapi tak payah buat 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 begitu.


Kita doalah tiap hari agar Allah kurniakan kecerdikan kepada walaun ni. Sikit pun jadilah. Agar mereka boleh bersifat macam 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻. Moga Allah tunaikan doa kita satu hari nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SABAR... JANGAN DOK BUAT QAMAI..


 Kaedah pelaksanaan penyasaran semula yang dicadangkan khususnya untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews


PMX BERTEMU SU MAJLIS HAKAMA MUSLIM.

 

Susulan Lawatan Rasmi Syeikh al-Azhar dan juga Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin, al-Imam al-Akbar Prof Dr Ahmad Mohamed al-Tayyeb pada Julai lalu, hari ini saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin, Muhamed Abdul Salam di Putrajaya.






Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar, Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayeb dalam masa yang terdekat dalam mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk “Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan”.


Insya-Allah, saya akan kembali bertemu dan turut bersama Syeikh Al-Azhar dalam program yang akan datang sebagai salah satu ikhtiar membangun kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat.


#MalaysiaMADANI



BERTABAH LAH.

 

Cc: Kepada Semua pemain bola sepak Kedah, 



“Ketepi soal gaji, percaya rezeki Allah”


Yang benar

Untit.


Crdits#NurLisa



ANWAR AKAN BERTEMU SHIEKH AZHAR.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.



Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, ini sebagai ikhtiar untuk membangunkan kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat Islam.


Anwar berkata, rancangan itu dibincangkan pada perjumpaan beliau dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin Muhamed Abdul Salam di Putrajaya pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews



PERNIAGAAN MENGGUNAKAN VIDEO


 Ahmad Mohammad. 


Dalam dunia perniagaan hari ini, pemasaran menggunakan video semakin mendapat tempat. Bagi perniagaan percetakan, mungkin sukar untuk melihat bagaimana video boleh menjadi alat yang kuat dalam menarik pelanggan.



Namun, sebenarnya, video adalah satu cara yang amat efektif untuk memperkenalkan perkhidmatan percetakan kepada audien dengan cara yang lebih kreatif dan menyentuh emosi mereka.

.

Bayangkan kita menjalankan perniagaan percetakan. Kita tahu hasil cetakan kita berkualiti dan perkhidmatan kita memuaskan. Tapi, bagaimana kita mahu menyampaikan mesej ini kepada orang ramai, apatah lagi dalam dunia digital yang penuh sesak dengan pelbagai jenis kandungan?

.

Di sinilah video Content Marketing boleh memainkan peranannya (dan saya bangunkan 7 sub modul khas kepada usahawan, dari tak pandai buat video sampai layak menjadi content creator).

.

Sebagai contoh, bayangkan kita menghasilkan video pendek yang membawa audien melihat proses percetakan yang teliti dan profesional.

.

Daripada pelanggan menyerahkan reka bentuk, memilih kertas yang sesuai, hingga melihat hasil akhir yang memukau, video ini boleh membantu memperlihatkan betapa telitinya kita dalam memastikan kepuasan pelanggan.

.

Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja melihat perkhidmatan yang kita tawarkan, tetapi juga merasa yakin bahawa kita mampu memberikan hasil yang berkualiti.


Contohnya, satu video yang menunjukkan proses mencetak buku program acara boleh disusun dengan naratif yang menarik. Kita boleh bermula dengan menunjukkan pelanggan masuk ke kedai, disambut mesra oleh kakitangan, dan berbincang mengenai keperluan cetakan mereka.

.

Selepas itu, tunjukkan bagaimana proses mencetak dijalankan bermula dari pemilihan bahan, hingga proses mesin yang canggih beroperasi, sehingga akhirnya, pelanggan menerima hasil cetakan yang menakjubkan.

.

Selain itu, testimoni daripada pelanggan juga boleh dijadikan elemen penting dalam video. Bayangkan pelanggan berkongsi pengalaman mereka mengenai servis yang mereka terima.

.

Wajah yang puas dan kata-kata tulus mereka boleh menjadi bukti nyata bahawa perniagaan percetakan kita boleh dipercayai. Ini bukan sekadar membina keyakinan kepada pelanggan baru, tetapi juga mencipta hubungan yang lebih erat dengan audien.

.

Namun, untuk mencapai impak yang maksimum, konsistensi dalam menghasilkan video konten adalah kuncinya. Video yang dihasilkan sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan yang mendalam.

.

Sebaliknya, apabila kita konsisten memaparkan hasil kerja kita, audien mula mengenali jenama kita, mereka mula menanam kepercayaan yang lebih mendalam terhadap perniagaan kita. Bukan sekadar mahu jualan naik sekelip mata, tetapi usaha yang berterusan ini akan meletakkan kita di hadapan pesaing yang lain.

.

Jika kekangan seperti peralatan atau masa menjadi alasan untuk tidak menghasilkan video baru, mungkin kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang lain.

.

Telefon pintar yang lama masih boleh digunakan untuk membuat video yang kreatif dengan sedikit usaha dalam penyuntingan. Masa pula boleh dijadualkan dengan lebih efisien dimana mungkin kita boleh melibatkan kakitangan untuk mengambil bahagian dalam proses penggambaran atau menyediakan skrip video yang ringkas tetapi padat.

.

Apa yang penting adalah usaha berterusan untuk memastikan mesej kita sampai kepada audien.


Dalam dunia yang penuh persaingan ini, video Content Marketing bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Ia bukan sahaja membantu memperkenalkan perkhidmatan kita, tetapi juga memberi peluang kepada kita untuk memaparkan nilai dan kualiti kerja kita dengan cara yang lebih peribadi dan kreatif.

.

Bila video-video ini sampai kepada audien yang tepat, kita akan lihat bagaimana jenama kita mula mendapat perhatian, dan pelanggan mula melangkah masuk yang bukan sekadar hendak melihat, tetapi juga untuk mencuba perkhidmatan kita buat kali pertama.



SEMOGA RUU MUFTI MENGUATKAN PENYATUAN UMMAH

MSO





Forum penjelasan RUU Mufti Wilayah: Pengaruh atau Maslahat yang menampil Menteri Agama Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang yang disiarkan secara langsung menerusi TV Hijrah sekejap tadi memberi pencerahan dan penjelasan cukup tuntas sekaligus menafikan persepsi jelek terhadap RUU berkenaan yang sengaja dimainkan mereka berkepentingan yang kontang semangat ukhwah dan muzakarah.


Yang jelas RUU Mufti Wilayah ini bukan perkara baru, sebaliknya suatu pengemasan dan pembaikan kepada akta yang sedia untuk memperkasa Islam dan kedudukan institusi Mufti dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan. 


Tanggapan jika RUU ini dilulus dan menjadi undang-undang ia mengikat orang Islam, tidak benar sama sekali, kerana ia terpakai kepada masyarkat Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.


Sebenarnya apa yang menjadi intipati RUU ini sudah pun dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Sabah dan Kedah menerusi eknakmen yang diguna pakai di negeri berkenaan.


Pembentangan RUU ini kononnya dibuat secara tergesa-gesa juga meleset sama sekali, lebih kepada fitnah, sebab jawatankuasa teknikal untuk mengkaji penggubalannya sudah lama wujud, sejak tahun 2021 lagi yang dibentuk dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dimana Jakim telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak bersangkutan.


Istimewanya RUU Mufti Wilayah 2024 ini juga sudah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong.


Sebenarnya kalau dilihat secara tawaduk dan penuh muhasabah RUU itu tidak perlu dipertikai dan dijadikan polemik pun, sebaliknya jika menghayati maudunya, perlu diskong sepenuhnya atas semangat ukhawah Islamiah dan tanggunngjawab bersama untuk memperkasakan agama Islam. 


Menutup forum itu Mentega Dr Mohd Na'im berharap semua pihak akan menerima dengan baik RUU ini, dan perbahasan nanti juga dibuat secara beradab dan sopan atas semangat ukhawah Islamiah.


Dalam pada itu beliau dengan rendah hati sekali lagi, menyeru mana-mana pihak yang ingin membuat teguran atau mempertikaikan dan memberi pandangan terhadap RUU itu buatlah dengan baik dan tertib dan tidak melampau batas apa lagi angkuh.


Dr Mohd Na'im berulang menekan semoga RUU ini menajdi penyatuan umat Islam seluruhnya, kerana itulah cita-cita dan iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menjadi roh kerajaan Madani. Trims.