Menitik Malam.
Suatu hari ketika di Kucing Sarawak saya ditanya oleh Allahyarham Tokguru Nik Aziz tentang Tuan Ibrahim.
“Apa pendapat anta mengenai Ustaz Tuan?” Tanya Tokguru menduga pandangan saya terhadap anak saudaranya itu.
Saya tidak segera menjawab cuma merasa hairan kenapa tiba tiba dia mengeluarkan pertanyaan itu.
Ketika itu disaat muktamar Pas hendak diadakan untuk memilih pimimpin dimana ada desas desus kedudukan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden akan ditentang.
Masih belum tahu siapa yang akan menentang Mat bin Sabu.
“Anta tengok Ustaz Tuan kohor baik tak?” tanya Tokguru lagi kemudian menyambung “lagu mana kalau dia bertanding jawatan timbalan presiden.”
Bila Tokguru kata begitu saya terus faham mantiknya bahawa dia suruh anak saudaranya itu melonjak ke jawatan itu dan berharap saya menulis mempromoknya.
Saya selepas itu terus mesej Tuituman memaklumkan hasrat Tokguru itu dan memberi tahu beberapa pemimpin Pas dan rakan Pas yang saya kenal, yang Tokguru Nik Aziz restu Tuituman bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Dan dalam muktamar itu Tuituman menang sebagai timbalan presiden. Dengan kedudukan itu ramai orang seronok dan mengharap suatu hari dia akan mengambil alih jawatan presiden daripada Tok Dor dengan harapan Pas jadi lebih dinamik lagi.
Malanngnya harapan itu sia-sia dan meleset sama sekali. Dari sehari ke sehari Tuituman bukan saja gagal mempamerkan wisdom sebagai pemimpin tetapi ikut jadi cabuk dalam tindahan dan gagal bertindak sebagai timbalan untuk menegur presiden dan membawa kepimpinan berakhlak dalam parti.
Kalau presiden sebagai parit hanyir Tuituman adalah sampah yang jatuh dan dibawa arus hanyir itu.
Manakala sebagai ahli parlimen pembangkang pula beliau tidak mampu menunjukkan pemimpin berkualti dan berhemah tinggi untuk dicontohi dan teladani. Sebagai pemimpin tinggi dia gagal mencurahkan fikrah dan idealisme kepimpinan Islamik, berintegriti.
Tindakannya mempersoalkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji dan melawak dengan skeptikal itu hanya retorik PM dan membuat tuduhan Anwar menerima gaji secara on line, satu sangkaan sangat buruk dan kontra dengan dia sebagai anak saudara Tokguru Nik Aziz yang sangat mengkagumi dan menghormati Anwar.
Telatah Tuitman dalam parlimen itu menyebabkan orang jengkil kepadanya dan secara langsung dia melongkangkan dirinya setaraf dengan ahli parlimen yang sering persenda dan perleceh Anwar kerana perasaan benci dan dendam.
Maaf Tokguru kalau ana tidak lagi menghormati anak saudara Tokguru yang seorang ini. Akal politiknya bukan sahaja kurang sais, tetapi akhlaknya juga cacat pekerti. Trims.