SEMOGA RUU MUFTI MENGUATKAN PENYATUAN UMMAH

MSO





Forum penjelasan RUU Mufti Wilayah: Pengaruh atau Maslahat yang menampil Menteri Agama Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang yang disiarkan secara langsung menerusi TV Hijrah sekejap tadi memberi pencerahan dan penjelasan cukup tuntas sekaligus menafikan persepsi jelek terhadap RUU berkenaan yang sengaja dimainkan mereka berkepentingan yang kontang semangat ukhwah dan muzakarah.


Yang jelas RUU Mufti Wilayah ini bukan perkara baru, sebaliknya suatu pengemasan dan pembaikan kepada akta yang sedia untuk memperkasa Islam dan kedudukan institusi Mufti dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan. 


Tanggapan jika RUU ini dilulus dan menjadi undang-undang ia mengikat orang Islam, tidak benar sama sekali, kerana ia terpakai kepada masyarkat Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.


Sebenarnya apa yang menjadi intipati RUU ini sudah pun dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Sabah dan Kedah menerusi eknakmen yang diguna pakai di negeri berkenaan.


Pembentangan RUU ini kononnya dibuat secara tergesa-gesa juga meleset sama sekali, lebih kepada fitnah, sebab jawatankuasa teknikal untuk mengkaji penggubalannya sudah lama wujud, sejak tahun 2021 lagi yang dibentuk dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dimana Jakim telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak bersangkutan.


Istimewanya RUU Mufti Wilayah 2024 ini juga sudah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong.


Sebenarnya kalau dilihat secara tawaduk dan penuh muhasabah RUU itu tidak perlu dipertikai dan dijadikan polemik pun, sebaliknya jika menghayati maudunya, perlu diskong sepenuhnya atas semangat ukhawah Islamiah dan tanggunngjawab bersama untuk memperkasakan agama Islam. 


Menutup forum itu Mentega Dr Mohd Na'im berharap semua pihak akan menerima dengan baik RUU ini, dan perbahasan nanti juga dibuat secara beradab dan sopan atas semangat ukhawah Islamiah.


Dalam pada itu beliau dengan rendah hati sekali lagi, menyeru mana-mana pihak yang ingin membuat teguran atau mempertikaikan dan memberi pandangan terhadap RUU itu buatlah dengan baik dan tertib dan tidak melampau batas apa lagi angkuh.


Dr Mohd Na'im berulang menekan semoga RUU ini menajdi penyatuan umat Islam seluruhnya, kerana itulah cita-cita dan iltizam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menjadi roh kerajaan Madani. Trims.