PERNIAGAAN MENGGUNAKAN VIDEO


 Ahmad Mohammad. 


Dalam dunia perniagaan hari ini, pemasaran menggunakan video semakin mendapat tempat. Bagi perniagaan percetakan, mungkin sukar untuk melihat bagaimana video boleh menjadi alat yang kuat dalam menarik pelanggan.



Namun, sebenarnya, video adalah satu cara yang amat efektif untuk memperkenalkan perkhidmatan percetakan kepada audien dengan cara yang lebih kreatif dan menyentuh emosi mereka.

.

Bayangkan kita menjalankan perniagaan percetakan. Kita tahu hasil cetakan kita berkualiti dan perkhidmatan kita memuaskan. Tapi, bagaimana kita mahu menyampaikan mesej ini kepada orang ramai, apatah lagi dalam dunia digital yang penuh sesak dengan pelbagai jenis kandungan?

.

Di sinilah video Content Marketing boleh memainkan peranannya (dan saya bangunkan 7 sub modul khas kepada usahawan, dari tak pandai buat video sampai layak menjadi content creator).

.

Sebagai contoh, bayangkan kita menghasilkan video pendek yang membawa audien melihat proses percetakan yang teliti dan profesional.

.

Daripada pelanggan menyerahkan reka bentuk, memilih kertas yang sesuai, hingga melihat hasil akhir yang memukau, video ini boleh membantu memperlihatkan betapa telitinya kita dalam memastikan kepuasan pelanggan.

.

Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja melihat perkhidmatan yang kita tawarkan, tetapi juga merasa yakin bahawa kita mampu memberikan hasil yang berkualiti.


Contohnya, satu video yang menunjukkan proses mencetak buku program acara boleh disusun dengan naratif yang menarik. Kita boleh bermula dengan menunjukkan pelanggan masuk ke kedai, disambut mesra oleh kakitangan, dan berbincang mengenai keperluan cetakan mereka.

.

Selepas itu, tunjukkan bagaimana proses mencetak dijalankan bermula dari pemilihan bahan, hingga proses mesin yang canggih beroperasi, sehingga akhirnya, pelanggan menerima hasil cetakan yang menakjubkan.

.

Selain itu, testimoni daripada pelanggan juga boleh dijadikan elemen penting dalam video. Bayangkan pelanggan berkongsi pengalaman mereka mengenai servis yang mereka terima.

.

Wajah yang puas dan kata-kata tulus mereka boleh menjadi bukti nyata bahawa perniagaan percetakan kita boleh dipercayai. Ini bukan sekadar membina keyakinan kepada pelanggan baru, tetapi juga mencipta hubungan yang lebih erat dengan audien.

.

Namun, untuk mencapai impak yang maksimum, konsistensi dalam menghasilkan video konten adalah kuncinya. Video yang dihasilkan sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan yang mendalam.

.

Sebaliknya, apabila kita konsisten memaparkan hasil kerja kita, audien mula mengenali jenama kita, mereka mula menanam kepercayaan yang lebih mendalam terhadap perniagaan kita. Bukan sekadar mahu jualan naik sekelip mata, tetapi usaha yang berterusan ini akan meletakkan kita di hadapan pesaing yang lain.

.

Jika kekangan seperti peralatan atau masa menjadi alasan untuk tidak menghasilkan video baru, mungkin kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang lain.

.

Telefon pintar yang lama masih boleh digunakan untuk membuat video yang kreatif dengan sedikit usaha dalam penyuntingan. Masa pula boleh dijadualkan dengan lebih efisien dimana mungkin kita boleh melibatkan kakitangan untuk mengambil bahagian dalam proses penggambaran atau menyediakan skrip video yang ringkas tetapi padat.

.

Apa yang penting adalah usaha berterusan untuk memastikan mesej kita sampai kepada audien.


Dalam dunia yang penuh persaingan ini, video Content Marketing bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Ia bukan sahaja membantu memperkenalkan perkhidmatan kita, tetapi juga memberi peluang kepada kita untuk memaparkan nilai dan kualiti kerja kita dengan cara yang lebih peribadi dan kreatif.

.

Bila video-video ini sampai kepada audien yang tepat, kita akan lihat bagaimana jenama kita mula mendapat perhatian, dan pelanggan mula melangkah masuk yang bukan sekadar hendak melihat, tetapi juga untuk mencuba perkhidmatan kita buat kali pertama.