[viral] KENYATAAN AZAM BAKI! AHLI POLITIK AKANDI PANGGIL UNTUK DISIASAT ...
[panas] BARU SAHAJA DEWAN BERSIDANG MP PAS SUDAH MEMBUAT TUDUHAN YANG ME...
SPRM TAHAN BEKAS EKSEKUTIF MBI! TERKAIT PEMIMPIN PEMBANGKANG DI SELANGOR!
[bongkar] KRONI AZMIN DITANGKAP APA CERITA? MARI DENGAR PENDEDAHAN BRO I...
WALAU ANWAR DIKATAKAN SEMBANG, TAPI BILA KALAH PEMILIHAN KECUT LANGSUNG TAK MEMBANTU SEJAK DULU DULU. TU PUN LAGI SEMBANG NAMANYA.
REFORMASI ANWAR SEMBANG SAJA – KU LI
13 October 2024
Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya tidak menunaikan janji reformasi yang dilaungkannya sebelum ini.
Malah Tengku Razaleigh, yang lebih mesra disapa sebagai Ku Li, mendakwa reformasi yang dilaungkan hanyalah kerana marah kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Adakah reformasi itu? Sembang sahaja (tertawa).
“Apa yang dilaungkan beliau dahulu hanya kerana marah pada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana ‘belasah’ dan tangkap beliau.
“Maka, wujudlah reformasi dan orang ramai setuju dengan laungan ini. Maka, keadilan patut diberi kepadanya.
“Tetapi, mahu buat reformasi lebih daripada itu belum pun dilakukan. Lihat sekarang apa yang Anwar buat?” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Ku Li mendakwa walaupun sudah dua tahun Anwar memimpin negara, reformasi tidak dilaksanakan dalam mana-mana undang-undang atau peraturan.
Pada 14 Mei lalu, Anwar menepis kritikan berkenaan pelaksanaan reformasi yang perlahan, dengan berkata perubahan radikal hanya akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.
Katanya, sebab itu reformasi yang diperkenalkan oleh banyak negara di Eropah gagal.
Bagaimanapun, beberapa penganalisis menolak penjelasan itu dengan menyifatkannya sebagai “justifikasi yang lemah”.
Kuasa AGC
Ku Li antara lain berkata kerajaan belum memisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya.
“Saya tanya anda semula, kuasa Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya, apakah mesti peguam negara menjadi penasihat kepada kerajaan atau menjadi pendakwa di mahkamah (pada masa sama)?,” soalnya.
Dia berkata kerajaan seharusnya memisahkan kuasa mereka, dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) memainkan peranan menasihati kerajaan dan pendakwa raya pula mengambil tindakan undang-undang.
Pada 8 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan pemisahan kuasa AGC dan pendakwa raya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/722419
BILA KERAJAAN RASA DAH KUAT TAK AKAN JATUH.
RMS
Walau pun isu lawatan kapal telah berjaya dijawab, cuma kelemahan pihak kerajaan negeri, kementerian dan agensi terbabit perlu ditegur juga..
Anda juga patut disalahkan kerana lembab jelaskan isu sebenar menjadi liabiliti kepada kerajaan pusat.. PM tak ada masa untuk entertain isu macam ni, dia sibuk dgn urusan diluar negara dan dalam negara.
Jangan sampai isu macam ni berulang lagi..bagi maklumat pada jentera komunikasi kerajaan di Kementeri Komunikasi untuk memudahkan penyebaran maklumat mengenai sesautu event.
KEH.. KEH.. KEH... ORANG BODO TAK LEH DEKAT DALAM DEWAN PUN. ROSAK MAJELIS.
Desa HM
Dapat peluang untuk berbahas dalam Dewan... ko berhujah guna modal surat layang...
Dh kena gantung... terhegeh2 nk menempek duduk kat tempat pemerhati...
Kan dah kena perambat dgn speaker....
Adan uker..
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
LAGI KAKITANGAN KERAJAAN FITNAH KERAJAAN. MASAK LA KAU NAK..
RMS
Ramai rakan inform aku pasal posting AJ Pasemah yang jelas menfitnah kerajaan isu kapal lawatan tentera laut ke P.Pinang. untuk info details dia dah report.. malah ada maklumat menyatakan pnfitnah ni penjawat awam.. masak ler nko.. hahaha.
WALAUN TAK CAYA.
Aku pernah bersekolah di SM HAN CHIANG. Berdekatan.. Tak jauh dari SM Chung Ling. Sekolah swasta ini ada aliran sastera dan sains,Kemudahan di sekolah aku Han Chiang High School amat superb masa tu 80an ..dewan terbuka 3 buah.. Dan dewan tertutup.. Dikenali sebagai stadium tertutup Han Chiang. Kedua dua buah sekolah ini saling bersaing.. Guna 3 bahasa.. Manderin, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Bagi pelajar tingkatan 6 Bahasa utama Bahasa Melayu terutamanya aliran sastera yang punya 13 kelas. Sekolah besar.. Yuran agak besar...
Pelajar berbagai dalam kelas aku ada bangsa Melayu 3 orang, sorang dari spore, ada bangsa ceylonese, india cina sigh, kelas lain ada bangsa australia itu kelas international. .. Kami bercampur dalam berkawan.. Bagi bangsa cina mereka akan membeli akhbar utusan setiap hari.. Tiap pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu dan juga Pengajian Am.. Masa aku belajar.. Ada brass Band dari luar bertanding di sekolah aku ni.. Dari Hong Kong, Taiwan, Australia, indonesia Brunei, Thailand dan juga beberapa negara lain termasuk India, New Zealand bagai lagi.. Tak payah nak heran la kalau setakat pelajar china datang buat lawatan dan kerja amal.. Biasa la.. Tak ada yang pelik.. Hangpa ja walaun dok lam utan lagi. (WRLR)
Miqdad Zakaria.
Setelah diperjelaskan, walaun tetap sebarkan fitnah. Di Sekolah tu ada lebih 30 pelajar dari negara China. Ramai juga pelajar dari Indonesia dan Thailand. Itu sekolah swasta.
Live dia lalu fyp aku.
Izlin Idris
Aku masuk le komen " jumlah infaq kena jelaskan berapa yang masuk dan berapa yang terkumpul"
Tiba2 dia block aku..
Tu nama ustaz tu..
Aku komen macam tu sebab ada satu brader ni komen kata dia dah transfer RM50, tapi lepas tu ustaz tu masih lagi tanya dalam live "ada sesiapa yang nak infaq tak?" So, aku komen le macam tu sebab biarlah jelas berapa yang masuk, jangan sampai duit masuk tapi masih lagi kata tiada siapa infaq..
Beza dengan live si mawek ( jual.ikan tu) , dia kalau ada orang nak infaq dia siap sebut nama dan jumlah, siap tulis kat buku, lepas tu dia akan beritahu jumlah infaq yang terkumpul tu berapa, dah dapat jumlah besar dia akan bungkus ikan² yg diinfaq tu.. tu baru betul cara
JANGAN MALAS LAPOR PEMFITNAH.
RMS.
Terima kasih pada semua rakan dan follower yang membekalkan maklumat, link kaki fitnah isu kapal laut di medsos, semuanya adalah walaun pas. memang jijik cara politik mereka, tapi kita perlu teruskan serta tingkatkan usaha dalam membawa mereka kemuka pengadilan.
Mungkin anda telah buat report sebelum ini tapi masih belum ada tindakan dari SKMM atau pihak polis menyebabkan timbul tanggapan SKMM dan pihak polis tidak bertindak.. itu tidak benar, biasanya SKMM akan mengenal pasti akaun yang mula mula menyebar fitnah dan menghubungi mereka untuk proses rakaman perbualan, bukan melibatkan semua yang dilapurkan.
Begitu juga dengan laporan polis, setiap kes akan kekal atas meja IO selagi tiada arahan tutup atau NFA dari AGC, polis hanya melakukan siasatan sementara proses pendakwaan dibawah Jabatan Peguam Negara..
Kita jangan berhenti melaporkan tindakan mereka sehingga diheret untuk proses keadilan..
ANTARA YANG BAKAL DISAMAN KERAJAAN.
Bukti dipihak pendakwaan, pelajar sekolah yang kibarkan bendera China adalah pelajar China yan belajar disekolah persendirian di P.Pinang.. bukti dari rekod pendaftaran pelajar diserahkan pada pihak pendakwaan.
OKS pula perlu membuktikan gambar pelajar yang mereka dakwa pelajar Malaysia kibar bendera China adalah benar dan perlu dibuktikan melalui dokumen yang jelas.
Disini amat sukar, OKS membuktikan dakwaan mereka bukan fitnah
Kesalahan penyebaran fitnah boleh didakwa dibawah 4(1)c Akta Hasutan 1948 [Akta]15, Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) denda sehingga RM5 k atau penjara 2 tahun atau keduanya sekali dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali.
ZAMAN PN BAIKI UMAH PM DULU.
Miqdad Zakaria
Alhamdulillah. Untuk anak² selesa di Sekolah.. zaman PN dulu, benda pertama dibuat, baiki rumah Perdana Menteri RM38.5juta. Beli kereta kalis peluru RM1juta. Zaman covid.
Dua cara berfikir berbeza..
𝟭𝟮 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗔𝗦𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚: 𝗧𝗘𝗣𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚
✍️ Ahmad Mursi
1. Pembangkang sengaja menipu tentang lawatan Kapal Latihan China, walhal Pengerusi Gerakan, Dato' Dominic Lau turut hadir.
2. Kunjungan silaturahim kapal latihan dari China telah melalui saluran dan protokol rasmi. Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang dan pemimpin Kerajaan Negeri turut terlibat.
3. Dua kapal latihan China berada di Pulau Pinang selama 3 hari sebelum berlepas ke Bangladesh.
4. Lawatan pelatih Naval University of China ke Sekolah Persendirian Chung Ling diatur oleh Pejabat Konsulat Jeneral China.
5. Hubungan pelajar melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan.
6. Sekolah Swasta Chung Ling mempunyai lebih 1,900 pelajar, termasuk dari Indonesia, Thailand, China, dan negara lain.
7. Lebih 30 pelajar dari China mengibarkan bendera negara mereka semasa majlis sambutan seperti gambar yang disebarkan pembangkang.
8. Pelajar tempatan turut mengibarkan bendera Malaysia dan Pulau Pinang, tetapi tidak disebarkan oleh pembangkang untuk cetus fitnah.
9. Salah satu kapal latihan China, JinggangShan 999, pernah membantu misi pencarian MH370 pada 2014, meliputi kawasan Teluk Thailand, Sumatera, dan Australia dengan jumlah pelayaran 31,000 km.
10. Kapal tentera asing sering berlabuh di Malaysia melalui protokol rasmi. Selat Melaka adalah laluan penting dunia.
11. Sebelum ini, pernah diadakan lawatan silaturahim oleh tentera asing dan pernah juga melibatkan pelajar sekolah. Contohnya, 20 US Marin melawat Sabah.
12. Hubungan Malaysia dengan China dan negara asing termasuk Barat adalah baik kerana dasar diplomasi berkecuali serta kerap mengadakan lawatan rasmi kedua-dua pihak.
Adakah benar soalan tersebut akan berlaku di alam barzakh..?
Jom kita buka tafsir untuk lihat fakta, samada soalan Allah itu di alam barzakh atau ketika keluar dari kubur..?
{ یَوۡمَ هُم بَـٰرِزُونَۖ لَا یَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِنۡهُمۡ شَیۡءࣱۚ لِّمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡیَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰحِدِ ٱلۡقَهَّارِ }
1. Terjemahan biasa surah Ghafir ayat 16 :
'Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya'
2. Tafsir Jalalain : keluar dari kubur.
3. Tafsir Baghawi : keluar dari kubur.
4. Tafsir Qurtubi : keluar dari kubur.
5. Kalian boleh tambah sendiri.
Jadi,
Berhati²lah dengan penunggang agama, tak pasal² sebab tak setuju cuti sabtu dan ahad, berkeras juga nak cuti hari jumaat, sehingga ayat Allah diseleweng keadaan dan maksudnya yang sebenar.
Wallahu A'lam.
Miqdad Zakaria
Mantin, N9
KOYAK
Ada 𝗸𝗵𝗮𝗱𝗮𝗺 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 kepanasan bila aku jelaskan tentang perbezaan DAP dengan komunis. Mungkin syaitan dah janjikan dia syurga dan dia percaya janji syaitan tu. Sebab tu dia bencikan kebenaran. Tu yang dia marah bila aku cuba betulkan persepsi yang salah. Biasalah. Syaitan mana suka kebenaran. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TAHNIAH PASANGAN BADMINTON NEGARA
Najib Bakar
Congrats Goh Sze Fei-Izzuddin! Juara Artic Open di Eropah mengalahkan pair Eropah dari Denmark. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Kalah first set, tapi come back. Rubber set ketinggalan 19-17, tapi terus dapat 4 poin berturut untuk jadi champion. Fuh.
Semifinal kalahkan pair nombor 1 dunia dari China. Final kalahkan pair nombor 2 dunia.
Padu wei!
POLITIK WARLORD MELAYU DALAM BERSATU
Tuan Hass
Bulan depan adalah dua pilihan raya yang penting untuk menentukan mana hala tuju Malaysia untuk beberapa puluh tahun depan. Satu, pilihanraya Amerika Syarikat, kuasa terbesar dunia.
Tapi yang itu mungkin dalam skala global, tetapi dari skala politik Melayu, bulan November juga adalah bulan pemilihan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dikenali sebagai Bersatu.
Parti Bersatu ini baru berusia 8 tahun, tetapi ia dah ada dua orang Perdana Menteri. Not bad for parti yang baru berusia darjah dua umurnya. Parti Bersatu ni dipenuhi dengan warlord-warlord politik Melayu yang hebat-hebat belaka. Nama seperti Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainuddin Azmin Ali.
Tetapi kewujudan Bersatu inilah punca mengapa PKR dan UMNO sanggup bergabung seterusnya mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Sebenarnya raison d'etre, sebab utama Kerajaan Cikgu-Anak Murid Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi ini, datang daripada Bersatu. Both of them want Bersatu to die.
Zahid Hamidi adalah Presiden kepada UMNO, parti yang ditubuhkan pada tahun 1946, dan merupakan parti yang tertua yang masih ada sampai hari ini. Sejarah parti ini seiring dengan sejarah Malaysia sejak kemerdekaan. Daripada 10 orang Perdana Menteri, 7 dari UMNO. Dan 3 itu pun bekas dari UMNO. Grand old party.
Anwar Ibrahim adalah Presiden kepada PKR, parti yang ditubuhkan pada tahun 1998, dan walaupun berusia 26 tahun, ia mencoretkan sejarah yang cukup banyak untuk Malaysia. Reformasi, Himpunan Bersih, dan Langkah Kajang. Idealist party.
Kewujudan PKR berlaku selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerusi Timbalan Perdana Menteri. Maka sudah pastilah majoriti daripada kewujudan PKR ini ialah menentang UMNO.
Tetapi mengapa dua parti ini sanggup bergabung untuk melawan Bersatu?
Bersatu ditubuhkan pada tahun 2016, oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin selepas Najib Razak memecat Muhyiddin dan Mahathir meninggalkan parti yang didaftar semula olehnya pada tahun 1988 (Umno Baru). Bermakna ia adalah serpihan UMNO. Maka pada tahun 2016, Bersatu menyertai Pakatan Harapan dan Mahathir mengetuai gabungan itu ketika Anwar di dalam penjara.
Dan pada tahun 2018, buat pertama kalinya dalam sejarah, Barisan Nasional berjaya ditumbangkan dan ia ditumbangkan oleh gabungan yang diketuai oleh Mahathir, ketua Bersatu pada ketika itu.
Kerana itu, Bersatu dilihat sebagai pengkhianat oleh majoriti penyokong UMNO. Ada lah segelintir yang okay dengan Bersatu ni, digelar 'puak broker'.
Puak broker ni secara mudahnya, Zahid dah bungkus dan ikat tepi, simpan dalam peti ais. Zahid ada full control dalam UMNO. Walaupun ada suara membantah, mereka tidak ada pilihan lain supaya duduk di bawah kepimpinan Zahid, atau dipecat dan buat podcast serta jadi DJ radio.
PKR pula, sejak berlakunya Langkah Sheraton pada tahun 2020, kumpulan yang dipanggil 'Kartel' diketuai oleh bekas Timbalan Presiden, Azmin Ali pula, menikam Anwar Ibrahim apabila menyokong Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan.
Maka insentif Anwar yang memimpin PKR dan Zahid yang memimpin UMNO untuk memusnahkan Bersatu adalah top priority untuk mereka berbanding bergocoh sesama sendiri sejak 1998.
Jadi situasi politik kita ialah warlordism, di mana satu warlord yang berkuasa menguasai sebahagian orang, menentang satu warlord yang berkuasa menguasai sebahagian orang. Warlordism Melayu ini yang perlu difahami sebelum mengkaji politik Melayu.
Seperti di dalam wrestling, kita ada Hulk Hogan dalam New World Order, Shawn Michaels dan Triple H dalam Degeneration X, Bret Hart dalam Hart Foundation, atau Roman Reigns dalam The Bloodline, atau Vince McMahon dengan Corporation, warlord Melayu pun begitu juga.
Jangan sangka dalam satu parti, boleh jadi baik dan rapat. Kadang-kadang musuh lagi ketat sesama parti berbanding dengan orang dari parti luar.
Maka selepas Langkah Sheraton, Parti Bersatu ada dua kelompok, mereka yang mengkhianati UMNO yang mengikut Mahathir dan Muhyiddin, dan mereka yang mengkhianati PKR dan mengikut Azmin.
KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan tanpa takut atau pilih kasih.
Anwar berkata kebebasan kehakiman berlandaskan doktrin pemisahan kuasa termaktub sebagai prinsip dalam struktur asas Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
PEEEGEDAH BILA PULAK ANWAR CAKAP IKTIRAF ISRAEL. JAHAT BETUL PERSEPSI KAMU YA.
Ni apa ni? Bila pulak kerajaan kata akan 𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹?
Sebenarnya, ini akibat daripada tak tahu nak buat apa lagi dah. Hidup tak ada fungsi. Kayu, keras. Jadi nak bagi nampak ada fungsi sikit, beginilah caranya.
Dia pun tahu kerajaan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 iktiraf Israel. Malahan pendirian kerajaan sekarang terhadap Israel 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀 berbanding zaman duta bertaraf menteri.
Tapi dia bunyi sikit. Bukan apa. Lepas ni dia boleh nak 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 kerajaan tak iktiraf Israel 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦. Kalau PAS tak ada, memang kerajaan dah iktiraf.
Tak sedar diri. Padahal zaman 23 bulan, masa dia jadi 𝗱𝘂𝘁𝗮 𝗸𝗮𝘆𝘂 dulu, kerajaan nak nyata sokongan kepada Palestin pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶. Sekarang cakap banyak pulak dia. Dasar hipokrit. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KESILAPAN BESAR GISBH
MSO
Pada saya apabila GISBH melantik pembangkang menjadi jurucakap mereka dalam membela kes kes tertentu suatu kesilapan. Sepatutnya GISBH tidak sesekali mengaitkan pembangkang atau mana-mana organ politik dalam urusannya.
Selepas kenyataan awal CEO GISBH yang dilihat naif sewaktu menjawab tindakan PDRM ke atas syarikat itu, tindakan GISBH membiarkan pembangkang jadi jurucakapnya adalah kesilapan yang kedua.
Hari ini seorang pemimpin pembangkang daripada parti Bersatu bertindak jadi jurucakap GISBH bagi mempertikaikan penahanan kanak kanak kumpulan itu yang dianggap sebagai tidak berperlembagaan. Trims.
KEPADA PENIAGA CINA.. KITA MEMEELUKAN KESTABILAN POLITIK.
Sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KE-78 Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), saya tekankan bahawa semua kaum perlu bekerjasama dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara.
Ini penting agar kita berjaya sebagai sebuah negara dan bukan hanya bagi segelintir kumpulan masyarakat.
Dalam konteks ini, ACCCIM telah menjadi rakan strategik Kerajaan MADANI terkait sektor ekonomi dimana peranan ini jelas dapat dilihat melalui kejayaan penganjuran Kongres Usahawan Cina Sedunia (WCEC) 2024 di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Saya juga jelaskan bahawa dasar Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka adalah bagi membina hubungan baik dengan pelbagai negara tanpa mengikut telunjuk mana-mana negara.
Selain itu, saya singgung tekad Kerajaan MADANI bagi mempertingkat kualiti perkhidmatan awam. Ini termasuklah tahap kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola. Untuk berjaya, tekad ini turut perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta.
-
During the opening of the 78th Annual General Meeting of the Association of Malaysian Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM), I underscored the significance of collaborative efforts among all ethnicities in fostering national unity and progress.
This collective endeavor is crucial for our country's overall success and prosperity, transcending the interests of specific community groups.
#MalaysiaMADANI
GEN X DAN GEN ALPHA.
Osman Talib
Tunggulah kecelaruan 2027 jika pembuat dasar dari Gen X ingin terus kekal dengan model top-down, OSFA, buku teks, silibus preskriptif dan keegoan status quo mereka...
1. Apabila Gen X menjadi pembuat dasar dalam pendidikan untuk Gen Alpha, mereka masih bangga dengan kata-kata bombastik yang kosong dari segi praktikal. Gen Alpha yang terdedah kepada pelbagai pengalaman maya global tidak hairanpun.
2. Gen X tidak menyedari bahawa Gen Alpha lebih gemar pendekatan pembelajaran yang interaktif, visual, dan berbentuk pengalaman digital. Buku teks yang kaku dan 'entah apa-apa' tidak lagi relevan buat mereka.
3. Gen X membesar dalam sistem pendidikan yang tersusun tetapi kaku, sedangkan Gen Alpha lebih fleksibel dan terbuka kepada pembelajaran yang lebih bebas.
4. Gen X semakin ketinggalan apabila analitik data pendidikan digunakan untuk mengesan tren pembelajaran Gen Alpha, sedangkan mereka masih terikat dengan cara tradisional.
5. Gen Alpha sangat cenderung kepada personalised learning dan adaptif, tetapi Gen X masih mendewakan model pembelajaran 'one size fits all' (OSFA) yang sudah semakin usang.
6. Apabila Gen X mula gagal memahami Gen Alpha, mereka dengan mudah menyimpulkan bahawa generasi ini malas, kurang motivasi, dan ketagih kepada gajet, tanpa menyedari realiti pembelajaran digital mereka.
7. Gen Alpha merasakan bahawa sistem pendidikan tidak relevan dan tidak responsif kepada keperluan serta minat mereka yang lebih dinamik dan terarah kepada dunia teknologi.
8. Gen X terus memberi penekanan kepada pencapaian akademik tradisional seperti peperiksaan dan gred tinggi. Namun, Gen Alpha lebih cenderung kepada pembelajaran experiential learning, dan sijil akademik serta anugerah semakin lama semakin berkurang nilainya dalam dunia digital yang berkembang pesat.
9. Gen Alpha yang didominasi oleh teknologi memerlukan literasi digital sebagai kemahiran asas, tetapi ramai di kalangan Gen X sendiri masih buta teknologi dan tidak memahami keperluan ini dgn mudah anggap Gen X pemalas dan mahu yg simple2..
10. Gen X masih selesa dengan jadual pembelajaran yang statik, ketat, dan berat utk 'berjaya' sedangkan Gen Alpha memerlukan pendekatan yang lebih dinamik dan fleksibel untuk berkembang dalam dunia pembelajaran yang cepat berubah.
Foto semalam: Gen Alpha belajar di Zus Coffee, bukan lagi dilibrary.. spt Gen X
OT