Osman Talib
Tunggulah kecelaruan 2027 jika pembuat dasar dari Gen X ingin terus kekal dengan model top-down, OSFA, buku teks, silibus preskriptif dan keegoan status quo mereka...
1. Apabila Gen X menjadi pembuat dasar dalam pendidikan untuk Gen Alpha, mereka masih bangga dengan kata-kata bombastik yang kosong dari segi praktikal. Gen Alpha yang terdedah kepada pelbagai pengalaman maya global tidak hairanpun.
2. Gen X tidak menyedari bahawa Gen Alpha lebih gemar pendekatan pembelajaran yang interaktif, visual, dan berbentuk pengalaman digital. Buku teks yang kaku dan 'entah apa-apa' tidak lagi relevan buat mereka.
3. Gen X membesar dalam sistem pendidikan yang tersusun tetapi kaku, sedangkan Gen Alpha lebih fleksibel dan terbuka kepada pembelajaran yang lebih bebas.
4. Gen X semakin ketinggalan apabila analitik data pendidikan digunakan untuk mengesan tren pembelajaran Gen Alpha, sedangkan mereka masih terikat dengan cara tradisional.
5. Gen Alpha sangat cenderung kepada personalised learning dan adaptif, tetapi Gen X masih mendewakan model pembelajaran 'one size fits all' (OSFA) yang sudah semakin usang.
6. Apabila Gen X mula gagal memahami Gen Alpha, mereka dengan mudah menyimpulkan bahawa generasi ini malas, kurang motivasi, dan ketagih kepada gajet, tanpa menyedari realiti pembelajaran digital mereka.
7. Gen Alpha merasakan bahawa sistem pendidikan tidak relevan dan tidak responsif kepada keperluan serta minat mereka yang lebih dinamik dan terarah kepada dunia teknologi.
8. Gen X terus memberi penekanan kepada pencapaian akademik tradisional seperti peperiksaan dan gred tinggi. Namun, Gen Alpha lebih cenderung kepada pembelajaran experiential learning, dan sijil akademik serta anugerah semakin lama semakin berkurang nilainya dalam dunia digital yang berkembang pesat.
9. Gen Alpha yang didominasi oleh teknologi memerlukan literasi digital sebagai kemahiran asas, tetapi ramai di kalangan Gen X sendiri masih buta teknologi dan tidak memahami keperluan ini dgn mudah anggap Gen X pemalas dan mahu yg simple2..
10. Gen X masih selesa dengan jadual pembelajaran yang statik, ketat, dan berat utk 'berjaya' sedangkan Gen Alpha memerlukan pendekatan yang lebih dinamik dan fleksibel untuk berkembang dalam dunia pembelajaran yang cepat berubah.
Foto semalam: Gen Alpha belajar di Zus Coffee, bukan lagi dilibrary.. spt Gen X
OT