[Penuh] Dewan Rakyat meluluskan usul gantung Machang Wan Fayshal 6 bulan
LEBAI TESLA BACA QUNUT NAZILAH...
MSO
Qunut nazilah sebagai membela rakan digantung. Inilah dikatakan menunggang agama. Segala ritual agama diguna untuk menangih simpati, perbuatan yang bidaah. Trims.
DIA NI MEMANG MELAMPAU TAK SUDAH
Desa HM
"Esok masuk parlimen,... sila pastikan MP Jasin minta maaf. Menyamakan pihak kerajaan sebagai 'tentera Ahzab' yg wajib diperangi adalah satu kesalahan agama.... tak betoi cara tu"
"Politik ni politik la... jgn smpai melampaui batas. Berbeza pandangan pasal isu surat layang... tak kan smpai nak baca qunut nazilah.."
Teguran seorang abang kepada seorang adik..
🙄
Kelia juga Kerajaan PN Perlis ni.
Sazali Saad
Kelia juga Kerajaan PN Perlis ni.
Mula² depa panggil pengusaha² 'homestay' di Perlis mintak bagi kerjasama untuk tahun melawat Perlis 2024 - 2025. Bila panggilan mesti ada buat pendaftaran & sekian-sekian butiran.
Lepas tu depa jalan tempek notis di premis homestay² berkenaan.
Notis apa?
Notis kata langgaq syarat kegunaan tanah, kena caj 1 unit homestay RM300 & caj perkhidmatan RM50. Sebuah homestay sekurangnya RM350 Kerajaan PN kutip.
Homestay yg berdaftar dalam Perlis ni tak banyak, lebih kurang 265 buah saja. 265 x RM350, RM92,750 Kerajaan PN Perlis kutip duit pengusaha. RM92,750 ni boleh kata saja² Kerajaan PN nak kutip kat pengusaha Homestay. Banyak cara & banyak lagi jumlah Kerajaan PN boleh cari duit, bukan mcm ni. Mula² mintak tolong, lepas tu "cakaq belakang kawan'
Sapa EXCO tanah negeri? MB sendiri...dia boleh tolong & dia boleh tak tolong. Tapi begitulah.... PN Best pakat dok kata...
KAH..KAH..KAH....MAT JARGON KENA GANTUNG- HANG BAWA LA DEMONTRASI- KEPALA BAPAK HANG KATA SANUSI- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI . TAPI PUJI--Surat Layang: Wan Fayhsal digantung selama 6 bulan
Dewan kecoh : ‘Besut duduk! buang masa’ - MP Hulu Langat
[panas] USUL GANTUNG MP MACHANG FITNAH PENJAWAT AWAM! MP PAS AKAN PERTAHAN!
PPPPHUUUIIII
Langsung dari Parlimen
KERANA FITNAH DIHUKUM ENAM BULAN
Parlimen telah menggantung wakil dari Machang Wan Ahmad Fashyal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan kerana membohong dan memfitnah dalam dewan.
Usul penggantungan itu dibawah oleh Menteri Undang-Undang dan Refrom Institusi Azalina Othaman Said tengah hari tadi.
Penggantungan wakil daripada Machang itu setelah dijalankan pengundian 110 menyokong dan 63 wakil menentang. Manakala 46 orang wakil tidak hadir termasuk wakil Marang.
Keputusan muktamad, Wan Fayhsal digantung selama enam bulan. Wakil Machang itu tidak dapat menerima keputusan itu apabila beliau sempat menjerit kepada Speaker sebaik dewaan ditangguhkan, dengan melaungkan kata kata dia akan lawan.
Penggantungan ini memberi pengajaran kepada semua ahli Dewan dan sekaligus ia menununjukkan ketegasan Speaker Johari Abdul yang tidak berkompormi dengan sebarang tingkah laku ahli parlimen pembohong, pefitnah dan mencari popular dengan berbohong.
Sebelum ini Johari pernah membatalkan untuk menerima usul penggantungan ke atas Wan Saiful Wan Jan yang juga telah melakukan hal sama. Nampaknya kali ini Johari tidak lagi berkompromi dan mula menunjukkan kuasanya. Bagus. Trims.
BIDANG PERTANIAN JANGAN DILUPAKAN
Ahmad Norazlan.
Sekian lama bidang perikanan dan pertanian negara diabaikan.
Dasar oleh Perdana Menteri kedua Tun Razak sejak dekad 1960an (ketika sebagai TPM) hingga dekad 1970an yang menekankan pertanian diabaikan oleh Perdana Menteri keempat Tun Mahathir pada dekad 1980an yang teruja dengan dasar berteraskan teknologi.
Tatkala Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Badawi ingin mengembalikan kemajuan bidang pertanian, beliau dijatuhkan oleh Tun Mahathir.
Semoga kerajaan MADANI mampu mengembalikan kecemerlangan tradisi bangsa dalam bidang pertanian dan perikanan seiring dengan teknologi dan kemajuan zaman.
Mat Sabu
Tekong tempatan perlu lebih ramai dilahirkan kerana pada ketika ini negara kita banyak bergantung kepada tekong orang luar. Oleh itu nelayan yang berpotensi perlu dihantar dan dilatih di institut. LKIM perlu memandang serius perkara ini dan segera mengambil tindakan.
TAHAP TAK SAMPAI 100 KEDUDUKAN LAGI
Pemergian mengejut ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon, perlu ditangani dengan sebaiknya oleh pemangku, Pau Marti Vincente, dengan cabaran terbesar ialah mempersiapkan Harimau Malaya untuk menghadapi saingan dalam masa terdekat, iaitu Pestabola Merdeka.
Penganalisis sukan Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan, jika berpijak di bumi nyata, skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.
Tambahnya lagi, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus memberi kebebasan sepenuhnya untuk Pau Marti ‘berkarya’, dan biarkan beliau menjelajah ke seluruh negara untuk mencari barisan pemain yang baharu bagi mengimbangi skuad sedia ada.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
LAWAK POLITIK MALAYSIA
Gino Marvela
Macam-macam kerja gila di Malaysia, banyak sangat gelagat hasil minum air riang-riang. Nak ketawa pun ada, menyampah pun ada.
Ada soqang influencer yg ajar mengaji online nak tengok bibir perempuan ketika mengaji live, lepaihtu sumpah budak2 di sekolah jadi kaya...ada warga India dah 8 hari mogok lapar sebab isu Blackrock, sadiqsigaraga lari dari Muar - KL sambil berlari naik juga kereta, naik pula podium kemudian berjijiran ayaq lioq menafikan padahal rupanya mmg tak habiskan program pun...
Ni ada lg satu, naik ke matahari ketika malam & akan sampai ke matahari dlm 3 hari. 😂
Alahai...macam2 jenaka ada. Nak mogok pasai isu Blackrock ? Blackrock dh berpuluh tahun ada dlm Malaysia dgn kos pelaburan melebihi RM20bilion.
Isu yg di tunggang politik sedangkan hakikatnya Blackrock sendiri dah carigali emas di Kelantan menggunakan sykt proksi. Syarikat itu dapat hasil berbilion, tapi Kelantan di laporkan tidak memasukkan hasil galian ke kantung kerajaan negeri ? Cuba jawab isu ini dulu wahai lebai...kemana hasil galian itu pergi sedangkan Blackrock itu sendiri menikmati galian emas di Kelantan berbilion. Sapa yg memerintah ? 🤗
Sisi PH & kerajaan perpaduan pula, bertungkus lumus bawa pelaburan masuk, kembangkan pasaran modal, tarik pelabur...cuba pelbagai cara berlainan utk menguatkan ekonomi. Pujian demi pujian JP Morgan, Bloomberg, WSJ, World Bank & IMF itu sudah pasti membantu Malaysia keluar dari krisis hutang. Walaupun tidak menyeluruh, tapi sedikit sebanyak amat membantu Malaysia ketika berhempas pulas penyelamatan ekonomi.
Ya betul banyak subsidi yg perlu di potong, memang sedikit sebanyak ada yg terkesan. Dengan hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion yg berjaya di lunaskan dan masih ada lagi sedikit sebanyak di sisi lain yg perlu di uruskan.
Pedih...sakit...lapar & telan kecaman. Tapi hat PH & kerajaan Perpaduan inilah yg ambil tindakan penyelamatan & baik pulih ekonomi.
Ada yg kata Anwar itu lebih kejam dari Mahathir, Paklah, Muhyiddin, Ismail Sabri. Mahunya tak di cop kejam, satu persatu jerung di siasat...banyak yg makan rasuah atas meja & bawah meja di dakwa, sisi kerajaan sendiri yg berkhidmat puluh tahun sedap makan rasuah pun di siasat.
Itu yg di katakan Anwar itu kejam sangat sebab masing2 pungkoqnya panas membara.
Lagi malang, ada bibit2 kedengaran dari puak pembangkang sana di kalangan parti bunga itu sendiri...ada yg membisik katanya ekonomi negara akan lebih baik sekiranya Anwar jatuh dan barulah Mahathir akan bawa duitnya sendiri masuk ke negara ini utk baiki ekonomi negara.
Pi jalan daaah!!! Waktu Mahathir jadi PM2.0 apa yg dia buat ? Bukankah dia cuba pinjam duit dari Jepun berpuluh bilion tapi tak berjaya ? Awat tak bawa duit2 yg di katakan miliknya sendiri masuk ?
Ini semua jenaka politik ja. Betul, ada jasa2 Mahathir ketika jadi PM1.0 suatu ketika dahulu. Lani kudrat PM2.0 dah susut, bukan eranya lagi. Hanya bergantung kpd Lim Guan Eng yg menjawat menteri kewangan ketika itu yg berfikir untuknya.
Jadi, apakah Anwar itu lebih kejam & jahat antara semua Perdana Menteri yg terdahulu?
Lebih baik dia jadi kejam & lebih jahat, supaya penyangak kolar biru itu faham. Cukuplah berpuluh tahun Malaysia menderita. Kamu yg dh jadi PM terdahulu pun dok biarkan krisis 1MDB tu membarah, tutup Parlimen...tiba2 terbabit isu penyangak Janawibawa. Lebih aneh, waktu kamu jadi PM itulah juga kamu serahkan wang KWSP pd Februari 2021 sebanyak RM2.4bilion kpd Blackrock sbg pengurusan dana ekuiti.
Ha, tu nak kata apa ? Lani terpaksa membisu dan guna permainan sinikal. Di umpankan dgn mogok lapar 8 hari, boikot keluar dewan Parlimen kununnya tidak bersetuju. Sebenarnya hanya mencari helah buat penyelamatan diri masing2 yg semakin hari, semakin dekat ke penjara Sg Buloh.
Ada beberapa isu ekonomi yg GM ada, akan di lontarkan pd karya yg lain kelak. Cukup beberapa hint di sini dahulu. 😉
TAK MASUK AJARAN AGAMA KA APA?
MSO
PENYALAGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA DI KELANTAN TERTINGGI
Menteri Dalam Negeri (Mendane) Saifuddin Nasution Ismail memuji langkan kerajaan Kelantan yang serius membasmi penyalahgunaan dadah apabila memberi grant kepada HUSM untuk menangkis masalah penyalagunaan dadah di Kelantan.
Menurut Saifuddin gejalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 16 di Kelantan tertinggi sebanyak 65%.
Kata Saifuddin langkah kerajaan Kelantan itu patut ditepadani oleh negeri negeri kain. Saifuddin menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan wakil Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) yang cuba membentangkan statistik penyalahgunaan dadah yang tinggi di negara ini.
Persoalan dikemukakan Takiyuddinnitu seperti bola tanggung dijawab oleh Saifuddin dengan memberi tahu kes penyalahgunaan dada dalam kalangan remaja di Kelantan tertinggi. Trims.
YB FADLINA. CUBA TENGOK TENGOK APA PENCAPAIAN SEKOLAH PENGETUA INI.
M. FAIRUL AL QASAS.
Dasyat betul level pengetua ni? Tak reti guna otak kah untuk berfikir, analisis isu?
Desa HM
Kalau 'Pengetua' sekolah, otak hanya mampu berfikir setara ni... bayangkan bagaimana anak-anak murid... Sewenang-wenangnya dihasut dengan penyelewengan fakta dan propaganda kebencian melampau.
Nampaknya Pengetua ni, memang nk sngat jadi popular... so, jom kita pakat2 viralkan.
Bagi dia terkenal satu Malaya...
YB Fadhlina Sidek . Tolong intai-intai tengok jap... kurang kasih sayang barangkali.
🙄🙄🙄🙄
KEH. KEH. KEH.. UPSEREYNAPETEY...
Dengar khabar 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 diusulkan agar digantung selama 𝗲𝗻𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻. Ini berikutan ucapannya dalam parlimen tempohari yang menyebut 𝗸𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 sebagai sumber.
Masalahnya surat layang itu telah memburukkan nama seorang individu penjawat awam 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵. Iyalah. Dah nama pun surat layang.
Sebenarnya tindakan Wan Fayhsal tu bukan setakat merosakkan nama baik individu terbabit, bahkan turut 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻. Apa kes dewan dibuat 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗸𝗼𝗽𝗶. Bergosip pulak.
Rasanya ramai yang bersyukur kalau betul mamat ni digantung. Kalau boleh bukan 6 bulan je. Lebih elok kalau 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀. Kalau 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 tu lebih lagi sempurna.
Budak mentah ni bukan setakat 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 ketika berucap, malah cara dia berhujah pun, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗿𝗶𝘁, sangat-sangat 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹𝗸𝗮𝗻. Tak nampak matang langsung.
Inilah keadaannya bila sesebuah parti tu jenis 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁 je. Sampaikan orang macam Wan Faysal ni pun boleh 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮. Memang Bersatu parti yang 𝙡𝙤𝙬 𝙘𝙡𝙖𝙨𝙨. Guane boh?
Raja Gelap II
.
5 HARI MERTUAKU BERBUNYI. LAGI SATIRA LARUT MALAM.
Scam No One
𝐒𝐀𝐓𝐈𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌
Selagi nafas kamu berdua berhembus ...
Semestinya akan membazirkan oxygen dan menambahkan kandungan gas greenhouse.
KESIAN KENA TIPU DENGAN AHLI POLITIK YANG TAK CERDIK.
Kesian. Mereka ni manusia-manusia yang tertipu oleh sandiwara ahli politik.
Mana 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 𝖽𝖺𝗇 𝗞𝗝 yang sebelum ni beriya iya sangat 𝘴𝘱𝘪𝘯 fakta untuk hasut rakyat? Tak ikut sama? Patutnya merekalah depan sekali sebab mereka 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝘀𝘂𝗿𝘃𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸.
Bagus walaun ramai-ramai ikut mogok lapar ni. Lagi ramai lagi bagus. 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻, InsyaAllah Malaysia 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗺𝗮𝗻. Guane boh?
Raja Gelap II
.
VIDEO INSIDE - SAMDOL NI BUKAN CERDIK PUN.
Che Ibrahim
Budak, tapi nak main dgn orang tua.... MP kamu tu atas tiket PN, mereka hanya digugur ahli parti Bersatu, bukan PN.... Itu pun tarak faham ke???
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang bukti bertulis daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung status Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, Johari berkata berdasarkan rekod, bekas ahli Bersatu itu masih berada di bawah PN.
"Ada bukti hitam putih yang PN tulis untuk saya tarik dia keluar (daripada kedudukan dalam Dewan sekarang)?
"Kena tulis, saya tak tahu. Bersatu ada (hantar surat) tetapi PN belum, sebab rekod kita ikut PN, bukan Bersatu atau PAS. Sila buat demikian, Setiausaha Agung (PN) pun ada di sini," katanya.
Terdahulu, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) bangkit mempersoalkan kedudukan Syed Abu Hussin Hafiz ketika beliau mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sesi itu.
Sumber video:https://www.youtube.com/live/gIIhleZbbEw
MP BODO ELOK DOK LUAQ
Najib Bakar
Panas lagi nih! Mesti lepas ni Wan Ahmad Fayhsal kerah Armada turun berdemo puluh-puluh ribu orang...........
IKUT SURUHAN AGAMA.
Alhamdulillah. Nampaknya cara ini berhasil untuk mencegah kemungkaran komen-komen jelik dan fitnah.
MCMC melaksanakan tugas menurut suruhan agama.
Lydia Nur Kasih.
SKMM & PDRM mula serius tangani posting jelik, 3R, provokatif, fitnah, buli dan salahguna media sosial. "Kutip", rampas dan dakwa 👍💪
KENAPA 6 MP KEKAL.
Zainuddin Omar
Korang ramai-ramai MP yang luluskan pindaan perlembagaan ini dan sekarang ada MP yang mahu bawa ia ke mahkamah sebab parti mereka hilang kerusi.
Seorang ahli parlimen tidak boleh terhenti menjadi anggota dewan semata-mata kerana DIPECAT daripada parti politiknya.
Hanya ahli parlimen SUKARELA meninggalkan parti akan menyebabkan dia kehilangan kerusi itu.
Faham tak?
Kerusi ahli parlimen terbabit tetap KEKAL jika tindakan tersebut menyebabkan keahliannya dipecat.
********************
Percanggahan dalam perlembagaan membolehkan enam bekas ahli parlimen Bersatu terus mengekalkan kerusi masing-masing di Dewan Rakyat, kata seorang peguam.
Pada masa sama, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut mempersoalkan mengapa semua 222 ahli Dewan Rakyat tidak melihat percanggahan itu sebelum meluluskan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dua tahun lalu.
Peguam itu menegaskan kewaspadaan di pihak ahli parlimen terbabit sepatutnya boleh memastikan pindaan perlembagaan berkenaan dapat menangani isu enam ahli parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Kata peguam kanan itu, ada satu subklausa dalam perkara 49A itu menyatakan seseorang ahli parlimen akan berhenti menjadi ahli parlimen jika dia meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli bagi parti politik yang menjadi tiket dia bertanding - dan menang - dalam sesebuah pilihan raya.
Bagaimanapun, menurut Haniff Khatri, subklausa itu menyatakan seorang ahli parlimen tidak boleh terhenti menjadi anggota dewan semata-mata kerana dipecat daripada parti politiknya.
Peguam itu berkata peruntukan perlembagaan semasa menyatakan tindakan ahli parlimen sukarela meninggalkan parti akan menyebabkan dia kehilangan kerusi itu.
Bagaimanapun kerusi ahli parlimen terbabit tetap kekal jika tindakan tersebut menyebabkan keahliannya dipecat.
"Mengapa 222 ahli parlimen tidak melihat perkara ini (semasa menggubal akta tersebut dulu)?
"Adakah mereka buta semasa membentangkan rang undang-undang itu?
"Mereka tidak nampak percanggahan itu? Mengapa mereka tidak membetulkannya ketika itu?" kata Haniff kepada KiniTV dalam temu bual eksklusif.
Bersatu sebelum ini menghantar pemakluman bertulis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, bahawa enam ahli parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Anwar tidak lagi menjadi ahli parti terbabit.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zulkafperi Hanapi ( Tanjong Karang).
Bagaimanapun Johari membuat ketetapan semua enam ahli parlimen berkenaan kekal dengan kedudukan sedia ada kerana pindaan perlembagaan dilakukan Bersatu baru-baru ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
KERJASAMA DENGAN ERICSSON
Pelaburan dan kerjasama berterusan dengan syarikat telekomunikasi Ericsson, mampu meletakkan Malaysia menjadi negara teknologi 5G terkemuka di persada dunia.
Hasrat itu dizahirkan sewaktu pertemuan dengan delegasi Ericsson yang diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mr Börje Ekholm.
Melalui pertemuan ini, kami berbicara seputar berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang sudah melebihi 80 peratus daripada Kawasan Berpenduduk yang Diliputi (CoPA-Coverage of Populated Area) dengan mencatatkan prestasi dan pengalaman pengguna antara yang terbaik di dunia.
Susulan kejayaan pelaksanaan 5G di Malaysia, saya mengalu-alukan pelaburan, kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan keupayaan peluasan rangkaian 5G yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor.
Saya berharap agar kerjasama erat ini dapat memacu penggunaan 5G secara meluas hatta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
==========
Continued investment and collaboration with telecommunication company, Ericsson can position Malaysia as a leading 5G technology country on the world stage.
I expressed that desire during a meeting with the Ericsson delegation led by the President and CEO of the group Mr. Börje Ekholm today.
#MalaysiaMADANI
LEKEH. 6 BULAN KENA KERIAU. HANG DOK DALAM KENA LA HANG.
Che Ibrahim
Akibat melampau @ ghuluw dalam berpolitik, akhirnya merana sendirian...
Terpengaruh dengan ajaran sapa la ni???
HARAP PAS, SEMBANG JA LEBIH. APA PUN TAK LEH BUAT
Ahmad Norazlan
Harapannya Anwar yang kurang dari 24 bulan sebagai PM menoktahkan pembentangan RUU 355 yang berkali-kali ditangguhkan oleh Hadi dan PAS sepanjang 33 bulan sebagai kerajaan Persekutuan.
JKOM telah meninggal dunia.
Ahmad Mohammad Afendi
JKOM telah meninggal dunia.
.
Semua orang Kuala Kedah tahu akan jalan ini. Jalan belakang yang sepatutnya siap 15 tahun lepas, menghubungkan Kuala Kedah dari Jambatan Tok Pasai ke Perlis dengan laluannya memang tepi laut.
.
Projek ini terhenti selepas selepas Kedah jatuh ke tangan PAS zaman Almarhum Ustaz Azizan menjadi MB Kedah. Lepas itu, tiada bayangan bawah projek ini akan diteruskan sampailah masuk zaman DSAI menjadi PMX.
.
Dimana pembinaannya disambung semula pada bulan Mac 2024 dengan jajaran hingga ke Jerlun, Kubang Pasu, Kedah.
.
Di Kedah, banyak projek persekutuan yang (sengaja) tertangguh diteruskan semula oleh PMX melalui kementerian yang bertanggungjawab. Salah satu yang paling terbesar adalah penyambungan semula jajaran terusan kawasan pertanian MADA dari Sungai Baru ke Kubang Rotan yang berapa lama punya (sengaja) tertangguh.
.
Apabila kewangan negara diuruskan dengan baik, hasil diuruskan dengan berhemah DAN negara dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa besar maka perbelanjaan pembangunan dapat diberikan kepada semua negeri tanpa ada penangguhan disebabkan tak sama fahaman politik.
.
Seharusnya, menjadi kewajiban JKOM untuk menghebahkan kebaikan kebaikan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan DSAI ini. Namun, memandangkan ketuanya makan gaji buta, stafnya adalah deepstate yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan reputasi DSAI maka benda benda baik sebegini tidak divideokan untuk tontonan awam.
.
DSAI juga ada bodohnya, salah satu bodoh DSAI adalah kepercayaan terpilih terhadap sosok yang ada gelaran prof, dr, pensyarah dan sebagainya berbanding nak dengar pendapat akar umbi apabila berbicara tentang gerak kerja JKOM. Bodoh itu gagal diubati sampai sekarang. Sebab itu sepanjang hidupnya asyik kena khianat dan asyik keluar masuk penjara.
.
Belajarlah sama dari kisah Saidina Umar RA sewaktu memegang tampuk pemerintahan Madinah sebagai khalifah ke 3. Lihat bagaimana Saidina Umar RA secara sistematik melucut kedudukan orang munafik dan golongan deepstate dari kerajaan pimpinan beliau.
.
Sejarah wujud sebagai pendidikan paling bermanfaat untuk manusia. Hatta dalam Al Quran sendiri sebahagiannya adalah cerita tentang sejarah umat yang lepas mudahan kita mengambil pengajaran.
.
Manusia yang enggan mengambil pengajaran akan terhantuk kepala pada dinding yang sama pernah mencederakan kepalanya satu ketika dahulu..
.
JKOM adalah badan penerangan kerja buat kerajaan kepada rakyat. Kenapa projek yang baik ini, orang Kuala Kedah sendiri pun tak tahu bahawa projek ini hasil dari kecekapan mengurus kerajaan pimpinan DSAI? Yang orang Kuala Kedah tahu adalah ‘MB kami best’.
.
Sebab MB yang best itupun tak akan cerita bab kebaikan PMX menyambung projek projek yang (sengaja) tertangguh di Kedah ini dan dia hanya pandai claim benda yang bukan dari keringat usaha dia.
.
Sepertimana dia claim pelaburan banyak di Kedah itu seolah olah datang dari usaha dia. JKOM buat apa untuk membetulkan persepsi itu? Tiada.
.
Sakit hati betul bila rakyat tak nampak usaha baik hasil cermat dan berhemah.
Rang Undang-Undang/RUU 355
Ahmad Norazlan
Harapannya Anwar tidak asyik menangguh pembentangan RUU 355 berkali-kali seperti Hadi dalam kerajaan dahulu.
BOIKOT JA.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menyelar permohonan maaf yang dilakukan oleh George Town Festival 2024 dengan mendakwa ia dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh.
Baca seterusnya di: https://www.sinarharian.com.my/article/675472/edisi/utara/permohonan-maaf-tidak-bersungguh-sungguh
REGA MAHAL.. ZAMAN PN DULU TAK ADA BARANG
Ahmad Mursi
Ramai kata zaman Madani ni harga barang naik dengan teruk. Tapi data CPI kita tak tunjukkan begitu. Kadar inflasi berjaya diturunkan dari 4% masa PRU15 ke 1.5% dan kini naik pada kadar 2%.
2% tu inflasi yang sihat dalam ekonomi yang sedang berkembang, kadar pengangguran rendah dan rakyat berbelanja.
Kini cabarannya gaji rakyat naik perlahan yang kerajaan nak selesaikan dengan Dasar Gaji Progresif. Kakitangan awam akan naik akhir tahun ni.
Pembangkang yang komplen ni, waktu mereka jadi kerajaan tidak lebih baik dari sekarang. Igauan ngeri minyak masak cecah RM50 sebotol tu rakyat masih ingat.
Boleh ke jadi kerajaan dengan ukur ekonomi hanya melalui cakap2 di medsos, di kedai kopi sahaja?
Satu kawasan mungkin terjejas, tapi kawasan lain mungkin tak terjejas. Pendalaman lain, kawasan bandar mungkin lain.
Tentulah kerajaan kena rujuk data2 yang diukur ikut standard antarabangsa di lakukan oleh kakitangan kerajaan yang terlatih.
Cuba tengok zaman mana harga naik dengan drastik, zaman mana pula mereda.
FORUM WAKAF TINGKAT EKONOMI UMMAT
Forum Bicara al-Din Wakaf Tingkatkan Sosio Ekonomi Negara, sempena Majlis Menandatangi Perjanjian Perlantikan Mutawalli di Antara IKIM dan MAiWP bersama Ybhg Dr Razali Othman (AJK Wakaf Maiwp) dan saudara Mohammad Syafiq (moderator). Saya on behalf sebagai ahli IKIM di samping ACIS, UiTM menyertai wacana tersebut. Baru sedar rupanya saya telah lama berfriend dengan Datuk Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP. Semalam dapat bersua secara tatap muka. Masya Allah, hebat orangnya.
Saya turut memperkenalkan peranan Sheikh Junid Thala dalam bukunya Mengadakan Kaifiyat Waqaf Muslimin yang ditulis pada tahun 1348 Hijriah (+-1929 Masehi). Dalam risalah setebal 29 muka surat, Sheikh Junid memperkenal 100 kaifiyat membuat wakaf kepada segenap lapisan masyarakat Melayu yang mempunyai pendapatan daripada 6 sumber iaitu tanah darat, zakat, wang ripi, tanah pertanian, perniagaan dan pertukangan.
Antara cadangan bernas beliau yang melangkaui zamannya adalah seperti membangunkan pusat jana elektrik, jambatan bertol, rumah asap getah, jeti, gudang simpan barang di pelabuhan, pusat kesihatan-terapi di tepi pantai, muzium, pusat rekreasi perkelahan tepi sungai dan sebagainya yang boleh dijadikan aset wakaf. Hasil daripada pendapatan aset tersebut digunakan untuk kegunaan umat Islam (halaman 11-17).
Sheikh Junid beraliran tajdid yang terpengaruh dengan pembaharuan di al-Azhar, Mesir waktu itu. Dia bukan Salafi yang menghabiskan masa mengkritik dan membid'ahkan amalan masyarakat setempat. Sebaliknya tajdid beliau terfokus pada peningkatan ekonomi umat Islam yang diaplikasi dengan jayanya di sekitar Padang Rengas, Perak.
Beliau layak diangkat sebagai 'Bapa Pembangunan Wakaf di Nusantara'.
Soalan saya, adakah saya yang bertubuh besar atau fizikal orang lain yang sederhana?.. Musykil..
Dr HK
16.7.2024
SPEKER DUN MELAKA BOLEH ISTIHAR KERUSI KOSONG KOT
Dalam isu 6 MP Bersatu yang sokong PMX tu, PN tak puas hati kerusi mereka dikekalkan kerana bagi PN 𝗦𝗽𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳.
Bila notis dihantar, Speaker hanya perlu umum kerusi dikosongkan dan kemudian 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗣𝗥 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗞.
Jadi untuk 𝗔𝗱𝘂𝗻 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮 ni, aku harap Speaker DUN Melaka bila UMNO hantar notis nanti, tak perlu takrif,, 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗲 𝗶𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴.
Takkan PN nak marah? Bukan itu ke yang mereka nak? Mereka mahu 𝗦𝗽𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗼𝘀𝗺𝗲𝗻 . Hanya menyampaikan saja.
Kalau PN marah, masa tu harap rakyat dapat melihat 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗽𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗡 𝘁𝘂. Guane boh?
Raja Gelap II
.
AWAT PULAK.?
Nazri Hamdan
Kenapa nak warning Minister pada masa tu?
Kenapa tak warning BOD?
Sebabnya boss kepada CEO ialah Minister
Sebab minister lantik CEO
Bukan BOD
Ni salah satu punca kerosakan corporate governance
Sentuhan orang politik kepada organisasi korporat akan lebih merosakkan daripada bagi kebaikan
Praktis melantik CEO oleh menteri ni perlu dihentikan
CEO patut dilantik oleh BOD
Dah terbukti ia adalah satu punca kelemahan yang ada dalam HRD Corp
Untuk itu Akta PSMB 2001 perlu dirombak semula
Bukan saja pada HRD Corp. Tapi pada company limited by guarantee yang berkait dengan kerajaan.
KERUSI PANAS
MSO
Kerusi panas dalam parti politik ialah kerusi timbalan presiden. Seseorang yang jadi timbalan presiden selalu kekok untuk sesuaikan diri dengan presiden.
Keadaannya serba salah bila bersama presiden tidak boleh duduk di depan tidak boleh sangat terkebelakang. Duduk dikanan dikatakan redikal duduk dikira dianggap pasif.
Sebab itu sesiapa menduduki jawatan ini serba salah dan ada yang memendam rasa. Saya akan sorot mengenai pemegang jawatan ini dalam empat buah parti. Trims.
REGA MURAH UN TAK SUKA.
Najib Bakar
Kalau harga barang terkawal, semua happy kecuali walaun.
Depa cuma happy kalau harga barang naik.
Orang tak orait hampa ni un?
*Dah sebulan lebih subsidi diesel disasar.
KENA 6 BULAN HANG KERIAU. ORANG YANG HANG TAWAR BUNUH TU.. 15 TAHUN DALAM JEL. KIRA HANG NI LEKEH LA NO.
Wajah walaun keriau bila kena jel 6 bulan. Aku nak kata padan muka hang ja. Selama dalam arus reformasi, kami tidak diajar sampai nak bunuh pun. Kalau ikut jahatnya mahazalim, ramai marah, tapi dalam politik tak macam ko yang memang bodoh. Menyusahkan diri dan keluarga. Otak tak da ka?
Hisham Fauzi
Kadang-kadang kami peguam ni rasa kesian kepada orang yg kalau dapat keyboard jer terus tak sedar dah apa yang ditulis.
Ataupun yang jenis buat video tiktok konon kontroversi untuk jadi fyp sampai sanggup mengeluarkan ugutan jenayah secara terbuka.
Jangan main-main saudara....
Ugutan merupakan satu kesalahan jenayah dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UGUTAN JENAYAH
Ugutan jenayah telah ditafsirkan di dalam seksyen 503 Kanun Keseksaan yang mana secara ringkasnya sebagai mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
Sebagai contoh “aku akan tumbuk muka engkau sampai tercabut gigi kalau kau tak mintak maaf sekarang!”
HUKUMAN
Terdapat 2 jenis hukuman yang terdapat didalam seksyen 506 Kanun Keseksaan bergantung kepada jenis atau tahap ugutan tersebut sepertimana berikut;
Sekiranya ugutan untuk menyebabkan kematian, cedera parah, kerosakan melalui kebakaran (seperti bakar rumah), mentohmahkan seorang perempuan sebagai jalang, atau hendak menyebabkan apa-apa perbuatan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara boleh sampai 7 tahun ; maka seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman penjara boleh sampai 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali;
Sekiranya ugutan tersebut selain yang dinyatakan di atas – hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Jadi, kalau pun anda rasa anda betul dan seseorang itu salah, gunakanlah saluran undang-undang yang betul dengan membuat laporan polis dan/atau melantik peguam bagi mengambil tindakan perundangan. Bukannya dengan cara mengugut dan memviral. Akibatnya silap-silap anda yang masuk "ke dalam" dulu...