Gino Marvela
Macam-macam kerja gila di Malaysia, banyak sangat gelagat hasil minum air riang-riang. Nak ketawa pun ada, menyampah pun ada.
Ada soqang influencer yg ajar mengaji online nak tengok bibir perempuan ketika mengaji live, lepaihtu sumpah budak2 di sekolah jadi kaya...ada warga India dah 8 hari mogok lapar sebab isu Blackrock, sadiqsigaraga lari dari Muar - KL sambil berlari naik juga kereta, naik pula podium kemudian berjijiran ayaq lioq menafikan padahal rupanya mmg tak habiskan program pun...
Ni ada lg satu, naik ke matahari ketika malam & akan sampai ke matahari dlm 3 hari. 😂
Alahai...macam2 jenaka ada. Nak mogok pasai isu Blackrock ? Blackrock dh berpuluh tahun ada dlm Malaysia dgn kos pelaburan melebihi RM20bilion.
Isu yg di tunggang politik sedangkan hakikatnya Blackrock sendiri dah carigali emas di Kelantan menggunakan sykt proksi. Syarikat itu dapat hasil berbilion, tapi Kelantan di laporkan tidak memasukkan hasil galian ke kantung kerajaan negeri ? Cuba jawab isu ini dulu wahai lebai...kemana hasil galian itu pergi sedangkan Blackrock itu sendiri menikmati galian emas di Kelantan berbilion. Sapa yg memerintah ? 🤗
Sisi PH & kerajaan perpaduan pula, bertungkus lumus bawa pelaburan masuk, kembangkan pasaran modal, tarik pelabur...cuba pelbagai cara berlainan utk menguatkan ekonomi. Pujian demi pujian JP Morgan, Bloomberg, WSJ, World Bank & IMF itu sudah pasti membantu Malaysia keluar dari krisis hutang. Walaupun tidak menyeluruh, tapi sedikit sebanyak amat membantu Malaysia ketika berhempas pulas penyelamatan ekonomi.
Ya betul banyak subsidi yg perlu di potong, memang sedikit sebanyak ada yg terkesan. Dengan hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion yg berjaya di lunaskan dan masih ada lagi sedikit sebanyak di sisi lain yg perlu di uruskan.
Pedih...sakit...lapar & telan kecaman. Tapi hat PH & kerajaan Perpaduan inilah yg ambil tindakan penyelamatan & baik pulih ekonomi.
Ada yg kata Anwar itu lebih kejam dari Mahathir, Paklah, Muhyiddin, Ismail Sabri. Mahunya tak di cop kejam, satu persatu jerung di siasat...banyak yg makan rasuah atas meja & bawah meja di dakwa, sisi kerajaan sendiri yg berkhidmat puluh tahun sedap makan rasuah pun di siasat.
Itu yg di katakan Anwar itu kejam sangat sebab masing2 pungkoqnya panas membara.
Lagi malang, ada bibit2 kedengaran dari puak pembangkang sana di kalangan parti bunga itu sendiri...ada yg membisik katanya ekonomi negara akan lebih baik sekiranya Anwar jatuh dan barulah Mahathir akan bawa duitnya sendiri masuk ke negara ini utk baiki ekonomi negara.
Pi jalan daaah!!! Waktu Mahathir jadi PM2.0 apa yg dia buat ? Bukankah dia cuba pinjam duit dari Jepun berpuluh bilion tapi tak berjaya ? Awat tak bawa duit2 yg di katakan miliknya sendiri masuk ?
Ini semua jenaka politik ja. Betul, ada jasa2 Mahathir ketika jadi PM1.0 suatu ketika dahulu. Lani kudrat PM2.0 dah susut, bukan eranya lagi. Hanya bergantung kpd Lim Guan Eng yg menjawat menteri kewangan ketika itu yg berfikir untuknya.
Jadi, apakah Anwar itu lebih kejam & jahat antara semua Perdana Menteri yg terdahulu?
Lebih baik dia jadi kejam & lebih jahat, supaya penyangak kolar biru itu faham. Cukuplah berpuluh tahun Malaysia menderita. Kamu yg dh jadi PM terdahulu pun dok biarkan krisis 1MDB tu membarah, tutup Parlimen...tiba2 terbabit isu penyangak Janawibawa. Lebih aneh, waktu kamu jadi PM itulah juga kamu serahkan wang KWSP pd Februari 2021 sebanyak RM2.4bilion kpd Blackrock sbg pengurusan dana ekuiti.
Ha, tu nak kata apa ? Lani terpaksa membisu dan guna permainan sinikal. Di umpankan dgn mogok lapar 8 hari, boikot keluar dewan Parlimen kununnya tidak bersetuju. Sebenarnya hanya mencari helah buat penyelamatan diri masing2 yg semakin hari, semakin dekat ke penjara Sg Buloh.
Ada beberapa isu ekonomi yg GM ada, akan di lontarkan pd karya yg lain kelak. Cukup beberapa hint di sini dahulu. 😉