Ahmad Norazlan.
Sekian lama bidang perikanan dan pertanian negara diabaikan.
Dasar oleh Perdana Menteri kedua Tun Razak sejak dekad 1960an (ketika sebagai TPM) hingga dekad 1970an yang menekankan pertanian diabaikan oleh Perdana Menteri keempat Tun Mahathir pada dekad 1980an yang teruja dengan dasar berteraskan teknologi.
Tatkala Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Badawi ingin mengembalikan kemajuan bidang pertanian, beliau dijatuhkan oleh Tun Mahathir.
Semoga kerajaan MADANI mampu mengembalikan kecemerlangan tradisi bangsa dalam bidang pertanian dan perikanan seiring dengan teknologi dan kemajuan zaman.
Mat Sabu
Tekong tempatan perlu lebih ramai dilahirkan kerana pada ketika ini negara kita banyak bergantung kepada tekong orang luar. Oleh itu nelayan yang berpotensi perlu dihantar dan dilatih di institut. LKIM perlu memandang serius perkara ini dan segera mengambil tindakan.