Langsung dari Parlimen
KERANA FITNAH DIHUKUM ENAM BULAN
Parlimen telah menggantung wakil dari Machang Wan Ahmad Fashyal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan kerana membohong dan memfitnah dalam dewan.
Usul penggantungan itu dibawah oleh Menteri Undang-Undang dan Refrom Institusi Azalina Othaman Said tengah hari tadi.
Penggantungan wakil daripada Machang itu setelah dijalankan pengundian 110 menyokong dan 63 wakil menentang. Manakala 46 orang wakil tidak hadir termasuk wakil Marang.
Keputusan muktamad, Wan Fayhsal digantung selama enam bulan. Wakil Machang itu tidak dapat menerima keputusan itu apabila beliau sempat menjerit kepada Speaker sebaik dewaan ditangguhkan, dengan melaungkan kata kata dia akan lawan.
Penggantungan ini memberi pengajaran kepada semua ahli Dewan dan sekaligus ia menununjukkan ketegasan Speaker Johari Abdul yang tidak berkompormi dengan sebarang tingkah laku ahli parlimen pembohong, pefitnah dan mencari popular dengan berbohong.
Sebelum ini Johari pernah membatalkan untuk menerima usul penggantungan ke atas Wan Saiful Wan Jan yang juga telah melakukan hal sama. Nampaknya kali ini Johari tidak lagi berkompromi dan mula menunjukkan kuasanya. Bagus. Trims.