JKOM telah meninggal dunia.

 

Ahmad Mohammad Afendi



JKOM telah meninggal dunia.

.



Semua orang Kuala Kedah tahu akan jalan ini. Jalan belakang yang sepatutnya siap 15 tahun lepas, menghubungkan Kuala Kedah dari Jambatan Tok Pasai ke Perlis dengan laluannya memang tepi laut.

.

Projek ini terhenti selepas selepas Kedah jatuh ke tangan PAS zaman Almarhum Ustaz Azizan menjadi MB Kedah. Lepas itu, tiada bayangan bawah projek ini akan diteruskan sampailah masuk zaman DSAI menjadi PMX.

.

Dimana pembinaannya disambung semula pada bulan Mac 2024 dengan jajaran hingga ke Jerlun, Kubang Pasu, Kedah.

.

Di Kedah, banyak projek persekutuan yang (sengaja) tertangguh diteruskan semula oleh PMX melalui kementerian yang bertanggungjawab. Salah satu yang paling terbesar adalah penyambungan semula jajaran terusan kawasan pertanian MADA dari Sungai Baru ke Kubang Rotan yang berapa lama punya (sengaja) tertangguh.

.

Apabila kewangan negara diuruskan dengan baik, hasil diuruskan dengan berhemah DAN negara dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa besar maka perbelanjaan pembangunan dapat diberikan kepada semua negeri tanpa ada penangguhan disebabkan tak sama fahaman politik.

.

Seharusnya, menjadi kewajiban JKOM untuk menghebahkan kebaikan kebaikan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan DSAI ini. Namun, memandangkan ketuanya makan gaji buta, stafnya adalah deepstate yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan reputasi DSAI maka benda benda baik sebegini tidak divideokan untuk tontonan awam.

.

DSAI juga ada bodohnya, salah satu bodoh DSAI adalah kepercayaan terpilih terhadap sosok yang ada gelaran prof, dr, pensyarah dan sebagainya berbanding nak dengar pendapat akar umbi apabila berbicara tentang gerak kerja JKOM. Bodoh itu gagal diubati sampai sekarang. Sebab itu sepanjang hidupnya asyik kena khianat dan asyik keluar masuk penjara.

.

Belajarlah sama dari kisah Saidina Umar RA sewaktu memegang tampuk pemerintahan Madinah sebagai khalifah ke 3. Lihat bagaimana Saidina Umar RA secara sistematik melucut kedudukan orang munafik dan golongan deepstate dari kerajaan pimpinan beliau.

.

Sejarah wujud sebagai pendidikan paling bermanfaat untuk manusia. Hatta dalam Al Quran sendiri sebahagiannya adalah cerita tentang sejarah umat yang lepas mudahan kita mengambil pengajaran.

.

Manusia yang enggan mengambil pengajaran akan terhantuk kepala pada dinding yang sama pernah mencederakan kepalanya satu ketika dahulu..

.

JKOM adalah badan penerangan kerja buat kerajaan kepada rakyat. Kenapa projek yang baik ini, orang Kuala Kedah sendiri pun tak tahu bahawa projek ini hasil dari kecekapan mengurus kerajaan pimpinan DSAI? Yang orang Kuala Kedah tahu adalah ‘MB kami best’.

.

Sebab MB yang best itupun tak akan cerita bab kebaikan PMX menyambung projek projek yang (sengaja) tertangguh di Kedah ini dan dia hanya pandai claim benda yang bukan dari keringat usaha dia.

.

Sepertimana dia claim pelaburan banyak di Kedah itu seolah olah datang dari usaha dia. JKOM buat apa untuk membetulkan persepsi itu? Tiada.

.

Sakit hati betul bila rakyat tak nampak usaha baik hasil cermat dan berhemah.