PMX Berjaya Jernihkan Hubungan Putrajaya - Riyadh







Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

13 May 2024 



ULASAN: Hubungan Malaysia - Arab Saudi mula dikesan bermasalah semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2018. Langkah drastik Tun Mahathir membatalkan rancangan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) hanya setelah tiga bulan memegang kuasa telah mengguris perasaan kepimpinan di Riyadh. 


Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila Tun Mahathir mengambil keputusan keluar daripada pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi. Kehadiran tentera Malaysia di Arab Saudi hanyalah bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman yang sedang berhadapan konflik semenjak tahun 2015. Keputusan Tun itu memberi bebanan lebihan kepada Riyadh untuk mengawal keadaan.


Hubungan Riyadh - Putrajaya kemudian bertukar dingin apabila Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019. Penganjuran program tersebut mengundang rasa tidak puas hati Arab Saudi melalui undangan terhadap Qatar dan Iran (yang berada dalam situasi ketegangan diplomatik dengan Arab Saudi ketika itu). 


Justeru wujud tekanan sehingga menyebabkan Pakistan dan Indonesia menarik diri daripada menyertai sidang tersebut. Tun Mahathir bukan sahaja gagal mencapai objektif penganjuran KL Summit 2019, malah beliau telah menyebabkan hubungan baik  Putrajaya dan Riyadh terjejas.


*PMX usaha keras jernihkan hubungan*


Hubungan kurang memberansangkan Putrajaya - Riyadh cuba diperbaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX). Pada peringkat awal PMX cuba mengambil hati kepimpinan Riyadh dengan menjadikan Arab Saudi sebagai negara luar pertama selain ASEAN yang dilawat oleh beliau secara rasmi. 


Walaupun kepimpinan Malaysia tidak berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa lawatan pertama PMX ke Arab Saudi pada Mac 2023. Namun PMX terus berusaha mengeratkan hubungan melalui pertemuan rasmi kedua bersama Putera Mahkota, Mohammed Salman pada Oktober 2023. Pertemuan tersebut menjadi asas pemulihan hubungan antara Putrajaya - Riyadh.


Hubungan yang berjaya diperbaiki itu telah dimanifestasikan pada tahun 2024 melalui penganjuran Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya. Persidangan tersebut anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Liga Muslim Sedunia (Muslim World League - MWL) yang berpusat di Riyadh. 


Kerjasama ini berhasil memanifestasikan usaha Putrajaya - Riyadh untuk memimpin ummah sebagai sebuah kesatuan yang utuh. PMX tekankan konsep lita'rafu dan karamah insaniah dalam kalangan perwakilan 60 negara yang hadir ke sidang berkenaan.


*Baiki hubungan tindakan terbaik*


Tindakan PMX sedaya upaya memperbaiki hubungan Putrajaya - Riyadh adalah satu tindakan wajar memandangkan Riyadh memiliki pengaruh yang kuat ke atas kerajaan-kerajaan Islam termasuk menerusi bantuan-bantuan kewangan serta kawalan ke atas Mekah dan Madinah yang membolehkan ia menentukan kuota haji tahunan. 


Justeru itu hubungan Putrajaya-Riyadh perlulah sentiasa diutamakan. Perselisihan dengan Arab Saudi tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.


_________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor



KERANA SANTAN




Ramai penganalisa jangkakan, PRK Kuala Kubu Bharu merupakan persaingan sengit UG vs PN. Majoritinya menelah, UG boleh menang namun margin sipi2. Mungkin bawah 1000 undi kali ini. 


Namun lain yang terjadi. Walaupun peratus keluar mengundi berkurang hampir 10% berbanding PRN6, UG menang bergaya. Majoriti 3,869 undi. 


Semua kategori undi UG meningkat. Peningkatan undi popular ke undi semua kaum. Yang dikatakan kaum India akan lari ke PN, rupanya undi mereka terhadap UG lebih banyak dari PRN. 


Yang mengejutkan, Undi penjawat awam UG dapat 70% . Pertama kali terjadi ketika PRK yang ada. Yang menambah garam ke luka, ada 5 pusat undi yang majoriti Melayu sudah kembali mengundi UG.


Mengambil kira ia hanya PRK, ini bukan menang kecik2 anak. Ini menang boleh mendabik dada. Referendum 10 negeri di Malaysia akan turut mengundi pattern sama. Cuma SG4 saja yang perlu ditangani lain masa. 


Saya percaya PN terkezutttttt juga. Minggu terakhir, bila Setiausaha Agong PAS sudah bunyi desperate, saya tahu mereka tahu nak kalah. Diancam nya pengundi KKB, kalau PH menang, mereka confirm lawan di Mahkamah. Siap kata kena undi PN kalau taknak undi sekali lagi 🤦🏻‍♀️ Kenyataan gila dan huduh sekali. 


Pada saya, UG menang BUKAN bermaksud rakyat sudah SUKA GILA dengan Kerajaan. Banyak juga mereka belum berkenan. 


Namun mereka lagi “kureng” dengan PEMBANGKANG. Bawa politik benci dan adu domba. Mainkan isu kaum dan agama. Rakyat dah letih sebenarnya. 


PN kalah sebab banyak pemimpinnya mulut puaka. Sindrom kerana santan pulut binasa. 


1. Isu sekolah dan sijil oleh Fadhli Shaari, such a bad taste. Menjerut leher sendiri bila nak hentam sekolah vernakular. Terpaksa di-cover oleh WAF. Itu pun kantoi juga, bila Armada berdolak dalih. Dulu cakap lain sekarang lain. 


2. Setiausaha Agong PAS, “bertaki2 ramba” depa gelar. Ugut pengundi, ugut ahli sendiri. Hari terakhir masih buat politik benci, dok ulang2 kes Perdana Menteri. Kalau berlebihan, akan backfired. Dari nak buat benci, orang akan kasihan pula. 


3. WAF pergi berkempen banyak foot in the mouth syndrome. Dari tak hormat azan, ke memperlekehkan naik gaji penjawat awam. Kempen ARMADA nampak super unprofessional. Macam BBNU sahaja. Jauh beza dari Pemuda UMNO dan DAPSY. 


Ternyata referendum rakyat di KKB, bukan untuk UG. Tetapi untuk Pembangkang. Jangan jadi Pembangkang MEDIOCRE. Bagi calon pun biasa2 saja. Cara berkempen pun masih takuk lama. Dok asyik mainkan isu kaum dan agama. It won’t be sustainable, kalau nak memerintah negara berbilang bangsa. 


Udah2 la tu bawa politik kebencian. Sekarang masa pengundi nak tengok politik khidmat pula. Kita mengundi bukan hanya untuk kaum dan agama. Yang lebih penting undi itu untuk negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


Grafik oleh Zunar Cartoonist Fan Club


https://www.facebook.com/share/p/aptU5uMXFt7sxQSi/?mibextid=qi2Omg



REFERENDUM RAKYAT DI KKB - AKHIRNYA PN TERCEKIK MAKAN UBI KAYU DAN SKOMM SAHUT CABARAN TURUN GELANGGANG











Pada hari permulaan gelanggang PRK KKB dibuka lagi, kita dapat menyaksikan betapa PN hadir tanpa bekalan modal, kecuali mengusung ubi kayu dan poster provokasi terhadap Umno dan Dap.  Sejak awal lagi, Takiyuddin, SUA Pas menunjukkan sikap mengaku kalah apabila mengugut akan membuat petisyen bantahan sekiranya PN tewas di KKB.


Bagi PH yang mewakili kerajaan perpaduan, kami masuk gelanggang dengan penuh yakin dan bersemangat.  Semua parti gabungan di dalam kerajaan perpaduan, kecuali MCA, telah mempamerkan semangat kerjasama terbaik.  MCA dilihat masih tercari2 hala tuju parti mereka, terlalu lembab parti ini di dalam membuat keputusan disaat2 genting.  PH dan rakan2 yang lain termasuk Umno tidak boleh melengahkan masa menanti MCA yang lembab itu.  Kita harus terus bergerak laju ke medan perang.


Kekuatan parti2 di dalam gabungan kerajaan perpaduan turut diperkasakan lagi dengan kehadiran beberapa NGO dan pertubuhan sukarelawan yang mendukung penuh kepimpinan PMX.  Salah satunya adalah SKOMM yang kami wujudkan menjelang beberapa minggu sebelum PRK di KKB.  Sekretariat Komunikasi Media Madani (SKOMM) umpama bayi yang masih merah lagi telah mengambil cabaran untuk turun ke gelanggang pilihanraya di KKB.


PRK di KKB ini merupakan pentas pertama kami di dalam berkempen secara fizikal secara berkumpulan.  Sebelum ini, ramai di antara kami terutamanya penggiat media sosial hanya berkempen melalui media sosial seperti fb, tik tok, youtube, space, X dan berbagai lagi, atau hanya bergerak bersendirian.  Kali ini, kami turun sendiri dan mengikuti gerak kerja kempen di lapangan termasuk mengadakan ceramah bergerak di tapak pasar malam di Kuala Kubu Baru.  Hampir kesemua penggiat media sosial mengambil bahagian di dalam pentas ceramah tersebut.  Sebelah malamnya pula, kami mengadakan live di tik tok untuk berkempen bagi membantu calon PH di KKB.  Kerjasama semua influncer dan penggiat media sosial pro kerajaan perpaduan amat mengkagumkan.


Bak kata Muhyiddin sewaktu berkempen, PRK Kuala Kubu Baru merupakan satu referendum rakyat terhadap kerajaan sekarang.  Ternyata, rakyat menyatakan sokongan kuat kepada kerajaan perpaduan seperti referendum yang mereka zahirkan pada 11 mei baru2 ini.  Rakyat menolak PN yang hanya tahu bermain dengan isu perkauman, agama dan isu2 fitnah peribadi.  


Sekalung tahniah buat calon PH/kerajaan perpaduan dari Dap, Ms Pang Sock Tao yang menang dan merampas banyak kawasan majoriti melayu dari PN.  Seandainya lebih ramai yang turun mengundi, nescaya kita mampu menang dengan undi lebih besar lagi.  Terima kasih juga kepada Umno dan Mic yang turut memberikan komitmen membantu calon di KKB.  


Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendukung dan aktivis SKOMM serta rakan2 aktivis sosial yang lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu calon kerajaan perpaduan.  insyaAllah, ini bukan aktiviti pertama dan terakhir buat kita semua.  Alhamdulillah, tenaga kita semua berjaya leburkan propaganda jahat cytro2 dari PN sepanjang kempen di KKB.  


Tahniah semua.


WFAUZDIN NS



TANAH REZAB MELAYU DI BANDAR MALAYSIA.

 





Tahukah anda yang Kem Sungai Besi akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia?


Tahukah anda bahawa keluasan yang akan dibangunkan ialah 486 ekar?


Tahukah anda bahawa menurut anggota kabinet, YBM Muhammad Sabu, PMX Anwar Ibrahim telah mencadangkan 50 ekar dari tanah tersebut dijadikan Tanah Rezab Melayu.


Perkara tersebut disahkan sendiri oleh PMX Anwar Ibrahim dalam ucapannya semasa kongres Bumiputra baru-baru ini. Malah kata Anwar, kerajaan menyasarkan 200 ekar tanah kerajaan yang lain dimana 50 ekar itu dari Bandar Malaysia. 


Biasanya kerajaan akan mengambil tanah hutan dan Hulu kampung untuk digantikan sebagai Tanah Rezab Melayu, setelah Tanah Rezab Melayu dibandar diambil untuk pembangunan. 


Tapi di zaman Kerajaan Madani, Kerajaan ambil tanah tengah bandar yang bernilai bilion ringgit untuk dijadikan sebagai Tanah Rezab Melayu. 


Tahniah dan syabas Kerajaan Madani dan semua anggota kabinet yang meluluskan nya.


Fairul al Qasas 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



MAHIADDIN, HADI BERI LALUAN SELESA ANWAR KEKAL PM BAGI PENGGAL KEDUA?

 

Bersatu akan mengadakan pemilihan partinya dalam tempoh satu dua bulan akan datang, manakala pemilihan Pas yang seterusnya ialah pada tahun depan.

Berikutan kegagalan PN merampas kerusi Dun Kuala Kubu Bharu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyarankan agar Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan Presiden Pas, Hadi Awang, segera mengundurkan diri.


Menurut Zaid, berdasarkan keputusan PRK itu, PN perlu menampilkan pemimpin baharu yang boleh memberi harapan untuk PN berlawan dengan Anwar Ibrahim pada PRU16 akan datang.

“PAS dan Bersatu kini mesti mula menukar pemimpin mereka. Bawalah barisan pemimpin politik sebenar yang boleh memberi persaingan kepada Anwar


“Jika tidak, Anwar akan menjadi Perdana Menteri untuk masa yang lebih lama,” katanya.

Dalam konteks Mahiaddin yang dikatakan masih mahu ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, Zaid menambah, Pengerusi PN itu tidak henti-henti bercakap mengenai pencapaian masa lalunya sebagai pemimpin negara.

“Tetapi, itu zaman yang sudah berlalu. Apa yang dia tawarkan untuk masa depan?


“Tiada apa, maka tiba masanya untuk beliau berundur,” tambah Zaid lagi.


Apa yang dilontarkan Zaid ini memang banyak kebenarannya, bahkan berkenaan Mahiaddin sebagai calon Perdana Menteri, saya sudah menulis dua hari lalu bahawa tiada harapan untuk PN menang pada PRU16 akan datang jika beliau masih diletakkan sebagai pertaruhan untuk berlawan dengan Anwar yang kini menerajui kerajaan perpaduan.

PN perlukan pemimpin baru yang segar, bukan yang semakin tua serta terpalit pula dengan kegagalan masa lalu.

Pemilihan pucuk pimpinan Bersatu dalam waktu terdekat ini dan pemilihan Pas pada tahun depan adalah waktu terbaik untuk kedua-dua parti melakukan perubahan.

Jangan takut untuk berubah jika inginkan kemenangan, tambahan lagi selain kedua-duanya iaitu Presiden Bersatu dan Pas itu semakin berusia, salah seorangnya sudah pun pernah merasai duduk sebagai Perdana Menteri, manakala seorang lagi agak uzur dan lebih kerap berulang alik ke hospital.

Hakikatnya, mereka berdua tidak perlu lagi mengejar apa-apa jawatan di dunia ini.

Peranan mereka kini sepatutnya memastikan PN kekal relevan dengan menyediakan barisan kepimpinan baharu yang lebih diyakini.

Tanpa kedua-duanya sedia berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, kekalnya lagi Mahiaddin dan Hadi tidak ubah seperti PN menghadiahkan tropi kemenangan lebih awal kepada Anwar untuk selesa sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua – tiga tahun sebelum tibanya tarikh PRU16. – ShahbudinHusin 13Mei2024.


PMX SAMPAI DI DOHA QATAR







 Alhamdulillah selamat mendarat di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.


Ketibaan saya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi. 


Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha. 


Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar. 


Moga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



GILA JAWATAN



NAJIB BAKAR


 Berita sebelah kiri disebut oleh Azmin Ali. Dia saja ja tu test water nak tengok apa respon PAS. 


Ni apa yang aku nampak.


Sebabnya Azmin ni yang nak sangat jadi calon PM dari PN. Dia sebut tu sebab nak ukur sokongan PAS terhadap Muhyiddin.


Bila Tuan Ibrahim respon balas macam berita di sebelah kanan, Azmin fahamlah yang PAS dah tak minat, toksey dengan Muhyiddin.


Senanglah Azmin nak buat kerja nanti. Dia tahu sangat pe'el, nak tarik sokongan pimpinan PAS macam mana.


Ada watak-watak dalam PAS yang pernah jadi orang dia masa dia jadi MB Selangor.


Azmin nak tunggang depa ni supaya PAS nanti akan sokong dia sebagai calon PM.


Cuma satu saja la Min, PRU16 nanti masih wujudkah Perikanan Nasional? 🤭


SAMPAHKAN PERKAUMAN.




            Zunar cartoonist fan club

FUNGSI KEMENTERIAN EKONOMI

 




Pada awal penubuhan Kementerian Ekonomi lebih setahun lalu, salah satu cabaran utama kami ketika itu ialah memahamkan rakyat dan pemegang taruh mengenai fungsi dan peranan Kementerian Ekonomi.


Sejak merdeka, Kementerian Ekonomi hanya wujud baru dua kali - semasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ditubuhkan (2018-2020) dan kini (2022 -).


Di semua masa yang lain, fungsi perancangan jangka panjang pembangunan, ekonomi dan sosio-ekonomi diletakkan di bawah Perdana Menteri, melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU).


Selain membuat perancangan jangka panjang, EPU juga bertanggungjawab menguruskan Belanja Pembangunan, iaitu merancang, menilai dan meluluskan projek-projek pembangunan (fizikal dan bukan fizikal).


EPU kini menjadi tulang belakang Kementerian Ekonomi, bersama-sama beberapa agensi utama lain seperti Jabatan Statistik, pihak-pihak berkuasa koridor ekonomi (IRDA, ECER, NCIA, SEDIA dan RECODA), agensi mandat Bumiputra (Teraju, Yayasan Peneraju dan Ekuinas), agensi galakan sektor minyak dan gas (MPRC) dan kawal selia ke atas perbadanan-perbadanan ekonomi negeri (PKEN).


Oleh itu, peranan Kementerian Ekonomi mencakupi semua bidang yang diterajui oleh kementerian-kementerian lain kerana hala tuju dasar dipandu oleh dasar-dasar yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi.


Pada awalnya, ada yang terkeliru apabila Kementerian Ekonomi membangunkan projek-projek pertanian moden melalui IPR kerana itu dilihat fungsi Kementerian Pertanian.


Begitu juga apabila Kementerian Ekonomi membangunkan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) kerana itu dilihat fungsi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).


Bila Kementerian Ekonomi membangunkan Pelan Tindakan KL20 untuk sektor digital dan teknologi, ada yang mempersoalkannya kerana ia dilihat mengacau fungsi kementerian-kementerian lain.


Namun alhamdulillah, selepas lebih setahun, fungsi Kementerian Ekonomi lebih difahami oleh rakyat.


Fungsi kami ialah membangunkan dasar dan rancangan yang merentas kementerian dan bidang untuk membina ekonomi negara yang mampan dan adil.


Sebab itu, semua tumpuan Kementerian Ekonomi adalah bersifat jangka panjang dan berbentuk reformasi struktur.


Contoh yang paling jelas ialah mengenai peralihan tenaga.


Peralihan tenaga adalah reformasi ekonomi yang sangat penting. Sebab itu ia adalah reformasi struktur ekonomi yang paling awal dilancarkan Kementerian Ekonomi dalam tempoh 6 bulan pentadbiran Madani.


Kenapa ia sangat penting dan mengatasi reformasi struktur yang lain?


Saya akan terangkan dalam catatan saya yang seterusnya selepas ini.


Saya akan berterus terang mengenai kedudukan tenaga dan sumber tenaga di negara ini.



PN boleh menang jika PAS jadi calon



Bukan lagi rahsia, MB Samsuri sebagai salah seorang strategis PAS, mahukan PAS mewakili PN untuk bertanding di KKB. 



Peluang PAS untuk menang lebih cerah, malah gelombang hijau boleh diteruskan di KKB. Rasa undi berpahala itu pada PAS, bukan Bersatu.


Penjawat awam dan anggota keselamatan terbukti menyokong PAS dalam PRU dan PRN lepas.


Tapi entah bagaimana Takii lebih bersetuju untuk serahkan kepada Bersatu. 


Azmin dan Takii ada game tersendiri untuk menguasai dan mempengaruhi keputusan PN. Mereka ada agenda peribadi.


 Dalam soal penukaran MB Perlis, mereka kelihatan senada.


Akhirnya keputusan untuk letakkan calon mewakili PN berjaya dipengaruhi oleh Azmin-Takii.


Tapi ternyata. Sebenarnya Bersatu sendiri tidak cukup bersedia. Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor dipilih jadi calon. Kononnya anak tempatan. Walhal terpalit dengan pelbagai isu, termasuk hutang ahlong dan profil yang meragukan.


Berani lagi DAP yang import calon luar daerah, tapi ada karisma. DAP hantar wakil rakyat yang boleh bekerja.


Kegopohan Azmin untuk mencapai agenda peribadi dalam Bersatu khususnya dan PN amnya serta kebodohan Takii yang menurut Azmin telah merugikan PAS.


Jentera PAS bukan sahaja dipergunakan oleh Bersatu dalam PRK ini, tapi imej PAS juga tercalar dengan laporan palsu kononnya PN akan menang PRK kali ini.


Hadi Awang yang uzur terpaksa diheret untuk memberi semangat suntikan kempen. Namun akibat salah memilih calon dan sarat dengan agenda peribadi Azmin-Takii, Akhirnya segala usaha PAS adalah sia-sia.


Cerdik lagi  Tun Mahathir yang awal-awal menjarakkan diri dari PRK ini.


Sampai bila PAS mahu menjadi lembu suruhan Bersatu, yang dicucuk hidung dan diperah susunya.


Walau pegang paling banyak kerusi,  PAS tidak menjadi ketua pembangkang. Ini tidak berlaku di zaman BA dan PR.


Hadi Awang dan Ustaz Fadhil Nor pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang, waktu itu PAS 27 kerusi.


Tapi  di zaman PN walaupun kerusi PAS jauh lebih besar, iaitu 43 kerusi, PAS hanya jadi lembu dicucuk hidung, jawatanKetuaPembangkang diberikan pimpinan Bersatu. 


Walhal jelas kerusi PAS sangat besar, malah lebih besar dari PKR dan UMNO. 


PAS akan terus mengalami kekalahan jika terus mengikut telunjuk Bersatu. Rakyat yang dulu mula sokong PAS atas dasar Islam, kini mula jauhkan diri sebab Bersatu. 


PAS akan terus dipergunakan selagi bersama Bersatu. Dan Azmin akan terus menggunakan PAS dan beliau sangat mahir akan bab itu. 


Lebih-lebih lagi beliau telah menanam jasa sejak dari menjadi MB Selangor lagi. Cuba lihat pimpinan PAS Selangor khususnya, mereka adalah pemakan dedak Azmin.


Soalnya, sampai bila PAS mahu menjadi khadam? Dan sampai bila Takii dibiarkan membuat keputusan yang merugikan PAS?



KEH.. KEH.. KEH


Harakatdaily


 Presiden PAS sokong tidak gantung potret PMX di Pejabat MB Terengganu.


“Beliau kan MB Auckland, patut gantung potret PM New Zealand,” ujarnya lagi.