Kes rasuah: Reman bekas setiausaha politik, 'Datuk Seri' disambung



Tender kerja di sebuah kementerian pada 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.


Kenderaan YG telah dirampas dan disita adalah Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L.



REGA AYAM STABIL LAK DAH.. HABIS MODAL NAK MAIN ISU HARGA BARANG


Apa lah kerajaan Madani ni...

Dah apung harga ayam, makin stabil pulak.

Kerajaan jimat duit..

Rakyat jimat duit..




TAHNIAH - KOPERAL MAZLAN ATAS JASA BELIAU DAN TELAH DINAIKKAN PANGKAT SERTA DIBERIKAN PINGAT OLEH KERAJAAN NEGERI P.PINANG





Syabas, semoga jasamu dibalas Allah SWT.  Sesungguhnya menyelamatkan nyawa binatang itu besar pahalanya, apatah lagi nyawa manusia.  Syabas kerajaan negeri P.Pinang yang telah mengiktiraf jasa seorang warga tentera ini.  Syabas ATM yang turut memberikan pangkat kepada yang berhak.


Koperal Mazlan telah dinaikkan ke pangkat Sarjan dan dianugerahkan Pingat Keberanian.


WFAUZDIN NS


PM YANG SEBELUM SEBELUM NI TAK PERNAH JENGUK KE ZOO NEGARA KOT.

 

Hari ini saya dan Azizah berkesempatan meraikan Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun Zoo Negara Ke-60. Turut bersama Menteri Besar Selangor dan Duta Besar China ke Malaysia.












Saya zahir penghargaan pada badan bukan kerajaan yang menguruskan Zoo Negara dengan penuh kecintaan dan memastikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di sini diurus dengan baik sejak puluhan tahun lalu.


Dalam ucapan, saya tegaskan peri penting infrastruktur seumpama Zoo Negara sebagai pendedahan terkait perimbangan antara manusia, haiwan dan alam sekitar, khususnya buat anak-anak pelajar di sekolah. Perkara ini ditekankan dalam Al-Quran yang menuntut kita memelihara dan memastikan keseimbangan ini tidak dirosakkan. 


Jika bukit-bukau dirobohkan kerana kerakusan manusia atau haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak dipelihara hingga pupus, pasti ia mengundang malapetaka pada manusia. Kerana itu gagasan MADANI menekankan konsep ihsan, kasih sayang dan manusiawi. 


Justeru sebagai komitmen untuk memelihara perimbangan ini, saya umum peruntukan RM5 juta sebagai dukungan Kerajaan terhadap kelangsungan usaha murni Zoo Negara, di samping membantu usaha mengumpul dana tambahan sekitar RM5 juta lagi daripada konglomerat dan syarikat-syarikat swasta.


Saya juga akan mengusulkan permohonan kepada Kerajaan China untuk memanjangkan tempoh keberadaan panda gergasi di Zoo Negara, yang menjadi simbolik hubungan erat Malaysia-China.


Saya turut sarankan anak-anak dan pelajar yang datang ke Zoo Negara tidak sekadar datang berkelah, sebaliknya kembangkan budaya ilmu dengan membawa buku nota atau gajet untuk mencatat penerangan berkaitan haiwan-haiwan di sini.


#MalaysiaMADANI



PELANTIKAN KETUA PENGARAH ARiF NASIONAL BAHARU

 KENYATAAN MEDIA

PARTI AMANAH NEGARA




PELANTIKAN KETUA PENGARAH ARiF NASIONAL BAHARU


1. Selaras dengan tekad baharu Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk mengukuhkan organisasi di semua peringkat, maka ARIF Nasional juga mengambil langkah yang sama dan bersetuju untuk melantik Saudara Suhaimi Hamzah sebagai Ketua Pengarah ARiF Nasional yang ke-3 bagi menggantikan Saudara Mohd Faruk Abdul Rahman yang telah tamat tempoh pelantikan.


2. Keputusan yang dicapai secara sebulat suara berasaskan kaedah syura ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa ARIF Nasional pada 20 Januari 2024. Pertimbangan berdasarkan merit dan kredibiliti saudara Suhaimi sebagai mantan Ketua Setiausaha ARiF Nasional, Pengarah ARiF Pahang pada tahun 2015 dan calon Dun Kupang pada Pilihanraya Negeri Kedah tahun 2023 menunjukkan prinsip demokratik yang diamalkan di dalam AMANAH. 


3. Jawatankuasa Pimpinan Nasional mengambil maklum pelantikan yang dibuat ini dan mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara Suhaimi dan Jawatankuasa ARIF Nasional yang bakal dibentuk untuk terus berjuang dan berkhidmat sebagai barisan hadapan dalam aspek keselamatan dan kelancaran program yang dianjurkan AMANAH di semua peringkat selaras dengan konsep Peduli. ARIF juga disarankan untuk menambah bilangan cawangan dan meningkatkan jumlah ahli di seluruh negara dalam usaha memperkuatkan AMANAH menuju Pilihanraya Umum Ke-16. 


MUHAMMAD FAIZ FADZIL

Setiausaha Agung

Parti Amanah Negara


27 JANUARI 2024




Muzamal Mus


 Ada yang kata penukaran sistem pencen kpd KWSP menyebakan penjawat awam derita, apa deritanya, 

Tiada apa derita yg berlaku, mereka yg tiada pencen adalah penjawat awam yg dilantik selepas tarikh penguatkuasaan, manakala dan penjawat awam lama seramai 1.6 juta org mereka tetap menerima pencen apabila mereka tamat penjawatan atau bersara. 

Ia dilaksanakan dgn digantikan dgn mekanisma yg lain dan mereka tetap menerima pelbagai kemudahan serta imbuhan yg lain. 

Keputusan kerajaan ini dibuat demi kebaikan negara, sebagai rakyat yg baik dan cintakan negara, kita perlulah mendahulukan kepentingan negara lebih dari kepentingan diri dan kelompok. 

Kini dgn bilangan penjawat awam yg lebih sejuta org, 

sistem pencen sudah tidak realistik dgn kemampuan kewangan negara yg menanggung beban bayaran pencen lebih 20 billion setiap tahun. Saban tahun kos pengurusan negara melebih 250 billion yg telah menyebabkan negara mengalami bajet defisit yg tidak berkesudahan sedangkan kita negara kecil, Namun menanggung beban kewangan yg begitu besar. 

Adakah kita hanya mahu seronok masa kini dan pentingkan diri, Namun mahu mewarisi negara yg punyai hutang negara yg begitu besar pada generasi anak cucu kita. 

Dan mereka perikatan Nasional lah yang telah menyebabkan hutang negara kini telah mencecah 1.5 trillion ringgit, hingga menyebabkan keupayaan kewangan negara menjadi lemah. Dan kini kerajaan sedang berusaha utk meningkatkan kembali keupayaan negara fiskal negara dgn berperingkat mengurangkan hutang negara, ramai yg tidak sedar akibat Hutang negara terlalu besar itulah antara penyebab naiknya kadar cukai dan inflasi. Oleh itu bajet kerajaan perlu dikawal hinggalah berjaya menstabilkan upaya kewangan dan itu semua memakan masa dan upaya yg lama. 

Kini kerajaan tiada pilihan, selain melakukan sesuatu yg tidak populis demi kelangsungan masa hadapan negara tercinta. 

Rasional lah kita, kita berfikir sejenak siapa yg suka berbuat sesuatu hingga dikecam dan boleh menyebabkan hilang sokongan? Kerajaan hari ini berani melakukannya demi kelestarian kewangan negara, mereka tidak kisah dikecam difitnah, mereka sanggup demi negara. Generasi masa depan akan menilai mereka dan berterima kasih kerana mewarisi negara yg dalam keadaan baik serta sejahtera.

dan bukanya mewarisi negara yg tersepit kewangannya serta huru-hara.



BANTUAN BUAT SENIMAN JALIL HAMID

 





Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.


Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT. 


#MalaysiaMADANI



PENCEN OH PENCEN


Sistem pencen ni yang paling untung hanya mereka yang umur panjang atau masih ada anak kecil selepas bersara. Kadang kadang mereka nikmati pencen lebih lama dari tempoh berkhidmat. Kerja 25 tahun, tapi makan pencen 40 tahun muga umur dah 85-90 tahun tak mati lagi... Alhamdulillah


Tapi kalau selepas pencen 1-2 tahun tiba tiba mati, bini takde, anak anak dah lebih 18 tahun atau dah tak belajar sekolah, maknanya pencennya mati sekali dengan tuannya.


Berbeza dengan skim kwsp, mereka boleh duit setongkol/ sekaligus bersama duit ganjaran/gratinuiti, samada dia mati awal atau lambat mati, duit tersebut boleh dimanfaatkan dengan berbagai cara atas nama milik penuhnya.



Ahli AMANAH jangan ulas serangan Pas terhadap DAP - Mohamad Sabu


 

Ahli akar umbi dan kepimpinan AMANAH dinasihatkan tidak memberi reaksi terhadap serangan Pas yang berterusan terhadap DAP.



Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan Pas itu tidak perlu dilayan kerana pendirian Pas yang berubah ubah dan pada waktu ini berikutan parti tersebut terdesak setelah percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan selama setahun menemui kegagalan.



Katanya, tiada guna ahli AMANAH masuk ke dalam 'permainan' Pas yang menjadikan UMNO musuh ketat akidah mereka selama puluhan tahun tetapi pada 2018 boleh berubah menjadi rakan tahaluf dalam Muafakat Nasional hampir sekelip mata.



"Sejarah pertembungan akidah paling lama diajar oleh Pas ialah pertembungan akidah dengan UMNO.



"Sebelum ini, bagi mereka pertembungan dengan UMNO bukan sekadar politik tetapi melibatkan hukum hakam sehingga terdapat yang melarang berimamkan dan memakan sembelihan orang UMNO.



"Namun pasca kemenangan Pakatan Harapan 2018 yang menggabungkan AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU, Pas segera bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ketika itu segala hukum hakam dan pertembungan akidah dengan UMNO digugur segera oleh Pas.



"Begitu juga dengan DAP. Hubungan Pas lebih lama dengan DAP dan ketika bersama, mereka sentiasa memuji DAP yang dikatakan sentiasa menghormati Perlembagaan dan hak-hak demokrasi. Tetapi hari ini mereka memberi komen yang buruk kepada DAP.

Perkara ini perlu diabaikan oleh pendokong AMANAH," katanya dalam satu kenyataan.



Mohamad juga memberi andaian mudah, sekiranya pada waktu ini AMANAH memutuskan hubungan dengan DAP maka sekelip mata pula Pas akan segera menghulurkan tangan kepada DAP yang memiliki 40 kerusi parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.



"(Maka) segala kecaman mereka kepada DAP akan bertukar segera kerana bagi mereka ialah kekuasaan yang menjadi matlamat utama daripada segala-galanya.



"Oleh itu kekal tenang, dan tidak perlu melayan sikap mereka (Pas). Tiba masa kita akan menyaksikan perubahan-perubahan sikap mereka," katanya sinis.

 

Daim Zainudin akan didakwa Isnin ini


 

Bekas Menteri Kewangan era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan didakwa Isnin ini.



Menurut kenyataan media Daim, pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



"Peguam saya dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Jan atas kesalahan bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan pengisytiharan aset," kata kenyataan itu dipetik FMT.



Daim juga memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil kenyataannya semalam.



Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memaklumkan Daim “berkemungkinan besar” didakwa di mahkamah minggu depan selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis.



SPRM menjelaskan siasatan terhadap Daim bermula pada Februari 2023 berdasarkan pembongkaran dalam Kertas Pandora yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka di Malaysia dengan aktiviti menyimpan dana di bank luar pesisir.



Agensi antirasuah tersebut telah memanggil isteri Daim, Naimah Khalid dan anak-anak mereka, Amir dan Amin, untuk memberikan maklumat mengenai aset milik keluarga berkenaan.



Pada 23 Jan lalu, Naimah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mematuhi notis SPRM yang mengkehendaki pengisytiharan aset seperti pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta kenderaan.



Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

 

SELEPAS MIRZAN DAN MOKHZANI DISIASAT SPRM, APAKAH MUKHRIZ JUGA SEDANG MENUNGGU GILIRAN?

 

Selepas Mirzan disiasat SPRM seminggu yang lalu dan kemudian diarah mengisytiharkan harta kekayaannya dalam tempoh 30 hari, seorang lagi anak Tun Mahathir Mohamad menerima giliran diarah mengadap agensi pencegah rasuah itu.

Kali ini giliran Mokhzani Mahathir yang terpaksa pergi ke pejabat SPRM semalam untuk disiasat dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Menurut laporan media, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bermakna kini, daripada tiga anak lelaki bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu, dua daripadanya sudah dipanggil ke pejabat SPRM untuk siasatan.

Hanya Mukhriz Mahathir yang belum diberikan giliran untuk pergi ke pejabat SPRM.

Seorang kenalan secara bergurau berkata, tidak lengkap siasatan terhadap kekayaan keluarga Tun Mahathir jika Mukhriz tidak sama disiasat oleh SPRM.

Apakah selepas ini, barangkali hanya dalam minggu-minggu terdekat ini, giliran Mukhriz pula akan disiasat SPRM dan diarah mengisytiharkan kekayaannya?

Siasatan terhadap dua anak lelaki Tun Mahathir ini yang menyusul selepas tindakan sama terhadap Tun Daim Zainuddin dan isterinya adalah dipercayai sebagai usaha Anwar Ibrahim untuk merealisasikan janjinya sejak puluhan lalu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didakwanya merompak kekayaan negara.

Ketika Mirzan disiasat SPRM, Tun Mahathir tidak menyembunyikan rasa “naik anginnya”, bahkan mendakwa anaknya turut diugut untuk dipenjarakan selama lima tahun.

Kemudian daripada itu, beliau turut mengadakan sidang media khas berkaitan apa yang menimpa anak lelaki sulungnya itu.

Dalam sidang media khas itu, Tun Mahathir secara terbuka mengakui beliau risau dengan siasatan SPRM terhadap Mirzan itu.

“Risaulah… sebagai anak saya, dia bagi tahu dapat notis dan suruh dia jelaskan segala transaksi yang dia buat sejak dia berusia 20 tahun.

“42 tahun punya transaksi kena jawab 30 hari, dia kena tanya bank, Petronas dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) korek pejabat dia sebab kena tunjuk bahan bukti,” ujar Tun Mahathir lagi.

Seterusnya, beliau mendakwa, tindakan SPRM itu sebagai tidak masuk akal dan lebih berupa pengumpulan bukti bagi mendakwa dirinya ke mahkamah.

“Anwar kata saya curi duit kerajaan..tunjuklah bukti, sebaliknya sekarang saya dengar anak saya diminta untuk beri bukti supaya saya boleh didakwa,” katanya.

Yang jelas sekarang, diam tak diam, dua daripada tiga anak lelaki Tun Mahathir sudah dipanggil untuk disiasat dan tidak mustahil, semua mereka juga bakal berdepan pendakwaan di mahkamah tidak lama lagi.

Semua yang berlaku ini – satu yang pasti – suhu darah dan angin dalam badan Tun Mahathir tentunya terus menaik bertambah tinggi lagi.

Mungkinkah satu lagi sidang media khas bakal diadakannya?

Bagaimana agaknya keadaan suhu darah dan angin dalam badan Tun Mahathir jika akhirnya semua anak lelakinya, bahkan termasuk anak perempuannya juga akan disiasat SPRM? – ShahbudinHusin 27/01/2024.

0

 

KAH..KAH..KAH....KEPALA BAPAK BETOI- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN-TU PUJIAN

 

Seri sekali,PMX bagi RM5juta.

Jauh beza zaman tebuk atap,dia kurung kita....dia rompak duit negara beratus juta.

Cilakak punye lebai.




 

IDEA DARI SEORANG CINA- KENAPA AHMAD LEBIH MISKIN DARIPADA AH CHONG?






ADRIAN LIM CHEE AN


AHMAD seorang penjawat awam.

Bekerja 30 tahun.

Bergaji RM4k sebulan.

Takde KWSP.

Tapi ada pencen.

 

Ah Chong seorang pekerja swasta.

Pun bekerja 30 tahun.

Pun bergaji RM4k sebulan.

Ada KWSP.

Tapi takde pencen.

 

Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja mereka sama, gaji mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang untuk masa bersara. 

 

Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah Chong menyimpan dalam KWSP. 

 

Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad lebih miskin daripada Ah Chong. Kenapa?

 

———

 

A. AHMAD

 

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad menerima pencen sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir Ahmad), tetapi tidak mempunyai durian runtuh.

 

RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000

 

-> Ahmad mempunyai peluang menerima durian runtuh sebanyak RM576,000, tapi tu lah, kene tunggu 20 tahun sampailah cecah usia 80 tahun. Sebab pencen diberi secara bulanan. Itupun kalau setiap sen daripada pencen Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun lah.

 

B. AH CHONG

 

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong tidak mempunyai pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh RM765,375 dalam KWSP. Boleh ambil keluar terus.

 

RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun = RM765,375

!! < Ambil kira Formula P(1 + r/n)nt untuk mengira compounding interest >

 

-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian runtuh” RM765,375, tak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.

 

———————

 

Kedua-dua individu tersebut berkerja 30 tahun, kedua-dua individu tersebut menerima gaji yang sama, tetapi akhirnya mempunyai nasib yang berbeza semasa bersara, gara-gara skim bersara yang berbeza.

 

Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000 sejurus selepas bersara. Ah Chong ada duit untuk melancong, ada modal untuk membuat investment kat tempat lain, ada modal untuk membuka perniagaan sendiri, suka hati dialah nak buat apa.

 

Yang penting, AH CHONG ADA CASH SEBANYAK RM765 RIBU. HAMPIR SEJUTA RINGGIT CASH!

 

Ahmad pula, takde duit melancong, takde modal melabur, takde modal berniaga. Ahmad setiap hari mengharap hujung bulan tiba secepat mungkin, supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.

 

Kenapa begitu? Sebabnya “compounding interest”.

 

———————

 

Ah Chong ada hampir sejuta ringgit cash semasa bersara kerana kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan kewangan.

 

Compounding interest ini bukan biashe-biashe.

 

Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad kredit, bank buat untung daripada loan rumah, semuanya berdasarkan matematik “compounding interest”, iaitu faedah atas faedah.

 

“Compounding interest” dalam dua contoh di atas memihak kepada bank di mana bank menerima “compounding interest” daripada rakyat. 

 

Tetapi “compounding interest” ini sebenarnya boleh juga diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, di mana si penerima “compounding interest” adalah rakyat dan si pembayar “compounding interest” adalah KWSP.

 

Faham bab “compounding interest”, faham lah kurang kenapa orang kaya suka memerap duit kat dalam KWSP ataupun skim-skim pelaburan yang mempunyai “compounding interest”.

 

COVID-19

 

Masa Covid-19, kaum yang paling enggan mengeluarkan KWSP walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik KWSP dan Kementerian Kewangan membuktikannya.

 

Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik KWSP, “compounding interest” akan terkesan. Jadi KWSP takkan disentuh sampailah usia bersara. Biar duit yang duduk kat dalam KWSP itu menumbuhkan duit je.

 

Maka dalam keadaan sekarang, pelan kerajaan untuk menukar skim pencen penjawat kepada KWSP bukanlah sesuatu yg buruk.

 

Ia boleh menguntungkan penjawat awam di masa bersara, selain memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik mungkin.

 

Mudah kata. Ahmad pun boleh jadi seperti Ah Chong.

 

 


WALAUN BANYAK TAK CERDIK. HADI AWANG KATA. NI ANTARANYA

 




Kalau tak main isu rasis, memang mati pucuk walaun ni semua. Segala benda nak dijadikan isu rasis. Sebab kalau tak buat macam tu, memang tak ada sokongan. Nak mentadbir tak reti. Ini je le modalnya.


Malaysia ni kan memang Melayu/Bumiputera sebagai majoriti. Bukan setakat sektor awam je, dalam sektor swasta pun ramai Melayu juga. Habis tu yang selama ni sektor swasta tak ada pencen tu apahal?


Banyak juga syarikat milik Melayu. Pun sama tak ada pencen. Pakai caruman KWSP juga. Itu isu kaum juga ke walaun oi? Itu guru Pasti tu. Pakai pencen ke KWSP tu? Ke tak carum langsung? Apa pun tak ada.


Ini masalahnya. Minda dia sempit dan berkarat. Ketat dan tak ada ruang nak berkembang. Jadi dia tak boleh nampak isu yang lebih besar. Dia suka agaknya negara banyak hutang. Biar anak cucu dia nanti susah sebab negara dah bengkrap. Goblok sangat dia ni.


Ini langkah yang tak popular. Tapi cuma pentadbiran DS Anwar yang ada keberanian untuk buat. Sebab apa? Sebab PMX jujur nak selamatkan negara. Beliau bukan jenis jaga tengkuk sendiri je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AHMAD MOTOR MAHU TAJA MOTO BUAT DERRICK GAN




Saya hanya minta sokongan/setuju dari korang.

.

Andai kata post sy ni capai 10k shares,

Saya  berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha Lc135 5s miliknya.

Tanda sokongan kita pada beliau.

.

Derrick Gan tidak patut hanya diberi pujian,

Beliau patut diberi penghargaan.

.

Sponsored by Ahmad Motorworks n Izan Pa'an



ISU BATU PUTIH

 

Kerajaan cadang tubuhkan RCI untuk isu Batu Puteh selepas perlantikan YDP Agong yang baharu?


Wow! DS Anwar dah up game. Ni kira dah masuk gear 6 dah ni. Makin la mengigil kaki sang Fossil dengarkan berita ni.


Untuk rekod,  dalam kes Batu Puteh yang jadi rebutan antara Malaysia dan Singapura, pimpinan negara pada waktu itu telah mengambil keputusan untuk menarik diri pada 2018.


Masa tu Mahathir jPM. Sultan Johor murka dengan keputusan itu sebab ia dikira mencemar kedaulatan negeri Johor.


Tak ada penjelasan yang tuntas diberikan. Jadinya RCI ini akan beri jawapan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.


Dah lama orang desak RCI. Ingatkan DS Anwar tak nak buat. Rupanya nak tunggu YDP Agong naik dulu.


Hebat betul politik DS Anwar. Dinosor politik pun tak mampu nak lawan.


Mahathir tak payah la nak marah. Kalau tak ada buat salah, #KekalTenang je la. Lain kali jangan cuba usik harimau tidur. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JIKA KITA PUNYA SYARIKAT DAN TERPAKSA BAYAR PENCEN


 Bayangkan kalau kita ada sebuah syarikat. Dah tentu la ada pekerja, kan? Pekerja kita tu, katakanlah salah seorangnya, bergaji RM4,000 sebulan.


Satu masa pekerja tu pun berhenti. Jadi kita pun kena la cari pengganti. Ye tak? Untuk keadaan biasa, sebuah syarikat tu dapat berjimat bila orang berhenti.


Ye la. Yang berhenti tu dah senior. Gajinya dah besar. Katakanlah RM4,000. Penggantinya nanti dapat gaji minimum je, RM1,500. Tapi itu kes biasa.


Dalam kes kita ni, pekerja yang berhenti tu, kita kena lagi bayar separuh daripada gajinya sekarang iaitu RM2,000 selain gaji pekerja baru RM1,500.


Lepas satu masa, gaji pekerja baru tu kena dinaikkan juga. Hingga akhirnya jadi seperti pekerja yang sudah berhenti tu. Lebih dahsyat lagi, gaji pekerja yang dah berhenti tu pun kena dinaikkan juga setiap kali pekerja baru naik gaji.


Lama kelamaan, apa jadi pada syarikat kita?


Itu baru seorang. Kalau syarikat kita ada beribu pekerja macamana? Tentulah lebih banyak kos yang kita kena tanggung. Boleh bengkrap. Betul tak?


Itulah keadaan kerajaan menanggung pesara sekarang ini. Sebab itulah semua kerajaan dalam dunia ini cuba untuk lari dari skim bayaran pencen.


Bayaran pencen digantikan dengan KWSP. Jadi nasib pekerja selepas bersara masih lagi terbela. Bukanlah lepas bersara pekerja akan terbiar saja.


Suka atau tidak, penghapusan pencen ini akan berlaku juga. Tak kiralah parti mana jadi kerajaan. Ini realitinya. Tambah lagi negara kita berhadapan dengan jumlah hutang yang sangat besar. Apa pilihan yang kerajaan ada? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.