JIKA KITA PUNYA SYARIKAT DAN TERPAKSA BAYAR PENCEN


 Bayangkan kalau kita ada sebuah syarikat. Dah tentu la ada pekerja, kan? Pekerja kita tu, katakanlah salah seorangnya, bergaji RM4,000 sebulan.


Satu masa pekerja tu pun berhenti. Jadi kita pun kena la cari pengganti. Ye tak? Untuk keadaan biasa, sebuah syarikat tu dapat berjimat bila orang berhenti.


Ye la. Yang berhenti tu dah senior. Gajinya dah besar. Katakanlah RM4,000. Penggantinya nanti dapat gaji minimum je, RM1,500. Tapi itu kes biasa.


Dalam kes kita ni, pekerja yang berhenti tu, kita kena lagi bayar separuh daripada gajinya sekarang iaitu RM2,000 selain gaji pekerja baru RM1,500.


Lepas satu masa, gaji pekerja baru tu kena dinaikkan juga. Hingga akhirnya jadi seperti pekerja yang sudah berhenti tu. Lebih dahsyat lagi, gaji pekerja yang dah berhenti tu pun kena dinaikkan juga setiap kali pekerja baru naik gaji.


Lama kelamaan, apa jadi pada syarikat kita?


Itu baru seorang. Kalau syarikat kita ada beribu pekerja macamana? Tentulah lebih banyak kos yang kita kena tanggung. Boleh bengkrap. Betul tak?


Itulah keadaan kerajaan menanggung pesara sekarang ini. Sebab itulah semua kerajaan dalam dunia ini cuba untuk lari dari skim bayaran pencen.


Bayaran pencen digantikan dengan KWSP. Jadi nasib pekerja selepas bersara masih lagi terbela. Bukanlah lepas bersara pekerja akan terbiar saja.


Suka atau tidak, penghapusan pencen ini akan berlaku juga. Tak kiralah parti mana jadi kerajaan. Ini realitinya. Tambah lagi negara kita berhadapan dengan jumlah hutang yang sangat besar. Apa pilihan yang kerajaan ada? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.