Sistem pencen ni yang paling untung hanya mereka yang umur panjang atau masih ada anak kecil selepas bersara. Kadang kadang mereka nikmati pencen lebih lama dari tempoh berkhidmat. Kerja 25 tahun, tapi makan pencen 40 tahun muga umur dah 85-90 tahun tak mati lagi... Alhamdulillah
Tapi kalau selepas pencen 1-2 tahun tiba tiba mati, bini takde, anak anak dah lebih 18 tahun atau dah tak belajar sekolah, maknanya pencennya mati sekali dengan tuannya.
Berbeza dengan skim kwsp, mereka boleh duit setongkol/ sekaligus bersama duit ganjaran/gratinuiti, samada dia mati awal atau lambat mati, duit tersebut boleh dimanfaatkan dengan berbagai cara atas nama milik penuhnya.