IDEA DARI SEORANG CINA- KENAPA AHMAD LEBIH MISKIN DARIPADA AH CHONG?






ADRIAN LIM CHEE AN


AHMAD seorang penjawat awam.

Bekerja 30 tahun.

Bergaji RM4k sebulan.

Takde KWSP.

Tapi ada pencen.

 

Ah Chong seorang pekerja swasta.

Pun bekerja 30 tahun.

Pun bergaji RM4k sebulan.

Ada KWSP.

Tapi takde pencen.

 

Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja mereka sama, gaji mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang untuk masa bersara. 

 

Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah Chong menyimpan dalam KWSP. 

 

Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad lebih miskin daripada Ah Chong. Kenapa?

 

———

 

A. AHMAD

 

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad menerima pencen sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir Ahmad), tetapi tidak mempunyai durian runtuh.

 

RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000

 

-> Ahmad mempunyai peluang menerima durian runtuh sebanyak RM576,000, tapi tu lah, kene tunggu 20 tahun sampailah cecah usia 80 tahun. Sebab pencen diberi secara bulanan. Itupun kalau setiap sen daripada pencen Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun lah.

 

B. AH CHONG

 

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong tidak mempunyai pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh RM765,375 dalam KWSP. Boleh ambil keluar terus.

 

RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun = RM765,375

!! < Ambil kira Formula P(1 + r/n)nt untuk mengira compounding interest >

 

-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian runtuh” RM765,375, tak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.

 

———————

 

Kedua-dua individu tersebut berkerja 30 tahun, kedua-dua individu tersebut menerima gaji yang sama, tetapi akhirnya mempunyai nasib yang berbeza semasa bersara, gara-gara skim bersara yang berbeza.

 

Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000 sejurus selepas bersara. Ah Chong ada duit untuk melancong, ada modal untuk membuat investment kat tempat lain, ada modal untuk membuka perniagaan sendiri, suka hati dialah nak buat apa.

 

Yang penting, AH CHONG ADA CASH SEBANYAK RM765 RIBU. HAMPIR SEJUTA RINGGIT CASH!

 

Ahmad pula, takde duit melancong, takde modal melabur, takde modal berniaga. Ahmad setiap hari mengharap hujung bulan tiba secepat mungkin, supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.

 

Kenapa begitu? Sebabnya “compounding interest”.

 

———————

 

Ah Chong ada hampir sejuta ringgit cash semasa bersara kerana kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan kewangan.

 

Compounding interest ini bukan biashe-biashe.

 

Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad kredit, bank buat untung daripada loan rumah, semuanya berdasarkan matematik “compounding interest”, iaitu faedah atas faedah.

 

“Compounding interest” dalam dua contoh di atas memihak kepada bank di mana bank menerima “compounding interest” daripada rakyat. 

 

Tetapi “compounding interest” ini sebenarnya boleh juga diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, di mana si penerima “compounding interest” adalah rakyat dan si pembayar “compounding interest” adalah KWSP.

 

Faham bab “compounding interest”, faham lah kurang kenapa orang kaya suka memerap duit kat dalam KWSP ataupun skim-skim pelaburan yang mempunyai “compounding interest”.

 

COVID-19

 

Masa Covid-19, kaum yang paling enggan mengeluarkan KWSP walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik KWSP dan Kementerian Kewangan membuktikannya.

 

Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik KWSP, “compounding interest” akan terkesan. Jadi KWSP takkan disentuh sampailah usia bersara. Biar duit yang duduk kat dalam KWSP itu menumbuhkan duit je.

 

Maka dalam keadaan sekarang, pelan kerajaan untuk menukar skim pencen penjawat kepada KWSP bukanlah sesuatu yg buruk.

 

Ia boleh menguntungkan penjawat awam di masa bersara, selain memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik mungkin.

 

Mudah kata. Ahmad pun boleh jadi seperti Ah Chong.