PENJAWAT AWAM LEBIH AMANAH BERBANDING PAS TAHUN 2021
PENJAWAT AWAM LEBIH AMANAH BERBANDING PAS
TAHUN 2021 - 2022:
Kerajaan Persekutuan (PN) salur bantuan banjir melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.
-> Tidak timbul isu Kelantan dianaktirikan
TAHUN 2023:
Kerajaan Persekutuan (PH) ulangi sistem yang sama, salur bantuan banjir melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.
-> Tiba-tiba timbul pula isu kononnya Kelantan dianaktirikan
—————
PENJELASAN:
Penyaluran bantuan Kerajaan Persekutuan melalui agensi Kerajaan Persekutuan sememangnya merupakan amalan sejak dulu lagi.
Ianya dilaksanakan oleh penjawat awam secara amanah tanpa memilih kasih. Kita perlu yakin dengan penjawat awam kita.
Ibarat nak bina jalan, bina sekolah ataupun bina hospital. Dana daripada Kerajaan Persekutuan akan disalur melalui Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Kesihatan.
Itulah sistemnya. Pelaksananya penjawat awam.
Tak pernah lagi kedengaran penjawat awam tanya “kamu undi siapa?” masa daftar anak kat sekolah, masa masuk hospital. Tiada.
Bantuan banjir pun begitu. Mangsa mendaftarkan diri kepada agensi kerajaan di mana anggotanya penjawat awam.
Selepas itu, mangsa yang layak menerima bantuan akan menerima bantuan tanpa disoal tentang latar belakang politik.
Tetapi PAS marah kenapa??
PAS marah sebab wang tersebut tidak disalur melalui PAS.
Apabila wang tidak disalur melalui PAS…
-PAS hilang peluang mengambil kesempatan
-PAS hilang peluang mengutamakan para pengundi PAS
-PAS hilang peluang mengetepikan para pengundi bukan PAS.
PH menafikan peluang untuk PAS menyalahguna bantuan banjir sebagai alat meraih undi. Itulah sebabnya PAS marah.
Maklumlah Pilihan Raya Negeri semakin hampir.
SEBENARNYA TERPULANG KEPADA SIAPA YANG HARUS URUSKAN- DAN KITA TIDAK MAHU HANYA MEMILIH ORANG SENDIRI SAHAJA YANG DAPAT.
Semalam aku jumpa video di TikTok tentang hal ini. Rasanya dari
DPP Kelantan kot. Marah betul dia. Cakap DS Anwar jangan ulangi pengkhianatan
oleh BN dahulu.
Pertama sekali, duit RM50 juta tu bukan peruntukan untuk
kerajaan negeri. Itu bantuan mangsa banjir dari Kerajaan Persekutuan. Jadi
terpulang kepada Kerajaan Persekutuan siapa akan uruskan.
Kedua, tidak timbul soal pengkhianatan. Kerana apa yang utama,
duit itu sampai kepada mangsa banjir. Tiada siapa yang kena khianat pun selagi
mangsa diberikan bantuan yang dijanjikan.
Ketiga, yang biasa khianat adalah pemimpin PAS sendiri. Bantuan
Kerajaan Pusat ditukar label, letak nama sendiri seolah bantuan itu datang
daripada mereka sendiri. Itu baru namanya khianat.
Dan dari komen-komen yang aku baca, ramai rakyat Kelantan
sendiri yang sokong bantuan itu diberikan melalui JPP kerana pengalaman mereka,
selalunya cuma kaum kerabat PAS je yang dapat. Guane boh?
Orang kita sendiri atur pengkhianatan 'sebelum subuh' - Zahid
DSAI - PM UNTUK SEMUA.
DSAI - PM UNTUK SEMUA.
12 Januari 2023
1. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini
mengadakan lawatan ke Terengganu untuk menghadap DYMM Sultan Terengganu dan
juga bertemu pegawai pegawai kerajaan.
2. Dalam rangka perjumpaan beliau dengan pegawai pegawai
kerajaan di Universiti Malaysia Terengganu, YAB Dato' Seri Anwar telah
menekankan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
3. Pembetulan dalam pemberian kontrak dengan cara cermat adalah
untuk menjimatkan kos supaya penjimatan wang tersebut dapat dimanfaatkan dan
dinikmati oleh semua rakyat miskin yang perlukan pembelaan.
4. Bukti Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri untuk semua adalah
semasa banjir baru baru ini apabila beliau memperuntukkan RM100 juta kepada
Terengganu dan Kelantan, kedua duanya negeri kerajaan PAS.
5. Beliau telah dengan cepat mengumumkan pemberian tersebut
sebaik sahaja dua negeri tersebut dilanda musibah banjir walaupun pemimpin
pemimpin dari parti politik yang menerajui negeri berkenaan sering menyerang
beliau.
6. Walaupun Anwar berjiwa besar pihak parti pembangkang sedikit
pun tidak menunjuk sikap mengenang budi atau sekurang kurangnya meraikan tetamu
yang berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman hari ini.
7. Baik semasa ketibaan sampai atau pun keberangkatan pulang
Perdana Menteri Anwar sempena lawatan ke Terengganu, tiada seorang pun dalam
kalangan pemimpin negeri, baik Menteri Besar atau seorang Exco ataupun seorang
wakil rakyat PAS tidak kelihatan di lapangan terbang.
8. Kerajaan Melayu Islam jenis apakah yang wujud di Terengganu
Darul Iman?
9. Inikah budaya dan adat yang patut dicontohi dan dibanggakan
oleh rakyat dan generasi muda kita?
10. Bukankankah ada pepatah Melayu yang berbunyi "orang
berbudi kita berbahasa"? Kami rakyat Terengganu merasa malu atas sikap
pimpinan kerajaan Terengganu hari ini terhadap tetamu yang berkunjung bernama
Anwar Ibrahim.
11. Bukankah Islam mengajak penganutnya untuk meraikan tetamu
yang berkunjung, dengan dilayan dengan baik dan menunjuk pekerti yang indah?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.
KALAU BENCI SEKALI PUN JANGAN LA TUNJUK KURANG AJAR DAN SOMBONG...
Beginikah akhlak pemimpin dari parti berjenama Islam? Yang
datang tu pemimpin tertinggi negara. DS Anwar berkunjung atas kapasiti PM,
bukan ahli politik. Tak profesional langsung. Egonya tinggi menggunung buatkan
aku teringat kisah ketika iblis dilaknati Allah dan diusir dari syurga.
Kalau sekali pun benci dengan DS Anwar, ataupun sebab takut tak
dapat 'menahan diri' dari terpana oleh aura DS Anwar atau sedang sibuk uruskan
hal negeri sekali pun, paling tidak wakilkanlah seorang exco untuk sambut PM.
Tapi dia punya tunjuk sombong, disisipkan begitu saja. Yang kelakarnya,
duit dia nak. Bila peruntukan diberi melalui JPP, dia marah. Tapi dengan orang
yang beri peruntukan tu dia tunjuk sombong pulak. Apa jenis manusia la.
Ada walaun dan lebai yang bekap kata DS Anwar datang tak
beritahu. Main terjah je. Sedangkan dalam lawatan yang sama, DS Anwar
diperkenan untuk bertemu dengan Sultan Mizan. DS Anwar main terjah istana je
ke?
Atau lebai dan walaun nak kata darjat MB jauh lebih tinggi dari
Sultan Mizan? Jumpa sultan takpe kalau tak ada appointment tapi jumpa MB mesti
kena ada appointment. Ke macamana?
Sebab itulah aku kata tindakan MB Terengganu ni sebenarnya
menunjukkan keegoannya. Jika begini caranya, memanglah wajar pembangkang tak
diberi peruntukan. Guane boh?
LAWATI DAN HADAM ISU SEMASA DALAM NEGARA MELALUI PENERANGAN RAFIZI RAMLI
Untuk malam ini, saya memilih tajuk ekonomi untuk kita meneliti
isu-isu pokok, dapatan dan fakta terbaru serta realiti yang perlu dihadapi.
Saya ingin menjemput semua sahabat untuk sama-sama ikuti jam 9
malam ini. Pohon kongsikan kepada semua.
PM10 DATANG KE TERENGGANU BUKAN SEBAGAI TOKEH JUDI
Tidak pelik jika PM10 datang ke Terengganu hanya diraikan oleh
Sultan Terengganu dan kakitangan awam di sana. Anwar Ibrahim bukan tokeh judi
yang boleh diraikan atau disambut.
Ada seorang lebai menulis, PM10 datang ke Terengganu ikut pintu
belakang, sebab itu MB atau mana2 pimpinan negeri tidak sambut beliau. Masuk
akalkah seorang PM10 ikut pintu belakang untuk lawatan resmi dan bertemu
sultan? Jika pihak Polis atau keselamatan tahu kehadiran PM, begitu juga
kakitangan awam pun tahu serta menyambut beliau, tiba2 pejabat MB tidak tahu?
Hakikatnya PM10 tidak bawa duit kali ini. Cuba kalau hadir untuk
umumkan peruntukan atau umumkan royalti, ikut atap pun beliau akan disambut
sepertimana tokeh judi disambut. Sebelum ini, RM 50 juta telah Anwar Ibrahim
umumkan diberi kepada Terengganu dan Kelantan untuk mangsa2 banjir. Kerajaan
negeri Selangor juga turut memberikan sumbangan RM 500 ribu kepada Terengganu
dan Kelantan. Tidak perlu sambut PM 10 kerana duit pun telah dapat, bukan?
Tidak mengapa. Percayalah, sebulan dua lagi MB yang bercuti
waktu rakyat dilanda banjir itu akhirnya akan tebalkan muka ketuk opis PM10
untuk merayu minta royalti minyak. Kita akan lihat sekali lagi PM10 kita bersikap
"pemaaf tahap dewa".
WFAUZDIN NS
ZAHID HAMIDI UBAH PENDIRIAN, TAKUT PERTANDINGAN?
Semalam lain, hari ini lain – itulah gambaran yang boleh disimpulkan nengenai pendirian sebenar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai pertandingan dua jawatan tertinggi dalam parti itu.
Ketika bertembung dengan Khairy Jamaluddin di WTCKL semalam, sambil bersalam dengan bekas Menteri Kesihatan itu, Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk berlawan.
Penegasan Zahid Hamidi itu segera mengundang pujian daripada KJ dan beliau menyifatkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang berani.
Bagaimanapun, ketika berucap di perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022, lain pula nada Zahid Hamidi.
Beliau sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan sama ada dua jawatan utama parti mahu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan akan datang ini.
“Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.
“Namun, saya yakin ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam.
“Bak kata orang muda, yang mana ‘ori’ yang mana ‘fake’,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sebagaimana dipetik daripada FMT.
Laporannya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/13/zahid-serah-perwakilan-tentu-2-jawatan-utama-dipertanding/
Pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden menimbulkan polemik apabila pemimpin parti mempunyai pandangan berbeza sama ada ia perlu dipertandingkan atau tidak.
Ada yang mahu pertandingan dibenarkan dan ada juga yang tidak mahu ia diadakan, kononnya untuk mengelak perpecahan dalam menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi.
Tetapi, pendirian Zahid Hamidi sendiri sebagai pemimpin yang bakal dilawan bagaimana?
Adakah beliau benar-benar sedia berlawan atau “ready to fight” sebagaimana yang diucapkannya di depan KJ semalam?
Atau pendiriannya sudah berubah setelah melihat bagaimana KJ diserbu dan disambut meriah ketika meninjau Perhimpunan sayap-sayap parti semalam?
Kenapa mesti serah kepada perwakilan?
Tidak bolehkah Zahid Hamidi sendiri secara terbuka menyatakan agar pertandingan tidak dihalang?
Kalau serah kepada perwakilan menentukan sama ada perlu pertandingan atau tidak, adakah 140 Ketua UMNO Bahagian yang dua hari lalu mengusulkan agar Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan tidak dilawan akan segera memulakan gerakan untuk menentukan perwakilan memihak kepada kehendak mereka? – ShahbudinHusin 13/01/2023.
RENTASAN 1289 | GEMPAR!! TERIMA 'SERANGAN BALAS' PM10, AKHIRNYA MAHIADDI...
PUNYA LA GILA NAK BERKUASA DAN NAK ATUR PARTI ORANG SIAPA NAK JADI KETUA ....
Baik punya planning. Punyalah nak berkuasa, sampai masuk campur
perihal parti lain. Dia pulak yang aturkan siapa jadi presiden parti orang.
Sebijik penjajah.
Bagusnya UMNO laporkan kepada SPRM. Biar SPRM siasat kalau
melibatkan rasuah. Kalau sampai sanggup khianat parti ni, kemungkinan besar
ianya tak percuma.
Begitulah sifat pengkhianat. Dia memang dah biasa mengkhianat.
Sekarang ni dia nak semua orang pun jadi pengkhianat sama macam dia. The more
the merrier.
Sebijik perangai iblis. Dia dah confirm masuk neraka, lepas tu
dia janji nak tarik semua anak Adam masuk neraka dengan dia. Guane boh?
PAU 2022 | Pemuda UMNO desak singkir pengkhianat
PAU 2022 | UMNO tidak boleh bertolak ansur terhadap 'pengkhianat'
Pemilihan UMNO | Siapa nak tanding, umum awal - Isham Jalil
LANGKAH NAK TEBUK ATAP LAGI TAK MENJADI...
ALBAB AKLAKEN
Lebih 2/3 menolak
Langkah Musibat. Abih jalan dah Tompok & Hadi nak tebuk atap. Tinggal lagi
Langkah 1000. Tompok dah ghoib, hadi pulak tngah jalan atas air berkira nak
berambus p mana. X cukoop jumelooohh tapak tanah bersaie.
HANG JANGAN CAKAP BESAQ SANGAT NUSI- KISAH VELLFIRE BLOM SELESAI KOT- KISAH REE PUN RASANYA ADA LAPORAN- HANG TUNGGU ORANG NAK CARI BUKTI-TAPI JANGAN TUDUH ORANG NAK PENAYA HANG PULAK
Ni sorang lagi. Masa ni cabar suruh tangkap. Kejap lagi bila
buat siasatan, ada bukti, SPRM tahan pemimpin dia, terus kata fitnan.
Pembunuhan karater bagai macam si Mahiaddin. Guane boh?