Semalam aku jumpa video di TikTok tentang hal ini. Rasanya dari
DPP Kelantan kot. Marah betul dia. Cakap DS Anwar jangan ulangi pengkhianatan
oleh BN dahulu.
Pertama sekali, duit RM50 juta tu bukan peruntukan untuk
kerajaan negeri. Itu bantuan mangsa banjir dari Kerajaan Persekutuan. Jadi
terpulang kepada Kerajaan Persekutuan siapa akan uruskan.
Kedua, tidak timbul soal pengkhianatan. Kerana apa yang utama,
duit itu sampai kepada mangsa banjir. Tiada siapa yang kena khianat pun selagi
mangsa diberikan bantuan yang dijanjikan.
Ketiga, yang biasa khianat adalah pemimpin PAS sendiri. Bantuan
Kerajaan Pusat ditukar label, letak nama sendiri seolah bantuan itu datang
daripada mereka sendiri. Itu baru namanya khianat.
Dan dari komen-komen yang aku baca, ramai rakyat Kelantan
sendiri yang sokong bantuan itu diberikan melalui JPP kerana pengalaman mereka,
selalunya cuma kaum kerabat PAS je yang dapat. Guane boh?