DSAI - PM UNTUK SEMUA.
12 Januari 2023
1. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini
mengadakan lawatan ke Terengganu untuk menghadap DYMM Sultan Terengganu dan
juga bertemu pegawai pegawai kerajaan.
2. Dalam rangka perjumpaan beliau dengan pegawai pegawai
kerajaan di Universiti Malaysia Terengganu, YAB Dato' Seri Anwar telah
menekankan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
3. Pembetulan dalam pemberian kontrak dengan cara cermat adalah
untuk menjimatkan kos supaya penjimatan wang tersebut dapat dimanfaatkan dan
dinikmati oleh semua rakyat miskin yang perlukan pembelaan.
4. Bukti Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri untuk semua adalah
semasa banjir baru baru ini apabila beliau memperuntukkan RM100 juta kepada
Terengganu dan Kelantan, kedua duanya negeri kerajaan PAS.
5. Beliau telah dengan cepat mengumumkan pemberian tersebut
sebaik sahaja dua negeri tersebut dilanda musibah banjir walaupun pemimpin
pemimpin dari parti politik yang menerajui negeri berkenaan sering menyerang
beliau.
6. Walaupun Anwar berjiwa besar pihak parti pembangkang sedikit
pun tidak menunjuk sikap mengenang budi atau sekurang kurangnya meraikan tetamu
yang berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman hari ini.
7. Baik semasa ketibaan sampai atau pun keberangkatan pulang
Perdana Menteri Anwar sempena lawatan ke Terengganu, tiada seorang pun dalam
kalangan pemimpin negeri, baik Menteri Besar atau seorang Exco ataupun seorang
wakil rakyat PAS tidak kelihatan di lapangan terbang.
8. Kerajaan Melayu Islam jenis apakah yang wujud di Terengganu
Darul Iman?
9. Inikah budaya dan adat yang patut dicontohi dan dibanggakan
oleh rakyat dan generasi muda kita?
10. Bukankankah ada pepatah Melayu yang berbunyi "orang
berbudi kita berbahasa"? Kami rakyat Terengganu merasa malu atas sikap
pimpinan kerajaan Terengganu hari ini terhadap tetamu yang berkunjung bernama
Anwar Ibrahim.
11. Bukankah Islam mengajak penganutnya untuk meraikan tetamu
yang berkunjung, dengan dilayan dengan baik dan menunjuk pekerti yang indah?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.