Tidak pelik jika PM10 datang ke Terengganu hanya diraikan oleh
Sultan Terengganu dan kakitangan awam di sana. Anwar Ibrahim bukan tokeh judi
yang boleh diraikan atau disambut.
Ada seorang lebai menulis, PM10 datang ke Terengganu ikut pintu
belakang, sebab itu MB atau mana2 pimpinan negeri tidak sambut beliau. Masuk
akalkah seorang PM10 ikut pintu belakang untuk lawatan resmi dan bertemu
sultan? Jika pihak Polis atau keselamatan tahu kehadiran PM, begitu juga
kakitangan awam pun tahu serta menyambut beliau, tiba2 pejabat MB tidak tahu?
Hakikatnya PM10 tidak bawa duit kali ini. Cuba kalau hadir untuk
umumkan peruntukan atau umumkan royalti, ikut atap pun beliau akan disambut
sepertimana tokeh judi disambut. Sebelum ini, RM 50 juta telah Anwar Ibrahim
umumkan diberi kepada Terengganu dan Kelantan untuk mangsa2 banjir. Kerajaan
negeri Selangor juga turut memberikan sumbangan RM 500 ribu kepada Terengganu
dan Kelantan. Tidak perlu sambut PM 10 kerana duit pun telah dapat, bukan?
Tidak mengapa. Percayalah, sebulan dua lagi MB yang bercuti
waktu rakyat dilanda banjir itu akhirnya akan tebalkan muka ketuk opis PM10
untuk merayu minta royalti minyak. Kita akan lihat sekali lagi PM10 kita bersikap
"pemaaf tahap dewa".
WFAUZDIN NS