TU DIAA....SABAQ PAK CIK...MALU ANAK CUCU PAK CIK....UMNO PEMBOHONG KUAT SELAMA NI PAK CIK

 

Maszlee dihalau ketika lawat mangsa banjir.




Maszlee Malik diminta meninggalkan pusat pemindahan sementara di Sungai Linau, Simpang Renggam.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dihalau seorang penduduk kampung ketika beliau melawat sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Simpang Renggam, Johor, pagi tadi.

Video insiden itu yang tular di media sosial menunjukkan Mazlee memberitahu beliau dihalang memasuki PPS Sungai Linau untuk bertemu mangsa banjir.

“Saya mahu membantu mereka. Sejak lima tahun lalu, setiap kali berlakunya banjir saya akan datang ke sini.

“Tetapi, kali ini saya rasa pelik kerana tidak dibenarkan (masuk),” katanya yang mendakwa ahli politik Umno dibenarkan masuk.

Seorang warga emas lelaki juga dilihat menjerit ke arah Maszlee dan bertanyakan bekas menteri itu apa yang beliau lakukan untuk membantu penduduk setempat.

Dua anggota polis kemudiannya menenangkan lelaki itu dan mengiringinya keluar dari sana.

Tidak lama kemudiannya, seorang lagi lelaki menghampiri Maszlee dan memberitahunya ahli politik tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Lelaki itu meminta Maszlee, yang juga calon Pakatan Harapan Simpang Renggam, meninggalkan kawasan itu dan beliau akur.

KEH..KEH..KISAH SI PENJUAL MEE GORENG YANG TERSOHOR-DARI KETUA GEROMBOLAN SEHINGGALAH MENJADI CALON UMNO

 




Walaupun 5 tahun sekali sahaja Khai Takiri menggoreng mee, namun berkat jasa dan khidmat baktinya mee goreng Kuala Nerus berjaya dipopularkan ke serata pelusuk dunia.

Menurut seorang penduduk tempatan Kuala Nerus bernama Mat Kapan bin Mat Kapit, beliau mendapati ramai pelancung yang berkunjung ke daerah itu terkejut kerana terdapat mee yang digoreng dalam kuali yang begitu besar sekali yg disifatkan janggal sekali.

"Bila saya tanya pelancung-pelancung itu, contohnya seorang yang datang dari Kelantan, beliau menyangka oleh kerana Kuala Nerus ini berada di Terengganu, kami hidup dengan makan ikan dan keropok sahaja," katanya dalam temubual eksklusif bersama BerMaNaTV.

"Tidak. Di sini juga ada mee, roti Gardenia, kek bunga Mawar dan bermacam lagi makanan. Jadi kita harus berterima kasih kepada YB Khai Takiri kerana berjaya membuka mata dunia luar terhadap Kuala Nerus tentang mee goreng beliau."

Sementara itu, tidak dapat dipastikan mee yang digoreng Khai Takiri itu berjaya dijual atau tidak memandang semasa tinjauan dibuat hanya ada 2 tiga ekor kucing saja yg berkeliaran disitu.

*Petikan laporan BerMaNaTV*

 

LRT ROSAK NAK SALAH SIAPA ?



 KAMSIAH HAIDER


Saya kurang faham kenapa pengurusan Prasarana, terutama menteri kewangan (Prasarana bawah Kementerian Kewangan dan dipantau oleh Kementerian Pengangkutan) tidak memberi keutamaan kepada membangunkan kepakaran teknologi tempatan, selepas sekian lama menguruskan operasi LRT (lebih 20 tahun).

Saya fikir kesilapan dan gangguan ini berpunca daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak mempunyai kepakaran untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku.

 


STEVEN SIM DAN KHAI LOON TERUS MEMBANTU




Ada orang hantar mesej kata ada famili kat Bukit mertajam yang kena halau dari rumah sewa merekaDescription: πŸ˜”. Isteri orang Sabah dan suami dari Kedah, anak umur 15 tahun.

Kak Nur dan Abang Rosli kata bila depa kena halau, ada uncle Cina seorang tolong angkut barang-barang depa ke rumah kawan. Inilah Malaysiaku yang indah, tak kira kaum dan agama kita sama-sama bantu membantuDescription: πŸ‘πŸ».

Rumah sewa sekarang pun rumah jenis pondok kecik, kawan kasi duduk dalam sebuah bilik. Sewa RM150 sebulan. Walaupun bilik hanya sebesar kotak tapi tetap mereka bersyukur kurang-kurang ada bumbung buat teduh hujan dan panasDescription: 😞.

Sudah jatuh ditimpa tangga, 2 hari lepas bila berlaku banjir kilat, rumah itu dinaiki air rosak barang-barang mereka.

Saya tengok komen tadi ada yang kata depa somi isteri nampak sihat kenapa tak kerja. Kawan-kawan, sakit dalam badan siapa yang tahu? Kalau tak kena kat batang tubuh sendiri, kita takkan faham. Abang Rosli ada penyakit urat saraf dan tangannya pun tak kuat sebab pernah patah sekali. Dia bukan tak kerja, ada kerja potong rumput. Itu memang kerja susah. Dan dia hanya larat buat sekadar yang mampu. Satu bulan ada la RM400-RM500.

Kak Nur pun ada penyakit kulit dan perlu berubat. Ada niat nak niaga tapi modal takda. Kak Nur kata walaupun hidup susah mereka tak pernah pohon bantuan siapa-siapa. Mereka tak mau hidup bergantung pada orang. Itu yang buat saya terharuDescription: 😭.

Tapi mereka dah tak larat dan tak sanggup lihat anak umur 15 tahun turut hidup begini bersama mereka, tiap hari makan nasi putih cicah kicap. Kadang kala pancing ikan kat parit, petik sikit kangkung adalah lauk tambah. Kini rumah pun tak adaDescription: 😭.

Bila dapat tahu perkara ini, saya call ADUN kawasan, Saudara YB Lee Khai Loon ζŽε‡―δΌ¦ minta dia tolong carikan rumah yang lebih baik. Walaupun saya bukan lagi Ahli Parlimen dalam tempoh kempen PRU ini, saya akan bantu semampu yang boleh. Hari ini Khai Loon bawa berita baik kepada Kak Nur dan Abang Rosli. Kami dah dapatkan rumah baru buat mereka! Hari ini juga kita pindah.

Khai Loon berjaya pohon sebuah rumah kerajaan negeri di Flat Desa Wawasan. Kaedah sewa-untuk-beli. Bayar sewa RM240 bulan-bulan, lepas 15 tahun rumah jadi milik mereka. Sewa satu tahun semua dah cover, supaya mereka ada masa untuk berdiri semula dulu, tenangkan fikiran, bina semula kehidupan, kemudian barulah start bayar sewa sendiri. Saya kata kat Kak Nur, mulai sekarang takda siapa-siapa boleh halau dari rumah. Ini mahligai milik keluarga mereka.

Lepas ni kita tengok macam mana nak bantu Kak Nur mulakan bisnes jual nasi lemak.

Anak mereka Irfan bagitau saya dia nak jadi doktorDescription: πŸ§‘πŸ»‍⚕️ . Saya tengok dia punya study pun baik. Dia borak dengan saya dalam bahasa Inggeris. Saya tanya Abang Rosli sudikah dia bagi Irfan jadi anak angkat saya? Saya akan bantu dalam pelajaran Irfan supaya boleh tercapai cita-cita jadi doktor. Abang Rosli restukan. Selama saya jadi Ahli Parlimen, saya dah ada 70 orang anak angkat. Ada Melayu ada Cina ada India. Macam Anwar Ibrahim kata, "Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya"... Lebih kurang begitulah. Description: 😬

Kak Nur dan Abang Rosli, selamat masuk ke rumah baru, mahligai keluargamu. Semoga nyenyak tidurmu malam ini.

Sehingga kini, saya tak pernah minta derma untuk kempen PRU saya dalam Facebook ini. Tapi kalau ada yang tergerak dalam hati nak bantu keluarga Kak Nur dan Abang Rosli, bolehlah buat sumbangan terus kat mereka. Setidak-tidaknya kita sedekahkan doa semoga hidup mereka akan dipermudahkan selepas ini. Description: 🀲🏼

JALAN TERUIH !! .

Kepada sesiapa yang ingin bantu Kak Nur, boleh sumbang direct kepada beliau Description: πŸ™:

Nordinah bt Safari

CIMB : 7021855695

 

 

#147 In Fighting Mood- DR NORAISHAH MYDIN- Dr.Noraisha berpendidikan Phd dalam bidang Neurologi daripada University College London dan adalah seorang bekas pensyarah di Universiti Malaya.



Kita berdepan dengan masalah ekonomi yang dijangka lebih mencabar ditahun hadapan. Perebutan kuasa daripada kalangan ahli politik demi menyelamatkan diri mereka daripada kes-kes rasuah dan jawatan.

Kita perlukan wakil rakyat yang berpendidikan, rajin bekerja keras, dan mengutamakan rakyat, bukan mengutamakan poket sendiri.

Sebab itu kami memilih Dr.Noraisha sebagai calon wakil rakyat di Putrajaya P125.

Beliau berkelayakan tinggi dan merupakan seorang tokoh penyelidik terkenal di serata dunia dalam bidang neurologi.

Dr.Noraisha berpendidikan Phd dalam bidang Neurologi daripada University College London dan adalah seorang bekas pensyarah di Universiti Malaya.

Saya kagum dengan semangat perjuangan Dr. Noraisha untuk membuat perubahan kepada negara. Beliau menyuarakan isu bukan sebab jawatan atau cari makan, tetapi menegakkan isu dari hati.

Kenali lebih lanjut tentang Dr.Noraisha di:

https://aishah.org/

https://calonkeadilan.org/candidate/P125

#AyuhMalaysia #KitaBoleh #KEADILAN #PakatanHarapan

 


PELUANG UNTUK CUCI NAMA SEBAGAI INSAN BAIK WALAU HIDUP LAMA SUDAH NAMPAK SEMAKIN JAUH

IBRAHIM MAT ISA

Bagi insan yang hidup terlalu lama, di hujung usia dia merepek meraban tu normal. Kata orang, buang tebiat. Dia berasa gagah, walhal upayanya sudah terlalu lemah. Kita doakan Tun supaya tenang selalu...


AZMIN TAK BERANI ISYTIHAR HARTA, IKUT BUDAYA BN?


BETAPA TERUKNYA LEBAI HADI








 

BETAPA TERUKNYA LEBAI HADI

Baru sahaja kita mendengar ada lebai Pas berkata, "sokong BN dan PH, masuk neraka", kemudian lebai ini minta maaf. Sebelum itu, lebai Razman dari Perak berkata, "Jika sokong Anwar jadi PM, Anwar akan halalkan lelaki berkahwin dengan lelaki, wanita berkahwin dengan wanita".

Terbaru, lebai Hadi pula berkata, dia bimbang kerana Dap letak ramai calon Melayu. Sebelum ini, lebai Hadi bimbang kerana PH dikawal oleh Cina dari Dap. Bila Dap letak calon Melayu, dia bimbang juga. Nampak tak perangai lebai Hadi yang bodoh dan rasis?

Apa yang dia tidak bimbang? Dia tidak bimbang jika parti berjenama Islam meletakkan orang kafir sebagai calon. Jika dia letak calon bukan Islam, hukumnya halal. Jika parti Dap letak calon orang Islam, hukumnya 'haram' dan membimbangkan. Itulah tanda2 penjual agama yang sesat lagi menyesatkan.

Pelik bin ajaib, orang sebengong Hadi ini boleh memperbodohkan ramai para penyokongnya termasuk para ustaz. Itulah kelebihan Hadi iaitu boleh memperbodohkan orang agar setaraf dengan otak beliau.

WFAUZDIN NS

 

MELAYU MESTI BIJAK, MENANGKAN BEBERAPA CALON BN, PAS SAHAJA

 

SAFT SHAH ALAM




SAFT SHAH ALAM

Ramai kawan2 FB minta saya ulas mengenai Parlimen Shah Alam.

Pada saya, a no brainer. Ye, kita nak set Hang Nadim, tapi kalau kita dapat calon umur pertengahan dalam 50an dengan track record baik penuh pengalaman, kita patut grab sebagai MP.

Kalau tanyakan saya, kualiti SAFT yang paling menyerlah bagi Parlimen Shah Alam adalah saudara Azli Yusof dari Pakatan Harapan.

Pendidikan tinggi dari oversea, bidang kejuruteraan. Saya dah due-d. Pengalaman dalam sektor korporat dan Kerajaan seimbang. Plus point, he has worked the ground. Jadi Nazir dan Imam Masjid. Orang tempatan Shah Alam lagi.

Calon lain pada saya, tiada advantage macam saudara Azli dari segi kualiti menjadi Wakil Rakyat Shah Alam, dan seterusnya diangkat menjadi MP. Dia paling win.

Hands down, kalau saya pengundi Shah Alam, saya akan pilih saudara Azli. At the surface, SAFT ditepati. Namun, jangan pajak otak tuan puan kepada penulis, boleh juga nilai sendiri.

#MalaysiaMemilih #PRU15 #SAFT

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

NURUL LAWAT MANGSA BANJIR KILAT DI MENGKUANG TITI

 

BANJIR DI MENGKUANG TITI

Mulai jam 6.00 petang, semasa saya di Pasar Ban Busuk, hujan turun tanpa henti di Permatang Pauh semalam.

Yb Nurul Izzah turun melawat mereka di Mengkuang Titi sebentar tadi, 30 keluarga mangsa banjir Description: 😒2 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuka dan saya segerakan makan malam nasi kandaq dan ubat-ubatan buat mereka.






KA SIONG- BAIK LEPASKAN JAWATAN KERANA ANDA GAGAL.



LRT

1. Sudah 5 hari sistem LRT terhenti. Ini melibatkan 16 stesyen di pelbagai destinasi di Kuala Lumpur. Saya tengok sejak Selasa lagi, netizens took it to the social media. Frustnya mereka terhadap Prasarana.

2. Ramai yang kena tambah belanja, kos tol dan minyak sehari bukan murah. Parking lagi. Bagi yang golongan B40 belum dapat gaji. Memang terasa beban 7 hari penutupan ini.

3. May tahun lalu, jangan kita lupa. 2 LRT bertembung menyebabkan 44 orang cedera parah dan beratus lagi cedera. Masa tu kita marah dengan Pengerusi Prasarana, bila bercakap dalam sidang media, buat jenaka.

4. Adakah salah Prasarana saja? Menteri boleh basuh tangan? Menteri Wee Ka Siong awal2 dah bertaichi. Katanya Prasarana bawah MOF. Ya rabbi. Ramai tepuk dahi. Prasarana tu memang la bawah MOF, tapi siapa yang jaga operasi?

5. Kalau LRT bukan bawah MOT, takkan la MOT hanya jaga teksi? Pada saya, 2 insiden besar kegagalan LRT dalam masa 2 tahun, juga menunjukkan kegagalan Menteri. Dan Kerajaan Ismail Sabri. Tak pernah lagi berlaku sebelum ini.

6. Dah la punya lambat WKS nak bagi kenyataan. 3 hari kita tunggu. Orang cari, tengok di FB dia rupanya tengah sibuk berkempen. Bila bukak mulut mula salah menyalah pula. Pada saya, WKS menteri yang gagal. Bukan sebab insiden ini berlalu. Tapi cara dia mengurus.

7. Ini tunjukkan keputusan terburu2 nak PRU ini, cuma untuk mereka berkuasa penuh. Dah la ramai terjejas dengan banjir, sekarang LRT fail. Menteri pula buat dek saja. Bila rakyat perlukan Kerajaan berfungsi, mereka sibuk berkempen. Inikah Kerajaan yang kita boleh angkat kembali?

8. Bandingkan Menteri Pengangkutan MCA dan DAP. 22 bulan, orang buka mata tentang keupayaan Anthony Loke. Dia turun padang sendiri tengok LRT. Dia settle masalah there and then. Ramai orang senang dengannya.

9. Ramai Melayu tak suka DAP, tapi kalau ada Menteri DAP yang berkualiti, kita patut puji. Itu sebab SAFT itu penting. Jangan hanya pangkah ikut parti. At least kita screen dulu, bakal Menteri2 kita atau yang sedia ada. Kena pandai buat kerja.

9. MCA sekarang berada tahap paling lemah dalam sejarah. Bukan saja mereka dilihat sebagai pak turut dalam Barisan Nasional. Tapi Presiden sendiri nampak lemah. Sukar pada saya, mereka nak dapat kepercayaan kembali. Tambah kegagalan besar Presiden mereka mengendalikan isu LRT kali ini. Ramai akan ingat di kotak undi nanti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

PANAS !! TUAN IBRAHIM PUCAT GIGI, RAFIZI TUNGGU DI MAHKAMAH



KERAJAAN BN/PN BERSETUJU MELANTIK MANGKUBUMI BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR RM2 BILION SECARA RUNDINGAN TERUS.

Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan (“Demand Letter”) dari Tuan Ibrahim berhubung kenyataan-kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd dalam beberapa projek besar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air Untuk makluman orang ramai, menghantar Surat Tuntutan bukanlah bermakna tindakan saman telah diambil. Secara umumnya, satu pihak menghantar Surat Tuntutan ke satu pihak yang lain untuk mendapat penjelasan dan memaklumkan hasrat pihak itu untuk mengambil tindakan saman sekiranya tuntutan-tuntutan tidak dipenuhi. Tindakan saman hanya bermula apabila saman itu difailkan di mahkamah. Pengalaman saya selama ini menunjukkan hanya separuh dari surat-surat tuntutan yang dihantar kepada saya berakhir dengan tindakan saman. Oleh itu, selepas peguam-peguam saya menjawab Surat Tuntutan dalam tempoh seminggu ini, saya berharap Tuan Ibrahim meneruskan niatnya untuk menyaman saya di mahkamah. Saya tidak mahu Surat Tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15, tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah. Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu. Sejak saya membawa isu ini ke pengetahuan umum pada hari Isnin lalu, reaksi tidak rasmi dan kenyataan rasmi Tuan Ibrahim cuba memberi gambaran berikut: • Bahawa isu yang saya bawa (iaitu projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 akan diberikan secara rundingan terus pada harga RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd) adalah rekaan dan palsu • Kenyataan saya bahawa proses untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus telah dan sedang berlaku adalah palsu • Bahawa Tuan Ibrahim tidak tahu apa-apa mengenai keputusan untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus bagi sebuah projek yang sebegitu besar Oleh itu, hari ini saya tampil menunjukkan bukti kukuh bahawa projek tebatan banjir Kuala Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion ini sebenarnya telah pun diluluskan secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd. Saya sertakan petikan surat dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dr Zaini Ujang bertarikh 7 Oktober 2022 dengan nombor rujukan MOF.BPK(5)600-15/59/206(4) yang bertajuk “PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI LANGAT FASA 2, SELANGOR”. Saya petik kandungan surat tersebut di perenggan 2 untuk manfaat rakyat Malaysia: “2. Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd. (MSB).” Keputusan ini juga merujuk kepada surat dari Perdana Menteri, Ismail Sabri mengenai projek ini yang bertarikh 16 Ogos 2022. Surat dari Kementerian Kewangan ini dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan bajet yang lepas. Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari ini ialah pembentangan bajet. Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022. Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15. Lazimnya, apabila keputusan sebesar ini yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air telah diputuskan di peringkat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, walaupun surat pemakluman keputusan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha KASA, sudah tentu KSU KASA telah pun memberi taklimat dan memaklumkan Menteri KASA sejurus selepas 7 Oktober 2022. Sebab itu saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa. Malah, kempen PAS telah bertumpu sepenuhnya kepada menyerang peribadi saya untuk mengalihkan perhatian bahawa logiknya Tuan Ibrahim TAHU memang projek berjumlah RM2 bilion ini telah pun diluluskan oleh kerajaan untuk tindakan beliau sebagai Menteri KASA. Saya juga akan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan projek-projek rundingan terus seperti ini dalam sidang media yang akan datang. Buat masa ini, saya berharap Tuan Ibrahim tidak berselindung di sebalik satu Surat Tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawab beliau mengenai projek ini. Sekiranya PH membentuk kerajaan saya berhasrat untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa mengenai peranan Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul dan Tuan Ibrahim mengenai peranan, fungsi dan keterlibatan mereka dalam kes ini untuk disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa. Saya berharap beliau bersabar kerana sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya PH membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.


INI KAITANNYA!! - PROJEK RM2.6B - AZEEZ RAHIM - TUAN IBRAHIM TUAN MAN | ...



Rafizi Ramli, mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam proses menganugerahkan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat dimiliki individu dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Usaha meluluskan segera projek itu di bawah pentadbiran kerajaan sementara adalah sebagai timbal balas selepas menerima dana untuk digunakan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15. Rafizi Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab dakwaan berkenaan dan memberi jaminan tidak akan meluluskan sebarang projek dalam tempoh pentadbiran kerajaan sementara, kerana ia bertentangan dengan pekeliling Perbendaharaan.




PN PARTI KAYA, TAPI ‘BAHAYA’ BERI UNDI KEPADANYA


 Berdasarkan kunjungan dan tinjauan ke beberapa kawasan pilihan raya setakat ini, apa yang ketara ialah poster dan bendera PN terlihat jauh lebih meriah mengatasi PH dan juga BN.

Walaupun PN baru beberapa tahun ditubuhkan dan berpeluang mengetuai kerajaan cuma selama 17 bulan, kemudian berada lagi dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob selama 14 bulan sehingga sekarang z- ertinya cuma 31 bulan – kemampuan kewangan gabungan itu nampaknya cukup mengkagumkan.

PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan, STAR dan SAPP itu bukan saja mengatasi kemampuan PH yang pernah menjadi kerajaan selama 22 bulan, bahkan meletakkan BN yang berkuasa sebelum ini selama lebih 60 tahun jauh di belakang.

Sejak PRN Melaka dan Johor sebelum ini, sekarang bersambung pula ke PRU15, PN telah menyerlahkan kemampuan kewangan yang luar biasa dari segi menyediakan poster dan juga bendera.

Logiknya, kalau poster dan bendera sudah jauh ke hadapan, pastinya dalam aspek yang lain dalam menghadapi PRU15 ini juga PN memiliki kemampuan kewangan yang besar dan luar biasa.

Sekali fikir, macam PN sebelum ini pernah berkuasa selama 31 tahun lamanya.

Bagaimana mereka ada kemampuan kewangan sebegitu?

Adakah Mahiaddin Md Yasin seorang yang amat kaya?

Apakah Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali juga begitu kaya?

Atau Hadi Awang turut tidak terkecuali dari segi kekayaannya?

Jika pimpinan utama PN tidak kaya, bagaimana mereka mampu tampil bergaya untuk bertarung dalam pilihan raya?

Namun demikian, meskipun terlihat kaya dan memiliki kemampuan kewangan yang besar, PN bukanlah parti yang harus disokong oleh pengundi pada 19 November nanti.

Lupakan soal kekayaan dan kemampuan memeriahkan suasana dengan poster serta bendera, tetapi penting untuk difikirkan bahawa di dalam PN, terutama melalui Bersatu, terkumpul segala jenis pengkhianat yang telah merosak dan mengotorkan suasana politik negara sejak 2018 lalu.

Pengkhianat UMNO, pengkhianat PKR dan pengkhianat kepada PH, semuanya terkumpul dalam Bersatu yang menunjangi PN sekarang ini.

Sementara kewujudan Bersatu itu sendiri bertujuan mahu “membunuh” UMNO, penyertaan katak-katak dan pengkhianat daripada UMNO dan PKR ke dalamnya menjadikan ia sebuah kumpulan yang penuh toksid serta amat merbahaya.

Mereka inilah yang mengotor dan menghuru-harakan keadaan politik negara selama ini.

Memberi undi dan mengekalkan lagi mereka sebagai Ahli Parlimen akan memungkinkan keadaan politik negara terus kotor dan tidak dapat dibersihkan.

Politik negara ini berkemungkinan dapat dibersihkan atau setidak-tidaknya dipandang lebih baik hanya dengan mereka itu disingkir dan diketepikan sama sekali dalam PRU15 ini.

Oleh itu, jika ingin melihat negara ini lebih aman dan selamat selepas PRU15 ini, jauhkan sama sekali daripada memberi undi kepada PN.

Lebih buruk lagi, di dalam PN yang sudah sedia bertoksid itu terdapat pula Pas yang sejak puluhan tahun menjual nama Allah, syurga dan neraka sebagai modal untuk mengaut laba dalam berpolitik demi dunia.

Kalau mereka berhujah atau berceramah, seolah-olah Islam itu hanya milik mereka semata-mata dan kunci pintu syurga dan neraka pun mereka juga yang memegangnya.

Hakikatnya, perbuatan mereka itu amat merosakkan agama dan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.

Dengan demikian, sekali lagi, jauhi daripada memberi undi kepada PN demi keharmonian hidup di negara tercinta ini. – ShahbudinHusin 12/11/2022.



TAK BERANI KA APA ? MAHIADDIN TAKUT NAK ISTIHAR HARTA-KEMUDIAN KHIANAT SEMASA ZAMAN PH

 

Isytihar harta hanya gimik politik, kata Muhyiddin


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap perisytiharan harta oleh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai “gimik politik.”

Katanya ada cara yang betul untuk mengisytiharkan harta seseorang.

“Saya melakukan itu (mengisytiharkan harta saya) semasa saya menjadi menteri dan perdana menteri atau memegang jawatan awam di mana anda perlu mengisytiharkan harta anda tetapi jika anda berada di sektor swasta, anda tidak perlu berbuat demikian.

“Bolehkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkannya?

“Sebagai menteri, ia adalah wajib untuk berbuat demikian tetapi ia adalah gimik politik jika ada yang lain untuk menunjukkan calon itu miskin atau seseorang itu tidak patut mengundinya,” katanya kepada media selepas program belia di rumah terbuka Taman Sri Penggaram di Batu Pahat, hari ini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menyifatkan tempohnya bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai zamannya yang lebih jahil dalam politik.

Beliau menjadi Menteri Dalam Negeri selama 22 bulan dalam kerajaan PH.

“Selepas 22 bulan, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Negara mengalami masalah dan saya terpaksa menyelamatkannya.

“Kita tinggalkan PH dan ini menyebabkan kerajaan tumbang. Kalau mereka nak panggil saya pengkhianat, terpulang. Tetapi saya tidak mengkhianati bangsa, agama dan negara,” katanya.

Walaupun membentuk kerajaan, beliau berkata PH tidak dapat melaksanakan manifestonya dengan Dr Mahathir berkata ia bukan kitab suci.

“Kami juga menerima tekanan hebat daripada DAP yang mahu kerajaan ketika itu menghapuskan Akta Hasutan.

“Akta ini melindungi Raja, Islam sebagai agama rasmi negara serta hak Melayu dan bahasa Melayu,” katanya.