KA SIONG- BAIK LEPASKAN JAWATAN KERANA ANDA GAGAL.



LRT

1. Sudah 5 hari sistem LRT terhenti. Ini melibatkan 16 stesyen di pelbagai destinasi di Kuala Lumpur. Saya tengok sejak Selasa lagi, netizens took it to the social media. Frustnya mereka terhadap Prasarana.

2. Ramai yang kena tambah belanja, kos tol dan minyak sehari bukan murah. Parking lagi. Bagi yang golongan B40 belum dapat gaji. Memang terasa beban 7 hari penutupan ini.

3. May tahun lalu, jangan kita lupa. 2 LRT bertembung menyebabkan 44 orang cedera parah dan beratus lagi cedera. Masa tu kita marah dengan Pengerusi Prasarana, bila bercakap dalam sidang media, buat jenaka.

4. Adakah salah Prasarana saja? Menteri boleh basuh tangan? Menteri Wee Ka Siong awal2 dah bertaichi. Katanya Prasarana bawah MOF. Ya rabbi. Ramai tepuk dahi. Prasarana tu memang la bawah MOF, tapi siapa yang jaga operasi?

5. Kalau LRT bukan bawah MOT, takkan la MOT hanya jaga teksi? Pada saya, 2 insiden besar kegagalan LRT dalam masa 2 tahun, juga menunjukkan kegagalan Menteri. Dan Kerajaan Ismail Sabri. Tak pernah lagi berlaku sebelum ini.

6. Dah la punya lambat WKS nak bagi kenyataan. 3 hari kita tunggu. Orang cari, tengok di FB dia rupanya tengah sibuk berkempen. Bila bukak mulut mula salah menyalah pula. Pada saya, WKS menteri yang gagal. Bukan sebab insiden ini berlalu. Tapi cara dia mengurus.

7. Ini tunjukkan keputusan terburu2 nak PRU ini, cuma untuk mereka berkuasa penuh. Dah la ramai terjejas dengan banjir, sekarang LRT fail. Menteri pula buat dek saja. Bila rakyat perlukan Kerajaan berfungsi, mereka sibuk berkempen. Inikah Kerajaan yang kita boleh angkat kembali?

8. Bandingkan Menteri Pengangkutan MCA dan DAP. 22 bulan, orang buka mata tentang keupayaan Anthony Loke. Dia turun padang sendiri tengok LRT. Dia settle masalah there and then. Ramai orang senang dengannya.

9. Ramai Melayu tak suka DAP, tapi kalau ada Menteri DAP yang berkualiti, kita patut puji. Itu sebab SAFT itu penting. Jangan hanya pangkah ikut parti. At least kita screen dulu, bakal Menteri2 kita atau yang sedia ada. Kena pandai buat kerja.

9. MCA sekarang berada tahap paling lemah dalam sejarah. Bukan saja mereka dilihat sebagai pak turut dalam Barisan Nasional. Tapi Presiden sendiri nampak lemah. Sukar pada saya, mereka nak dapat kepercayaan kembali. Tambah kegagalan besar Presiden mereka mengendalikan isu LRT kali ini. Ramai akan ingat di kotak undi nanti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki