MAHATHIR DAN MUSLIHAT DI SEBALIK CADANGAN KERAJAAN ALA MAGERAN

 

Saya ingin mulakan tulisan kali ini dengan ketawa berdekah-dekah terlebih dahulu – kahkahkahkahkahkah…

Saya ketawa kerana Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengakui beliau telah mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dalam pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, petang tadi.

Alasannya ialah oleh kerana Mageran telah berjaya mengatasi krisis politik dan ekonomi pada 1969 dahulu, beliau yakin kerajaan ala Mageran juga mampu mengatasi masalah yang dihadapi negara ketika ini.

Dengan penubuhan kerajaan ala Mageran, bermakna ia lebih ketat daripada darurat yang ada sekarang dan memungkinkan Parlimen terus digantung untuk tempoh yang lebih lama, tidak mustahil selama dua tahun atau sehingga tahun 2023.

Ertinya, cadangan Tun Mahathir ini betul-betul mengarut kerana jelas berlawanan dengan keinginan rakyat yang mahu darurat segera ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang semula seperti biasa.

Penubuhan kerajaan ala Mageran ini dengan sendirinya juga bermakna Tun Mahathir menolak pembentukan kerajaan baharu menggantikan PN yang mungkin diketuai oleh Anwar Ibrahim yang melibatkan PH, BN dan lain-lainnya.

Lebih mudah untuk difahami ialah idea kerajaan ala Mageran itu, tujuan besarnya, tidak lain hanyalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya dengan perlembangan terbaru ini Tun Mahathir akan terus hidup bersama dendam kesumatnya terhadap Anwar sehingga ke hujung nyawanya.

Saya seterusnya ketawa lebih kuat lagi kerana Tun Mahathir juga mengakui beliau telah menawarkan dirinya untuk mengetuai kerajaan ala Mageran yang dicadangkannya itu

Kahlahkahkahkahkahkah…ini sudah betul-betul masuk bakul angkat sendiri namanya.

Oleh kerana Tun Mahathir menyatakan Mageran telah berjaya mengatasi krisis politik dan ekonomi pada 1969 dahulu, bermakna kali ini beliau percaya hanya dirinya saja yang boleh menyelesaikan semua masalah dalam negara ini melalui kerajaan ala Mageran.

Ehhh…ini nak menyelesaikan masalah negara atau untuk menghalang kemaraan Anwar?

Semakin ternampak jelas, umpama bersuluh di siang hari tujuan Tun Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dan seterusnya mahu dirinya mengetuai kerajaan tersebut.

Jadi Perdana Menteri 22 bulan selama ini pun kacau bilau dan huru-hara PH serta negara dibuatnya, bayangkan jika orang yang ada niat jahat terselindung ini diberi kuasa sekali lagi mengetuai negara ini melalui kerajaan baharu ala Mageran dan tanpa Parlimen bersidang?

Masalah negara belum tentu selesai, agenda dendam peribadinya saja yang sudahnya berjaya dipenuhinya.

Yang ternampak jelas juga di sini, walaupun tiada parti dan bilangan Ahli Parlimen yang bersamanya kurang daripada jumlah jari jangan, kemaruk Tun Mahathir untuk berkuasa semula dan menghalang Anwar tidak pernah padam.

Kali ini, melalui cadangan kerajaan ala Mageran dan dalam keadaan dirinya tiada parti dan tiada jawatan dalam kerajaan, ia sebenarnya jauh lebih buruk dan lebih teruk daripada menubuh kerajaan dengan cara menebuk atap atau melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, dalam pertemuan dengan Agong itu, baginda bertitah bahawa pembentukan kerajaan ala Mageran harus datang daripada kerajaan sendiri.

Dalam erti kata lain, kerajaan ala Mageran hanya mungkin menjadi kenyataan jika Mahiaddin sendiri yang mencadangkannya.

Tak tahulah jika niat lain Tun Mahathir mencadangkan kerajaan baharu ala Mageran itu ialah supaya Mahiaddin menjadikannya kenyataan di mana Perdana Menteri sendiri yang akan mengetuainya.

Maknanya, secara terselindung Tun Mahathir mahu Mahiaddin terus kekal mengetuai negara ini, kali ini melalui kerajaan ala Mageran yang akan disokongnya dan dalam masa yang sama niat menghalang lagi kemaraan Anwar turut terlaksana sama.

Menoleh ke belakang sejenak, bayangkan apa jadi jika Anwar setuju dengan perjanjian menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hanya selama enam bulan saja selepas beliau meletakkan jawatannya pada tahun lalu? 

(ShahbudinHusin 10/06/2021)


Pemimpin Pas kata peneroka Felda dan pekebun kecil menipu. Kamu jadi pemimpin kamu salahkan rakyat. Sawit mahal..rega minyak mahal...kamu salahkan peneroka????

 

Pemimpin Pas kata peneroka Felda dan pekebun kecil menipu


Dakwaan pekebun kecil atau peneroka FELDA bahawa mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang berlaku ketika ini adalah tidak benar.

Menurut Panel Pemikir Strategik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Bakri Jamaluddin, kos pengeluaran tandan sawit (ex estate cost) untuk sesebuah syarikat perladangan besar adalah sekitar RM250 hingga RM300 bagi setiap satu tan Tandan Buah Segar (TBS).

Manakala kos pengeluaran tandan sawit bagi pekebun kecil sawit sedikit tinggi, iaitu antara RM300 ke RM380 bagi setiap tan TBS dan jumlah itu sudah mengambil kira kos pemeliharaan, penuaian dan pengangkutan.

“Harga TBS hari ini adalah antara RM800 ke RM1,000 bergantung kepada kawasan (region) dan kadar perahan minyak sawit (OER).

“Jumlah pengeluaran bagi seseorang pekebun kecil juga bergantung kepada keluasan kebun yang mereka milik, umur pokok sawit dan jenis tanah.

“Sekiranya seorang pekebun kecil dapat mengeluarkan sekitar lapan tan buah sawit bererti hasil jualannya adalah RM6,400 (8 tan x RM800), kos pengeluarannya pula adalah RM3,040 (RM380 x 8 tan), jadi pendapatan kasarnya ialah RM3,360 (RM6,400 hingga RM3,040).

“Hasil jualan ini adalah lebih baik berbanding jika harga TBS di paras RM350 ke RM450 satu tan pada tahun 2018 di mana pekebun kecil hanya akan mendapat sekitar RM300 ke RM800 sahaja secara kasar dengan purata pengeluaran lapan tan buah sawit sebulan bagi setiap hektar.

“Sebab itu ketika harga CPO (Minyak Sawit Mentah) di paras RM2,000 ke RM2,200 satu tan, ramai pekebun kecil mengeluh kerana harga TBS waktu itu adalah sekitar RM350 hingga RM450 sahaja. Dan tidak berbaloi,” ujarnya.

Penjelasan itu kata Bakri membuktikan bahawa dakwaaan pekebun kecil sawit dan peneroka FELDA bahawa mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan dengan kenaikan harga MSM haru ini adalah tidak benar.

Tambah Bakri lagi, berdasarkan 34 tahun pengalaman dalam industri sawit, beliau telah melalui turun naik harga sawit yang telah sebati dalam kehidupan seorang ‘planter’ (pengurus ladang).

“Strategi dan perancangan operasi sesebuah ladang sawit dan getah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh turun naik harga komoditi dan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

“Saya akui dari tahun 1985 saya menceburi sektor perladangan, kali iniĺah harga komoditi minyak sawit berada pada paras paling tinggi,” ujar beliau.

Kerana itu beliau melahirkan keyakinan bahawa pekebun kecil yang berjumlah 650,000 orang dan peneroka FELDA seramai 112,000 orang dapat menikmati Sawit Anugerah Tuhan dengan harga MSM di paras melebihi RM3,000 bagi satu tan.

“Dan kalau diambil kira ahli keluarga dan mereka yang terlibat di dalam industri sawit ini sudah pasti sekitar tiga juta orang sedang menikmati anugerah Allah kepada mereka iaitu kelapa sawit,” ujar beliau lagi.

Bakri yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka menyatakan perkara ini di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran

 

Terkini! Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan partinya menolak penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Pertahanan itu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.

“Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19 dan merosakkan sistem demokrasi.

“Kenapa perlu kepada darurat 2.0 (Mageran)? AMANAH kekal menolak darurat,” tegasnya menerusi Twitter sebentar tadi.

Reaksi Mohamad itu susulan penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini yang berpendapat Mageran mampu menyelesaikan masalah pandemik, politik, ekonomi dan sosial kesan penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mengakui tidak pasti bagaimana pendirian parti lain berhubung cadangan Mageran 2.0 yang telah disampaikannya kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Itu (Penubuhan Mageran) pendapat kamilah, sama ada boleh atau tidak, tidak tahulah.

“Tapi kami biasalah kendalikan krisis-krisis yang serius dan mendapat kejayaan. Tapi saya tidak tahu parti lain, bagaimana pendapat mereka,” ujarnya lagi.

PUTAR BELIT MAHATHIR

 



Dari Majlis Pimpinan Negeri


Jangan nak belit madey, 29.5.2021 kamu call DSAI  pagi Dan petangnya MPP (majlis pimpinan Pusat) meeting. Kamu call DSAI sebab kamu dapat tahu bahawa DSAI ada berhubung dengan pihak istana(ada direct access).


DSAI bagi tahu bahawa beliau mahu meyerah surat kepada YDPA berkenaan isu-isu semasa dalam negara,Dan madey pun berkata 

"ohhhh kalau macam tu saya akan bagi Surat sokongan keatas surat yang diberi oleh DSAI tersebut."

 DSAI memberi surat hari isnin berikutnya dan madey berkata dia nak bagi Hari selasa.


Dalam salah satu tarikh  dari 31.5.2021 hingga 4.6.2021 DSAI ada bertemu pihak istana tanpa so call bantuan madey pun! Macamana nak kata DSAI berjaya jumpa YDPA adalah usaha madey? Dan madey yang dahulu memberi surat kepada YDPA? Seolah olah DSAI tak kemana tanpa the legend caitok?


DSAI sudah terlebih dahulu bertemu pihak istana, DSAI dahulu menulis Surat kepada  YDPA dan DSAI dahulu mempunyai direct access dan berhubung dengan pihak istana! Madey masuk daun setelah dia tahu langkah-langkah DSAI untuk meyelamatkan negara!


Madey yang call DSAI. Dan saya juga didalam satu meeting bulanan membawa usul menolak sebarang kerjasama dengan madey biarlah 10 kajang surat sokongan pun dia beri kpd DSAI! Saya tahu kerana saya berada didalam sistem bukan kutip cerita dari penjilat madey!!!!!



PN-PH usahakan ‘formula Perak’ tamat darurat, kemelut politik?


Selepas Ahmad Faizal Azumu disingkirkan sebagai Menteri Besar Perak dan digantikan oleh Saarani Mohamad, semua ADUN diberi peruntukan yang sama dan diminta bekerjasama bagi memastikan kelancaran kerajaan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sedang meneliti “formula Perak” ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu pemimpin parti politik di negara ini, kata sumber dalaman parti.

Sumber dalaman PN berkata, mereka mengharapkan “satu persefahaman” bersama Umno dan pembangkang bagi menangani kekacauan politik ketika ini tanpa perlu menukar kerajaan.

“Bezanya adalah ‘formula Perak’ menyaksikan menteri besar diganti, tetapi ia juga adalah formula yang menyaksikan pembangkang dan Ahli Parlimen kerajaan mencapai persefahaman,” katanya kepada FMT.

Selepas bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu disingkir dan Saarani Mohamad mengambil alih, kesepakatan dicapai dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilayan sama rata dengan peruntukan yang sama dan bekerjasama dalam memastikan kerajaan kekal stabil dalam menyelesaikan pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi.

Sumber dalaman parti itu berkata, mereka sedang melihat dua isu utama dalam mencari persefahaman.

Pertamanya adalah untuk memberikan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan menjemput pembangkang sama-sama menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pembangkang kini marah kerana tidak menerima peruntukan. Kami tidak boleh menuruti apa yang Umno lakukan sebelum ini dan menghentikan peruntukan tahunan pembangkang,” katanya selain menambah bahawa Ahli Parlimen pembangkang juga memerlukan dana untuk membantu rakyat ketika waktu sukar begini.

Satu lagi isu utama adalah kerahsiaan mesyuarat MKN ketika jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

“Kami mencadangkan supaya mereka turut sama duduk dalam mesyuarat supaya tahu apa yang sedang kerajaan lakukan dan begitu juga dengan program vaksinasi.

“Tetapi jika maklumat itu bocor, tindakan akan diambil,” katanya.

Sumber dalaman itu berkata, perkara itu adalah antara isu yang diteliti bagi mendapatkan kedua-dua gabungan bekerjasama dalam memerangi wabak Covid-19.

Sumber dalaman PN berkata, yang pastinya pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan tahun ini dengan kerajaan merancang untuk mencapai 80% vaksinasi dan imuniti kelompok menjelang akhir Ogos.

Tetapi katanya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang juga yang dijadualkan 16 hingga 20 Ogos ini juga masih belum pasti akan berlangsung.

“Terpulang kepada Agong untuk melanjutkan atau menamatkan perintah darurat,” katanya.

Sumber dalaman itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cadangan Parlimen hibrid untuk diadakan bagi tempoh masa yang lebih singkat berbanding tempoh penuh selama enam minggu.

Seorang lagi pemimpin PN berkata, sebahagian menteri mendesak supaya darurat dilanjutkan sehingga akhir tahun untuk mengekang pergerakan dan mengurangkan angka jangkitan Covid-19.

“Mungkin kita boleh membuka Parlimen selama seminggu atau dua minggu bagi membincangkan Belanjawan 2021,” katanya.

Sementara itu sumber dalaman PH berkata, mereka tidak mahu darurat disambung.

Katanya, Ahli Parlimen pembangkang lebih rela duduk di Parlimen dan membahaskan isu semasa daripada duduk dalam mesyuarat MKN dengan sebahagian besar keputusannya dibuat oleh kerajaan.

“Jika mereka membuat keputusan yang salah, kami semua akan turut dipersalahkan. Kami mahu memberikan pandangan kami di Parlimen,” katanya

Bagaimanapun katanya, dbeliau tidak tahu sama ada Ahli Parlimen akan tetap mendesak supaya usul tidak percaya terhadap perdana menteri dikemukakan jika Parlimen bersidang.

“Pastinya masih ada sebilangan ‘orang lama’ yang akan mendesak usul tidak percaya itu dibawa,” tambahnya.

Katanya, ada parti politik yang mungkin setuju dengan “formula Perak” kerana negara perlu terus bergerak ke hadapan.

“Bagaimanapun kami akan menunggu pengumuman dari istana dengan harapan Parlimen dibuka semula, darurat ditamatkan dan program vaksinasi dilaksanakan mengikut perancangan.”

Katanya, apa yang jelas ialah kerajaan gagal menangani krisis kesihatan dan langkah diperlukan untuk meningkatkan vaksinasi.

“Bayangkan Agong sudah campur tangan kerana kerajaan gagal mengurus negara dengan baik,” katanya.

Mahu bentuk kerajaan? Lebih mudah dengan 101 kerusi PH, kata Saifuddin




Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya, Barisan Nasional.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan dijangka mempunyai kekuatan untuk memudahkan pembentukan kerajaan pada PRU15, berdasarkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi calon sebenar tiga parti komponen gabungan itu pada pilihan raya lalu.

Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini berkata ada dua blok terbesar dalam lanskap politik semasa iaitu PH dan seterunya, Barisan Nasional.

Beberapa watak dalam BN dan PH mutakhir ini didakwa sedang merundingkan suatu kerjasama politik – dakwaan yang dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Dalam wawancara Utusan, Saifuddin bercakap mengenai konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam pemukiman PH sebelum Ramadan.

Konsep itu, katanya, menerima hakikat bahawa PH semata-mata berpeluang untuk mengambil alih kerajaan pada PRU15 nanti, namun sedia “menampung elemen di luar” gabungan itu.

“Kedudukan kerusi Parlimen PH yang menang PRU14 (sebelum kes lompat parti), DAP ada 42 kerusi dan Amanah (11). PKR itu asalnya kita menang 48 kerusi tetapi dengan kemasukan Ahli Parlimen Bebas kita ada 50 kerusi.

“Jika kita tidak kira yang masuk kemudian, 48 campur 42, itu sudah 90, campur Amanah sebanyak 11 kerusi itu sudah 101. Ini bermaksud kita hanya kekurangan 11 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi,” katanya.

Pada PRU14, Umno dan BN, masih dominan dengan 79 kerusi meskipun tumbang sebagai kerajaan.

“Satu lagi blok terbesar di luar PH ialah Umno dan BN,” kata Saifuddin.

“Jika berlaku keadaan di mana tiada mana-mana gabungan yang mendapat majoriti, resolusi ‘khemah besar’ PH itu menjadi sangat relevan. Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak di luar daripada kerangka PH.”

Pada PRU14, Bersatu dengan pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, menyumbang 13 kerusi kepada PH.

PAS mempunyai 18 kerusi, Gabungan Parti Sarawak 18 kerusi, manakala Warisan 8 kerusi.

Dalam penjelasannya mengenai konsep “khemah besar”, Saifuddin berkata pihak luar yang dimaksudkan bukan sahaja parti tetapi juga individu dan persatuan.

Setakat ini, katanya, “kita belum lagi membuka jalan perundingan secara rasmi.”

“Sudah tentu ketetapan ini datang dengan beberapa prasyarat,” tambahnya.

Prasyarat itu adalah menerima agenda reformasi; menerima perkara yang disepakati dalam Perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak Bumiputera Sabah dan Sarawak; Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa lain bebas dipelajari dan dipertuturkan; dan prinsip tata kelola atau praktis tadbir urus baik dalam kerajaan.

Mengenai Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ke-9, Saifuddin berkata presiden PKR itu merupakan pilihan PH, namun memberi gambaran gabungan itu terbuka kepada apa-apa cadangan rakan luar yang bakal bersama PH dalam “khemah besar” yang disebut itu.

“Jika PH diberi kepercayaan oleh rakyat untuk kembali menjadi kerajaan, maka Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri dari PH.

“Dalam konteks pendekatan khemah besar, itu akan tetap kita sampaikan sebagai keputusan ataupun pendirian PH. Itu (keputusan akhir) sangat bergantung kepada dinamik perbincangan,” katanya.

Saifuddin menyifatkan pandangan Mahathir bahawa tidak mungkin akan ada kerjasama antara Umno dan PH sekiranya Anwar jadi calon perdana menteri sebagai tidak relevan.

SUDAH LAH ...TAK PAYAH LA DAH TUA TUA DAH..NAK JUGAK JADI KETUA LAGI....

 

Dr M cadang MAGERAN ambil alih pentadbiran kerajaan, tawar diri jadi ketua



Dr Mahathir Mohamad berkata , Pejuang mencadangkan MAGERAN sebagai penyelesaian kepada krisis ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam menangani permasalahan politik pada 1969.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Perikatan Nasional susulan kegagalan pakatan itu mentadbir negara ketika pandemik Covid-19.

Bekas perdana menteri memberi cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, hari ini.

“Kita cadang MAGERAN diberi kuasa untuk menyelesaikan beberapa masalah dihadapi negara. Namun penubuhannya bergantung kepada kerajaan PN kerana kerajaan yang ada ketika ini sahaja boleh mencadangkan supaya MAGERAN ditubuhkan kepada Agong,” katanya pada sidang media secara maya selepas menghadap Agong.

Mengulas calon sesuai mengetuai MAGERAN, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan perkara berkenaan tidak disentuh ketika sesi menghadap namun beliau secara peribadi menawarkan diri sekiranya kerajaan mahu beliau kembali berkhidmat.

Ketika ditanya adakah Yang di-Pertuan Agong menerima cadangan itu, Mahathir berkata, Sultan Abdullah tidak menolak atau membantah cadangan berkenaan.

“Agong tak reject (tolak), dia tak kata tidak,” katanya.

Mahathir menjelaskan, Pejuang mencadangkan MAGERAN sebagai penyelesaian kepada krisis ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam menangani permasalahan politik ketika 1969.

“MAGERAN yang diketuai Tun Razak (Abdul Razak Hussein) ketika itu berjaya tangani masalah politik yang meruncing ketika itu dengan menjemput parti lawan menyertai kerajaan.

“Ketika itu, dasar ekonomi baharu ditubuhkan Tun Razak berjaya stabilkan politik dalam negara malah terus memerintah dengan majoriti lebih kuat. Saya rasa kali ini, kita juga boleh lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, pemimpin berusia 95 tahun itu secara sinis berkata cadangannya mungkin tidak akan diterima pimpinan Muhyiddin Yassin, yang sejak awal lagi menentang penubuhan badan itu.

“Saya tak yakin kerajaan Muhyiddin nak tubuh MAGERAN kerana awal-awal lagi Muhyiddin tak suka dan tetap tidak akan cadang MAGERAN kerana dia berpendapat PN sekarang cukup berjaya dalam semua bidang dan berjalan dengan baik.

“Pelaburan juga banyak masuk tetapi hakikatnya kerajaan yang ada sekarang ini tiada keyakinan rakyat dan mereka (rakyat) mendesak satu kuasa baru ditubuhkan,” katanya.

Terdahulu, Mahathir tiba di Istana Negara pada 2 petang dengan menaiki Proton X70. Beliau menghadap Sultan Abdullah kira-kira sejam dan meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 3 petang.

Pengerusi Pejuang itu adalah pemimpin politik ketujuh menghadap Agong sejak semalam.

Ini kali pertama Mahathir menghadap Agong secara bersemuka selepas melepaskan jawatan perdana menteri pada Februari tahun lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, beliau dua kali menghantar permohonan kepada Agong untuk menghadap selepas perisytiharan darurat pada Januari lalu.

MENGAPA TIADA PERNYATAAN SOKONGAN ADUN-ADUN SECARA PERIBADI MAHUPUN BERJEMAAH TERHADAP DR SAMSURI SEBAGAI MB TERENGGANU?

 


Berita kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang semakin ditekan sudah diketahui umum. Meskipun dia sebut yang dia masih MB yang sah sebaik bangun tidur pagi tadi, namun tidak dapat dielak kebimbangan masih menyelubungi dirinya.

 2. Nak tahu kebimbangan seseorang ni bukan susah. Dia pusinglah ke mana pun tapi kenyataannya sehingga hari ini tidak ada satu kenyataan atau sidang media yang dibuat bahawa dia memperoleh kepercayaan majoriti ahli dewan undangan negeri untuk dia kekal di situ. Tak ada.

 3. Biasanya, apabila satu-satu tuduhan dibuat, khususnya berkaitan kedudukan sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri, bertalu-talu akan ada kenyataan balas daripada ahli dewan yang menyokong buat kenyataan bahawa “saya bersama atau menyokong Menteri Besar”. Seperti yang Ayoh Chik buat bila dapat berita Anwar menghadap Agong. Tak semena-mena tubik kenyataan istiqamah bersama Perdana Menteri.

 4. Namun cuma ada satu tindakan yang dibuat. Laporan polis oleh Setiausaha Politik beliau Muhyiddin Abdul Rashid terhadap berita tersebut. Tak tahulah laporan tu nak minta siasat siapa.

 5. Kebetulannya, beliau ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Jadi dipetiklah bahawa tindakan tersebut adalah daripada PAS Terengganu.

 6. Kalau Muyiddin ini benar-benar mewakili PAS, eloklah dipanggil semua ADUN PAS buat sidang media menyatakan dengan tegas bahawa PAS Terengganu memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi terhadap Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Kalau tak boleh nak berkumpul, minta setiap seorang buat rakaman dan hantar kepada media.

 

7. Tetapi sehingga hari ini belum ada. Yang tersebar adalah template "Surat Akuan Berkanun" menyatakan “Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar”. Maka bertiup semakin kencanglah berita Ahmad Samsuri hilang sokongan.

 8. Untuk dijadikan rujukan, kalau benar PAS ingin menukar MB Terengganu, gunakanlah kaedah yang digunakan UMNO di Perak. Kebetulan MB yang jatuh di Perak namanya Ahmad juga, Ahmad Faizal. Usulkan undi percaya, tapi pangkah tak percaya.

 9. Kalau nak lebih dramatik, carilah mana-mana hotel. Panggil media. Buat ikut SOP. Suruh media kira ada berapa ADUN di situ. Nescaya Ahmad Samsuri akan buat kenyataan dan respon balas.

 10. Tapi kalau nak lebih tersusun, taknak pecah, putuskanlah melalui musyawarah. Supaya ahli di bawah tak terpecah. 

 11. Nasihat saya, jangan tunggu sampai gelaran Datuk Seri ditarik balik. Kalau tidak lagi parah.

 Kredit FB & ditulis oleh Dr Razam Ramli

Apa rasional potret 12 imam besar syiah berada didalam ofis TGHH?


May be an image of 1 person and text


AHMAD  HAFIZI


Apa rasional potret 12 imam besar syiah berada didalam ofis TGHH?

Kumpulan yang paling masyhur dari kalangan pecahan syiah ialah Syiah Imam Dua Belas (al-Ithna ‘Asyariyyah) ataupun dikenali sebagai Imamiyah/Jaafariah. di Iran yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Pergerakan Hizbollah di Lubnan juga adalah dari golongan Syiah Imam Duabelas. Dan inilah kelompok syiah yang paling besar pada masa kini iaitu menyumbang kira-kira 80% orang syiah di dunia.

http://syiah22.blogspot.com/.../syiah-imamiyah-sejarah...

TGHH dikecam oleh kesatuan ulamak sedunia

Hadiri himpunan syiah.

https://m.malaysiakini.com/news/366689

Alasan TGHH hadiri himpunan tersebut

https://www.google.com/.../hadi-pertahan-tindakan-hadiri...

Pandangan TGHH mengenai syiah

https://youtu.be/oJQaN_m-fCU

https://youtu.be/0ISzy2F8Xgw

Pendapat wakil umno?

https://youtu.be/LqlODwLcYcc

Apa kata mufti perlis mengenai syiah?

https://youtu.be/X8zabPJzWwI

Mungkin TGHH mempunyai alasan nya yang tersendiri dan semoga dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Ada Apa dengan Jaguar DSAI?



May be an image of car

Ahmad Hafizi


Ada Apa dengan Jaguar DSAI?

Daripada mana kekayaan yang diperoleh oleh dsai walau hanya sebagai presiden parti PKR, ketua pembangkang,pensyarah,penulis buku,penasihat ekonomi, pencen menteri dan MP biasa.

Selain daripada pendapatan yang disebut diatas dsai memperoleh pendapatan sebanyak RM152,261,260.30 hasil daripada kemenangan sebahagian saman fitnah .Adakah Jaguar senilai rm600k++ menjadi satu isu? Berikut merupakan sebahagian kes saman fitnah yang dimenangi oleh dsai.

19 Jun 2012 menang saman nallakaruppan 100juta

http://greenboc.blogspot.com/.../anwar-ibrahim-menang-kes...

22 Jan 2013 menang saman utusan Malaysia RM50 juta

https://www.roketkini.com/.../artikel-utusan-malaysia.../

29 sep 2017 menang saman KJ rm210000

https://malaysiagazette.com/.../anwar-menang-saman.../

4 dis 2017, menang saman papagomo RM951,260.30

https://www.bharian.com.my/.../papa-gomo-bayar-ganti-rugi...

14may 2018,menang saman tv3 rm1.1 juta

https://www.freemalaysiatoday.com/.../anwar-menang-rm1-1.../


Harga minyak masak : Konsep tawazun dalam dasar penstabilan harga minyak kerajaan PH (DULU AUNCAI DOK GELAK..RATIP..SEKARANG DIAM MEMBISU)

 


Harga minyak masak : Konsep tawazun dalam dasar penstabilan harga minyak kerajaan PH


1- Bukan hanya harga komoditi Sawit dan Besi, Hari ini Harga minyak Dunia juga berada pada paras tertinggi, Harga minyak dunia pada ukuran Brent hari ini berada pada paras USD 72, Jika diukur pada harga pasaran, Harga petrol RON 95 sepatutnya dijual pada harga RM 2.50-2.60..Tetapi kekal pada harga RM 2.05…Pada harga ini Kerajaan terpaksa memberikan subsidi lebih RM 3 Billion setahun..

2- Kenapa harga RON 95 kekal ? Itulah dasar yang diperkenalkan dalam Manifesto PH, Iaitu dasar Penstabilan harga minyak.. Yang memomokkan ” hari ini perintah, Esok turun harga minyak” hanya mainan Jahat politik PAS dan UMNO memetik ceramah dalam kempen PRU 13.. hari ini Kerajaan PN mengekalkan dasar yang sama yang diperkenalkan dalam manifesto PH pada PRU 14.. Biarpun harga minyak Dunia tinggi, Harga dipasaran, kepada rakyat adalah stabil dan terkawal..

3- Sebenarnya Dasar Penstabilan harga minyak lah menyebabkan harga barangan, Keperluan asas ketika zaman PH stabil.. Tidak ada kenaikan yang mengejutkan .. hatta ketika permintaan memuncak ketika perayaan keatas semua barangan. Bukan sekadar harga keperluan asas, Hatta semua produk Industri..

Logiknya zaman yang banyak kedai makan dibuka, Banyak kenduri kendara dan perayaan lah harga akan melambung tinggi disebabkan permintaan, Malangnya pesta kenaikan harga barang berlaku zaman PN, ketika ekonomi ditutup..

4- Suatu ketika ada kejutan peningkatan harga telur akibat virus avian influenze H5 dan H7 (selsema burung), Banyak ladang terpaksa menghentikan pengeluaran, tetapi Menteri Pertanian pada waktu itu Sallehudin Ayyub dan Menteri KPDN Saifuddin Nasution cukup responsif, Ketika itu segera diberikan subsidi 2 sen setiap telur biarpun ianya atas faktor yang luar jangka..

Biarpun masa tu penurunan 2 sen menjadi bahan ejekan UMNO dan PAS, Itulah sikap bertanggungjawab Menteri, Menteri tak kata harga itu munasabah..

5- konsep Penstabilan itu di dalam Islam itu menepati konsep Al-Tawazun yang membawa maksud keseimbangan..Al-Tawazun (التوازن ) berasal daripada perkataan (توازن – يتوازن – توازنا ) yang bermaksud seimbang dalam sesuatu timbangan atau sesuatu urusan, Bukan hanya dalam Siyasah hatta Muamalah(Iqtisad/Ekonomi).

Hatta perkataan bahasa arab menyentuh ekonomi diambil daripada iqtisad yang berasal dari qasad yang membawa maksud kesederhanaan atau pertengahan..

6- Apa peranan Kerajaan dalam mengimbangi antara 2 Keperluan, Industri dan Rakyat..Begitu juga kepentingan Petani. Ianya perlukan kebijaksanaan Kerajaan dan pemimpin, Atau pertimbangan yang tepat.. Dan dasar Penstabilan Kerajaan PH itu terbukti berjaya.

7- Kerajaan terpaksa mengambil jalan tengah Melihat keperluan semua Pihak, Perkataan tawazun itu sendiri hampir kepada maksud “wasatha” yakni pertengahan ,wasathiyah mengikut pandangan Ulama secara etimologi ianya membawa maksud :

وَسَطُ الشَّيْءِ مَا بَيْنَ طَرْفَيْهِ

sesuatu yang berada (di tengah) di antara dua sisi

8 – Menyentuh soal harga minyak sawit, Tidak ada siapa persoal hak 3 juta penanam dan Peneroka Sawit.. Kenaikan harga minyak dan Komoditi hari ini tidak berkait dengan Kerajaan, ia disebabkan pengeluaran ketika ini rendah dikala pendemik dalam keadaan permintaan tinggi, ia melibatkan kenaikan hampir semua komoditi.. Yang Penting bagaimana Kerajaan mengawal kenaikan harga barang.

Sebagai contoh Bila permintaan kepada barangan Latex dan berlaku kenaikan keuntungan dan saham syarikat Berkaitan ia bukan faktor Dasar Kerajaan.. Ia disebabkan Permintaan tinggi disebabkan Pandemik..

9 – Itu sebab aku cukup marah bila ada yang kata, Kerajaan PH dulu tidak reform, Bagi aku.. pengurusan Negara pada zaman PH adalah yang terbaik biarpun tak sempurna, Kita dalam fasa pengstrukturan dan pemulihan Ekonomi. Kerajaan PH hanya diburukkan dengan permainan dan sentimen Perkauman.

10- Pelik bagaimana Menteri yang dulu jaguh dalam PAS kononnya mahu menolak semua bentuk cukai dan kononnya mahu dikembalikan kepada Rakyat, hari ini lebih Kapitalis dari UMNO.. rupanya Menteri PAS lebih cepat lupa diri dan rosak dari UMNO..UMNO perlukan 50 tahun untuk lupa diri, PAS hanya tak sampai setahun.. Mana pergi slogan penyelesaian Islamnya ?

11- Zaman PH, Tak banyak guna Isitilah istilah Arab, Tetapi dasar Penstabilan harga minyak itu menepati Konsep Tawazun.. Dulu ramai yang kata Lim Guan Eng kedekut, Tetapi itulah cara pengurusan yang betul.. Lim Guan Eng berjaya menjimatkan RM 3 billion perbelanjaan Pengurusan pada tahun kewangan 2019,

Atas simpanan dan dasar penjimatan PH itulah Kerajaan PN pada awal pentabiran berjoli sakan.. Dasar penjimatan yang dituduh kedekut itulah Ia menepati Konsep Nabi Yusuf AS menghadapi zaman Kemarau.. Sebagaimana firman Allah..

ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تُحْصِنُونَ

” Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)..”

(Surah Yusuf Ayat 48)

12- Apapun aku bersyukur Allah zahirkan dari pengkhianatan ini wajah sebenar pemimpin PAS, Inilah gambaran Ruwaibidhah.. atau kelompok Khawarij dengan gelaran سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ (mereka yg Bodoh) Kata Nabi ﷺ…Kelompok ini hanya pandai berbicara, Depa Bodoh dalam Menguruskan urusan Ummah.. Sabda Nabi ﷺ..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”

Tazkirah

9 Jun 2021

Ipohmali

JIKA EDITOR AKHBAR LEMAH , MAKA AKHBAR PUN AKAN MULA MENYESATKAN

 

MOHD MUKHLIS 



TLDR masalah utama mereka ialah akal mereka telah di pajak pada pimpinan. Jadi pemikiran kognitif mereka hanya terhenti pada perkara binari; and nothing in between.

Sama ada syurga atau neraka

Khadam atau tuan,

Kafir atau Islam,

1 atau 0.

Tak payah cerita pasal nak suruh ahli berfikiran kritikal, kalau ada yang banyak tanya soalan walaupun betul akan terus di cop lawan ulama, khadam DAP ataupun liberal.

Penyelesaian untuk mereka ini hanyalah penyesalan di hari kemudian, yang mana pemimpin berlepas diri dari jaminan dan pengikut memohon azab dua kali ganda pada pimpinan yang jahat.


May be an image of text that says "Harakahdaıly Benar Inklusit Usaha melemahkan Institusi Raja adalah usaha golongan Liberalis Komunis. Komunis adalah antara fahaman paling berjaya menghapuskan sistem beraja di China. Mereka bermula dengan gambaran kerakusan Raja dengan kuasa, harta dan kezaliman. Akhirnya Komunis datang dengan watak Sosialis kononnya membela rakyat dari golongan kayangan istana namun kezaliman mereka jauh lebih dahsyat dari golongan Raja. Kalau tidak kerana perjuangan pembebasan pelajar yang memakan korban di medan Tiananment 1989, China masih kekal dengan belenggu ganas dan kejam Komunis."


NAIM FAHMI 


Masalah Harakah, mereka ada editor yang lemah. Masalah penulis-penulis propaganda ini pula, kurang kefahaman sains politik, kurang membaca dan daya intelektual yang lemah menyusun logik ayat.

.

Maaflah kalau agak panjang, saya sedikit bersemangat, overdose kafein Mandheling sebelum imsak. Mari kita cerakinkan masalah satu perenggan ini sahaja.

.

Pertama, mereka ada masalah mengenali kelompok bila telah menulis "Liberalis Komunis". Dalam sejarah politik dan sains politik tak wujud ideologi "Liberalisme-Komunisme". Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang ada ideologi itu.

Yang ada dalam sejarah, negara berideologi Komunisme yang mesti anti Liberalisme. Begitu juga di pihak negara yang pro-Liberalisme akan bersikap anti-Komunisme. Yang perjuangkan Komunisme, adalah Komunis. Yang perjuangkan Liberalisme pula adalah Liberal. Jadi, tak ada Liberalis Komunis.

Kelakar. Malu kokram. Sekian.

.

Masalah kedua, penulis silap fakta bahawa gerakan Komunis China lah yang menjatuhkan sistem beraja. Sedangkan Monarki China terakhir, Dinasti Qing dijatuhkan gerakan Tongmenghui yang asalnya gabungan kongsi-kongsi gelap sebelum menjadi sebuah gerakan politik yang melancarkan Revolusi Xinhai(1911 Revolution & Second Revolution).

Tokoh besar revolusi ini adalah Sun Yat Sen yang berideologi Nasionalis, bukan Komunis. Revolusi Xinhai inilah yang membawa kejatuhan sistem beraja China dan membentuk republik pada Januari 1912.

Parti politik yang menerima laba pemerintahan adalah Kuomintang, bukan Komunis.Komunis belum popular pada waktu itu di China. Hanya selepas 9 tahun sistem beraja China jatuh, barulah Parti Komunis China muncul.

Komunisme popular di China bila Rusia berjaya melakukan Revolusi Bolshevik 1917 dan mendirikan Kesatuan Soviet Rusia. Ya, itu pun selepas 5 tahun Dinasti Qing ditumbangkan di China. Soviet Rusia menghantar agen bernama Voitinsky ke China pada tahun 1920 untuk membantu gerakan-gerakan kecil Komunis untuk menjadi sebuah gerakan yang solid. Dengan bantuan agen Soviet, Parti Komunis China terbentuk pada tahun 1921.

Komunis hanya benar-benar popular pada 1940-an apabila Mao Zedong memimpin "Long March" dan memberontak ke atas kerajaan Kuomintang pula. Perang saudara meletus, Parti Komunis menang dan Kuomintang lari ke Taiwan(Republic of China) dan bertahan di situ.

Jadi susah nak hubungkan logik penulis "Komunis menghapuskan sistem beraja di China". Tak logik. Macam 1 + 1 jadi 4. Tepuk dahi. Seharusnya "Nasionalis Kuomintang menghapuskan sistem beraja".

Penulis sepatutnya beri contoh Revolusi Bolshevik di Rusia dengan ideologi Komunis cabang Leninisme yang berjaya jatuhkan sistem beraja Tzar pada tahun 1917. Itu pun bukan semua Komunis yang terlibat, kerana Komunis kelompok Menshevik bersikap kontra dengan Bolshevik.

Dalam masa yang sama, jelaskan kepada pembaca bahawa kedua-dua kelompok ini memang mempunyai visi penghapusan sistem beraja dan kelas kapitalis untuk mencapai masyarakat tanpa kelas. Bagi detail sikit, barulah seronok baca sejarah.

.

Masalah ketiga, penulis tiba-tiba melompat tentang insiden Tiananment 1989. Entah dari sudut mana ada hubungkait kejatuhan sistem beraja yang silap fakta tadi dengan protester Tiananment vs. Kerajaan Komunis China.

Untuk makluman, aksi protes ini bermula dengan mengangkat isu kecurigaan kematian bekas Sekretaris Jeneral Parti Komunis sendiri, Hu Yaobang. Dia ini bukan nak bawa China kembali kepada monarki pun, melainkan nak reformasi negara menjadi lebih demokratik.

Waktu itu adalah waktu aktif kerja-kerja saraf dan subversif Perang Dingin. Sementara itu, negara-negara blok Komunis sedang tumbang satu per satu pada hujung 80-an. Di negara-negara Komunis, agen-agen pro-Barat buat kerja propaganda tersendiri. Antara isi propaganda Barat yang masyhur adalah "Demokrasi".

Dalam konflik ini, ada kelompok protester yang desak kerajaan untuk kembali kepada "Three Principle of People", yakni prinsip politik Sun Yat Sen yang masih ditatang oleh Kuomintang. Lebih-lebih lagi media Barat sedang galak membuat liputan dan politikus Kuomintang di Taiwan menyampaikan solidariti.

Bagi Komunis, ini ancaman saraf dari Barat yang perlu ditumpaskan. Jadi Komunis bertindak membunuh protester dalam konflik ini supaya kuasa mereka tidak tergugat.

Boleh pula dia tutup "Kalau tidak kerana perjuangan pembebasan pelajar yang memakan korban... China masih kekal dengan belenggu ganas dan kejam". Habihtu sekarang Kerajaan China dah jadi budak baiklah selepas ramai protester mati?

.

Kesimpulannya, penulis dan Harakah tak ada kualiti. Ini baru satu perenggan. Kalau bergerak ke perenggan seterusnya dah macam merepek-repek.

Kita tahu niat penulis nak pertahankan sistem beraja tanahair. Tapi janganlah tunjuk sangat merepek itu. Tak perlu nak fitnah negara kapir, nanti depa masuk neraka juga. Bagi fakta, susun logik bagi umat pandai.

Ini pasal galak nak label orang lah ni. Sikit-sikit nak kata orang in Liberal, orang ini Komunis. Padahal sendiri tak tahu apa benda.

Saya harap Harakah letak orang lebih profesional, lebih-lebih lagi media ini lidah rasmi PAS. Kalau lidah rasmi tunggang langgang, jadi so called mujahid-mujahid cyber nak bergantung pada siapa?

Satu lagi cadangan saya, dalam usrah sila tambah konten sains politik. Nak arab-kan jadi Sains Siyasah pun arabkan sajalah. Asalkan ada dibincangkan "Spektrum Politik". Nanti bila ada ahli usrah nak menulis pasal ideologi politik, dia paham apa benda yang dia nak tulis.

Berbeza sungguh dengan Harakah 10 tahun dulu. Takkanlah dalam berjuta ahli PAS, tak ada seorang pun yang cerdik dan layak diberi posisi dalam Harakah? Dulu sejak sekolah saya kolektor Harakah tau.