Berita kedudukan Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang semakin ditekan sudah
diketahui umum. Meskipun dia sebut yang dia masih MB yang sah sebaik bangun
tidur pagi tadi, namun tidak dapat dielak kebimbangan masih menyelubungi
dirinya.
2. Nak tahu kebimbangan seseorang ni bukan susah. Dia pusinglah ke mana pun tapi kenyataannya sehingga hari ini tidak ada satu kenyataan atau sidang media yang dibuat bahawa dia memperoleh kepercayaan majoriti ahli dewan undangan negeri untuk dia kekal di situ. Tak ada.
3. Biasanya, apabila satu-satu tuduhan dibuat, khususnya berkaitan kedudukan sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri, bertalu-talu akan ada kenyataan balas daripada ahli dewan yang menyokong buat kenyataan bahawa “saya bersama atau menyokong Menteri Besar”. Seperti yang Ayoh Chik buat bila dapat berita Anwar menghadap Agong. Tak semena-mena tubik kenyataan istiqamah bersama Perdana Menteri.
4. Namun cuma ada satu tindakan yang dibuat. Laporan polis oleh Setiausaha Politik beliau Muhyiddin Abdul Rashid terhadap berita tersebut. Tak tahulah laporan tu nak minta siasat siapa.
5. Kebetulannya, beliau ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Jadi dipetiklah bahawa tindakan tersebut adalah daripada PAS Terengganu.
6. Kalau Muyiddin ini benar-benar mewakili PAS, eloklah dipanggil semua ADUN PAS buat sidang media menyatakan dengan tegas bahawa PAS Terengganu memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi terhadap Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Kalau tak boleh nak berkumpul, minta setiap seorang buat rakaman dan hantar kepada media.
7. Tetapi sehingga hari
ini belum ada. Yang tersebar adalah template "Surat Akuan Berkanun"
menyatakan “Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar”. Maka bertiup semakin
kencanglah berita Ahmad Samsuri hilang sokongan.
8. Untuk dijadikan rujukan, kalau benar PAS ingin menukar MB Terengganu, gunakanlah kaedah yang digunakan UMNO di Perak. Kebetulan MB yang jatuh di Perak namanya Ahmad juga, Ahmad Faizal. Usulkan undi percaya, tapi pangkah tak percaya.
9. Kalau nak lebih dramatik, carilah mana-mana hotel. Panggil media. Buat ikut SOP. Suruh media kira ada berapa ADUN di situ. Nescaya Ahmad Samsuri akan buat kenyataan dan respon balas.
10. Tapi kalau nak lebih tersusun, taknak pecah, putuskanlah melalui musyawarah. Supaya ahli di bawah tak terpecah.
11. Nasihat saya, jangan tunggu sampai gelaran Datuk Seri ditarik balik. Kalau tidak lagi parah.
Kredit FB & ditulis oleh Dr Razam Ramli