Punyalah nak mengampu...sampaikan buat hutang pun diucapkan tahniah....
KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan reman, selepas ditahan sejak petang Jumaat.
Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Fahmi keluar dari Balai Polis Dang Wangi pada 5.55 petang hari ini.
Tambahnya, polis telah merekodkan kenyataan Fahmi dan mengambil cap jarinya sebagai sebahagian siasatan.
“Fahmi kini bebas dengan jaminan polis,” kata Rajsurian. Selain Rajsurian, peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.
Terdahulu hari ini, Mahkamah Majistret hanya membenarkan polis mereman Fahmi selama sehari bagi siasatan hasutan berhubung “playlist” Spotify yang dikatakan mempersendakan Raja Permaisuri Agong berhubung kenyataan baginda di Instagram.
Polis pada mulanya meminta perintah reman empat hari.
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengongsikan di akaunnya mengenai memasak hidangan popular tempatan seperti bubur lambuk, roti john dan cucur jagung di dapur istana.
Susulan itu, seorang pengikut kemudian menyoal sama ada tukang masak istana turut disuntik vaksin Covid-19, yang dijawab baginda, “Dengki ke?”
Jawapan itu pantas menjadi popular di Twitter dengan ramai pengguna turut menggunakannya sebagai tanda pagar.
Fahmi membuat pelbagai “playlist” di Spotify dengan tajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Permaisuri Agong.
“Playlist” berkenaan kemudian diturunkan Spotify, menyebabkan artis itu berpindah menggunakan Apple Music.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan polis terhadap Fahmi kerana mendakwanya menghina Permaisuri Agong.
Ini bukan kali pertama Fahmi dibelenggu kontroversi. Pada 2016 dia didakwa mengikut undang-undang multimedia kerana karikatur badut menyerupai perdana menteri ketika itu, Najib Razak.
SHAHBUDIN HUSIN
Walau sepatutnya
tindakan ini sudah lama diambil, apa pun belum terlewat untuk Zahid Hamidi
melakukan pembersihan dalam UMNO bagi memudahkannya melaksanakan mandat akar
umbi yang tidak mahu Bersatu diberi ruang lagi berkuasa di negara ini....
NORSHIDAH MOHD DAUD
Sahabat DSAI dia post
Page jilat Madey attack DSAI pun dia admin
Heybat manusia yg berjawatan dlm PANdir Kedah ni
Keliling dia sapu, masyuk ke dak tu?
Kak Ani tanye jurrr
Ehhh lupa dah kena block
Awat dia block Kak Ani ehh?
Ada wt dosa ke ape
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli-ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT menyebelahi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, pertembungan dua kem itu dijangka tidak dapat dielakkan kerana UMNO kini sedang berhadapan persimpangan dilema dalam menentukan hala tuju dan nasib parti itu bagi mengharungi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, kem Ismail Sabri yang disokong ahli-ahli MKT cenderung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pemimpin UMNO ‘kluster menteri’ serta kem Ahmad Zahid didukung pemimpin ‘kluster mahkamah’ dan berkecuali dijangka akan memberi pendirian masing-masing berhubung dua persoalan utama.
“Persoalan pertama adalah mengenai keperluan UMNO menarik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN dengan kem Ismail Sabri dijangka akan lebih rasional membicarakan perkara itu.
“Persoalan kedua pula mengenai kewajaran pemilihan UMNO diadakan mengikut jadual. Dalam menentukan perkara itu, saya menjangkakan kem pro-Presiden UMNO akan berusaha memastikan proses diwajibkan Perlembagaan UMNO itu akan ditangguhkan semaksimum 18 bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan pada 25 April ini bakal membuat keputusan sama ada pemilihan UMNO akan diadakan mengikut jadual atau ditangguhkan.
Sekiranya mengikut Perlembagaan UMNO, proses pemilihan perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dengan tempoh penggal kepimpinan parti sedia ada berakhir pada bulan Jun.
Bagaimanapun, perlembagaan juga menyebut pemilihan UMNO boleh ditangguhkan kepada 18 bulan, dengan syarat alasan penangguhannya diterima Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Selain itu, mesyuarat MKT tersebut juga bakal menjadi penentu hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung bulan lepas sebulat suara memberikan mandat kepada badan tertinggi UMNO itu untuk menentukan tempoh kepada parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Dalam pada itu, Syed Agil berkata, di sebalik apa jua isu-isu bakal diperdebatkan dua kem berkenaan dalam mesyuarat MKT UMNO kelak, beliau berharap ahli-ahli MKT tidak mengambil satu sikap terburu-buru, sentiasa bersikap rasional dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti.
Jelas beliau, MKT UMNO harus mengambil kira cabaran kerajaan sedia ada dalam mendepani kemungkinan gelombang keempat Covid-19 sebelum membuat keputusan yang membelakangkan kepentingan rakyat.
“Selain itu, mesyuarat MKT kali ini juga adalah merupakan satu platform untuk semua parti di luar sana merancang strategi politik terkini sama ada mereka boleh membentuk jajaran kerjasama politik baharu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau tidak.
“Sebagai contoh, adakah UMNO dan BN akhirnya akan mula mempertimbangkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP? Atau mereka akhirnya pertimbang untuk kembali bersama Perikatan Nasional (PN).
“Persoalan-persoalan itu pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT itu kelak bersama tuntutan penjelasan daripada Ahmad Zahid mengenai insiden rakaman perbualan telefon tular suara mirip beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua ini perlu diperjelaskan dalam mesyuarat itu demi mengukuhkan kembali kepimpinan parti,” katanya.
PETALING JAYA: Sebuah gabungan organisasi masyarakat sivil membantah penahanan artis grafik, Fahmi Reza, semalam, yang dipercayai berhubung catatan di media sosial.
Centre for Independent Journalism (CIJ) dan ARTICLE 19 Malaysia berkata, penahanan itu tidak perlu dan tidak seimbang dengan perbuatan.
“Ia menonjolkan ciri Akta Hasutan yang luas dan seringkali tidak berasaskan pertimbangan tertentu, serta perlu dimansuhkan sejak sekian lama.
“Begitu juga dengan Seksyen 233 Akta KMM yang dilihat cacat kerana menjadikan perbuatan membuat hantaran jelik dengan niat untuk menyakitkan hati sebagai satu kesalahan,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Fahmi ditahan polis di rumahnya.
Peguamnya Yohendran Nadarajan, memberitahu FMT, Fahmi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan disiasat bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dalam pada itu, gabungan berkenaan berkata tindakan terhadap Fahmi membuka ruang untuk pendakwaan terpilih serta salah guna kuasa.
Katanya, satira memainkan peranan penting dalam masyarakat sebagai ruang memberikan pandangan, berbincang serta berdebat tentang nilai yang dikongsi bersama.
“Satira politik secara khususnya, memainkan peranan penting untuk berhubungan dengan institusi kekuasaan melalui ruang jenaka.
“Ruang-ruang ini perlu dipertahankan sebagai bahagian penting penglibatan awam, membenarkan perbahasan berterusan serta demokrasi sihat yang mampu bertahan menghadapi kritikan dan perbezaan pendapat,” katanya.
Gabungan itu turut bimbang dengan laporan terdapat sekumpulan anggota polis yang didakwa memecahkan pintu rumah Fahmi dalam serbuan sebelum penahanan dilakukan.
Katanya, perbuatan untuk menunjukkan kekuasaan itu sama-sekali tidak perlu dan boleh dilihat sebagai cubaan mengintimidasi oleh pihak berkuasa.
“Kami menuntut pembebasan Fahmi dengan segera tanpa sebarang penangguhan.
“Tidak harus ada sebarang tolak-ansur terhadap apa-apa cubaan untuk mencabul serta melemahkan hak asasi kebebasan kita bersama,” katanya.
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret memberitahu polis bahawa Fahmi Reza mesti dibebaskan pada 5 petang hari ini.
Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Hakim Nitya Ravindran membenarkan reman hanya satu hari walaupun polis memohon empat hari untuk menjalankan soal siasat bawah Akta Hasutan.
Prosiding itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi.
“Tahan reman dia (Fahmi) sehingga pukul 5 petang,” kata peguam itu.
Selain Rajsurian, peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.
Baru-baru ini, Fahmi menghasilkan beberapa senarai “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berhubung komen di akaun Instagram peribadinya.
Satu daripada catatan itu adalah memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti bubur lambuk, roti John dan cucur jagung.
Seorang daripada pengikutnya bertanya sama ada tukang masak istana turut divaksin, Tunku Azizah menjawab “Dengki ke?”
Jawapan itu segera mendapat tumpuan di Twitter, dengan ramai pengguna menjadikan istilah itu sebagai “hashtag”.
Fahmi menghasilkan beberapa “playlist” di Spotify bertajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Tunku Azizah.
“Playlist” itu kemudiannya dipadam oleh Spotify, menyebabkan Fahmi beralih kepada Apple Music.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.
“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim digantikan kepada YAB Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis.
“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya. – UMNO Online
SAARI SUNGIP
Alhamdulillah selesai jualan ikan segar RM5/kg sekitar jam 10:30
pg tadi. Maaf penduduk yang datang lewat ikan sudah habis. Hampir 1,000kg ikan
kami bawa kali ini.
Insya'Allah kami sedang usahakan untuk ayam & daging pula.
Ada rezeki saya maklumkan di sini.
Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada penduduk yang hadir
membeli selama 3 minggu program ini berjalan. Tak lupa kepada petugas &
pasukan keselamatan yang memastikan program berjalan lancar hingga ke
penghujungnya.
Esok MT UMNO akan bermesyuarat, mesyuarat pertama sebaik berakhirnya PAU2020 pada 28 Mac lalu yang telah memuktamadkan ketetapan putus hubungan dengan Bersatu.
Sejak itu, perbalahan dalam UMNO ternampak kian ketara, terutama serangan daripada kluster menteri yang nampaknya tidak senang hati dengan keputusan tersebut.
Lantaran itu, beberapa pemimpin kluster menteri menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan, suatu isyarat untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan seterusnya mengubah keputusan putus hubungan itu.
Kluster menteri adalah jelas dengan pendirian mahu UMNO terus bekerjasama dengan Bersatu dan mengekalkan lagi Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
Dengan sebahagian besar kluster menteri tiada jawatan dalam hieraki UMNO, tetapi diberikan jawatan dalam kabinet, atas rasa terhutang budi, mereka lebih selesa untuk terus mengekalkan lagi Mahiaddin di kerusi kuasanya.
Untuk itu, mesyuarat MT UMNO esok dijangka bukan saja akan memuktamadkan sama ada pemilihan UMNO perlu ditangguhkan atau tidak, tetapi juga membuat keputusan berkenaan bila UMNO harus keluar daripada kerajaan PN.
Sejak ketetapan PAU2020, meskipun dimuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, tetapi tiada tarikh ditetapkan untuk UMNO menarik diri daripada kerajaan.
Keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO dan seluruh rakyat kerana sementara ketetapan putus hubungan sudah dimuktamadkan, sebaliknya UMNO masih terus berada di dalam kerajaan dan bersama-sama dengan Bersatu serta Mahiaddin mengurus negara.
Lebih daripada itu, beberapa pemimpin UMNO pula seperti Presiden, Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Mohamad Hasan, bekas Presiden, Najib Razak, Setiausaha Agung, Ahmad Maslan, Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa pemimpin yang lain, sentiasa saja mengkritik kerajaan secara terbuka melalui media sosial berkenaan keputusan yang dibuat oleh Mahiaddin.
Ehhh…apa hal UMNO ni, dia sebahagian daripada kerajaan, tetapi dia sendiri asyik mengkritik dan mengutuk kerajaan – itulah rungutan majoriti rakyat yang banyak kedengaran.
Sebab itu, bagi banyak pihak, langkah yang terbaik ialah UMNO mesti segera meninggalkan kerajaan jika tidak mahu lagi bekerjasama dengan Bersatu dan Mahiaddin.
Selepas itu, nak kritik atau kutuk kerajaan, buatlah sebebas dan semahunya waima sampai bumi terbalik sekali pun.
Selain itu, dengan membuat keputusan meninggalkan kerajaan secara serta-merta juga akan memudahkan UMNO mengatur langkah seterusnya kerana akan diketuai sama ada kluster menteri sedia akur dengan keputusan parti atau sebaliknya.
Jika mereka tidak sedia mematuhi keputusan parti dan ingin terus kekal berada dalam kabinet, pilihannya sama ada mereka menyertai Bersatu atau UMNO boleh mengambil tindakan disiplin.
Maknanya, MT UMNO esok, mahu tidak mahu, wajib membuat keputusan atau ketetapan meninggalkan kerajaan dengan segera dan serta-merta, sesuai dengan persetujuan akar umbi melalui PAU2020 yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan Bersatu.
Selepas tidak lagi berada dalam kerajaan, memutuskan sama ada pemilihan UMNO perlu diterus atau ditangguhkan juga pastinya boleh dibuat dalam keadaan tenang dan jiwa yang aman.
Kalau esok tiada apa-apa keputusan yang berani dibuat, yang pasti rakyat akan jadi tambah bosan dengan UMNO dan mungkin mereka tiada peluang sama sekali untuk menang pada PRU15 akan datang.
Satu lagi, jika esok tidak berani juga membuat keputusan keluar kerajaan, semua pemimpin UMNO yang tiada jawatan dalam kerajaan haruslah berhenti serta-merta daripada mengkritik dan mengutuk kerajaan PN yang sama-sama mereka sokong sekarang ini.
Lebih baiklah mereka beralih kepada mula mengutuk diri sendiri pula. (Shahbudindotcom 24/04/2021)
POSTED BY AMIR WRLR
Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu meletak jawatan
kerana gagal menyelia pengurusan sekolah mendepani wabak Covid 19.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkata demikian kerana ketidaktentuan polisi kerajaan Perikatan Nasional berhubung kaedah pembelajaran di sekolah yang tiada garis panduan jelas dalam menghadapi norma baharu pendidikan.
"Kami mengambil maklum kegelisahan dan keresahan yang dialami para guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat berkaitan kes Covid-19 melibatkan kluster Pendidikan yang semakin meningkat mutakhir ini.
"Kami juga maklum usaha pembukaan sekolah secara berperingkat pada tahun ini yang dilakukan secara tergesa-gesa sejurus tidak lama selepas PdPR diumumkan tanpa disertai penerangan yang jelas kepada masyarakat tentang pelan dan mekanisme pembelajaran
dalam norma baharu melibatkan sekolah, jika terdapat kes-kes di
sekolah apabila sekolah dibuka," kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli-ahli Parlimen pembangkang itu, para guru telah cuba melakukan Prosidur Operasi Standard (SOP) terbaik untuk menghindari Covid 19 daripada merebak dalam kalangan pelajar namun mereka tidak pasti bagaimana untuk menguruskan pelajar yang begitu banyak dalam satu-satu masa kerana tidak dibekalkan SOP yang mantap.
"Kami mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan para guru di seluruh negara dalam mematuhi SOP yang diberikan, di samping memastikan pendidikan terus berjalan demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak bangsa.
"Kami akur usaha mengekang Covid-19 dari merebak, lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi dengan mana-mana individu mahupun keadaan demi memastikan keberkesanan usaha terangkum tersebut.
"Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah hilang arah dan punca apabila berlaku peningkatan kes di sekolah, tetapi mereka tidak dipersiap untuk PdPR di kala sekolah ditutup. Malah pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan masih tidak kelihatan.
"Rakyat umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan pihak kementerian berkaitan pendidikan kerana tidak wujud ketelusan maklumat dari KPM kepada rakyat.
"Apa yang pasti, kemarahan rakyat terutamanya para guru, pentadbir sekolah dan ibubapa terhadap kerajaan dan KPM yang diwakili Menteri dan dua timbalan menterinya adalah berhubung lemahnya pengendalian mereka terhadap situasi terkini dan dapat dilihat sama ada di peringkat bawahan mahupun di media-media sosial," kata mereka.
Sehubungan itu, mereka berpendapat sewajarnya Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan berundur, memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa untuk menggalas tugas menyelamatkan pelajar-pelajar daripada dijangkiti virus maut Covid 19 tetapi dalam masa sama tidak mengorbankan pendidikan kepada generasi masa hadapan.
"Atas kesedaran ini, kami mewakili semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain mendesak agar Menteri Pendidikan beserta kedua-kedua timbalannya yang dilihat gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan rakyat, supaya segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta," kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Dr Maszlee Malik (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan), Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau (Upko), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).
Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu meletak jawatan kerana gagal menyelia pengurusan sekolah mendepani wabak Covid 19.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkata demikian kerana ketidaktentuan polisi kerajaan Perikatan Nasional berhubung kaedah pembelajaran di sekolah yang tiada garis panduan jelas dalam menghadapi norma baharu pendidikan.
“Kami mengambil maklum kegelisahan dan keresahan yang dialami para guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat berkaitan kes Covid-19 melibatkan kluster Pendidikan yang semakin meningkat mutakhir ini.
“Kami juga maklum usaha pembukaan sekolah secara berperingkat pada tahun ini yang dilakukan secara tergesa-gesa sejurus tidak lama selepas PdPR diumumkan tanpa disertai penerangan yang jelas kepada masyarakat tentang pelan dan mekanisme pembelajaran
dalam norma baharu melibatkan sekolah, jika terdapat kes-kes di sekolah apabila sekolah dibuka,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli-ahli Parlimen pembangkang itu, para guru telah cuba melakukan Prosidur Operasi Standard (SOP) terbaik untuk menghindari Covid 19 daripada merebak dalam kalangan pelajar namun mereka tidak pasti bagaimana untuk menguruskan pelajar yang begitu banyak dalam satu-satu masa kerana tidak dibekalkan SOP yang mantap.
“Kami mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan para guru di seluruh negara dalam mematuhi SOP yang diberikan, di samping memastikan pendidikan terus berjalan demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak bangsa.
“Kami akur usaha mengekang Covid-19 dari merebak, lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi dengan mana-mana individu mahupun keadaan demi memastikan keberkesanan usaha terangkum tersebut.
“Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah hilang arah dan punca apabila berlaku peningkatan kes di sekolah, tetapi mereka tidak dipersiap untuk PdPR di kala sekolah ditutup. Malah pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan masih tidak kelihatan.
“Rakyat umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan pihak kementerian berkaitan pendidikan kerana tidak wujud ketelusan maklumat dari KPM kepada rakyat.
“Apa yang pasti, kemarahan rakyat terutamanya para guru, pentadbir sekolah dan ibubapa terhadap kerajaan dan KPM yang diwakili Menteri dan dua timbalan menterinya adalah berhubung lemahnya pengendalian mereka terhadap situasi terkini dan dapat dilihat sama ada di peringkat bawahan mahupun di media-media sosial,” kata mereka.
Sehubungan itu, mereka berpendapat sewajarnya Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan berundur, memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa untuk menggalas tugas menyelamatkan pelajar-pelajar daripada dijangkiti virus maut Covid 19 tetapi dalam masa sama tidak mengorbankan pendidikan kepada generasi masa hadapan.
“Atas kesedaran ini, kami mewakili semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain mendesak agar Menteri Pendidikan beserta kedua-kedua timbalannya yang dilihat gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan rakyat, supaya segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Dr Maszlee Malik (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan), Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau (Upko), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).
Rang Undang-undang (RUU) Akta Gangguan Seksual di peringkat akhir sebelum dibentangkan di Parlimen ketika Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa dari Pakatan Harapan.
Sejak itu, RUU berkenaan terus senyap sunyi di dalam fail Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajui Rina Harun tanpa diketahui nasibnya.
Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidiq, tiada gunanya Rina berkata beliau memandang serius perilaku guru-guru wanita di asrama yang meraba bahagian tubuh pelajar untuk memastikan sama ada ‘datang bulan’ atau tidak sekiranya tiada undang-undang yang melarang berbuat sedemikian.
“Kenyataan Datuk Seri Rina Harun bahawa beliau memandang serius isu “period shaming” sukar diterima kerana pelajar perempuan yang terdedah kepada gangguan seksual kini tidak dapat dilindungi di bawah mana-mana akta akibat kelewatan pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual.
“Rina dan Kerajaan Tan Sri Muhyiddin perlu bertanggungjawab penuh dalam hal ini kerana RUU Akta Gangguan Seksual tidak dibentangkan di Parlimen. Yang lebih menyedihkan apabila Tan Sri Muhyiddin enggan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang walaupun Tuanku telah menyampaikan titah nasihat Parlimen boleh bersidang Ketika Darurat berkuatkuasa dan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin Covid-19.
“Dalam hal ini, kami juga ingin menegaskan bahawa gangguan seksual adalah perbuatan jenayah walaupun sesama jantina. Akta ini memberi impak yang besar dan sasaran perlindungan juga inklusif merangkumi semua peringkat masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Fadhlina lagi, sebelum ini, pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual telah dijadikan agenda utama oleh mantan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang merupakan Menteri KPWKM dalam kerajaan Pakatan Harapan.
“Maka dengan kelewatan pembentangan RUU gangguan seksual kerajaan pintu belakang Muhyiddin adalah #kerajaangagal apabila telah mendedahkan rakyat kepada risiko gangguan seksual pelbagai bentuk hanya kerana mahu mempertahankan kuasa.
“Jika Menteri-menteri barisan hadapan yang sepatutnya melindungi rakyat tidak faham tanggungjawab mereka, silalah mohon maaf kepada rakyat dan berundur dengan bermaruah!” kecamnya.
Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkembangan itu melibatkan rundingan agihan kerusi bagi kawasan di Semenanjung dan pada masa sama, rundingan dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain khususnya di Sabah juga diteruskan.
Beliau yang turut mengetuai Bersatu dalam perundingan kerusi bagi PN pada PRU15 itu menjelaskan, beberapa sesi perjumpaan akan dilakukan sehingga rundingan itu selesai.
“Saya jangka rundingan akan selesai tidak lama lagi dan kita juga syorkan supaya setiap parti kemukakan kerusi yang ingin mereka bertanding sebelum teruskan perbincangan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Program Srikandi Muda Leadership Empowerment di ibu negara, hari ini.
Ahmad Faizal berkata perbincangan itu bagi memastikan tiada pertindihan kerusi berlaku antara parti komponen dalam PN.
Baru-baru ini, satu perjumpaan diadakan antara Bersatu dengan PAS bagi membincangkan pembahagian kerusi PRU15.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli-ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT menyebelahi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, pertembungan dua kem itu dijangka tidak dapat dielakkan kerana UMNO kini sedang berhadapan persimpangan dilema dalam menentukan hala tuju dan nasib parti itu bagi mengharungi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, kem Ismail Sabri yang disokong ahli-ahli MKT cenderung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pemimpin UMNO ‘kluster menteri’ serta kem Ahmad Zahid didukung pemimpin ‘kluster mahkamah’ dan berkecuali dijangka akan memberi pendirian masing-masing berhubung dua persoalan utama.
“Persoalan pertama adalah mengenai keperluan UMNO menarik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN dengan kem Ismail Sabri dijangka akan lebih rasional membicarakan perkara itu.
“Persoalan kedua pula mengenai kewajaran pemilihan UMNO diadakan mengikut jadual. Dalam menentukan perkara itu, saya menjangkakan kem pro-Presiden UMNO akan berusaha memastikan proses diwajibkan Perlembagaan UMNO itu akan ditangguhkan semaksimum 18 bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan pada 25 April ini bakal membuat keputusan sama ada pemilihan UMNO akan diadakan mengikut jadual atau ditangguhkan.
Sekiranya mengikut Perlembagaan UMNO, proses pemilihan perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dengan tempoh penggal kepimpinan parti sedia ada berakhir pada bulan Jun.
Bagaimanapun, perlembagaan juga menyebut pemilihan UMNO boleh ditangguhkan kepada 18 bulan, dengan syarat alasan penangguhannya diterima Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Selain itu, mesyuarat MKT tersebut juga bakal menjadi penentu hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung bulan lepas sebulat suara memberikan mandat kepada badan tertinggi UMNO itu untuk menentukan tempoh kepada parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Dalam pada itu, Syed Agil berkata, di sebalik apa jua isu-isu bakal diperdebatkan dua kem berkenaan dalam mesyuarat MKT UMNO kelak, beliau berharap ahli-ahli MKT tidak mengambil satu sikap terburu-buru, sentiasa bersikap rasional dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti.
Jelas beliau, MKT UMNO harus mengambil kira cabaran kerajaan sedia ada dalam mendepani kemungkinan gelombang keempat Covid-19 sebelum membuat keputusan yang membelakangkan kepentingan rakyat.
“Selain itu, mesyuarat MKT kali ini juga adalah merupakan satu platform untuk semua parti di luar sana merancang strategi politik terkini sama ada mereka boleh membentuk jajaran kerjasama politik baharu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau tidak.
“Sebagai contoh, adakah UMNO dan BN akhirnya akan mula mempertimbangkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP? Atau mereka akhirnya pertimbang untuk kembali bersama Perikatan Nasional (PN).
“Persoalan-persoalan itu pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT itu kelak bersama tuntutan penjelasan daripada Ahmad Zahid mengenai insiden rakaman perbualan telefon tular suara mirip beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua ini perlu diperjelaskan dalam mesyuarat itu demi mengukuhkan kembali kepimpinan parti,” katanya.
Ezam Noor
Buku terbitan GERAK98.
Softcopy di luncurkan hari ini.
Hardcopy akan diluncur dalam waktu dekat.
Sam Lim
Ayam pun kita kena terima dengan hati terbuka,inikan pula kita sesama insan
Renung-renungkanlah..