Norman Daud
Semenjak dua menjak ni saya perasan pembangkang agak kurang menyentuh isu ekonomi, maybe tengah sibuk bergasak sesama sendiri berebut satu logo atau mereka mengakui ekonomi negara sedang dipacu dengan begitu baik oleh DS Anwar Ibrahim
Biasa yang sentuh pasal ekonomi ni si Eric tu, tapi saya dah tak nampak posting beliau.. maybe dah kena blok atau apa saya tak pasti. Tapi tadi saya perasan satu posting penulisan ahli parlimen Bachok syahir sulaiman yang menyentuh isu statistik kehilangan pekerjaan di negara kita ni. Boleh baca dalam sikirin shot yang saya lampirkan tu.
Baru baru ini saya ada join satu sesi taklimat zoom bersama tuan Nurhisham Hussein (penasihat ekonomi Jabatan Perdana Menteri) mengenai kedudukan ekonomi negara dan keterjaminan tenaga negara pada masa ini. Terima kasih kepada YBM komunikasi Fahmi Fadzil kerana berusaha mengadakan sesi taklimat yang sangat bermanafaat ini.
Dalam sesi itu, saya ada bertanya mengenai statistik pemberhentian pekerja yang meningkat ni kepada beliau dan beliau telah menjawab dengan jelas. Jadi saya cuba share semula jawapan beliau mengikut kefahaman saya dan data yang diambil dari DOSM.
Pertama, betul bahawa angka 7,057 kehilangan pekerjaan pada April dan 38,953 untuk Januari–Mei 2026 adalah data yang dilaporkan kerajaan melalui EIS PERKESO. Itu bukan angka rekaan.
Tetapi penting untuk difahami angka ini adalah retrenchment / kehilangan pekerjaan berdaftar, bukan jumlah keseluruhan perubahan dalam pasaran buruh.
Dalam masa yang sama, data rasmi DOSM menunjukkan sesuatu yang sering diabaikan oleh orang politik
Jumlah pekerja masih meningkat kepada 16.82 juta pada April 2026
Kadar pengangguran kekal sekitar 3.0% (stabil, bukan melonjak)
Tenaga kerja keseluruhan juga meningkat kepada 17.33 juta
Maksudnya apa secara mudah?
Ekonomi sedang mengalami dua pergerakan serentak iaitu
Ada sektor yang mengecil (sebab kos, automasi, restructuring global)
Ada sektor yang berkembang dan mengambil pekerja baharu
Sebab itu angka “hilang kerja” tidak boleh dibaca secara standalone tanpa melihat “pekerjaan baru diwujudkan”.
Kedua, dari sudut struktur, pola yang berlaku sekarang bukan krisis pengangguran besar-besaran, tetapi “job churn economy” -->
Syarikat tutup atau restructure → retrenchment berlaku
Syarikat lain (terutama servis, digital, E&E, GBS) → ambil pekerja baharu
Akhirnya net employment masih positif atau stabil
Ini juga sebab kenapa DOSM masih melaporkan pertumbuhan pekerjaan walaupun ada retrenchment bulanan.
Ketiga, isu yang Syahir sentuh tentang kos sara hidup dan underemployment itu tidak ditolak tetapi ia isu berbeza daripada “ekonomi gagal”.
Realitinya:
Inflasi Malaysia sekitar 1–2% (terkawal)
Inflasi Malaysia bagi 2026 setakat ini:
Januari 2026: 1.6%
Februari 2026: 1.4%
Mac 2026: 1.7%
April 2026: 1.9%
Maksudnya, walaupun terdapat sedikit kenaikan, inflasi masih berada di bawah 2%, iaitu antara kadar yang paling rendah di rantau ASEAN. Pada April 2026, Malaysia (1.9%) mencatat inflasi lebih rendah daripada Filipina (7.2%), Vietnam (5.5%), Thailand (2.9%), Korea Selatan (2.6%) dan Indonesia (2.4%).
Tetapi Syahir ada satu point yang Valid. Inflasi rendah tidak semestinya bermaksud rakyat tidak tertekan.
Sebagai contoh, dalam data DOSM sendiri, kumpulan yang terus mencatat kenaikan lebih tinggi ialah:
Pendidikan: 2.4%
Restoran dan penginapan: 2.6%
Perumahan, air dan utiliti: 1.1%
Perkhidmatan kewangan dan insurans: 4.9%
Sebab itu ramai rakyat masih rasa "barang mahal" walaupun inflasi rasmi rendah. Inflasi mengukur kadar kenaikan harga, bukannya tahap harga. Kalau harga sudah naik tinggi pada tahun-tahun lepas, inflasi rendah cuma bermaksud harga masih naik tetapi lebih perlahan.
Walaubagaimanapun kerajaan berusaha melawan impak inflasi ini dengan menaikkan gaji minimum kepada RM1700, menaikkan gaji kakitangan awam , Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan kawalan harga barangan asas.
Tak adillah kalau syahir cakap kerajaan mengabaikan isu tangga gaji sedangkan usaha telah dilakukan dan rakyat menikmati hasil kenaikan gaji ini.
soal hutang isi rumah dan BNPL , ini bukan fenomena Malaysia sahaja. Ini trend global pasca pandemik. Bezanya, Bank Negara Malaysia sudah mula mengetatkan pemantauan dan garis panduan. Itu tanda sistem kita responsif, bukan gagal.
dakwaan kerajaan hanya “mengulas berita ekonomi” jelas tidak adil. Reformasi struktur seperti NIMP 2030, NETR, dan kerangka Ekonomi MADANI sedang berjalan , ini bukan polisi sehari dua dah nampak hasil, tetapi perubahan asas ekonomi negara untuk 10-20 tahun akan datang.
Ya, angka retrenchment perlu diberi perhatian dan setiap kes mewakili kesan kepada keluarga. Tetapi data rasmi menunjukkan pasaran buruh masih berkembang, pengangguran stabil, dan pekerjaan baharu masih lebih besar daripada kehilangan pekerjaan dalam banyak sektor.
Isunya bukan ekonomi negara kita gagal, tetapi peralihan struktur ekonomi yang sedang berlaku.
Dunia sedang bergerak..













